Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, June 30, 2009

Phewh!!!

Aku baru keluar dari bilik bos ni..


Hati masih lagi dag dig dug..


Jantung masih lagi mengepam darah dgn kadar er, ntah. Tapi yg pasti, sgt cepat.. :P


Jari2 tangan juga masih lagi sejuk & menggigil.. :D


Yaa, rasmi sudah perletakan jawatan aku di syarikat ini. Actually, since last week lagi aku masih berkira2 utk tender. Tapi, baru hari ini aku merasa sedikit kuat utk meletakkan surat keramat itu di atas meja beliau.. Phewh! /sweat


Soalan pertama yg keluar drp mulut bos aku tadi,

'Why Sya*****? You're not happy here?'


Sayang jugak bos kat aku ea... /wahaha




Mengidam

Sabtu lepas, aku mengidam (apekah? :P) nak makan lempeng. Tanpa berlengah2, terusss capai henpon dan sms seseorang yg pernah buat entry tentang lempeng kelapa. Kahkahkah! :)) Tgk tu, nampak sgt laa skill memasak aku very limited sampaikan nak masak lempeng pon kena minta resepi jugok.. :P

Korang agak laa, sapekah gerangannya mangsa aku di pagi yg nyaman itu? Tak lain tak bukan, Pn. Intan lor.. Intan kata, dia cilok resepi drp Ms. Lola. So, credits to both of you laa ek.. Jasa baik anda berdua menepek resepi, sgt2 dihargai.. :D

Resepinya mak tepek lagi skali utk rujukan diri sendiri :P
2 cwn tepung
3 cwn air
sesudu kecil bikarbonat
sebiji telur
garam secukup rasa


**Blend je semua guna blender tu.. Senang kan.. Then klu nak letak kelapa, boleh laa gaulkan dlm adunan td tue.. Pastu, canai ler.. :P

Okeh, tanpa berlengah lagi meh tengok camno rupa lempeng yg mak canai.. :P



Lempeng Kelapa yg takde kelapa.. :D Aku tak boh kelapa pon sbb Hubby tak nak. So, tukar nama jadi Lempeng Kosong.. Buleh yer kawan2? :P



Sempat jugak aku masak sambal tumis ikan bilis sket utk matchkan dgn lempeng.. Tp, dek kerana nak cepat, aku tak goreng dulu ikan bilis tu. Terus campak dlm sambal basah2 gitu.. So, agak kurang sedap di situ.. Padan muka, sape soh malas2 lagik :D



Sambal Ikan Bilis yg tak sedap.. Ikan bilis je yg tak sedap, tp sambalnye sedap je kat tekak kami laki bini.. :P



Taaaaaapi, yg buat aku bertambah geram.. Dah penat2 aku masak sambal tumis ikan bilis yg tak sedap itu, Hubby boleh plak matchkan lempeng yg vadevass tu dgn ini..

SUSU PEKAT! Apekah??!!!
Picture googled.



Hubby kata, sepanjang hidup dia, klu makan lempeng MESTI cicah dgn susu pekat. Takpon gula pasir. Tak penah pulak match dgn sambal ikan bilis ataupon kari. Tu yg dia pelik bila aku sibuk2 masak sambal tumis.. :D Dan, demi utk menghargai susah payah aku di pagi2 hari, Hubby telah mencuba utk break the rules..

'Eh, sedap jugak ek lempeng makan dgn sambal..'

Haaaa, baru tau sedap ek bang.. /wahaha




Jumaat malam Sabtu

Saya hanya sempat masak ini..



Sotong Goreng pon sodap Kunyit :D



Dan, sayur ini..



Kobis masak santan KARA Lemak Putih :)



Haaa, cukuplah utk santapan kami anak beranak. Tak lupa juga ikan goreng asam (wajibulgunnah!!) yg marvelous dan hitam itu.. :P

Jumaat malam Sabtu takleh masak yg leceh2 sebab kul 9mlm mesti dah ready dok depan t.v. layan Nur Kasih pulak.. /wahaha





P/s/s: Malam ni mak coti masak.. Yeay! :P

Guess how much?

Aku baru je jengah sini. And, guess what? The total donation as of today is...

RM108,610



You go girl DiGi! =D>


Above all the charities listed, MAKNA gained RM16,940 and that is the highest figure among all.. :)




Bila si Ayah seorang a.s.k.a.r.



/hmm













Sebenarnya, tujuan utama buat entry ni adalah utk mencuba tutorial ini.. Thanks CY3.5! I lap u lah bebeh... :D




Saturday, June 27, 2009

Aku aku aku

Balik-balik aku je nak jaga hati korang!!


Hati aku??!! Ada korang kesah??!!!!!


D.A.M.N.




Friday, June 26, 2009

Menu malam ini

Aku masih tercari2 menu utk makan malam kami malam ni. Nampaknya masih blom jumpa resepi yg bisa bikin aku terliur. Haih.. Ada jugak yg back to basic ni kang.. :D Tp, 1 menu sudah confirm.. Will see.. /wahaha

Btw, ini adalah menu kami malam semalam..



Gelama ikan duri Masak Taucu



Dan,

Bayam Masak Air



Semua menu di atas adalah atas permintaan Hubby terchenta.. Owh, tidak lupa juga my signature dish, ikan goreng asam pedas. Ini mmg lauk spare, in case tak cukup ke kan.. :P




Jumaat (hari ini!) adalah hari memborong tudung.

Wait! :P

















Bukan aku, tp rakan2 sepejabat aku. Maklumlah, gaji sudah clear.

/wahaha





Aktiviti petang Sabtu

Sabtu minggu lepas, kami anak beranak hanya bersantai2 di rumah. Takde kemana2 pon. Malas nak keluar sebab poket pon dah kering kontang. So, bila dah penat berbaring-baringan sambil melayan anak2, Hubby decide nak berexercise sedikit.. :D

Exercise ape pulokk abg oiiiiiiii??!!! :P Haaaaaaaa apelagi, joomla jomlah basuh keta! :D



Kasik warm-up dulu.. :P



Dah start dah main2 buih.. :D



Akhirnyaaaa.. Lencun abiss.. :D



Bukan main lagi anak2 aku, sakan bermandikan air hujan.. Ketuanya sape lagi klu bkn Cik An diorang..



Dah puas main air, gi terjah rumah jiran sebelah plak.. Kahkahkah! Nak ajak join sekaki gamaknyer.. :P



Aksi2 Hadif yg sempat aku tangkap.. Happy btol dia.. :D



Lagi aksi Hadif.. Dhea tak dapek nak snap sebab sakan berlari2an..



Acara ditamatkan dgn pelukan mesra (sampai tercekik si adik) 2 beradik ini.. :P



Weekend ni nak buat ape pulak ek? /hmm




Thursday, June 25, 2009

Dhea lagi..

Kejadian (1)
Pg semlm, masa aku tgh sibuk2 kemas dressing table yg serabut dgn segala mala lotion, bedak, minyak yuyi, etc etc, aku terjumpa gambar Hubby. Ala, gambar saiz passport jer.. Then, si Dhea ni boleh plak perasaan aku tgh tgk something..

'Mama, tgk ape tu?'

'Ni haa, gambar ayah'

'Cuba Dhea nak tgk, ayah comel ke tak comel'

Kahkahkah! /floor


Kejadian (2)
Adik aku tgh main kejar2 dgn si Hadif.. Tiba2 Dhea..

'Awwahuakbaw!'

Sambil tu dia kibas2kan tgn dia kat adik aku.. Then buat aksi tabur2 benda cam org halau hantu.. Sebiji mcm dlm cerita keliwon tu.. :D


Kejadian (3)
Mlm semlm, Dhea usik2 cubit2 si adik sampai si Hadif ni menangis.. Bila adik dah nangis, aku pon mula laa nak mengaummm kan.. :P

'Sudahlah dik.. Jgn nangis2.. Dhea gurau je laa..'

Gurau ke hapenyer klu sampai bintat2 tgn si adik dikerjakan.. Tp, percubaan Dhea utk pujuk si Hadif tu yg buat aku tak jadi nak mengaumm lebih2..


Kejadian (4)
Ptg semlm, Dhea kencing depan pintu rumah.. Kebetulan Hubby cuti semlm, terpaksalah dia yg bersihkan.. Hubby pon risik2lah kenapa Dhea kencing kat depan pintu sedangkan Dhea mmg dah gheti pi toilet sendiri.. Jawapan Dhea senang jer..

'Ala, ayah kan ada..'

/wahaha





Cuba korang teka ape yg Dhea maksudkan dgn perkataan ini..


TOSKIN


Maaf, tiada hadiah diperuntukkan utk soalan di atas.. Sekadar suka2.. :D




Wednesday, June 24, 2009

Rombakan kerja

Seblm pemecatan pemergian En. Ir. drp syarikat ini, tugas2 beliau telah diserahkan kpd Staf A TANPA sebarang perbincangan sesama pihak atasan. Buleh? En. Ir. kata buleh jerghhhs.. Mungkinkah kerana Staf A sekampung dgn En. Ir., maka En. Ir. bersikap bias? Mungkin juga..

Sejak itu, timbullah persepsi2 buruk tentang En. Ir. terutamanya berkaitan tindakannya itu yg dianggap sungguh tidak profesional. Staf A, bkn tak boleh buat keje. Boleh. Tp, being her yg tak-pandai-tp-buat2-pandai (otai2 ckp ek :D), telah cukup utk menimbulkan perasaan annoying dikalangan staf2 yg lain..

Awal bln Jun, masuk seorang staf baru. Staf itulah yg menggantikan tempat En. Ir. kini dan selamanya. Kenapa aku ckp selamanya? Kerana staf itu adalah kaum kerabat bos kami. So, tidak mustahil laa kan.. Yg lain, korang nganga aje laa dulu ek.. :P

Tapi, staf ini tidaklah sombong. Malah, terlebih peramah pulak. Dan, dia nampaknya tidak malu utk bertanya kpd otai2 yg lain (bkn aku :P). I respect that. Bagus laa kan mcm tu. Wlpon ko pegang title Engineer, taaaappiii klu ko bodoh sombong, tak ke mana jugok. Agree? No?

Baru sekejap tadi, berlaku peralihan kuasa tugas sekali lagi. Kali ini, bos sendiri yg buat. Haih..

Recently, bos kami baru tersedarrr akan wujudnya kelibat seorang staf yg lebih layak menggalas title tugas2 En. Ir. seblm ini. Yaaaaa, BARU tersedar okeh. Itupon selepas diketuk disedarkan oleh staf2 admin, otai2 bahagian technical & engineer kanannya. Nampaknya, mereka2 ini mmg kurang setuju dgn tindakan x-En. Ir. seblm ini. Bagus juga begitu. At least, tunduk laa sikit Staf A tu kan. Tidaklah terlalu mendabik buah dada sana sini..

Aku ada dgr cerita2 tak best pasal Staf A. Sejak dia tau yg tugas2 En. Ir. yg diserahkan kpdnya secara membabi buta seblm ni akan diambil alih oleh staf lain yg lebih layak (even dari segi cert. pon staf itu yg paling layak), dia seolah2 tidak sudi memberikan kerjasana kpd Staf B. Nampak mcm dia tak sanggup nak melepaskan jawatan pegangannya itu. Kenapa mesti begitu yer? Kami juga kurang pasti.. Mungkinkah kerana dia takut dirinya tidak dpt lagi berlagak pandai sibuk wlpon hanya setakat menaip sehelai surat di hadapan kami? Atau.... Ntah... Hanya dia yg tahu..

As of now, otai2 berasa sgt lega dgn rombakan kerja yg baru dilakukan oleh bos kami itu. Rasanya, keputusan itu adalah antara keputusan2 bijak yg pernah bos kami buat setakat ini.

Untuk Staf A, rela2kanlah hatimu.. Kuang kuang kuang!

Untuk Staf B merangkap our new TA, rajin2lah buat kerja yer.. Lepas ni ko takde masa laa nak pakai pesawat ko tu sambil main game sepak2 bola.. :P

Untuk Staf C aku plak, bila nak tender weihhhh!!!




Sepetang di taman permainan

Petang2 lepas keja saya akan ke taman permainan berdekatan dgn Taska Saleha, taska lama Hadif. Seperti yg pernah saya war-warkan dlm entry seblm ini, tiap2 petang saya akan tunggu Hadif kat situ.

Pada suatu petang, kami 3 beranak dgn sabarnya menunggu ketibaan Hadif. Sementara menunggu tu, sempatlah Dhea bermain berhabis-habisan (mcmlah lepas ni takkan jejak kat playground tu lagi :P)..

Mcm biasa, tugas saya adalah meng'capture' moments yg saya rasakan sesuai utk diabadikan.. Ini antara yg dpt saya capture petang itu..



Kena amik dari jarak jauh baru dpt snap gambar penuh playground..



Dhea yg sgt2 energetic.. Org lain naik guna tangga, tp Dhea? Hmm..



Ini adalah pasangan anak beranak.. Yg berbaju biru tu anak (down sindrom) & yg berbaju pink tu emak.. :D



Last but not least....




























Ingatkan si anak je yg syok nak main2 kat playground tue.. :P




Makan malam kami malam semalam

Berapa banyak 'malam' daaa... :P



Sotong Goreng Bersambal



Inilah dinner kami semalam. Resepi aku amik kat blog Rozzan. Sebenarnya, aku ada 2 pilihan. It's either this or this.. :D

Since Hubby request (padan muka, sape soh gatal2 tanya Hubby :P) sotong sambal & ikan goreng, gigih aku menyalin (tulis tgn lagi :P) resepi itu.. Err, resepi yg satu lagi tu pon aku salin jugak. In case bahan2 tak cukup ke, boleh resort ke resepi satu lagi tuh.. Amacam, bijak kan aku? :P Aku tepeklah jugak ek resepi tu kat sini..



Bahan2nyer...
  • 1 kg sotong basah (dibersihkan, buang dakwatnya dan di potong gegelang) <--- Sotong aku tak sampai 1kg pon, dlm 300-400gram jek klu tak silap :)


  • 2 biji bawang besar <--- aku guna 1 1/2 biji je..

  • 15-20 tangkai cili kering (rendam) <--- aku ganti dgn cili giling segera, dlm 3-4 sudu besar..

  • 3 ulas bawang putih

  • 2-3 hiris halia

  • 1/2 sudu teh kunyit serbuk

  • 2 sudu besar rempah kari ikan <--- aku terlebih guna sbb tak perasan sukatan ni utk 1kg sotong.. guna 1 sudu je patutnya sudah mencukupi.. :D

Semua bahan2 tu (kecuali sotong :P) hendaklah dikisar.

  • 1 btg serai (dititik)
  • 1 ibu jari lengkuas (dititik)
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 2-3 sudu besar sos tomato
  • 3-4 sudu besar santan pekat <--- aku guna santan segera KARA, credit to MN..
  • Garam dan gula secukup rasa


Bahan utk ditumis...
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris utk menumis)

  • 3 pelepah daun kari <--- aku tak letak pon sebab takde stok..

  • 1 sudu teh rempah tumis ikan <--- aku letak halba je..

  • 3-4 sudu besar minyak utk menumis


Cara2nya...
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar, daun kari dan rempah tumis ikan dan halba. Masukkan serai dan lengkuas. Setelah bawang agak layu, masukkan rempah yg dah dikisar tadi. Tumis sehingga rempahnya garing. Bubuh sedikit air jika perlu.


  2. Kemudian, masukkan sotong yg dah dibersihkan tadi dan gaul rata. Tambahkan sedikit air dan bubuh santan pekat segera KARA, sos tomato, sos cili, garam dan sedikit gula. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Tambahlah apa yg perlu.


  3. Kemudian, kacau rata-rata dan biarkan sebentar sehingga sotong masak. Tapi jangan terlalu lama kerana nanti sotongnya menjadi keras/kenyal.


Verdict? Sodappppp beb(s).. Aku suka, Hubby suka, Dhea suka, Hadif pon suka.. So, lenkali boleh ler masak lagi.. :D

Satu lagi lauk adalah seperti yg di request oleh Hubby jugak, tak lain tak bukan, ikan goreng.. Nak resepi jugak? :P Tpkan, aku klu goreng ikan suka letak sedikit asam jawa juga selain serbuk kunyit dan garam. Sebab tu ikan2 yg aku goreng akan sedikit kehitaman kecoklatan, tp yg pasti bukan hangus yer.. :P



Ikan Goreng Asam :P
Yg sekeping kecik sket tu, ikan sepat masin.. :D





P/s: Mlm semlm, B aku berat gilerr.. Puas btol Hadif nenen.. Aku rasa itu adalah penangan kari & halba kot..

Tuesday, June 23, 2009

Last Friday...

...I had this during lunch. Sedappppp!





Semasa sesi jejak kasih dgn seorang sahabat lama di Ampang haritu, saya telah mengorder air yg sama seperti di atas. Tp, saya mendapat reaksi pelik dan penuh tanda tanya apabila saya menyebut nama air tersebut.

Kebetulan, ada pelanggan di kedai yg sama telah mengorder air itu. Maka, saya segera menunjukkan air tersebut kpd pemilik kedai itu. Patutlah mereka tak paham ape yg saya order.. Kat KL, air itu dipanggil 'Air 3 Layer'.. Apekah?!! Tp, klu tgk pada gambar di atas, mmg nampaklah 3 layernyer tuh.. :D

Dulu, zaman2 saya belajar di kolej.. Saya selalu ikut member breakfast roti canai di kedai mamak berdekatan kolej kami. Menu saya selalunya roti tampal goyang + teh tarik kawww. :D Kawan saya ni pelik bila saya order roti tampal goyang sebab dia tak penah dgr langsung nama roti itu. Ghopenyer, kat KL, roti itu ada nama lain.. 'Roti plaster', kata kawan saya.

Then, timbul satu persolan lagi.. Kenapa sebut goyang? Adakah si pencanai roti itu masak sambil bergoyang? :P Saya ckp, goyang tu merujuk kpd telur yg separuh masak..Klu tak sebut goyang, pencanai roti akan masak sampai telur tu garing. Klu mcm tu, tak bestlah. Tak ngam dgn citarasa saya..:D

Selepas penjelasan yg agak panjang lebar (letey mak nak explain :D), barulah mereka faham. Dan, sejak itu roti tampal goyang telah menjadi roti canai kegemaran mereka jugak..

/wahaha




Mencuba di dalam gelap

Klu CY3.5 berjaya menguji skillnya dlm gelap, tetapi saya tidak. Wlpon skill yg dimaksudkan adalah berbeza, saya tetap tidak berjaya.. /XD

Mula2, saya cuba tangkap tanpa menggunakan flash.. Ini hasilnya..



Saya panggil gambar merah :D



Kali ke-2, saya onkan function flash, ini pulak yg terjadi..



Aksi menutup mata oleh Hadif.. Silauuuuuuu daa.. :P



Tak puashati, saya nekad cuba lagi.. Sebelum tu, saya sempat berkata, 'Adik, senyum.. Mama nak amik gambar ni..' :D



Senyuman terpaksa.. :D



'Adik, yg ni last okeyy..'



Muka lega sebab dah abis seksa.. Senyuman pon lebih ikhlas.. :D



Adakah saya seorang mama yg kejam? Nguahahahahaha.. :D





P/s: Gambar2 adalah hasil tangkapan menggunakan henpon sajor.. Bila laa dpt sambar satu pns ek.. Haih..

Abang Aniq...

...Hadif nak join Ben10 club, boleh?!!! /please





Inilah baju Ben10 saya.. Nenek yg belikan tau Abang Aniq.. Klu nak harapkan mama beli, ntah bilalah saya dpt merasa pakai baju Ben10.. :D





Amacam Abang Aniq, kira jadi laa eh? :D




Monday, June 22, 2009

Berakhirnya sebuah KONFLIK

Hari ini adalah hari terakhir En. Ir.. Terakhir di sini membawa maksud, berhenti berharap drp bekerja di syarikat ini.

Diam tak diam, sudah 14 tahun rupanya En. Ir. berkhidmat di sini. Berbekalkan segulung Diploma, En. Ir. memulakan kariernya di syarikat ini sebagai Technical Assistant. Beberapa tahun kemudian, En. Ir. mengambil inisiatif untuk meningkatkan value yg ada dlm dirinya dgn menyambung pelajarannya ke peringkat yg lebih tinggi. Dan, En, Ir. akhirnya berjaya juga menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda, berkat kesabaran & ketekunannya itu..

Kini, En. Ir. sudah pun menjadi seorang Engineer. Bukan calang2 engineer. Tp, engineer yg dah ada Ir. Paham? No? Abaikan.. :D

Wlpon seblm ini pernah timbul satu konflik yg telah buat pekerja2 lain sakit hati kepala, En. Ir. akhirnya mengambil keputusan berani utk berhenti. Disebalik setiap kejadian itu ada hikmahnya.. Semoga En. Ir. mengambil iktibar di atas perkara yg telah pon berlaku..

Gud luck to you & semoga En. Ir. akan lebih cemerlang, gemilang & terbilang di luar sana..





P/s: En. Ir., esok2 klu gaji dah besaq, jgn lupa belanja kami makan ikan besaq lagi noo.. :D

Jom joget, kawan-kawan!

2-3 minggu kebelakangan ni, Hadif pantang dengar lagu rancak. Dia akan cuba berjoget. CUBA okeh.. Sebab ape aku kata cuba? Sebab dia akan mula dgn goyang2kan kepala dulu mcm org wirid tuh, then bila dia dah kondifen baru dia bangun sambil goyang2 badan plak.. Selagi tak kondifen, just goyang2 kepala je laa sampai lagu habis.. /wahaha

Ini gambar2 Hadif beraksi berjoget Sabtu lepas.. Sebenarnya, sambil joget, sambil makan eskrim vanilla dan sambil tu jugak, Hadif main acah2 mak enon dgn Cik An dia (adik aku :D).. 3-in-1 gitu.. Kellasss adik skrg yer.. Kunun multitasking laa ek.. /nobigdeal



Amacam, ada gaya org menari zapin tak? :P



Ewahhh.. Kepala harus ditelengkan sedikit ye kawan-kawan.. :))



My cheeky dicky boy.. Mmg tak lekang dgn senyuman sengehan.. :D





P/s: Berjam2 aku try upload video Hadif tgh berjoget & bergurau sakan, tp hampehhhh! Failed!! Korang layan gambar je laa ek..

P/s/s: Wah, harini entry tentang Haaaaaadif je ek.. :D