Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, April 30, 2009

Kosong

Haihhh..

Ingatkan bila dah abis exam ni, idea nak berblogging mencurah2. Tp, sampai kesudah aku masih lagi kekeringan idea nak buat entry..



















































Hmm... Layan bloghoping je laa kekdahnye.. Mana tau boleh dpt idea drp entry2 kawan2.. ;P




Wednesday, April 29, 2009

Harap maaf.

Saya terpaksa telah mengalihkan kedudukan link Episod Soap Opera kerana sehingga ke hari ini episod selanjutnya iaitu Episod 26 masih belum di publish (maybe dah siap, tp lupa nak publish? mana tau... ;P) oleh, err, sape pon saya kurang pasti.

The links will be re-put (sah2 laa grammar mak ke laut.. ;P) on top of this blog sidebar ONLY after the next episode has been completed & published by this blogger (aku dah check abis dah kat blog ni, still I cudn't find the next SO episode).

Oleh yg demikian, Episode SO berhenti setakat itu (not that bad huh! ;)) sahaja laa nampaknye. Kesian Sekian.




Tuesday, April 28, 2009

Thanks darls! ;)

Thank Mimi for the award. ;)



Untuk gambar asal award, klik sini.




And here go the rules:

  1. Letakkan logo award ini di blog anda.

  2. DONE!

  3. Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.

  4. 10 blog tak cukup laa.. Lebih sikit laa ek aku pass award ni.. ;)
    Rozamimi - Sape eh? ;P

    Anamiraa
    Arnie
    CapT
    Cik Yan
    Cik Fid
    M-I-O
    Mimielola
    Mrs. Noba
    Momidanialia
    Mommy Dania
    Rizza


  5. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui "backlink" dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda

  6. DONE!

  7. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.

  8. Will be done later..

  9. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.

  10. Err, camno tuh? Mak kurang paham di situ.. Anyway, thanks a lot babe!







P/s: Ada satu award lagi aku nak tepek, tp aku lupa sape yg pass award tu kat aku.. Siyes mak lupa nyah.. Amponnnnn!!

Monday, April 27, 2009

Potty training lagi..

Tahun lepas aku pernah cuba melaksanakan latihan potty (err, ape maksud potty dlm BM? :D) terhadap Dhea. Tp, sekerat jalan sajelah. Sebab utamanya, aku kesiankan atok yg menjaga Dhea pada waktu siang. Tak sampai hati pulak nak buat atok ke hulu ke hilir dgn mop di tgn. Di samping ada suara2 sumbang yg memperkecilkan kebolehan & usaha kami suami isteri. Lgpon, masatu Dhea blom pandai sgt utk 'feel' & 'control'. Klu kita leka sikit, mesti eksiden punyalah. So, agak penat juga laa sepanjang sesi potty-training yg lepas.

Last week, despite of aku yg busy nak final, aku juga busy menjalankan potty-training ke atas Dhea. Ntah mcm mana aku tiba2 (?) rasa bersemangat semula utk memulakan training itu sekali lagi. Aku target, by 1st May this year, Dhea will be 90% diaperless. Kenapa 90% jek? Hohoho.. Aku tak berani nak target 100% sbb kompem laa time tido mlm kena pakai diaper jugak, kan.. Ke boleh target 100% terus? Tak mcm cepat sgt ke sbb anak ofismate aku yg dah 4thn tu pon still pakai diaper time tido.. Hmm, apepon will see later based on the progress ek..

So, setiap mlm, since Tuesday, Dhea was diaperless. Mlm pertama, failed. Ok, takpe.. Mama masih mampu tersenyum. But, right after insident ter'pee' itu, aku terus pakaikan diaper. Hahaha..

Mlm kedua (Rabu mlm), aku telah bertanya kpd tuan empunya badan terlebih dulu. To wear or not to wear. Guess what? She automatically opt for not to wear any diaper. Aku yg supportive ini telah berikan Dhea peluang to choose which panty liner she wanted to wear that nite.. ;P Actually, seblm ni dah byk kali juga Dhea request for not to wear diaper. Tp, masatu aku yg blom ready. Hahahaha.. The 2nd nite resulting a success. And, that fires up my determination to continue the training. Sgt teruja gitu! ;P

Seblm tido, semasa aku ready utk pakaikan diaper, Dhea refuse & plead not to wear any diaper be it dispo or cd. 'Tak payah laa mama. Nantikan Dhea pandai ckp klu nak kencing. Nanti Dhea kencing kat toilet je..' Wah, anak aku. Kondifen je yg dia takkan ter'pee' atas tilam. Mcm laa boleh bgn klu aku kejut tgh2 mlm nak bawa pegi toilet. Aahahaha.. Memandangkan aku sendiri pon blom yakin dgn kebolehannya itu setakat ini, maka, aku telah cuba memujuk dan meyakinkan Dhea kenapa dia mesti pakai diaper.. ;P

Itu kisah pee. Lain pulak dgn kisah poo...

Mlm ke-berapa-ntah, bermula pulak episod mengajar Dhea utk poo kat toilet. Kebetulan Dhea nak poo, so, aku ajar laa Dhea poo kat toilet je terus, kan.. Alkisahnya, Dhea ni tak biasa poo sambil duduk kat toilet bowl tu. Siap ckp kat aku, 'ee eek ni tak nak kuar laa mama..'. Ekekeke.. Last2, disebabkan aku kesian tgk muka Dhea yg dok berkeriut2 sambil push2 tp tak kuar2 jugak, aku soh je Dhea cangkung kat bawah. Tak sampai 5 minit, settle. Kahkahkah! Pasni, aku nak gi cari mangkuk yg sesuai utk Dhea melepaskan hajatnye.. Hehehehe..

Ptg semlm, tgh syok lepak2 kat dlm rumah (mentang dah merdeka ;P), tiba2 aku dgr jeritan Dhea drp laman rumah. 'Mamaaaaaaaa, cebokkkk!'. Aku pon apelagi laa kan, kelam kelibut keluar. Tgk2 ada setompok taik unta. Ni mesti kes dah tak tahan sgt nak poo sampai tak sempat nak masuk toilet kat dlm rumah. Sib baik jugak laa kat luar kan.. Senang sket nak cuci.. ;P Dan, part yg bestnye, dlm pada tak tahan nak poo Dhea sempat membuka seluar & panty yg dia pakai masatu. Kahkahkah!

Well, sehingga ke mlm semlm, usaha murni aku itu masih diteruskan dan setakat ini hasilnya masih lagi blom mencapai tahap piawaian yg aku sendiri tetapkan. Kahkahkah! Nak potty-train pon ada piawaian ek? Harusssssss! ;P

Apepon, semoga aku dpt capai target utk men"diaperless"kan Dhea seblm dia mencecah usia 3 thn pada 1st May nanti.. You go girl! ;)




Saturday, April 25, 2009

Seksa aku dah habis!

Hooooooorraayyyyyy! ;P

Paper pagi td adalah yg terakhir (utk sem ni saje laa..). Sgt sgt sgt TOUGH (gigih aku check spelling ni.. ;P) jugak. Ah, ko.. Dah namanye pon final exam. Ape kejadahnyer nak senang, kan? ;P

Tp, paper pg tadi tu mmg lebih tough drp yg kitorang bayangkan (ke aku jek sorang yg rasa camtu?). Markah utk beberapa soalan td pon aku rasakan agak kurang bersesuaian. Wlpon lecturer dah bagi tips yg berguna (kununnya laa), aku rasa jawapan aku tadi tetap ke laut china selatan. Kahkahkah! ;P

Anyway, semoga aku lulus dgn cemerlang, gemilang & terbilang. Pasni, kompem ketaq kepala lutut nak tgk result plak.. Huhu..

Semester kali ini telah mengajar aku byk perkara. Not on the subject itself. Tp, bab lain yg diluar drp silibus. Hahaha.. Nantilah aku share kan kat sini.. Saat ini, yg penting skali adalah kejesyame! operasi utk meng'qada' tido. Owh, juga nak qada' aktiviti blogging & bloghoping ke blog korang. Ah ah ah..

Adios! ;)




Thursday, April 23, 2009

I am C.A.L.M. (lah sgt! ;P)

Nampak Perasan mood mode aku kat sidebar? No?

Ok, aku paste kat sini..



Haaaa.. Nampak? Aku siap print screen & crop bagai nih semata2 nak kasik korang perasan.. ;P

Itu mood konon2 je laa tuh.. Sepanjang minggu ni, selain drp serabut, mood aku tak lain tak bukan dup dap dup dap aje laa manjang.. Sebenarnya, aku dah sedaya upaya coba utk memenuhi mood mode yg aku dah tepek kat situ. Tp, GAGAL jugak kekdahnyer.. Huhuhu..


Esok, aku ada satu lagik paper. Phewh!


Pray for me plsss, friends! ;)




Serabut!

Dah berminggu aku serabut. Serabut dgn html & xml coding. Itu blom lagi masuk bab javascript dan ntah-ape-ape-script-lagi-ntah!


Cemane nak present esok ni?


Ni laa dia namanya cari pasal. Mmg betul2 cari pasal. Padan muka aku! ;P


Err, ada sesape yg sudi menghulurkan bantuan?




Wednesday, April 22, 2009

ONE down,

TWO more to go.. Phewh!


Paper hari ini sgt, sgt dan sgt THOUGH TOUGH! Perasan tak perkataan sgt tu aku tulih byk kali? ;P


Harap2 laa aku lepas paper nih.. Amin.. :)




Gambar utk menenangkan jiwa.. Kahkahkahkahkah! ;P





P/s: Terima kasih kpd Pn. Ealyie yg telah membetulkan ejaan saya itu.. Punyalah TOUGH sampai salah2 ejaan.. Wakakakakaka!

Tuesday, April 21, 2009

Half-day

Esok aku half-day. Ptg lepas lunch hour baru masuk keje..

Ingatkan nak minta time off saje. Tp, lepas exam tu nanti aku ada presentation laa pulok. Nak tak nak, apply ler half-day. Mcm biasa, bos aku tu saaaaain sajelah. Bkn susah pon nak minta cuti, kan.. ;P

Again, nak minta korang doa2kan supaya aku dpt menjawab soalan2 cepumas peperiksaan itu nanti dgn baik..

Gud luck, Sya! ;P




Saya anak Malaysia!

Sejak akhir2 ni, anak dara aku satu2nya (setakat ini Dhea laa kan.. ;P), selalu sebut ayat di atas.

Pada satu ketika..

'Dhea, dah siap blom? Jom mama cebokkan.'
'Ok, Dhea kan anak mama..'
'Ye ke? Bkn anak ayah?'
'Dhea anak mama, anak ayah.. Dhea kan anak Meleysaaaaa!'


:D

Dan, mcm biasa aku mmg suka btolkan sebutan Dhea klu dia salah sebut/bunyi sebutannya kedengaran agak pelat. Kdgkala sampai Dhea naik bosan.. Ahahaha..

'Dhea, sebut semula.. Tgk mulut mama nih.. ME - LEY - SI - A'

Ngee~




Err, tapi ejaan tetap MALAYSIA, kan? ;)




Monday, April 20, 2009

Hiburan Minggu ini,

minggu PEPERIKSAAN.

Minggu ni agak sibuk dgn preparation utk exam. Dah nak sit for exam baru nak prepare? Apekah?! ;P

I'll be sitting for Sem II 2008/2009 final exam this week. Ada 3 subjek, meaning, 3 paper utk di jawab dgn btol, tepat & padat. Phewh!!

22nd, 9.00 AM - DSM2703 - Rumah ALUMNI
24th, 3.00 PM - DCS2103 - Rumah ALUMNI
25th, 9.00 AM - SCA3103 - DK 1-6, N24


Doakan saya dpt menjawab kesemua soalan utk ketiga2 subjek dgn baik, ye kawan2.. Amin..




Cobaan yg pertama...

...utk watermarking, boleh tgk di SINI.


Korang kate laa apa pon, aku tak kisah.. ;P


Aku mmg selalu lambat nak dpt aura utk benda2 gini.. Ahaks! ;)


Amacam, ok dak? Aku guna Photoscape, senang jerghs.. Tp, font tu mcm nak kena tukar lagi.. Ngee~




The Wallpaper tag!

Sudah2 laa tu, Sya oooii.. Bawa2 laa bertendang.. Meh, jawab tag lagi bagus.. ;P

Aku dibius cinta tag lagi & this time by Cik Ziana Zain Zety Zin.. Mekaseyy Zety.. ;)

Memandangkan tag ini sgt2 (berlagaks sungguh bunyinyer.. ;P) simple & senang nak buat, skrg juga aku buat tau Zety.. Ahaks!





  1. Arahan tag:

  2. Anda perlu printscreen wallpaper di desktop anda yg sedang anda gunakan sekarang. Jgn tukar tau. Hihihihi ~ DONE! ;)



  3. Bg tau kenapa anda suka wallpaper ini.

  4. Gambar ini sememangnya adalah wallpaper default kat PC ni.. Ah ah ah.. Malas mak nak tukar2 okeh.. Bkn PC aku pon kan, Co. yg punya.. ;P Klu lappy sendiri ke, harus laa aku tepek gambar lain yg lebih menenangkan jiwa.. ;P



  5. Sila tag 10 org

  6. Arnie, Alesha_rr, Mama Adib, Momidanialia, Iszan, Marsha, M-I-O, Mommy Dania, Hanz & last but not least, CapT. Buat eh korangs! ;)







P/s: Sorilah kawan2, aku tak sempat nak letak link kat nama2 yg ditag.. Byk sgt sampai seploh org.. Hihihihi.. ;)

Friday, April 17, 2009

I kenot go lah!

Korang, lunch di mana tghari td? Aku mcm biasalah, follow opismet.. ;P

Mula2 makan di kedai Cik Yah. Hari Jumaat mmg ada special menu, Nasi Beriani Cik Yah. Ekekeke.. Kat situ, lauk2nya sedap & berasa. Dan, yg paling penting sekali, harganya reasonable. Klu pandai bodek2 tokey, dpt laa diskaun sikit. Ceh, makan pon minta diskaun ke? ;P

Lepas tu, kami berdua (harini berdua shj sebab, err, yg sorang lagi tu takde mood nak ikut kots.. ;P) terhegeh2 ke Tes.co Xtra, Plentong. Yg sengalnyer, buleh plak aku tertinggal duit. Sib baik laa ada duit selit2 seploh hengget. Kahkahkah!

Berbekalkan RM10 tu, aku dpt beli sekotak air Milo (yg baru tuh; with fresh milk) shj. Ingatkan nak sambar Pet2 utk Dhea. Member siap nak pinjamkan duit dulu lagi. Tp, err, takpelah kak. Bkn habis pon Pet2 kat umah tu. Saje nak beli, kebetulan ada price cut, kan.. Dan, seblm beredar dari situ, tak sah klu tak beli ini. Kalini aku try Strawbery Milk Tea. Erm, sodappp jugak.. Hee..

Bila dah berdua tu, mcm2 laa gosip kan.. Ala, mcm laa korang tak bergosip ;P Ah ah ah.. Haa, mulalah tu menganyam ketupat.. ;P

Mcm2 kitorang gosipkan. Drp hal kat ofis (mcm2 hal!), sampai laa hal personal. Yup, aku tak segan bercerita masalah peribadi aku dgn akak ni. Sebab, akak ni pandai simpan rahsia (wlpon kekadang aku terpaksa kenyit2 mata bg signal tatkala dia dah naik syok bercerita ;P) & nasihat2 akak ini selalunya aku boleh digunapakai. Org lain aku tak tau laa.. Ada aku kesah? ;P

Ada sorang yg aku tak boleh nak ngam. Tak taulah kenapa. I simply kenot go dgn seseorang nih. Aku dah cuba dah to get along. But, still I cud'nt. Harap2lah budak yg makan cili tu baca. Kahkahkahkah!

Semlm, ada satu kes. Tak perlulah aku cerita kat sini.. Tp, aku nak bgtau laa kat dia (I know she'll read my blog everyday, no?) ape yg aku rasa..

"Aku tak marah, tp aku bengang je. Thats why, aku diam & moncong. Awat, ko tak puashati ke tgk aku moncong? Mulut aku, sukati aku laa kan.. Bknnya aku maki hamun ko pon. Sori ek, aku mmg tak gheti nak maki hamun org. Takat maki dlm hati tu buleh laa.. Ko dah tau aku tgh sakit hati, yg ko gatal tanye apesal? Boleh tak lepas ni, ko jgn tanya aku pape masa aku tgh bengang/marah. Aku tak suka. Itu namanya nak cari nahas! Aku bkn mcm ko. Lepas nangis2, marah2, boleh gelak2 mcm takde ape berlaku. Kem salam! Aku lain. Aku bkn hipokrit. Aku tau silap aku kat mana. So, tak perlu nak perli2. Tak perlu nak ngadu2 domba kat org lain. Klu tak puashati gak, meh ckp kat aku face to face. Ada berani? Jgn berani ckp belakang aje! Actually, aku tak kisah pon ape ko nak ckp/fikir ape. Tak koser weih nak amik port benda2 remeh gini..

And, pls laa.. Mind your own business, ek. Sudah2lah tu bawa cerita org (wlpon bkn cerita aku tp aku tau ko pon tau sape, kan?). Awat dulu ko tak amik course jadi wartawan je ek? Lebih sesuai aku rasa.. Dgn kelantangan mulut dan pitching suara ko itu, kan? No? Apepon, lu pikir laa sendiri!"



Haa, haamikkkkkk!! Kan dah kena.. Ikutkan hati, panjang lagi nak bebel nih!




Lactational Amenorrhea Method

Pagi tadi, aku terjah forum ini. Semasa membelek2 thread ini, terjumpa pulak dgn shortform LAM beserta sedikit penerangan yg dipost oleh forumer fikir di mukasurat 4. Tergerak hati aku utk bertanyakan pakcik (?) google. Ye laa, malu bertanya sesat jalan, kan.. ;P

Okeh, here's some info yg aku dpt hasil drp pencarian oleh pakcik google..

"Effectiveness rate. When lactational amenorrhea is used as a means of birth control, the effectiveness rate is 98 percent. In other words, two out of 100 women will get pregnant while using this method during the six months after childbirth. After the first six months, ovulation and fertility may return before the onset of a period."


and this..

"How to use the lactational amenorrhea method. If you decide to use the lactational amenorrhea method, you must breast-feed your baby at least eight to 10 times a day, including at least once a night, on both breasts. Don't allow more than six hours to pass between any two feedings."

Source.


Aku mmg zero knowledge tentang kaedah merancang keluarga. Seblm ni pon aci redah aje, buleh? Ah ah ah.. Dulu, masa awal2 kawen, ada gak terfikir nak telan pil perancang kehamilan. Kunun tak nak preggy cepat sgt. Siap dah pegi klinik sorang2, senyap2 tanpa pengetahuan Hubby.. Tp, bila dah dpt pil tu mcm was2 (ke takut Hubby marah? ;P) plak nak telan walhal Doc yg kasik. Punya laa penakut. Wakakakaka..

Lepas bincang2 dgn Hubby, at last tak jadi jugak telan mana2 pil perangcang kehamilan. 3bln+ lepas kawen, aku disahkan preggy beberapa minggu (tak ingat plak bape minggu). Dlm pada takut2 tu, preggy jugak? Kahkahkah! Tak pasal2 mak terpaksa (;P) extend study bertahun2.. Sabo ajelah kan.. Ahaks!

Ok, itu aje. Thougt of sharing the info yg pakcik google dah tlg searchkan dgn pembaca2 blog ini.. Korang bacalah.. Kesian pakcik google tau.. ;)




Thursday, April 16, 2009

Buat dek ajelah..

Itulah yg selalu aku buat bila...



  • ...ada org di sekeliling aku yg cuba memperkecil2kan usaha murni aku utk terus BF anak2 aku.


  • ...ada org di sekeliling aku yg banyak songeh & mempertikaikan usaha aku for CDing my kiddies.



Jawapan aku, senang saje..

Mereka itu adalah anak2 aku. Aku yg mengandung & melahirkan mereka. Aku tak culik mereka drp sesiapa utk dijadikan anak2 aku.

So, tak payah laa kome susah payah nak nasihatkan aku yg degil & kepala batu nih supaya STOP BFing & CDing my kiddies. Takde maknanyerr.. I won't be bother with whatever you said..

Again, THEY ARE MY KIDDIES!

FULLSTOP!





Wednesday, April 15, 2009

Pertama kali..

...ku melihat mu..

Actually, I was tagged directly by Buk Erna & indirecly (pinjam word miz_eda sat noo.. ;)) by a SAHM.. ;P

Rule #1:

Letakkan gambar anak yg baru lahir. Gambar kalo boleh mestilah gambar yang masih dalam wad, maknanya gambar anak hari PERTAMA..



Anak Pertama Saya

Ini saje gambar HARI PERTAMA anak pertama yg saya ade.. Yg lain seme dah ter'delete' dek kerana kesengalan adikku itu.. Seminggu mak nangis mengenangkan gambar2 yg telah tiada itu tau.. Huhuhu..



Anak Kedua Saya

Ini mmg gambar HARI PERTAMA anak kedua saya.. Masa ni dah dlm wad laa.. Hospital govt. mana boleh snap2 gambar dlm labour room kan, ke boleh?



Rule #2:

Keterangan Anak Pertama Saya

Nama penuh : Dhea Suraya Bt Mohd Isa
Nama Panggilan : Kakak @ Dhea @ Kakak Dhea
Jantina : Perempuan
Tarikh Lahir : 1 Mei 2006
Tempat Lahir : Century Specialist Maternity Center, JB
Berat Lahir : 3.00 kg
Cara Kelahiran : Normal


Keterangan Anak Kedua Saya

Nama penuh : Muhammad Hadif Irfan Bin Mohd Isa
Nama Panggilan : Adik @ Hadif (kat rumah), Irfan (kat taska)
Jantina : Lelaki
Tarikh Lahir : 14 April 2008
Tempat Lahir : Hospital Sultan Ismail, JB
Berat Lahir : 2.99 kg
Cara Kelahiran : Normal


Rule #3:

apakah harapan korang pada anak ini..

Erm, semoga anak2 saya menjadi seorang INSAN yg berguna esp. pada kami as their parents.. Ahaks! ;)

dan korang nak anak ini jadi apa besar nanti... dan KENAPA..?

Kata Dhea, dia nak jadi seorang ASKAR.. Hadif plak, tak pandai ckp lagi.. Tp, klu ikut saya dan suami, biarlah mereka menjadi seseorang yg mempraktikkan ilmu perubatan traditional moden.. Hehehe.. No reason tho..


Rule terakhir....

Aci tak klu saya follow rule miz_eda? Sementelah anak saya setakat ini hanya 2org shj, maka, saya nak tag 2org shj.. ;P






Award & tag lagi...

...drp Bondaqeem. Thanks akak! ;)



Sila nyatakan 5 perkara yg lawak + poyo + sengal + mengong + xbleh nk blah & sewaktunye dgnnya yg pernah berlaku dlm hidup anda..


Err, akak, kita tepek award aje buleh? Tak dan memikirkan 5 perkara itu.. Hihihi..

Nak tag siapa? Saya takde nak tag sesiapa. Tp, klu ada yg rasa nak buat, silakan lah yek.. ;)




Heart to Heart talk

Semlm, lebih kurang kul 10+, mak aku naik ke bilik aku. Masatu, aku anak beranak dah terbongkang atas katil. Ekekeke.. Dhea, tido kat tepi ujung kaki katil. Ntah bila dia naik bilik, aku pon tak perasan. Hadif tido kat tgh & aku kat tepi kepala katil. Patutnya, Dhea tido kat tmpt aku tido semlm tu sbb itu mmg port dia. Port aku plak mmg kat ujung kaki katil utk mengelakkan anak2 aku jatuh tergolek dog drp katil, esp. Dhea yg sememangnya melasak time tido. Tp sebab semlm aku & Hadif dah selamat berlayar dulu, maka, Dhea terpaksa laa nyelit kat port aku..

Korang paham tak ni? Kitorang mmg tido melintang pukang. Ahahaha.. Mcm laa penting sgt kan.. ;P

Okeh, back to original recipe story..

Mak aku, klu siang tak dpt jumpa cucu2 dia, mmg mcm tu laa.. Dia akan naik ke bilik kitorang utk menjenguk. So, alang2 mak aku dah masuk bilik aku yg mcm tongkang pecah tu, aku bukak laa citer pasal adik aku yg sengal itu. Ahahaha..

Citer punya citer, skali mak aku bukak topik pasal seseorang.. Yer, seseorang yg sudah diberi betis, skrg ni nak minta peha pulak! Apekah?

Aku ingatkan selama ini mak aku tak perasan. Aku ingatkan selama ini aku sorang yg perasan. Aku ingatkan selama ini aku sorang yg stress dgn pe'el seseorang itu. Rupanya mak aku pon stress, weih!!

Habis semua mak aku cerita. Semuanyalah. Kesian mak aku tau!

Mak aku kata lagi, mak aku dah warning dah laki dia. Peringat sikit bini hantu hang tu!

Sabar laa mak.. Mak toksah nak pening2kan kepala fikirkan kerenah budak (?) berdua tuh. Dah besar panjang dah pon. Nak kata tak pandai, masing2 belajar tinggi. Ke tak cukup tinggi jugak? Pandai2 laa diorang tu uruskan diri sendiri.. Bak kata pemenang ABP '09, Lu pikir laa sendiri.. Assalamualaikum.





Tuesday, April 14, 2009

Saya dpt Degree! *wink*

Kesinambungan drp entry INI..

Saya dgn rasa besar hati nak amiklah DEGREE yg saya harap2kan selama ini. Alhamdulillah.. Syukran syukran.. Sijil ini saya perolehi kerana saya telah BERJAYA memberikan 100% susu terbaik dari ladang ;P, utk anakanda terchenta, Hadif Irfan..

Wlpon nasib saya agak baik berbanding rakan2 seperjuangan yg lain, bukan senang utk dptkan degree ini.. Ia memerlukan determination & commitment yg sgt2 tinggi.. Bkn setakat hangat2 taik ayam!

Semoga dgn berkat susuibu juga, Hadif akan membesar menjadi anak yg soleh dan berguna kelak! Berguna kpd keluarga, masyarakat dan negara.. Insyaallah..

Dan, semoga Hadif sentiasa dimurahkan rezeki utk menikmati susuibu..

So, skrg ni boleh laa mama UP kan sket lagi target, kan dik kan.. Nak up berapa? Erm, sethn setgh dulu kot dik, ek.. Let's do this togehter, okie syayangggg! ;)




Hadif SETAHUN sudah!

Hari ini, 14hb April 2009, kul 12.52 tghari, genaplah umur Muhammad Hadif Irfan SETAHUN jagung. Yeay!



Happy 1st Birthday to cayanggg mucuk mama,
Muhammad Hadif Irfan..!



Pagi td, mama dah bawa Hadif ke KD utk monthly check-up. Patutnya, amik jab yg setahun tu sekali. Tp, ramainye laa umat kat KD pagi tadi. Rasanya KD Kangkar Tebrau ni tak pernahnye tak ramai org dtg check-up. Yg sengalnya, dah penat2 tunggu baru mama terfikir nak tukar appointment. Buleh? Ah ah ah..

Lepas dicampo tolak sana sini, maka appointment baru utk Hadif (dan mama) adalah pada esok ptg. Nak set appointment pon kena campo tolak ek.. Hikhikhik.. Lagipon, klu lepas kul 2ptg misi kata kurang sikit patient. Misi kata laa.. Klu ramai jugak esok ptg, siaplah ko misi.. ;P Kebetulan esok pon Doc ada. So, boleh laa jumpa Doc skali esok ptg. Ngee..

Erm, rasanya takde nak update pape perkembangan Hadif setakat ni. Semuanya dah kot, except for talking? Boleh baca kat SINI, okie.. ;)

Hadif ni dah pandai meminta.. Klu dia nakkan sesuatu, dia akan pegi kat kita dan jerit 'ah.. ah..'. Klu kita wat dek je, dia akan jerit kuat sikit, 'aaahhhhhhhhhhhhhh..!'.. Ekekeke.. Marah laa kununnyer tuh.. Pastu dia tunjuk laa mana tempat dia nak ajak kita pegi atau brg ape yg dia nakkan sgt tuh. Dan, biasanya brg yg dia nak tu adelah telap (bekas) yg berisi biskut atau makanan yg dia nak makan, buleh? Ahahahahaha.. Anak aku yg seorang ni mmg pemakan. Beza sgt dgn si kakak yg kuat menyusu..

Oklah, itu aje utk entry kali ini. Lenkali laa mak update perkembangan si kecik yg comey lotey nih ek.. Mak ada keje kena kasi settle dulu..

Daaa....

Owh yer, seblm tu, ape kata korang layannnnnn dulu gambar birthday boy nih.. ;)




Gambar2 ni aku snap pagi tadi masa tgh tunggu giliran kat KD.. Atok terpaksa bawa Hadif main kat luar sebab kat dlm tu sesak sgt..




Ini gambar2 beberapa hari lepas.. Anak bujang aku ni tak suka bertopi.. Maybe sebab aku tak biasakan kot.. Tu saje laa nak test tgk dia pakai cap free.. Ala2 rappers gitu.. Klu dia perasan, mmg dia cabutt punya topi tuh.. Klu tak perasan, ok je main cam biasa..




Maaf atas kualiti gambar yg agak kurenggg.. Aku snap pakai henpon cikai aku ni jek.. Hehe.. Mmg nak kena sambar digicam juga laa kekdahnyer, kan.. ;P





Monday, April 13, 2009

Tengok dan bandingkan ;)

Entry kedua hari ini dgn tajuk 'Tengok..'. Tp, utk entry ini korang boleh komen, okeh.. ;P

Bkn ape, dah sah2 nak ramas pegang tak boleh, kan.. So, korang TENGOK aje laa ek.. Hari ni aku rajin very free.. Ngantok pon iye jugak ni.. Tu yg baaaaanyak masa nak godek2 gambar yg aku penah amik seblm ni.. ;)




HH (orange) ada setting utk size XL.. KS (yellow) takat L size setting aje..




Pocket opening.. Beza, kan? ;)




Selepas dimasukkan insert.. M size..




Err, rasanya same je mcm gambar ke-3, kan.. ;P



Amacam, sudah clear?




Tengok saje ;)



Agak2 korang, apekah itu?
(Sila teka dlm hati saje yer.. ;P)


































Enuff said.




Saturday, April 11, 2009

Last quiz & 2nd test

Siang td, kami gigih menjawab kuiz 5 utk subjek OKBH. Yeah, last quiz for that subject. Since 2 minggu lepas lagi lecturer aku, En. Bahrin, dgn murah hatinya dah emailkan tutorial sebagai persediaan utk jawab kuiz tadi. Klu tak gheti jugak nak jawab, mmg nak kena laa tu kan.. Kuiz je pon, bknnyer test.. ;P

En. Bahrin juga ada bgtau kitorang yg passing mark utk subjek beliau sem ini adalah C. Adoiyaii.. Actually, En. Bahrin pon nampaknye mcm tak konfiden je dgn passing mark yg pihak fakulti dah tetapkan. Kitorang ni apetah lagi.. Korang yg penah amik subjek ni maybe tau betapa susahnye nak score subjek ni, kan.. No?

Specialnya sem ni, kitorang punya kertas peksa nanti tak sama dgn student2 perdana (full-time) & student2 Space dari pusat belajar yg lain. Maka, kertas peksa kitorang akan disediakan oleh En. Bahrin seorang (mungkin laa). Err, agak2 korang boleh dpt soalan bocor tak? Ngeh ngeh ngeh.. ;P

Esok pagi aku ada Test II utk subjek Statistik pulak. Tapi, satu hape pon aku tak study lagi. Matteyy laa esok nak jawab soklan. Anak2 aku plak dari tadi dok memekak je laa dlm bilik ni.. Bilanya nak tido ni kakak, adik? Bkn main sakan lagi mama tgk korang dok menyakat each other. Jeles mama tau! Uh uh uh..

Hadoii laa.. Ape aku nak jawab esok ni.. Hmm, nak tak nak nampaknya aku kena laa bersengkang mata lagi..




Friday, April 10, 2009

Teringin juga..

UPDATED: Kan aku dah ckp, tak lama lama punyalah skin itu bertakhta di hati aku.. Wakakakaka!


Akibat mengidam teringin nak ada signature sendiri kat blog sendiri, maka, aku telah bersengkang mata mencari new skin yg lebih sesuai.. Yg sesuai? Ye laa, supaya signature yg menjadi idaman qalbu aku itu terserlah dgn anggun dan bergaya sekali di akhir setiap entry2 yg aku dah publishkan.. Klu takat nampak tp mcm tak nampak je, baik tak payah bubuh signature ye dak? ;P

So, inilah dia hasil mak bersengkang mata semlm. Berbaloi kan, no?

Amacam, ok tak new skin aku blog aku? Aku tau korang tak suka kan? ;P Aku pon tak berapa suka sebenarnya. Kahkahkah! Takpe ler, nanti dah bosan mak tukau skin lain ek. Sementara tu korang bertahan aje laa dgn yg ini..

Apa yg penting?


Kerjasama


Yg penting, korang buleh nampak signature aku kat bawah nun.. Nguahahahahaha! ;P




Hadif in DRYBEES! ;)

Aku mula pakaikan Hadif dgn cd Drybees saiz M pada bulan Ogos tahun lepas. Ketika itu dia baru berumur lebih kurang 3bln+. Wahh, 3bln dah pakai saiz M? Berkat susuibu laa katakan.. Hahaha.. Mulanya aku saje2 cuba pakaikan sebab cd2 itu asalnya adalah hak milik kekal Dhea (thats why ada kaler pink ;P). Tgk2 Hadif muat la pulok, kan.. :D

Pada mulanya, hanya ada 2kpg cd Drybees nih.. Kedua-duanya aku beli masa Dhea mula2 pakai cd. Then, bila aku tgk Hadif cam selesa je pakai DB, aku tambah lagi 2kpg. Tp, aku beli satu2 laa ikut bajet bulanan. Mak mmg tak mampu beli sekali byk nyah! ;P So, total DB skrg ni hanya 4kpg sajork.. Ok la tuh, dari takde langsung kan.. Tp, mcm kena tambah jek sbb DB M ni boleh pakai lama sket.. Ah ah ah.. Alasan semata! ;P




Candy Stripe ~ Dhea's 1st DB




Green Retro ~ Dhea punya jugok!




Eye monster ~ Hadif 1st DB




Lavender Jangle ~ Hadif punya!



Actually, dari awal aku preggy I started to do my homework in (?) cloth-diapering. Aku byk berbalas email dgn local cd seller & tanya pada kawan (Yes, it's you, Shida!) yg dah lama menceburkan diri dlm arena CDing nih. Then, baru aku confident to decide which one will suit me & my newborn best! And, DB adalah antara brand cd yg masuk dlm checklist. Cumanya, masatu tu takde rezeki aku utk beli DB saiz S sebab stok DB utk saiz S ni verrryyy limited. Klu tak mesti lagik meriahh.. ;)

Apepon, bersyukur dgn apa yg ada setakat ni.. Dan, dan....klu ada duit lebih, mak tak ralat utk tambah lagi dan lagi dan lagi coz it's really worth every single cent that I've spent for this cd.. ;)

Amacam, ada berani?




Thursday, April 9, 2009

The Pockets!



Gambar di atas adalah antara koleksi pocket cd yg Hadif pakai. Yer, Hadif shj kerana Dhea kini tidak lagi memakai cd.. :)

Cd2 yg bercorak (4kpg) itu adalah cd2 DRYBEES yg bersaiz M. Manakala, cd2 yg disebelah lagi adalah onesize cd dari pelbagai brand. Cd2 tersebut saya dah masukkan insert siap2. Kebetulan ada masa, boleh laa masukkan siap2 masa melipat cd tu. Klu tak, time nak pakaikan tu jugak laa baru mak terkial2 nak masukkan insert. Kahkahkah!

Pagi td, saya telah membekalkan 4kpg cd yg bercorak itu bersama sehelai wetbag. Actually, 3kpg shj yg telah dibekalkan sebab pagi td saya sempat mandikan Hadif & pakaikan dia new fresh diaper.. ;)





P/s: Entry ini bkn utk menunjuk2 ye kawan2.. Mula2 tu mcm nak buat review pasal cd2 yg anak2 saya gunakan.. Tp itu mood sudah lariiiiiiii laa plak.. Bedebah btol! So, korang layan laa gambar dulu ek.. ;)

My Profile Picture

I've been tagged by Marsha & MN. Thanks babes! ;)

  1. Letakkan gambar profile anda:



  2. Gambar ni aku cilok kat profile aku sendiri sebab aku tak jumpa kat mana aku letak original photo. Matteyy laa nak kena korek seme photo folder.. Dowh!!



  3. Terangkan maksud gambar itu:

  4. Itu adalah gambar anak sulung saya, Dhea Suraya.

    This picture was taken by Hubby, last 2 years. Masa ni kami aku tgh sibuk nak pack baju2 yg nak dibawa utk balik beraya di kampung Hubby nun kat Teluk Intan, Perak. Dlm pada aku tgh sibuk2 memilih & melipat baju2 yg nak dibawa, tetiba anak kesayangan aku ni masuk dlm beg tu. Apalagi, Hubby mak pon snap, snap & snap laa.. Siap soh Dhea posing lagik dlm beg tu.. Gila, dera anak sendiri sampai camtu skalik.. Kahkahkahkah!

    Owh yer, masa ni mak dah preggykan si adik.. Dah 3-4bln jugak laa masa ni..



  5. Kenapa pilih gambar itu:

  6. Masa mula2 saya register BLOG INI, itu antara gambar yg saya dah finalize (ewahh! ;P) utk letak kat profile.. Comeeyyy je mak tgk Dhea yg dok dlm beg tu sambil tersenyummm.. Kan? ;P



  7. Nak tag siapa?

  8. Sufira
    Mummy HnH
    Mommy Dania
    Miz_eda
    Dayah
    Maya Amir (buat tau! ;P)



Okeh, settle ek.. ;)