...I had this during lunch. Sedappppp!
Semasa sesi jejak kasih dgn seorang sahabat lama di Ampang haritu, saya telah mengorder air yg sama seperti di atas. Tp, saya mendapat reaksi pelik dan penuh tanda tanya apabila saya menyebut nama air tersebut.
Kebetulan, ada pelanggan di kedai yg sama telah mengorder air itu. Maka, saya segera menunjukkan air tersebut kpd pemilik kedai itu. Patutlah mereka tak paham ape yg saya order.. Kat KL, air itu dipanggil 'Air 3 Layer'.. Apekah?!! Tp, klu tgk pada gambar di atas, mmg nampaklah 3 layernyer tuh.. :D
Dulu, zaman2 saya belajar di kolej.. Saya selalu ikut member breakfast roti canai di kedai mamak berdekatan kolej kami. Menu saya selalunya roti tampal goyang + teh tarik kawww. :D Kawan saya ni pelik bila saya order roti tampal goyang sebab dia tak penah dgr langsung nama roti itu. Ghopenyer, kat KL, roti itu ada nama lain.. 'Roti plaster', kata kawan saya.
Then, timbul satu persolan lagi.. Kenapa sebut goyang? Adakah si pencanai roti itu masak sambil bergoyang? :P Saya ckp, goyang tu merujuk kpd telur yg separuh masak..Klu tak sebut goyang, pencanai roti akan masak sampai telur tu garing. Klu mcm tu, tak bestlah. Tak ngam dgn citarasa saya..:D
Selepas penjelasan yg agak panjang lebar (letey mak nak explain :D), barulah mereka faham. Dan, sejak itu roti tampal goyang telah menjadi roti canai kegemaran mereka jugak..
/wahaha
6 comments:
aku pernah minum.. manissssss... itu gula sarawak kan? nasib tak letak gambir sarawak.. kihkih
gula sarawak??
tp kat JB ni guna gula melaka je nyahh.. tak tau laa klu kat sarawak nun.. :D
roti tampal goyang? kekeke... lawak aa menu nie...
dulu, masa 1st time dgr pasa roti tisu pun dah tbeliak biji mata.. haha
-mama emma-
sya, suami mas pun feveret roti tampal..
mama emma,
mula2 dgr mmg klaka.. esp. word 'goyang' tu.. kita yg nak sebut pon rasa nak gelak..
mast,
yeay! ada geng.. sya prefer roti tampal drp roti telo..
Roti goyang!!!!!!! I ingatkan perkataan goyang tu diambil sempena mamak penebar roti tu MENGOYANG GOYANGkan bumpernya semasa melebar roti kah..kah......kah.....
Post a Comment