Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, December 31, 2008

Jatuh chenta lagi!

Anak dara aku ni tak habis-habis laa asyik jatuh aje tau. Clumsy?! Maybe.. Lasak?! Tidak dpt dinafikan lagi.. Klu tak melasak, masakan boleh jatuh.

Ptg semlm, atok bgtau aku Dhea jatuh lagi utk yg ntah-ke-berapa-kalinya. So, aku pon tanye la kat Dhea.

"Sakit ke?"
"Mama, sakit.."
"Kat mana?"
"Kat paler, sini.."

Aku selak rambut kat belakang telinga, mmg sah benjol.

"Mcm mana Dhea boleh jatuh?"
"Dhea lari, lantai licin, Dhea jatuh laa.."
"Kenapa lantai licin?"
"Atok mop.."
"Atok mop ape?"
"Mop lantai la, Dhea kencing.."
"Dhea kencing kat mana?"
"Kat atas tilam.."
"Kenapa kencing tak bgtau atok?"
"Atok bayang, Dhea kencing, tp atok bayang, Dhea kencing laa.."

(READ: Atok sembahyang, Dhea nak kencing. Tp atok tgh sembahyang, Dhea pon kencing je laa.. ;P)

"Lain kali, klu Dhea nak kencing terus pegi toilet okeh. Nanti kat toilet baru panggil atok.. Boleh?"
"Okey mama.."
"Nanti kat rumah mama tuam dgn ais yer.."
"Terima kasih mama.."

Sooo sweet huh.. Tak jadi aku nak bebel lagi.. ;P


Gitulah kisahnye. Atok ade jugak story kat aku ptg semlm. Same, sebijik mcm story Dhea. Ngeh ngeh ngeh ;)

Tadaaaa....

....new skin, AGAIN! ;P




Note: Adakah ini bermakna aku tidak setia?! Kuang kuang kuang ;)

Tuesday, December 30, 2008

High-calcium diet

Last week, aku ada sms seorang sahabat bertanyakan tentang sesuatu.. Apekah?!


".... btw, nk tnye laa psl reverse-cycler ni. klu siang x mnum langsung xpe ke eh?"
"kalau reverse cycle, its ok kalau mlm nenen byk. cuma siang tu kena bg mkn diet yg high calcium."
"Oo, kna bg diet hi calcium eh.. ok, thanks ek.."


So, hari ini aku kena google resepi utk Hadif laa gamaknyer kan. Hahaha... Klu kawan-kawan nak berkongsi resepi / link yg berkaitan, saya sgt mengalu-alukan kesudian anda itu.. Saya budak baru belajar.. Hehehe ;)




Update: Found link1, link2 & link3 after some googleling (ade ker word gituh?!).. Kahkahkah!


Semput

Semlm, me & Hubs (skali dgn Dhea ;P), bawa Hadif berjumpa paed. Actually, appointmentnye hari Ahad. Ntah mcm mana boleh terlupa. Padahal hari Ahad tu kami anak beranak melepak saje sepanjang hari di rumah. Tghari, lepas Hadif lunch aku salinkan baju mcm biasa. Then, nenenkan mcm biasa sampai Hadif tertido. Bila Hadif dah betul-betul nyenyak, aku angkat masuk buai..

Ntah mcm mana aku teringat akan appointment Hadif dgn paed, Mr. Lee. Memandangkan Hadif pon baru aje tido, we all decide pegi esok aje laa.. Masa tu dah pukul 2pm+ dah pon & klinik plak tutup kul 5pm. Kesian pulak nak kejut since Hadif susah nak tido siang lately. Tu sebab semlm baru kami pegi.. ;P

Okeh, semlm aku sorang je yg masuk jumpa paed coz Hubby kena jaga Dhea yg dah tertido kat dlm keta. Takkan nak tinggalkan anak dara aku yg kiut tu sensorang pulak kan.. Being Hadif, yg mmg sgt sweet & mudah tersenyum, tidak menyukarkan paed utk check dada, blkg, etc. Rilek je anak mama sengih-sengih tgk paed check dada dia kan.. Until, when paed started masukkan kayu ala-ala batang eskrim tuh, mcm nak termuntah Hadif dibuatnyer.. Hehe.. Only then, baru Hadif ada rasa takut sket. Pegang mama pon bukan main kuat lagi tuh..

Lepas selesai check-up, ada sesi q&a plak. Then followed by other relevant explaination. Itu sudah semestinya laa.. Klu paed tak explain, aku yg sibuk tanya. So, better explain ye dakk.. Hihi.. ;)

Due to infection (Pneumonia) aritu, saluran pernafasan Hadif mula jadi sensitif. Sebab itu batuk & selsema on off aje. Tak pernah sembuh 100%. Then, kahak pon tak pernahnya clear btol. Now, Hadif kena amik ubat selama 2 minggu utk treat saluran pernafasannye yg mula sensitif itu. Tujuannya, utk control (ape? mak dah lupa ;P) supaya tak menjadi lebih sensitif. Juga utk mengelakkan drp Hadif mendapat asma/semput. Selain itu, aspek kebersihan & pemakanan juga sangat perlu diambil kira. Paed tak terkejut pon bila aku bgtau yg Hadif still breastfeed. Instead, paed soh aku teruskan dgn 'misi' yg satu itu.

Hopefully, lepas treatment ini habis, Hadif sembuh sepenuhnya. Sebab, klu tak sembuh jugak, Hadif kena on treatment lain pulak utk tempoh yg lebih lama. Kesian anak mama, asyik kena telan ubat aje.. So, harap-harap lekaslah sembuh & takde laa kena asma etc ek.. Pagi td pon aku dah explain segalanya kat taska. Kerjasama drp pihak taska amat aku alu-alukan. Sekian, terima kasih. Kuang kuang kuang... ;P

Friday, December 26, 2008

Jadi ke pindah?!

Jawapannya, mungkin tidak.. Huhu..

Sebenarnya, kami telah pon membeli sebuah rumah di Johor Bahru. Sebab itulah kami ke pejabat KWSP pg td. Kami terpaksa mengeluarkan duit kami drp Akaun II bagi tujuan pembelian itu. Wlpon jumlah yg bakal diperolehi tidaklah seberapa, at least dpt jugak mengurangkan jumlah hutang kami. Mana nak korek lagi, klu bukan di KWSP kan.. ;P

Klu anda pernah membaca entry ini, mungkin akan berasa sedikit konfius disitu.. Well, mmg saya tidak jadi berpindah ke Kluang atas beberapa alasan lain selain drp perkara yg telah pon saya nyatakan di atas. Sampai bila agaknyer yer?! Mungkin, selagi Hubby masih bertugas di dlm Negeri Johor tanah tumpah darahku.. Apepon, segalanya masih 'mungkin' kerana kami hanya mampu merancang..

Semoga segala urusan 'jual beli' ini dipermudahkan. Tak sabar pulak nak dpt kunci. Lepas ni nak kena kumpul duit utk masuk rumah baru laa pulak. Huhuhu... Pengsannn!

Sudah 8 bln, yeay!!

Hari ini aku bekerja mcm biasa. Tp masuk lmbt sket sbb ada 'urusan peribadi' di pejabat KWSP. Hehehe.. Kat ofis aku hanya ada 2 org staff yg bekerja termasuklah aku. Bos aku pon dtg ofis seyy pagi ni. Nasib baik kami dah sampai ofis dulu.. Ngeh ngeh ngeh...

Memandangkan mood keje pon kurenggg, boleh laa aku update blog. Hahaha.. Actually, nak update pasal Hadif since last week lagi, tp tak berkesempatan nak upload gambar seme. So, hari ini sesuai laa kots since aku sensorang je kat dept. nih yg bekerja.. ;P

Seperti yg korang baca (klu nak bacalah) kat tickers anak-anak aku kat side bar tuh, it's stated that Hadif sudah pon berumur 8bln+.. Ini juga bermakna, aku sudah 8bln+ terjebak menjebakkan diri dlm arena breastfeeding. Yeay!! Syabas utk diri aku jugak!! Bkn senang nak menyusukan bayi dgn susuibu, esp. utk ibu-ibu yg bekerja.. Ada ups and downs.. Hanya breastfeeding moms saje yg memahami.. Kan kawan-kawan.. Hihihi..

Meh aku list down apekah perkembangan Hadif setakat ini..

1. Hadif dah ade 3btg gigi bawah. Tp 0btg gigi atas. Kenapa, tak percaya ke?! Cuba klik pada gambar di bawah. Hahaha..




2. Hadif dah pandai merangkak. Yeay! Ni real punya merangkak tau. Sbb seblm ni Hadif hanya 'meniarap-cum-merangkak'. Ape ke namanyer, menyulur eh?! Aku pon tak perasan bila anak aku tu mula 'merangkak'kan dirinya. Hahaha.. Until when I saw 'this pict', yg di ambil semasa cuti 'aidiladha aritu... Syabass, wahai anakku!




3. Merangkak sudah, now Hadif tengah 'galak' belajar berdiri pulak. Pantang jumpa kerusi, meja, tangga atau ape-ape aje yg boleh dia jadikan tempat berpaut. As of now, Hadif sudah byk kali berjaya berdiri sendiri & melepaskan tgnnyer utk beberapa minit sebelum dia jatuh terduduk semula.. Hihihi.. Anak aku ni tak kenal erti putus asa. Bila dah jatuh, dia akan cuba berdiri semula. Then, dia akan sengih ala-ala nak meng'show off'kan kejayaan dia tuh.. Klu kita nak beri bantuan, let say kita nak tlg pegangkan tgn dia ke, maka Hadif dgn sengaja akan melembekkan badan mcm org malas nak bangun. Sungguh berlagak anak aku itu kan... Kahkahkah!




4. Satu lagi 'habit' Hadif skrg ialah Hadif sukeeee sgt 'menyembur'. Yer, siap berbuih mulut dia tu hah. Kata org-org tua, klu anak tgh suka menyembur mcm tu, si ibu akan mengalami keguguran rambut yg agak trajis. And guess what?! It's true. Aku tak pasti ape kaitan antara 2 perkara tu, tp aku mmg sedang mengalaminyer skrg nih. Uwaaaaaaa..... Terseksa jiwa raga tatkala mak terpandang rambut yg berguguran itu.. Bila laa gamaknyer 'fasa' ini akan berlalu.. Huhuhu.. :(




5. Lagi ape ek.. Erm, Hadif ni sgtlah manje dgn mama. Pantang nampak kakak Dhea ngendeng² kat mama, mesti Hadif jeles. Masatu mula laa merengek minta mama layan dia jugak. Then, klu mama 'babab' ke 'marah-marah-manje' ke, mulut Hadif akan mencebik-cebik sambil menangis. Mama pon bukannyer terus pujuk. Saje 'dera' Hadif biar dia nangis kuat sket baru angkat & pujuk. Kiutlah mama tgk Hadif mcm tuh.. Hahaha.. ;P


6. Owh, berat Hadif masa check-up 8bln aritu sudah pun mencecah 8.15kg. Naik 0.5kg je since Hadif infected Pneumonia last month kan.. Ok laa tuh, janji anak mama sihat. Tp ketika entry ini ditulis, Hadif belum pon sihat sepenuhnya drp demam. Syiann anak mama.. Asyik demam je lately.. Atok & nenek kata, Hadif demam nak dpt upah kots. Upah takpa haa, jgn dpt 'adik' sudah.. Hihihi.. Bkn tak nak. But, not now dear... Mama nak bagi chance 'adik' bermanje puas-puas dulu okeyy.. ;)


7. Seblm terlupa, saje nak bgtau yg Hadif ni masih lagi 'reverse-cycler'. Adoi laa.... Tak tau nak risau ke tak nih.. Siang kat taska sikit sgt dia minum ebm. Kdg tak minum langsung pon pernah. Tp malam mmg pulun habis laa sampai mama nak wat keje pon susah. Freezer pon dah sarat sgt dgn stok ebm Hadif. Tak tau dah nak sumbat kat mana lagi. Dan selalunya, hasil pump harian mmg terlebih drp cukup utk bekalkan Hadif dgn fresh ebm. So, mama terpaksa jugak reduce pumping session.. :(


Okeh, that's all for now. Later, if there is any new milestone I'll update.. ;)

Tuesday, December 23, 2008

Dear Marsha,

Aku ada baca tag nih ketika sesi terjah ke blog Iszan. Owh, haku mmg excited nak buat tag ni (wlpon cik Iszan tak tag mak.. ;P). Then, terjah pulak blog Momidanial.. Guess what?! Hehehe... ;)


* * * * * * *


RULES:-Do the "Letter MEME". Tag no less than 5 other people, and leave them a comment, informing them that they have been tagged. Then copy the "How-to" Letter Meme, and finish your Journal entry.

-> How you do the Letter Meme:

Dear ________(the last person who left a comment on your blog/journal):
I don't really know how to tell you this, but ___1___. I think I realized it ___2___ ___3___ and I saw you ___4___ ___5___. I'm sure you're ___6___ enough to understand ___7___. I'm returning ___8___ to you, but I'll keep ___9___ as a memory. You should also know that I ___10___ ___11___ .
___12___,
-Your name-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Just fill in the blanks on top based on the answers you are gonna choose below:

1. What's the color of your shirt?
Blue - Our romance is over
Red - Our affair is over
White - I'll join the monastery
Black - I dislike you
Green - Our horoscope doesn't match
Grey - You're a pervert
Yellow - I'm selling myself
Pink - Your nostrils are insulting
Brown - The mafia wants you
No shirt - You're a loser
Other - I'm in love with your sister

2. Which is your birth month?
January - That night
February - Last year
March - When your dwarf bit me
April - When I tripped on sesame seeds
May - First of May
June - When you put cuffs on me
July - When I threw up
August - When I saw the shrunken head
September - When we skinny dipped
October - When I quoted Santa
November - When your dog ran amok
December - When I changed tennis shoes

3. Which food do you prefer?
Tacos - In your apartment
Pizza - In your camping car
Pasta - Outside of Chicago
Hamburgers - Under the bus
Salad - As you ate enchilada
Chicken - In your closet
Kebab - With Paris Hilton
Fish - In women's clothing
Sandwiches - At the Hare Krishna graduation
Lasagna - At the mental hospital
Hot dog - Under a state of trance
None of the above - With George Bush and his wife

4. What's the color of your socks?
Yellow - Hit on
Red - Insult
Black - Ignore
Blue - Knock out
Purple - Pour syrup on
White - Carve your initials into
Grey - Pull the clothes off
Brown - Put leeches on
Orange - Castrate
Pink - Pull the toupee off
Barefoot - Sit on
Other - Drive out

5. What's the color of your underwear?
Black - My best friend
White - My father
Grey - Bill Clinton
Brown - My fart balloon
Purple - My mustard soufflé
Red - Donald Duck
Blue - My avocado plant
Yellow - My penpal in Ghana
Orange - My Kid Rock-collection
Pink - Manchester United's goalkeeper
None - My John F. Kennedy-statue
Other - The crazy monk

6. What do you prefer to watch on TV?
Scrubs - Man
O.C. - Emotional
One Tree Hill - Open
Heroes - Frostbitten
Lost - HighHouse - Scared
Simpsons - Cowardly
The news - MongolicIdol - Masochistic
Family Guy - Senile
Top Model - Middle-class
None of the above - Ashamed

7. Your mood right now?
Happy - How awful I've felt
Sad - How boring you are
Bored - That Santa doesn't exist
Angry - That your pimples are at the last stage
Depressed - That we're cousins
Excited - That there is no solution to this
Nervous - The middle-east
Worried - That your Honda sucks
Apathetic - That I did a sex-change
Ashamed - That I'm allergic to your hamster
Cuddly - That I get turned on by garbage men
Overjoyous - That I'm open
Other - That Extreme Home Makeover sucks

8. What's the color of your walls in your bedroom?
White - Your ring
Yellow - Your love letters
Red - Your Darth Vader-poster
Black - Your tame stone
Blue - The couch cushions
Green - The pictures from LA
Orange - Your false teeth
Brown - Your contact book
Grey - Our matching snoopy-bibs
Purple - Your old lottery coupons
Pink - How awful I've felt
Other - Your memories from the military service

9. The first letter of your first name?
A/B - Your photo
C/D - The oil stocks
E/F - Your neighbour Martin
G/H - My virginity
I/J - The results of your blood-sample
K/L - Your left ear
M/N - Your suicide note
O/P - My common sense
Q/R - Your mom
S/T - Your collection of butterflies
U/V - Your criminal record
W/X - David's tricot outfits
Y/Z - Your grades from college

10. The last letter in your last name?
A/B - Hate your guts
C/D - Never will forget
E/F - Always wanted to break
G/H - Never openly mocked
I/J - Always have felt dirty before
K/L - Will tell the authorities about
M/N - Told in my confession today about
O/P - Was interviewed by the Times about
Q/R - Told my psychiatrist about
S/T - Get sick when I think of
U/V - Always will try to forget
W/X - Am better off without
Y/Z - Never liked

11. What do you prefer to drink?
Water- Our friendship
Beer - Senility
Soft drink - A new life as a clone
Soda - The incarnation as an eskimo
Milk - The apartment building
Wine - Cocaine abuse
Cider - A passionate interest for mice
Juice - Oprah Winfrey imitations
Mineral water - Embarrassing rash
Hot chocolate - Eggplant-fetishism
Whisky - To ruin the second world war
Other - To hate the Boston Celtics

12. To which country would you prefer to go on a vacation?
Thailand - Warm regards
USA - Best regards
England - Good luck on your short-term leave from jail
Spain - Go and drown yourself
China - Disgusting regards
Germany - With ease
Japan - Go burn
Greece - Your everlasting enemy
Australia - Greetings to your frog Leonard
Egypt - Fuck off now
France - In pain


* * * * * * *


Inilah dia hasilnyer, kawan-kawan...


Dear Marsha,

I don't really know how to tell you this, but you're a pervert. I think I realized it when I threw up at the mental hospital and I saw you sit on the crazy monk. I'm sure you're open enough to understand that Santa doesn't exist. I'm returning your memories from the military service to you, but I'll keep your collection of butterflies as a memory. You should also know that I never openly mocked eggplant-fetishism.

In pain,
- mamaDhea -



Aku nak pass tag ni pada penerima surat iaitu Marsha. Tidak lupa juga kepada cik Ely, cik Intan, cik Mimi, cik Arnie & cik Zety.. Eh, terlebih sudah!! Okeh, buat jgn tak buat ye kawan-kawan... ;P

Thursday, December 18, 2008

The 7-6 tag!

Alamak, tak ingat laa sape yg tag aku kali nih. Cik Erna rasanye. Tu la, peram lg.. Hihi.. Takpe la, asalkan mak jawab kay... :D



First, the rules:

  1. List these rules on your blog.

  2. Share 7 facts about yourself on your blog.

  3. Tell 6 unspectacular quirks of yours.

  4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.

  5. Link the person who tagged you.

  6. Leave a comment for each blogger.



Seven Facts About Me:

  1. I am a mama to D.H.E.A. Dhea Suraya, a 2 years+ girl & 8 months baby boy, Muhammad Hadif Irfan..


  2. I met my Hubby 9 years ago, Sept 99.. Then, berchenta bagai nak rak sampai ke harini. Owh, kami berkahwin pada May 2005.. ;)


  3. Saya mula pakai 'spec' sejak saya Darjah 3 lagi.


  4. Saya juga salah seorang drp 'pencinta tegar' teh tarik. Dulu, kini & selama-lamanyaaaa.. Lebih menyelerakan lagi apabila teh tarik saya itu 'dipasangkan' bersama sekeping dua roti tampal goyangggg. Pergh, what a breakfast! :D


  5. Saya agak lambat dlm membuat 'house chores'. Tak gheti laa nak buat cepat-cepat mcm org-org di sekeliling saya. Wlpon saya dah 'max'kan level, tetap diorang ckp saya lambat. Huhu.. Takpe laa eh, janji siap kan..


  6. Saya sgt setia dgn satu kasut/sandal. Pakai selagi boleh; selagi tak haus tapak, selagi tali tak tercabut... Penah jugak sekali beli 2-3 psg kasut. Sampai ke sudah tak pakai pon. Last-last bg kat org aje.


  7. Sesungguhnye, saya dah blurr nak letak ape kat no. 7 nih.. Tp, utk tidak mengecewakan kawan-kawan sekelian, maka saya tulih jugak laa. ;P Saya mmg suka 'justify'kan ape yg ditaip supaya nampak lebih kemas. Buleh?! (Tp, tak tau laa apsal entry kali ni takleh nak 'justify'. Adakah disebabkan oleh 'numbering' itu?!)



Six Unspectacular Quirks About Me:

  1. Bila perasaan marah terhadap sang suami menguasai diri, saya lebih suka diam. Tp klu marahkan anak-anak, membebel aje. Boleh sakit telinga woo.. Tp, mcm laa budak ber-2 tuh paham kan.. ;P


  2. Saya sgt cerewet ketika melipat baju. Mesti nak nampak sangat kemas & sama jek size lipatannye. Hence, saya tak suka org lain tlg lipatkan baju saya. Hence, saya sgt liat utk melipat baju. Tunggu sebakul penuh baru terkial-kial nak melipat. Apa punya pe'el daa..


  3. Saya juga malas liat gosok baju. Tp saya tak suka pakai baju yg 'renyuk' & tak bergosok. Esp. baju kurung. Maka, suka tak suka kena gosok jugaklah. Lucky me, baju kerja Hubby tak byk yg perlu digosok. Takkan baju loreng pong nak gosok yang oi... ;P


  4. Masih lagi tentang 'baju'. Saya akan sidai baju mengikut kategori / baju siapakah?! Hahaha.. Klu seluar, seluar aje dlu. Klu baju anak-anak, baju anak-anak aje dlu. Maka, akan amik masa jugak laa utk menyidai..


  5. Setiap bln mesti buat budget. Tp selalu aje over-budget.. Ngee ;P


  6. Walaupon saya seorang 'pencinta tegar' teh tarik, saya juga tak dapat dipisahkan dgn Mi.lo. Seharian di pejabat tidak lengkap tanpa segelas Milo 'kaw'. Sbb tu mug yg saya bawa ke ofis pon mug Milo (free ;P). Sebenarnyer, byk lg free gift hasil drp pembelian Milo yg terlampau, sampaikan tak tau nak sumbat kat mana lg dah.



Okeh, tag done! Rasanya tak perlu dah panjangkan tag ni lg. Sbb semua yg saya kenal dah buat dah pon tag nih. Saya saje yg lambat tertinggal nak buat. Hahaha... ;)


Updates:
Pada sesape yg terasa nak buat tag nih, sila-silakan laa yer.. Pastu tinggalkan laa komen kat sini. Sbb, saya pon teringin mengenali... ;)


Genius kah?!!

blog readability test



Kehkehkeh!! Thanks to Iszan. Sungguh tak ku sangka. Part mana laa yg genius sgt tue yer.. Mungkinkah penulisnyer pembaca-pembacanyer yg genius?! Baguih laa klu korang semua boleh paham ape yg aku coretkan kat sini selama ini. Ngeh ngeh ngeh... ;P

Wednesday, December 17, 2008

8am *UPDATED!*

Okeh, 1stly aku nak update pasal entry yg ini.

Yeay, I've made it!! Tak sangka mak sampai 'on-time' lebih kurang kul 8.10pg. Thanks to my dear Hubby.. Klu tak, ntah kul bape laa gamaknyer mak sampai kat KD tuh kan.. Hee ;P

Sampai saje kat perkarangan KD, aku segera turun sambil mendukung si Hadif. Ni kes nak cepat-cepat amik no. la nih kununnyer. Dhea pulak kunun nak ikut ayah gi cari parking keta. Parking dah penuh sesak dah masa aku sampai tuh, sampaikan ade yg terpaksa park kat tepi jln je (termasuk laa Hubby).

Tp masa aku nak tutup pintu keta, si Dhea dah terkinja-kinja nak ikut aku pulak & separuh kepala dia dah terjenggul keluar. Dushh!! Kena kepala laa, apalagi.. Nasib baik mama tak tolak kuat sgt pintu keta tuh. Still, Dhea melalak kuat laa jugak. Syian anak mama... :D

Sungguhpon aku sampai 'on-time', nak tau tak agak-agak berapa laa no. giliran aku?! No. 0049 okeh!! Kul bape siap seme urusan check-up?! Kul 11.30pg!! Anak aku si Hadif sempat 'tido-bgn-tido balik' lg sepanjang tunggu giliran. Misi yg dok kat recept. konter pg td pon sgtlah lembab. Aku rasa nak je gi tlg dia cari kad anak aku tuh. Tensi aku tgk dia dok selak-selak kad yg melambak atas meja, dgn mode yg sungguh malas! lemah-gemalai.

Efisenkah?! Lu pikir laa sendiri.... ;P

2ndly,.... Err, nanti laa aku sambung. Nak gi wat 'projek' kejap..




Updated at 5:06 PM

Okeh, sambung terus kat sini laa. Malas nak buat entry lain.. ;P

2ndly (ulang suara...), ingat tak lagi ini? Well, td aku dah tanye kat misi. Lepas siap check Hadif, aku terus pass si Hadif pd Hubby. Then, aku masuk balik bilik yg sama & tanya misi yg sama. Misi tu minta aku baring kat bed & aku pon diperiksa. Sporting jugak misi nih, siap ajar lg cmane nak check sendiri. Aku pon tak segan sgt nak story-mory kan. Misi tu sedikit terkejut bila aku citer pasal 'pumping-at-work' etc. Hee... Okeh, the result, takde pape pon. Normal. Alhamdulillah, syukur... Ekceli, pg td pon aku notice dah takde rasa sakit kat 'situ'. Phewh!




Note: Yeay! Aku dah tau cmane nak wat nih. Kehkehkeh! Mcm org jakun lagaknyer.. ;P

Tuesday, December 16, 2008

Mengapa?!

Apsal tak boleh nak komen nih?!

Aku baru perasan bila aku 'blog-hoping' ke blog Marsha. Dia yg bertanya, dlm 'blog-comment'nye sendiri, kenapa dia tak boleh nak komen kat blog aku nih. Hadoi laa.. Patut laa sunyi sepi je ruangan komen kat blog aku harini.. Ceh, perasan laa tuh mcm ramai bebenor yg sudi mengomen. Hahaha... ;P

Setelah puas aku godek-godek kat comment setting, skrg dah ok balik.. Ni kes aritu laa nih, kunun nak try-out Haloscan @ JS-Kit.. Padan muka aku!

So, kepada blog readers ku sekelian... Rajin-rajinkanlah diri utk mengomen yer.. ;)

8am

Esok aku ade appointment kul 8pg. Ekceli appointment esok adalah utk bwk Hadif ke KD for his monthly check-up. Anak aku tu kan dah 8 bln..

Tp menurut kata misi yg aku call td, esok adalah hari berjumpa Doc bg ibu-ibu mengandung. Maknanyer, ramai laa ibu-ibu mengandung yg akan berkampung kat KD tunggu giliran masing-masing utk diperiksa. Huhu.. I've been there, done that! Seksa jiwa raga beb.. ;P

Aku ada option lain. It's either 8am or 2pm. Hence, I opt for 8am. Yg menjadi masalahnye skrg, mampukah aku siap 'on-time' nih?! Siap laa aku berkuntau dgn kerenah anak-anak aku itu pg esok..

Or... Shud I just call & ask Hubby balik jugak harini?! ;P

Dhea mengucap :D

Ptg semlm, bapak aku ada bgtau sesuatu tentang Dhea. Yer, Dhea, satu-satunya anak dara aku.. Ape yg di bgtau yer? Erm, bapak aku kata Dhea dah pandai mengucap. Alhamdulillah....

Mlm semlm, semasa kami on the way nak ke Ulu Tiram, aku dgr Dhea 'mumbling' something kat seat blkg. Ntah ape laa yg Dhea bebelkan sorang-sorang. Aku dgr sayup-sayup jek....


"La ila ha iwwa..." (La ila ha illallah)
"Muhammad..." Dhea terdiam sejenak
"La Hadif Irfan.."



Aku & Hubs masing-masing tersengih sampai ke telinga. Pertama, kerana Dhea nampaknya sedang belajar sesuatu. Dan kedua, kerana kalimah yg akhir itu sgt familiar...

Sekian, entry kali ini... :D

Monday, December 15, 2008

Err...

Aku sebenarnyer, drp semlm lagi excited nak mem'blog'. Bkn ape, saje nak share something pasal anak teruna ku Hadif Irfan itu. Hehehe.. Yg tak bestnyer, henpon aku tertinggal pulak harini. So, tak dpt laa nk upload gambar-gambar Hadif.

Okeh, sebenarnye harini genap Hadif Irfan 8 bln. Dan, sepatutnya pg td aku kena bawak Hadif utk check-up kat KD, Kangkar Tebrau. Tp mak lupa nyah!! Hahaha... So, Rabu je laa kami bawak Hadif check-up. Takpe, mak dah inform misi kat KD & diorang tak kisah punya. Janji dtg check-up..



*

*

*

*

*

*

*




Aku ada problem ni kawan-kawan. Nak citer ke tanak eh?! Malu plak nak citer, tp takpe laa ek. Aku citer je laaa..... Ngee :D

Begini kawan-kawan.... Pg td, aku rasa denyut-denyut kat aereola B kanan aku. Bila aku belek-belek, ada ketulan kecik sebesar lebih kurang guli gitu laa. Bila picit, sakit seyy... Patutlah semlm, masa Hadif nenen aku rasa sakit. Aku ingatkan si Hadif yg sudah bergigi 3 itu yg mengeget. Huhuhu..

Td masa pumping pon aku rasa sakit yg amat. Mcm nak nangis tahan sakit. Pastu hasil B belah kanan sgt kurang sedangkan B rasa mcm bengkak tak hengat. Tp alhamdulillah, B belah kiri dpt memg'cover' jumlah hasil ebm utk harini. Penuh jugaklah sebotol. :)

Nampak gayanya harus aku menyegerakan check-up B nih. Tp segan pulak sbb gynae aku selalu pegi tu lelaki. Hmm... Takpon, aku try tanye misi kat KD Rabu nanti ke?! Alang-alang bawak Hadif check-up...




Note: Esok je laa yer aku update pasal Hadif Irfan. ;)

Friday, December 12, 2008

Dhea's tagline is......

.....sama tak??! :D

Sejak dah besar ni, Dhea selalu sgt membandingkan ape yg dia pakai/barang yg dia ada dgn baju/barang kepunyaan org lain. Compared dgn atok, nenek, abg & SIL, adik aku & sesape saje laa yg terlintas di kepala dia.

Ada satu ketika, nenek belikan dia seluar jeans. Aku pon suruh laa Dhea cuba pakai. Kebetulan pulak abg aku tgh pakai suar jeans jugak. So, lepas Dhea sarung seluar tu terus je pegi kat sebelah abg aku...


"Cik Man, sama tak dgn suar jin Dhea?!"
"Sameeeee..."
<------- Jwpn wajib. Hahaha...



Kiranya, soalan Dhea tu dah jadi mcm ala-ala 'tagline' gittewww. Setiap kali Dhea dpt brg baru/ternampak brg org lain yg lebih kurang sama mcm dia punya, mesti Dhea akan tanya soalan yg sama. Dan, jawapannyer mesti jawapan seperti di atas. Klu tak, ngamuk laa anak dara aku tuh. Pastu mesti nangis-nangis minta aku belikan.. Kehkehkeh! ;P

Lagi pe'el si Dhea... Sejak ada adik pulak, ape-ape pon mesti nak sama dgn adik. Maka, aku kenalah berlaku adil. Klu aku nak belikan si adik baju, maka si kakak pon mesti dibelikan baju jugak. Klu aku beli legging utk Hadif, Dhea pon mesti dpt legging sepasang jugak. Klu tidak, barang utk si adik akan jadi hak milik kekal si kakaknyerr.... :D


"Ni sape punya mama?"
"Ini adik punya. Kakak Dhea kan dah besar, mana pakai sock (knee pad) lagi kan. Kakak Dhea kan dah pandai jalan sendiri. Adik blom pandai jalan lagi, masih merangkak. Kesian nanti lutut adik sakit klu tak pakai sock nih."
"Tak boleh!! Ni Dhea punye!!"
"Oklah. Ni kakak Dhea punya. Adik punya nanti mama belikan yg lain. Yg lagi cantek, kaler purple, ade gambar kartun....."
"Nah, amik balik! Bg kat adik yg ni je. Nanti mama belikan Dhea yg lain eh. Pink color, ade gambar bear!!"



Kahkahkah! Pandai tak aku psycho budak kecik nih?! Dhea oh Dhea.... :D

Chit-chat ;)

Semlm, tanpa disangka Hubby balik pulak ptg tuh. So, we had a chit chat kat dapo. Sambil tgn aku laju bancuh teh utk minum ptg, sambil tu aku & Hubby rancak bersembang...

Hubby: Ma, kawan abg kan td tanye abg..
Aku: Tanye ape?
Hubby: Dia tanye, baby klu dah sebln bole bagi susu tin tak?
Aku: Dah tu, abg jawab ape?
Hubby: Abg ckp kat dia, apsal nak kasik anak ko susu tin? Bini ko kan tak keje.
Aku: Bini dia tak keje ke?
Hubby: Mula abg ingat tak keje, tp keje sebenarnyer. Diorang ni laki bini org Sarawak. Kebanyakannya bini² org Sarawak ni tak keje.
Aku: Ooo.. ok. Then..
Hubby: Abg ckp lg, kasik je laa anak ko susu badan. Pastu dia ckp balik, abih tu nanti bini aku nak keje kan susah.
Aku: Abg jawab ape?
Hubby: Ala, bini aku pon keje jugak. Ok je anak aku sampai arini minum susu badan. Pastu dia tanya abg, mcm mana?
Aku: ........ "interesting jugak nih kan.."
Hubby: Ala, ko beli laa pam. Soh laa bini ko pam susu time dia keje tuh. Pastu simpan dlm petiais. Ala, nak tau lebih lanjut ko soh bini ko masuk forum Susuibu.com. Surf laa internet. Aku nak explain pjg lebar pon ko bkn paham.. :D "ceh! konfiden je laki aku.. kihkihkih!"
Aku: Erm, takpon soh bini dia tepon mama. Nanti mama boleh tlg explain sesikit. Nak demo pon boleh! Hihihi :D "aku dah excited tahap melampau dah time ni ;P"
Aku: Bini dia dah bersalin ke?
Hubby: Blom lagi. Tgh pregnant laa nih. Dah sarat rasanyer. Tu yg dia sibuk tanye sana sini..
Aku: Abg bgtau laa dia camtu. Klu bini dia interested, call je mama. Mama tak kisah..... Lagi ramai lagi bagus! "time ni aku dah mula membayangkan ape aku nak explain kat bini kawan laki aku tu nanti.. ;P"



Pagi td, semasa aku tgk sibuk-sibuk menyiapkan bekalan ebm utk Hadif, ntah mcm mana boleh teringatkan semula perbualan kami suami isteri itu.. Hee ;)

Tuesday, December 9, 2008

The 42q tag

Yeahhh! Tak sangka mak telah di'tag' oleh Mrs. Noba aka Scribblingmom. Rasanya nick ni cam penah nampak kat SI. Hmm, otai SI laa nih kiranyer eh Mrs. Noba.. ;)

Okeh, tanpa membuang masa mari kita mulakan....

1. The person who last tag u is...
Mrs. Noba..

2. 5 Impression of her...
Saye tidak pernah ketemu secara "live" dgn seseorang yg menggelarkan dirinya Mrs. Noba. Tp, based on pembacaan blognyer (yg kerap :D) maka saya dpt simpulkan...

thoughtful
friendly ~ sbb dia pon tak kenal saye, tp dia sudi jugak menge"tag" saye :D
cheerful ~ byk postnyer yg mencuit hati saye..
loving ~ seorang ibu laa katekan..
pandai masak ~ yeay!


4. The most memorable things she had done for you...
Belum ada lagi kot...

5. The most memorable things she had say to you.....
Tak penah jumpa "live", cemane nak sembang...

6. If she become your lover, you will...
Tak sesuweiii...

7. If she become your lover, thing she had to improve will be......
Erk, apekah?? Sungguh tak sesuweiii tau...

8. If she become your enemies, you will...
Pon tak sesuweiii okies...

9. If she become your enemies, maybe because of...
Ni lagi?? Sapa laa yg mulakan tag ni weih...

10. The most desired thing you want to do for him/her now is:...
Nothing...

11. Your overall impression of him/her is:...
Seorang ibu yg enjoy her bfeeding journey.. Bule?

12. How you think people around you will feel about you?:...
Err... kurang pasti :D

13. The characters you love of yourself are:
Cheerful kots :D

14. On the contrary, the characters you hate yourself are:...
Selalu lambat :(

15. The most ideal person you want to be is:...
Financially stable & debt free :D

16. For people that care and like you, say something to them:...
Halluuuu...

17. Pass this quiz to 10 persons that you wished to know how they feel about you :

(in no particular order)

1. ealyie
2. mimi (sufira)
3. arnienh
4. marsha
5. mrs. H
6. intan (sayangibu)
7. chetyant
8. nonie-fazira
9. coachsha
10. CapT


Phewh!

18. Who is no.6 having relationship with?...
Sang suami...

19. Is no.9 a male or female:...
Female...

20. What is no.2 studying about?...
Engineering kan mimi kan.. :D

21. When was the last time you had a chat with no.3?...
Tak penah lg...

22. What kind of music band does no.8 like?...
Erk.. Kena tanye empunya badan sendiri ler...

23. Does no.1 have any siblings?...
Yes, adik & abg...

24. Will you woo no.3?...
Tidak! Tidak!

25. How about no.7?...
Tidak jugak!

26. Is no.4 single?...
Nope, she's taken!

27. What is the surname of no.5?...
Klu boh nick SI bule? miLo_ice :D

28. What’s the hobby of no.4?...
Snap, snap & snap gambar.. Dari dulu, kini & selamanyer (kots!) ;P

29. Does no.5 and 9 get along well?...
Not sure laa pulak...

30. Where is no.2 studying at?...
Jepang..

31. Talk something casually about no.1:
Seorang mommy tgh (baru!) terkinja-kinja siapkan report tahunan co. utk diaudit.. ;P

32. Have you tried developing feelings for no.8?...
Gilos apos nak feeling feeling...

33. Where does no.9 live at?...
Kew EilL?

34. What colour does no.4 like?...
Tak tau..

35. Are no.5 and 1 best friend?...
Tak tau..


There’s No 36 to 39.....


40. Does no.1 have any pets?...
Takde...

41. Is no.7 the sexiest person in the world?...
No komen...

42. What is no. 10 doing now?...
Tgh keje laa kots.. :D


Okeh, DONE! Panjang giler tag nih... 1st time buat tag pjg berjela-jela.. Hahaha.. :D

Kepulangan yg dinanti!

Akhirnya.......









After almost 2 months 'ditinggalkan', anak-anak (dan maknyer skali) dpt berkumpul & bergurau senda (or is it lebih kpd "berkuntau" ;P) bersama-sama ayah yg dirindui... ;)

Aku terharu & sebak bila melihat telatah anak-anak bersama Hubby. Sesungguhnya, mereka amat merindui sang ayah. Dan, ayah juga begitu.

Dhea, sejak ketemu ayah mcm 'kacang lupakan kulit'. Hadif tak kurang juga. But, since HANYA mama yg boleh mengenyangkan perut Hadif dgn 'nenen' he dare not to 'berpaling tadah' kots. Hahaha... Lucky me... ;)




Note: Sesungguhnyer mak jeles bila anak-anak asyik dok 'hurung' ayah aje tau.. Bak kata Ealyie, dah mcm gula laa pulak hubby mak tuh.. Huhuhu...

Friday, December 5, 2008

Salam 'Aidiladha

Frens,


Selamat Hari Raya 'Aidiladha.


Take care.. Sesape yg jln jauh, drive safely okies.. :D




Note: Eii... Tak sabarnyer tunggu my dear Hubby balik this Sunday.. Yeeehhuuuu!! ;P

Kemalangan yg menyakitkan

Since kelmarin, kat umah aku ade 2 org cousin (si kakak baru pas SPM & adik masih di sek ren) tido umah. Maka, Dhea tersgtlah gumbira dgn kehadiran 2 org makciknyer itu. Seronot main tak hingat anak aku tuh. Tak kisah pon walau aku takde depan mata dia. Cousin aku (si kakak) pulak mmg rajin melayan budak kecik. Drp buat susu, sampai laa ke mencebok "ek-ek", semua dia yg settlekan. Dpt laa aku berehat sebentar bersama Hadif (not kik kat okie! ;P). Tp, Hadif pulak seakan tercari-cari sesuatu. Mungkin Hadif dpt rasakan satu kelainan di mana dia tidak lagi merasa 'penangan' kakak Dhea seperti hari-hari seblmnyer. Hahaha... Adik rindu kakak Dhea eh eh?! :D

Semlm, 2kali Dhea ditimpa kemalangan yg sungguh menyakitkan. Memula, jatuh drp kerusi. Si kakak (cousin) ni pi buat air milo utk diri sendiri. Dhea pon ngader minta milo jugak. So, si kakak pi laa buatkan secwn utk Dhea & si adik. Diorang ni pon duduk laa kat dining sambil menikmati milo, whilst aku masatu baring-baring kat hall sambil nenenkan si Hadif.

Tetiba, aku dgr si kakak bising-bising & 'gedebuk' Dhea jatuh drp kerusi. Aku terus bgn & pi kat Dhea. Ada darah keluar drp mulut Dhea yg masatu dah menangis kesakitan. Aku cecepat amik ais (MLO icepack ;P) & tuam kat area bibir, dagu & pipi. Sib baik tak teruk luka... Maybe bibir terkena kat gigi, tu yg berdarah td tu agaknyer. Bila dah ok, Dhea sambung lg minum milo. Tp kali ni minum kat hall je sambil duduk bersila. Hahaha... Serik laa tu kunun...

Tak lama tu, makcik aku sampai nak amik anak-anak dia. Makcik aku ni ada belikan makanan utk bdk² ni laa. So, si kakak pon pegi laa amik pinggan seme nak hidang. Dhea terkinja-kinja nak makan jugak. Tgh syok terkinja-kinja tu, Dhea pusing blkg & 'toing' lg. Kali ni, dagu hentam kat meja makan. Ish ish.... Aku check dagu, ok. Tak luka pon. Aku usap-usap dgn tgn & pujuk anak aku yg nangis berjurai-jurai airmata. Lupa plak nak tuam dgn ais. Memula nampak biasa laa. Tp, tak lama kemudian area dagu Dhea mula laa membengkak. Dowh! Apesal laa mak bole lupa nak tuam dgn ais....

Dlm pada sakit-sakit tu, Dhea nak ikut jugak adik aku pi hantar makcik & cousins balik Tiram. So, ikut laa... Kul 11+ baru sampai rumah. Dhea pon dah lelap dari dlm keta lagi. Syiannn Dhea, 2 kali eksiden kat umah.

Persoalannya, adakah selepas kedua-dua kemalangan itu Dhea akan serik??! Hmm, will see..... :D

Day 2 Dhea di taska...

Semlm, mcm biasa ptg aku gi amik Hadif (& Dhea) kat taska. Dhea & Hadif, masing-masing dah "bersih & wangi". Sebaik shj aku sampai, Dhea dah terlonjak-lonjak depan pintu gril. Mcm hari seblmnya jugak lah. Adekah Dhea rindukan mama?! Atau mmg pe'el bdk yg dok taska mcm tuh?! Hmm...

Huda, pengasuh #3, bgtau aku batuk Hadif makin teruk. Ada bunyi kahak katanyer. Or is it "hingus", memandangkan Hadif mmg selsema pon. Badan pon cam dedar jek. Hmm... Tgk laa 2-3 hari lagi cmane, then baru aku nak bawa ke klinik lg..

Lepas "bye-bye session" Dhea dgn anak owner taska (4yo girl), aku (sambil dukung Hadif) & Dhea berlari-lari anak menuju ke kereta, sambil dipayungi oleh Kak Saleha. Thanks akak! Semlm kan JB hujan lebat. Cuma, bila dah ptg-ptg tu hujan mulai reda. Masih renyai-renyai, tp tak menunjukkan tanda akan berhenti.

Then, adik aku terus pandu laju balik ke rumah. Sbb lepas tu dia kena pi amik parents kat Stulang pulak. Mak & Bapak dijangka sampai dari Batam lebih kurang kul 6ptg. Syian adik aku, 2-3 hari ni keje dia drive aje. Amik org sane, hantar org sini. Takpe laa An, ko kan tgh cuti sem kan.. Dpd ko membuta, pagi-ke-tghari-membawa-ke-ptg-sambung-ke-mlm!, ada baiknyer ko tlg ape yg patut kan..

Mlm, kat umah, aku try korek-korek rahsia taska lagi. Dan, setakat ini semua jawapan Dhea sgt memuaskan hati aku. Hmm, kira ok laa tuh kan. :D

Dan, hari ini Dhea aku tumpangkan lg di taska. Wlpon atok dah ade kat umah. Takpe, kasik chance atok berehat dulu yer.. Dhea, seronot dpt ke taska lagi. Turun drp keta, Dhea terus gegar pagar taska. "Bukak pagar ni! Bukak pagar ni!". Semlm lg haru, turun drp keta Dhea dah jerit-jerit. "Kakak, Dhea dah datang nie! Dhea dah datang!".

Kahkahkah! :D

Thursday, December 4, 2008

Day 1 Dhea di taska...

Pertama skali aku ingin mengkhabarkan di sini, bahawa, makcik aku di Batam telah pulang ke rahmatullah ptg semalam. Aku dpt berita tersebut pon semasa on the way ke taska utk amik anak-anak aku. Terkedu sekejap sebaik shj mendengar berita itu, walaupon kami di sini sudah menjangkakan akan pemergiannya itu. Aku sedikit terkilan kerana tidak kesampaian utk menziarahi arwah ketika hayatnya masih ada. Berpuluh tahun juga kami tidak pernah ketemu. Hanya Al-fatihah yg aku mampu sedekahkan (dari kejauhan...) utk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat Yang Maha Kuasa. Amin.

Al-fatihah....



* * * * * * *



Semlm, aku sampai di Taska Saleha dlm kul 5.45ptg. Dhea yg terperasan akan kehadiran aku terus terlonjak-lonjak depan pintu gril. Wah, happy nampaknyer anak aku nih. Aku pon masuk & nampak Kak Saleha baru kuar toilet. Ooo, Dhea baru pas mandi rupenyer. Patut laa hanya ber"diaper" & tak berbaju. Sambil aku perhati Kak Saleha menyiapkan Dhea, kami bersembang. Aku tanye-tanye jugak laa ttg Dhea sepanjang kat taska haritu. Risau jugak aku kot laa si Dhea ni "beduk" anak org lain ker kan.. Almaklum, anak aku yg seorang ini boleh masuk kategori ganazzzz jugaklah. And luckily, Kak Saleha kata Dhea ok jek haritu. No problemo! Cuma, sepanjang hari Dhea asyik berckp aje. Tanye itu ini begitu begini. Pendek kata, selagi mata tak mengantok mulut pon tak diam. Ngee.... :D

Kat umah, aku saje nak korek-korek rahsia drp Dhea pulak...

"Dhea buat ape kat taska?"
"Dhea main surut-surut (gelongsor ye kawan-kawan :D), main buaian.. Pastu masuk dlm main mainan. Tulis-tulis."
"Main dgn sape?"
"Dgn kakak, dgn abg, dgn adik."


"Dhea gaduh tak kat taska?"
"Tak laa. Dhea tak gaduh pon. Tak baikkan gaduh dgn kawan kan mama."
"A'ah. Tak baik gaduh-gaduh. Dhea jgn pukul kawan okey."
"Okey!"
"Janji?"
"Dhea janji!"
Fuhh, lega! :D


"Dhea makan ape kat taska?"
"Mkn nasik."
"Lauk ape?"
"Ade ayam, ade kentang banyakkk, ade kaghet (carrot :D), ade kuah sup."
Kesimpulannyer, Sup Ayam. Kahkahkah! ;P


"Td siang Dhea tido tak kat taska?"
"Tido!"
"Berapa kali?"
"2 kali."
Okeh, confirm cukup tido! :D


"Adik Hadif buat ape?"
"Adik tido, pastu minum susu, pastu main dgn Dhea."
"Adik minum susu ape?"
"Susu tu laa. Ang (Yang!) mama bwkkan tuh."
Ebm laa tuh :D


"Adik mkn tak?"
"Mkn, adik mkn bubur je mama. Adikkan takde gigi."


"Esok Dhea nak dok taska lg tak?"
"Nak! Nak! Dhea nak dok tahka, dgn adik Hadif."





Erm, nampaknyer anakku ini pandai bawak diri kat tempat org. Idak ler dia buat hal yg pelik-pelik. Alhamdulillah...

So, esok Dhea akan ke taska lagi laa nampak gayanye yer..... :D

Wednesday, December 3, 2008

Alkisah petang semlm

Tghari semlm aku dpt call dari adik aku yg tersayang tuh. Dia bgtau mak & bapak nak pegi Batam. Ada emergency kat sana. Makcik aku yg dok kat Batam dah sakit tenat. Kata org sana, hanya menunggu masa utk dipanggil oleh-Nya..

Alkisahnyer, makcik aku tu sakit terlantar dah berpuluh tahun. Aku tak pasti sakit ape, tp ade kena mengena dgn kanser jugak laa. So, ptg semlm kul 5 camtu, selamat laa mak & bapak aku ditemani pakcik aku yg 2nd last, naik feri (ke kapal?) ke Batam. Perjalanan lebih kurang 1jam+ (kots?). Sampai sana, dah ada cousin aku yg menunggu mereka. Pakcik aku yg bongsu pulak, baru sampai dari KL mlm semlm. Dan, akan bertolak ke Batam tghari nanti...

Aku teringin juga ke Batam. Tak penah pegi walau skali pon. Aku & Dhea dah ade passport. Tp Hadif pulak takde lagi & yes, dear Hubby pon blom pi buat passport. Hmm... klu tak, bole aku angkut anak-anak aku ke Batam hari ini juga.

Ptg semlm, balik drp Stulang, adik aku terus hantar Dhea ke ofis. Dia ade tugasan lain yg telah pon diberi oleh mak aku tghari tu. Kihkihkih... So, berkampung laa Dhea kat ofis aku selama lebih kurang 2 jam (je!). Kebetulan, anak-anak ofismate pon ade skali. Riuh & gamat ofis dibuatnyer, dah ala-ala kindergarten la pulak SKSB nih. Sib baik big bos dah balik. Hahaha... ;P

Mulanya abg aku janji nak amik kitorang kat ofis je ptg tu. Tp later abg aku call bgtau mcm tak sempat sbb keje dia tak siap lg. So, dia soh laa aku & Dhea naik teksi gi jenjln kat Carrefour dlu sementara nak tunggu dia sampai. Memandangkan aku menumpang keta ofismate, The Store adelah tempat paling sesuai utk dia turunkan kami 2 beranak, berbanding Carrefour. So, layan je laa The Store.

Boleh kira dgn seblh tgn berapa kali aku jejak The Store, Pandan ni. Hahahaha... Masuk je dah nampak Marry Brown. Tepi MB tu pulak boleh ade mainan yg kena masukkan duit syiling tu. Bkn seposen atau dua posen, tp LIMA posen x 2kpg @ Singgit. Dhea dah terkinja-kinja, "Mama, Dhea nak naik ek-ok ek-ok tuh!". "Ek-ok" adalah nama gelaran Dhea utk mainan tu laa. :D

So, aku pi laa masuk MB. Ingat nak tukar duit syiling je, tp perut plak berbunyik. Maka, aku order laa 1 set Chic-A-Licious & tukar syiling skali. Set tu nmpk mcm sedap (kat menu dia laa), tp bila dah dpt order, huh, tgk pd "food presentation"nyer shj dah boleh mematikan selera aku (apetah lagi rasanya yg bluwekk!)... Or at least, klu tak sebiji mcm dlm menu pon bg laa nmpk elok sikit. Baru laa ade selera nak mkn kan.. Hmm, no wonder laa MB sunyi sepi. Dhea pon tak lalu nak mkn ayam MB tuh. Rasa skali, terus tak nak dah.. See, budak kecik umo 2 thn pon tau beza mana sedap mana tak sedap!




Ni laa dia "ek-ok" yg Dhea maksudkan.. :D


Dah selesai mkn, masuk The Store kejap. Biasa je, takde ape yg menarik minat aku. Kecuali, minat Dhea. Dhea terkinja-kinja (lagi!!) minta aku belon. Bila aku tgk harga, RM4.90 utk satu belon yg tak besar mane pon. Pergh, mahal nak mampossss!!! Aku berusaha gigih membawa Dhea keluar dari situ. Pujuk dia gi kedai lain, cari yg murah sikit, but to no avail. So, sepanjang ronda-ronda kat dlm tu, suara Dhea (menangis okie) je laa yg kedengaran. Aku buat dek aje. Lelama Dhea diam sendiri, siap ckp, "Nanti kita pegi kedai lain ye mama. Belon tu mahal sgt kan...". :D

Dah bosan meronda, aku ajak Dhea kuar dari The Store. Aku & Dhea berjln kaki sambil berpimpin tgn menuju ke jejantas berdekatan. Nak ke bus-stop di seberang jln, takkan nak melintas jln besar. Ptg-ptg pulak tuh, dgn kenderaan yg berebut-rebut memecut.

"Ape tu mama?"
"Itu JE-JAN-TAS. Klu kita nak lintas jln raya ni, kenalah gunakan Jejantas tu"
"Ooo.. JANJANTASSHH!"





1st time Dhea dok menunggu kat bus stop. Hehehe.. Mula-mula seronot tgk org turun naik bas. Tp dah lama, dia bosan. Bosan menunggu Cik Man yg tak sampai-sampai jugak. "Mana Cik Man ni, lambat laa. Dhea dah ngantok laa mama". Syiann dier...




Tuu dia The Store, Pandan..



Hari ini Dhea terpaksa aku tumpangkan di taska Hadif, Taska Saleha. Pagi td agak kelam-kabut nak prepare brg-brg budak ber-2 nih. Sungguh mencabar kesabaran mak!

Tuesday, December 2, 2008

Bugaboo Bee PINK!

Beberapa harini aku takde mood sgt nak berforum kat situ. Just selak-selak mcm tu aje. Tp ade satu thread yg tanpa disangka menarik minat aku. Klu nak tau, klik kat thread ini.

Sesungguhnyer, aku mmg jahil. Jahil tang brand stroller ni laa, esp. yg mahal-mahal tu. Harga sebiji (ke sebuah? :D) stroller dah mcm gaji aku sebulan, mahal lg pon adaaa. Antara brand yg dibincangkan; Quinny (Buzz & Zapp), Mc Laren, Combi, Bugaboo, Titanium Baby, Stokke, etc etc etc...

Dan, aku pulak hanya kenal stroller brand Sweet Cherry & Combi. Itupon sebab aku selalu nampak kat Giant, Carrefour & Jusco. :D

So, lepas aku baca sesatu page kat thread kat atas tuh aku rasa tertarik nak men'google' stoller brands yg dibincangkan. End up, aku jadi mcm org gila bayang. Dok terbayang laa strollers yg cun malatop tuh!! Uwwaaaaaaaaaa.... Mcm mana nih weih!! Adakah aku sudah beralih arah??! From baby-wearing to stroller geeks??! Oohh oooo...... :D

Selepas dok baca komen-komen & testimoni drp stroller geeks (mak suka laa word nih :D) kat forum tuh, aku pilih yg ini aje lah dlu... Tak mahal, RM2k+ aje! RM2,369.00 to be exact. Buleh??! Tersedak Hubby aku tgk harga... :D




Bugaboo Bee PINK!


Bugaboo Bee folded & canopy off

Friday, November 28, 2008

Vice versa

Sebenarnye, saya nak letak tajuk entry kali ni "I Lurve Today (Saya Suke Hari Ini)". Saya terfikir akan tajuk tersebut sebaik shj membaca entry terbaru Cik Mimielola, I Hate Today (Saya Benci Hari Ini).

Alkisahnyer, harini adalah salah satu hari yg penuh rezki utk aku. Kenapa? Begini kisah kejadiannyer.....

Tghari td aku tergedik-gedik nak ikut ofismate pegi lunch kat Giant, Plentong. Sampai kat Giant, 2 org lg ofismate yg turut serta kelam-kabut nak masuk Giant sbb nak pi beli brg dapo diorang lah. Aku dgn sorang lg ofismate, Kak C, jalan lenggang kangkong je sbb kami mmg tiada tujuan lain selain utk lunch. Tetiba dgr bunyi bising-bising kat center Giant tuh. Kak C pon excited laa ajak aku pi tgk apekah yg sedang berlaku di situ?

Rupa-rupanya ade P1 Wimax Roadshow. Setibanya kami disitu, kami di "urge" utk isi form survey. Memula tu mcm malas nak layan. Then sorang bdk tu ckp "Dpt free gift kak!". Wahhh, masing-masing pandang muka masing-masing (dgn lirikan yg menggoda ;P). Tak tunggu lama, terus duduk isi form. Kahkahkah!

Lepas isi form, bdk td tu bwk kitorang ber-2 ke satu section utk "spin" ala-ala "wheel of fortune" gitu. Aku pon dgn sekuat tenaga, spin! :D. Benda alah tu berhenti kat No. 2. Tgk-tgk, dpt "beg galas" as free gift. Hehehehe.. Mak suke! Kak C pon spin dpt beg juga, tp dia dpt beg sling mcm beg laptop.

Pastu bdk td tu offer lg, "Tanak main game ke kak?". Kak C tak tunggu lame terus jwb, "Game ape pulak?". "Game tuuuu", bdk tu muncung ke arah game area. Game ape tau?? Dam ular daaa.. Hahahahaha.. Ape lg, layannnnn. Kebetulan masatu last round utk game tu. So, diorang campo kan kitorang ber-2 dgn 2 org lg peserta. So, 4 org laa.. After sesi lambung-lambung dadu bagai, akhirnyer dpt laa seorang pemenang.

Dan, pemenangnyer adalah....... AKU! Yeay! Yeay!! So, mak dpt lg free gift aka "beg sling" mcm member punyer.. Hahahaha ;P

Aku time tu mcm lupe diri sekejap. Terkinja-kinja dpt beg. Hahahaha... Mudahnyer nak bg aku happy kan?!! :D

Then, baru kitorang ber-2 masuk ke dlm Giant mencari member yg 2 org lg tuh. Kak C pulak dgn excitednyer telah menceritakan kejayaan kami mendapat free gift di roadshow itu. Maka, member yg 2-org lg tu tak nak ketinggalan utk mendapatkan free gift mereka juga. So, diorang pi laa isi form survey. Yg kelakarnyer, bdk tu suruh aku lg skali isi form survey. Memandangkan aku mmg dari td dok eyeing payung free, aku pon isi jugak laa dgn harapan yg tinggi menggunung. Tp dah mmg takde rezki aku nak dpt payung tu. Huhuhu... So, kali ni dpt "sunshade" pulak. Ye kot nama benda tu sunshade, aku tak berapa tau nama sebenar benda itu.. :D

Lepas dah kepenatan, baru sedar yg kitorang tak lunch pon lg. Dgn langkah yg mcm org tak cukup tanah (nak kejar masa yg dah terbuang dek kerana melayan game td :D), kami pi serbu pulak food court Giant & pi melantak!

Oh, alangkah seronotnyer hari ini! :D

Thursday, November 27, 2008

Blogthings thingy

Nampaknyer aku pon turut "tirgoda" selepas membaca blog Fid & Mimi harini.. Kehkehkeh!






Your Blogging Type Is the Private Performer



Your blog is your stage - with your visitors your adoring fans.

At least, that's how you write with your witty one liners.

And while you like attention, you value your privacy.

You're likely to have an anonymous blog - or turn off comments.

Wednesday, November 26, 2008

Sudut Kerja Saya :)

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada Cik Mimielola yg telah menge"tag" saya, di atas keterlewatan entry (yg ditunggu-tunggu) ini. :D

Sebagai permulaan, mari saya kenalkan anda dgn bahagian-bahagian lain di tempat saya bekerja ini seblom anda melihat sudut saya yg sebenar. Okeh, tanpa berlengah lagi mari kita lihat gambar-gambar yg telah diambil ketika semua org sudah pulang ke rumah masing-masing.

Gambar 1 & 2



1-Itu adalah plotter (satu-satunya yg dpt berfungsi dgn baik!) yg digunakan utk mem"plot" (atau dlm bahasa yg lain; mem"print" :D) drawing-drawing yg telah dilukis oleh para pelukis pelan di syarikat ini.

2-Selepas drawing di"plot", "ia" akan dilipat di atas meja ini (sekiranya perlu).


Gambar 3 & 4



Gambar di atas menunjukkan pelan-pelan (projek lama & baru) yg telah siap & disusun di dlm kotak. Hanya pelukis pelan & Engineers shj yg arif dlm mencari pelan-pelan di sini memandangkan susunan agak serabut. :D




Kini, kita terjah sudut saya pulak...

Gambar 5 & 6



5- Di sudut kanan meja saya; ada mug Milo (free gift), alat tulis yg diletakkan di dlm kotak (yg dihasilkan dgn kreatif skali menggunakan kotak ink plotter) & frame gambar Finding Nemo (juga diperolehi secara percuma). Di frame itu ter"frame" gambar Dhea (atas ihsan ex-BS). :D

6- Di sudut kiri meja saya pula adalah kerja saya yg terkini yg telah diamanahkan oleh Mr. Engineer seblom dia bercuti bersama keluarga. ;P

7- Di sudut tgh meja saya terdpt kertas memo utk menconteng (baru shj di distribute oleh Bos saya sendiri. Bangga?! :D) & sebijik kalkulator (pesen lama) utk saya membuat sebarang kiraan samada berkaitan dgn kerja ataupon pengiraan bajet personal saya. Kalkulator ini sebenarnye adalah hak milik kekal Bos saya, Mr. Q. Dan, saya mmg dgn sengaja meletakkannyer di tgh-tgh meja.


Gambar 8 & 9



8- Anda nmpk kotak doubleA itu? Kotak itu saya gunakan utk menyumbat pelan-pelan yg telah saya siapkan (utk rujukan diri sendiri) & beberapa brg personal saya memandangkan meja saya tiada sebarang laci utk menyimpan brg. Kesian kan... :D Di dlm plastik beg Padini itu, terdpt beberapa keping "cloth-diaper" Dhea yg telah dipulangkan oleh Cik Ealyie. Di sebelah beg plastik itu pula adalah cooler bag kegemaran saya iaitu Pigeon-FTG Cooler Bag , yg digunakan utk menyimpan ebm (sudah semestinyer!!).

9- Ini adalah gambar dinding yg telah ditampal dgn "table & graph" yg telah difotostat sebagai rujukan Mr. Engineer #2. Sesungguhnya tampalan itu telah mencacatkan pemandangan di sudut kerja saya. Tetapi saya tak kisah pon sebab tampalan ini telah "wujud" sejak seblm saya mula bekerja di sini lagi..












Dan, inilah dia sudut bekerja saya secara keseluruhannya...



Dimana "ia" lebih sesuai dipanggil "Sudut" berbanding "Stesen", memandangkan saiznyer yg sgt kecil & terhad. :D

Akhir skali, inilah antara "kerja" rakan sepejabat saya tatkala perasaan "bosan" menyapa. Kantoi.... Kahkahkahkahkah ;P




Bagaimana?! Adakah anda berpuashati?! Sekira anda kurang puashati, sila hantarkan komen anda kepada Pengurus Tempat Saya Bekerja, Mr Q.

Sekian, terima kasih.




Note: Tag done!! Yeayyyyy.... :)

Tuesday, November 25, 2008

Menghitung hari....

Erm.. Lagi seminggu+ my dear Hubby akan pulang. Yeeeaahhaaaa!! :D

Byk perkara Hubby kena catch-up pasni, esp. dgn anak-anak yg sememangnyer rindu giler babasshhh (Mama pon!). Byk juga urusan lain yg perlu diselesaikan. Secepat mungkin klu boleh! Ye la, selama Hubby takde disisi mmg payah aku nak kemana-mana. Sepanjang Hubby berkursus, mak mmg menjadi penunggu setia rumah bersama anak-anak. Hahahaha... Leceh laa nak keluar dgn budak berdua ni klu takde pengawasan tambahan drp Hubby ataupon org lain yg sudi mengikut.

Aku penah wat "keje giler" skali. Gatal nak cuba laa nih kononnyer. Ofismate jemput makan-makan kat rumah dia, sempena birthday anak sulung dia laa. Niat hati mmg nak pegi sgt. Tp tak confident, boleh ke aku handle budak berdua nih. Dgn Hadif yg tak berapa familiar lg dok dlm carseat. Dhea pulak mmg melenting-lenting je keje dia tak kira dimana jua dia berada.

Memula tanya Dhea, nak pegi tak umah Auntie Cah. Jwpnnyer, sudah tentu laa NAK! NAK! dgn gaya terkinja-kinja. Then aku wat perjanjian laa ni dgn Dhea, "Dhea janji, Dhea akan duduk diam-diam kat seat dpn! Dhea takkan kacau adik kat blkg! Dhea JANJI!!" Takpe, kita tgk....

So, aku letakkan Hadif dlm carseat. Seems like he's ok with it. Then aku buckle-up Dhea kt seat dpn. Aku pusing kejap nak kunci pintu & gril rumah. Bila aku pusing balik nak masuk keta, aku tak nampak Dhea kat seat dpn. Ghopenyerr dah selamat duduk kat sebelah carseat Hadif. :D

Wlpon begitu, aku buat-buat konfiden utk teruskan perjalanan. Kahkahkah.... Tak sampai pon setgh perjalanan, si Hadif dah wat perangai. Aku tatau laa kenapa. Dhea usik agaknyer. Aku siap ugut Dhea nak u-turn balik nih, tak jadi pegi laa kunun. Baru laa Dhea nak dok diam, SEKEJAP! Tak sampai 10minit, dia buat balik. Haduhh... Hadif pulak dah menangis tak hingat. So, aku berhenti kat satu bus-stop & bfeed si Hadif sampai dia tertido. Dekat setgh jam jugak tuh. Then, sambung lg perjalanan. Dhea pulak mmg kena dok kat seat dpn laa lepas tuh.

Dgn kerenah anak-anak yg serupa ittew, perjalanan yg sepatutnya memakan masa HANYA(!) 30minit akhirnya menjadi 60minit+. Pergh... Amik kau, nak sgt pegi!! Hahahaha :D

Oh ye, berbalik pada kisah my dear Hubby. Skrg ni Hubby sdg menjalani latihan dlm hutan. Ntah ape jugak laa dibuat kat dlm hutan tu yang oi.... Then balik drp hutan ada upacara penutup & clearance, beberapa hari seblm raya haji. Maka, kemungkinan Hubby akan balik sehari seblom 'Aidiladha. Yeay!! Tak sabarnyer nak tunggu Hubby balik..

Abg, Hadif dah pandai duduk sendiri tau.. Tak caya?? Tgk laa gambar yg mama sempat snap. Lg, Hadif dah tambah gigi bawah sebtg. Erm, lg yg paling best, Hadif dah mula demand susu.. Yeay lagi!




Selepas berhempas pulas dok ke depan ke belakang sambil angkat-angkat bont*t, akhirnya Hadif berjaya duduk dgn sendirinyer. Syabas Hadif!!



Saje mama snap pandangan dr belakang. Hahaha... Kali ini Hadif mengambil masa yg lebih singkat utk berjaya duduk dgn sendirinyer.



Asyik Hadif jek.. Dhea?? Dhea mcm tu laa.. Perkembangan Dhea lebih kepada vocab & percakapan yg sesungguhnya hampir menyamai budak sekolah rendah. Hahahaha... Mama sendiri tak larat nak layan Dhea sembang lama-lama. Soalan Dhea semakin lama semakin menguji kesabaran. Mengalahkan ortu (org tua-berkat menonton sinetron :D)!

Health wise, anak-anak bertambah baik. Wlpon mama agak kurang sihat, mama gagahkan jua demi anak-anak terchenta! Dhea dah ok. Sihat walafiat. Tp batuk Hadif nampaknyer bertambah teruk. I'll take him to paed tomorrow. Don't worry...

Last but not least, kita layan gambar mereka berdua yg sdg seronot bergurau senda.. Pandai juga kakak Dhea melayan adik hadif.. :D






Note: Adekah mak sasau?? Ekekeke.... Ni laa penangan "ditinggalkan" suami. Baru sebln dua. Kahkahkah!! Nampaknyer mak kena la membiasakan diri sbb lepas ni ntah ape-ape kursus lg yg Hubby kena attend kan.. I'm strong! I'm strong! (ku pinjam mantra mu ye Cik Yan :D)

Monday, November 24, 2008

Update pagi Isnin

Pg td agak havoc berbanding biasa. Kali ni Hadif laa segala punca penyebabnyer. Tak tau angin ape Hadif pg td, drp mula dia bgn pagi merengek sampai laa lepas mandi. Tp waktu mandi ok pulak siap gelak-gelak. Angkat je kuar dari bath tub dia sambung lg merengek. Nak pakaikan cd pon payah. Puas dah mama umpan dgn segala botol lotion & minyak kat bakul tu, pon tak jln. Nak mintak angkat jugak. Siap hulur tgn kat mama. Dah tu cemanenyer nak pkai cd & baju klu berdukung je Dik! Haduh..

Mama dukung laa jugak kejap nak kasik Hadif rileks. Dah ok, letak balik atas katil. Cepat-cepat bukak towel yg membungkus bdn Hadif. Baru je letak cd bwh bont*t, Hadif dah "pancut". Grrr..... Mama plak tak sempat nak capai towel td nak cover pancutan Hadif. Aduh duh duh Dik!! Habis basah katil mama... Huhuhu...


***************************************


Since last week lagi aku dah tergedik-gedik nak letak blog counter kat blog nih. So, lepas survey² terjumpa laa dgn Blog Patrol. Alkisahnyer, korang nampak tak blog patrol kat sidebar blog aku tue? Ngee :D


***************************************


1stly, cuba korang tgk gambar dibawah. Perasan kah anda akan apa-apa yg pelik dlm gambar itu?



Tak nampak ke? Okeh, mak kasik zoom-in sikit... Ada perasan kawan-kawan?? Sila abaikan (wlpon aku dgn sengaja mmg nak bg korang tgk.. hahaha :D) jumlah stok ebm yg bertambah kerana ia bknlah tujuan sebenar entry ini dibuat ;P



Ape ke halnyer talipon tu bole elok terletak kat freezer mak nih?? Korang mesti suspek Dhea yg buat kan?? NO NO NO!! Sesungguhnya, itu adalah kerja Hadif kawan-kawan.

Alkisahnyerr.... Adik aku ketika itu sedang mendukung Hadif, yg ketika itu juga sedang memegang & mengeget talipon RM2 kakak Dhea. Kemudian adik aku telah membuka freezer & tanpa disangka Hadif telah meninggalkan talipon murah itu disitu. Tatkala mak membuka freezer (aktiviti yg biasa mak lakukan sejak berkecimpung dlm arena pengepaman), tadaaaa..... :D

Sekian, update di pagi isnin.

Friday, November 21, 2008

Mak yg seriau

Beberapa harini aku seriau nak blog-hoping. Ekekeke.. Almaklum, hutang tag ade lg 2 tak terbuat.. Sabar ye kawan-kawan..

Bila sorang blog reader aku meninggalkan commentnyer di entry yg ini, aku tak tunggu lame. Terus terjah. Yeay!! Aku dpt award laa.. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada Sayangibu aka Intan dan juga Ummilna aka Kak Ina. Award apekah itu??














Tadaaaa......




Dgn entry yg merapu-rapu & ntah-ape-ape-lagi-ntah, rasanya tak layak utk dpt Best Blogger Award 2008/2009 nih. Apepon terima kasih diucapkan kepada pembaca-pembaca yg budiman kerana sudi juga singgah di sini. Kepada yg telah sms, jasamu ku kenang. Teruskan support anda! Wakakakaka.... Mula dah aku nak merapu....

Seterusnya.... Kepada blog readers .D.H.E.A.S.Y.A., sila naik ke atas pentas utk mengambil award anda! :D

Thursday, November 20, 2008

Entry syok-sendiri

Saje nak meng"show-off"kan gambar-gambar ni kat korang sume.. :D

Sebenarnyer, ini adalah "kesan & akibat" apabila anak yg seblm ni "normal" tetiba bertukar pattern jadi "reverse-cycler" laa pulok!





Selama aku "menjebakkan" diri dlm "breastfeeding" ni, rasanya inilah jumlah stok yg paling byk aku penah kumpul. Hihihi... :D

Bkn laa tak penah byk mcm tuh. Tp bila memikirkan umur Hadif yg skrg dah 7 bln, rasa bangga jugak laa bila bukak petiais nampak stok ebm yg tinggi tersusun rapi. Tak sangka aku mampu jugak simpan stok sebanyak ittew..

Di sebalik rasa bangga (yg semakin menjadik-jadik! :D), terselit juga sedikit kerisauan dgn pattern baru anak bujang aku tuh. Ok ke camtu? Tahan ke perut tu dik? Huhuhu...




Di suatu ptg (ke pagi? mak lupa dah!), suatu ketika dlu...

Intro kunun...
sya: fid
ealyie_14: beb, tanya la
sya: bz ka?
idjeep06: kenal
sya: nanti ler.. ramah mesra dlu
sya: ekekeke
idjeep06: aku kenal ko sya hahaa


Dan, diskusi ini bersambung sampai penuh 3 page (aku paste kat word okie!)...
sya: camni.. straight to the point jek laa
sya: hadif nih dh berminggu tanak minum ebm
sya: sejak kena pneumonia aritu laa
sya: cmane ek
sya: akak kt taska tu dh risau dh.. tunjuk botol susu pon dh merengek
sya: aku baru beli botol bersudu semlm.. tp tak try kasik ke taska lg sbb aku nk try kasik sendiri

idjeep06: takyah bg ngan botol
sya: akak tu dh try kasik guna sudu.. dia luek jugak susu tuh
sya: huhuhu
idjeep06: guna cawan takleh?
idjeep06: guna straw?
sya: cawan?
sya: hadif tak pandai lg
sya: guna straw
sya: masalahnyer kan beb
sya: kat umah mmg tak layan botol, cwn, etc etc
sya: hadif layan nenen jek
sya: cmane aku nk try nih
sya: laki den kursus.. dis nnti baru balik
idjeep06: sya
idjeep06: ko takkan bleh try
idjeep06: kena bagi org yg tak de nenen try
idjeep06: dan nak try ko takleh ada
idjeep06: selagi ada bau nenen dia tak akan minum guna device lain
sya: haa.. tu laa
sya: huhu..
idjeep06: bleh try sudu...cawan..botol bersudu
ealyie_14: masalah nya taska nak ke layan botol bersudu ni beb?
sya: tu laa pasal
idjeep06: piring ka mangkuk ka semua bleh
ealyie_14: ko da tanya lom??
idjeep06: serius ni
sya: apepon seblom bg kt depa, aku nk tgk dlu sendiri
idjeep06: ke belikan dia tumbler tupperware ka
sya: so, klu diorang nk tipu ka ape ka tak bole laa
ealyie_14: ooo..
sya: sippy cup tu ke fid
sya: aku ade satu, dhea punya dlu.. yg avent tu
idjeep06: ya
ealyie_14: fid, masalah yg paling besau kan.. akak taska tu da promote susu2 FM perasa coklat kat minah nie...
sya: ish... bole kot ek
sya: haa.. tu satu lagik masalah
idjeep06: sippy cup or tumbler
sya: bengong
sya: akak taska tu ekceli mmg support bf nih
idjeep06: cakap la anak ko takleh minum susu lembu
sya: tp sbb dh berminggu tak nak susu langsung
sya: depa pon risau
idjeep06: tipu pun tak pa
sya: ekekekeke
idjeep06: ko kata la kalau munum susu lembu anak sakit perut ka gatal2 ka
sya: ish.. takut kang depa try kasik blkg aku plak klu aku ckp camtu
sya: nnti bila FM yg dia kasik tu ok, lagi haru...
idjeep06: kalau depa try depa tak jujur
idjeep06: bertindak mengikut arahan hahaa
sya: ekekeke
ealyie_14: hehehehhe.. hantu apek datang mai
idjeep06: adakah anda yakin dgn bg FM anak anda akan minum?
idjeep06: adakah anak anda benci EBM atau anak anda benci device?
ealyie_14: kang dia reject bm terus lagi haru..
sya: wiken aritu aku try campu ebm dlm solid
sya: ok jek dia mkn
sya: maknenyer device ler kots
sya: puting dh memcm jenis dh try nih
sya: wide neck, std neck
idjeep06: kalau dia benci device buatlah kajian dgn device
idjeep06: bkn masalah susu
idjeep06: bg la susu unta pun tak hingin dia nak teguk
sya: tp semlm dh beli yg latex tuh.. blom try sbb tak steril lg
ealyie_14: ko suh akak taksa guna SNS beb...
sya: ekekeke
idjeep06: sya...pls stop think about puting
sya: huhu... dh tu
idjeep06: cari benda yg tak de puting
sya: buntu dh nih
sya: so, skrg ni either sippy cup or botol bersudu laa ek
idjeep06: ya
sya: ok, noted!
idjeep06: alaaa sya hadif mkn solid?minum air masak?
sya: balik ni nk try laa
sya: hadif dh solid
sya: air masak pon dh on
sya: sejak start solid laa
idjeep06: kalau gitu
idjeep06: senang
sya: camne?
idjeep06: kalau siang dia tak nak ebm bg ja dia mkn ngan minum air
idjeep06: mlm dia BF sungguh2
sya: hahaha.. mlm mmg bersungguh dia BF
idjeep06: tapi kena pam juga buat stok sbb kang angin nak ebm dtg tak susah
sya: mak ler letih takleh wat keje
sya: pam tetap pam
idjeep06: siang tu ebm cukup kalau sekadar tambahkan dlm solid dia
sya: aritu merudum sekejap.. tp since semlm dh ok balik dh
idjeep06: kalau air masak dia minum mcm mn?
sya: akak kt taska tu bg guna botol susu gak utk air masak
idjeep06: cara derang kendali ebm ok ka?
sya: so far aku check ok
idjeep06: worst case ko suruh derang campur ebm dlm solid
sya: sbb aku penah dtg tghari, akak tu tgh rendam botol ebm dlm air suam panas
idjeep06: dia tak nak minum ebm lantak dia
idjeep06: balik dia bf la
sya: takpe ek dia tak minum ebm siang
idjeep06: nanti bila dtg angin nak ebm baru bg ebm
idjeep06: tak pe
sya: growth spurt ke ni kiranyerr?
idjeep06: ni antara salah satu reverse cyling type
ealyie_14: aa..bru nak tanya
sya: ooo.. reverse cyling
ealyie_14: bukan sbb fobia botol ke apa ek fid
sya: tp seblm dia demam ritu mmg nmpk tande cm reverse cycling
idjeep06: haaaa tu la pasalnya
ealyie_14: ekekekekeke..
sya: huh.. legaaa
sya: ekekekeke
ealyie_14: so ok beb..
sya: so, sementara ni layan jek laa ek
sya: ekekeke
idjeep06: ok
idjeep06: mcm ni
idjeep06: ko kena monitor anak ko
idjeep06: 1. berat bertambah
idjeep06: 2. dia aktif cergas
idjeep06: 3. tidur lena
idjeep06: 4. tak meragam
idjeep06: kalau tak bg ebm
sya: 1-4 sume ok jek
sya: kecuali no.3 tuh
sya: dia tanak lepas nenen time tido
sya: ngempeng laa nih kiranyerr
sya: berat naik tak byk mcm biasa, tp naik laa jugakk
ealyie_14: beb, iris pun cenggitu gak skrg..
ealyie_14: kita tgk mcm tak lena sbb kejap2 nenen..kejep2 nenen.. mcm tak puas2
idjeep06: ala kes tak nak lps nenen tu akif yg dah tua pun sama
ealyie_14: kita yg sakit badan layan nenen.. aku rasa normal la
idjeep06: tu comfort
idjeep06: layan ja
sya: akif pon layan ngempeng lg ke beb
idjeep06: kalau dia tak hisap pisahkan la
idjeep06: kalau dia hisap layan la
idjeep06: akif masih layan


Bersambung ke kisah lain pulok... Sambil menyelam, kita minum laa air.. ;P
sya: ni nk tanye lg
idjeep06: sila
sya: pasal fm.. freshmilk okie
sya: utk dhea laa pulak
sya: aku nk kurang FM intake dia
idjeep06: ok
sya: nk ganti ngan fmilk
sya: akif minum fmilk ape?
idjeep06: dutch lady
idjeep06: kalu bg fesh je dia tak nak?
sya: cmane?
sya: dia minum botol lg
sya: fresh tu bkn ke sejuk
sya: ke ko bg yg DL yg kotak biasa tuh?
idjeep06: akif minum guna kotak
idjeep06: aku beli yg kotak kecil2 tu
idjeep06: bknnnya pastuer tu
sya: nk ganti ngan fmilk
sya: akif minum fmilk ape?
idjeep06: dutch lady
idjeep06: kalu bg fesh je dia tak nak?
sya: cmane?
sya: dia minum botol lg
sya: fresh tu bkn ke sejuk
sya: ke ko bg yg DL yg kotak biasa tuh?
idjeep06: akif minum guna kotak
idjeep06: aku beli yg kotak kecil2 tu
idjeep06: bknnnya pastuer tu
sya: tp time tido tu dhea ni nk jugak minum susu
sya: mcm nenen gitu laa
idjeep06: ish apa nama proses susu akif ni erk?lupa
sya: UHT
sya: eh
idjeep06: bg yg suhu bilik
idjeep06: kalau dia nak yg panas buat mcm ebm la
idjeep06: awal2 dulu layan mcm ebm
sya: eh.. bole ek
idjeep06: bila dah besar dia sendiri request la
sya: ekekekeke
sya: budusnyerr akuh
idjeep06: dr perisa susu semata la ni dia dah pandai minta nak perisa strawberry n coklat
idjeep06: kalau fresh milk ni
idjeep06: ikut calculation aku untuk anak aku..
idjeep06: lebih friendly utk duit anda hahaaa
idjeep06: kalau FM mahal
sya: mmg pon
sya: aku pon tak ikut sukatan btol FM tuh
sya: aku kurangkan sket
sya: cairkan
idjeep06: baik bg freshmilk
idjeep06: kihkihkih
idjeep06: kalau 250ml X6 RM7.50
sya: ko bg yg UHT yg freshmilk kotak biru tua tu ek
sya: ke yg low fat
sya: DL ni kan bbyk jenis
idjeep06: kalau sebulan beli 10 packs baru rm75
idjeep06: bagi yang full krim
idjeep06: paed anakku kata bdak kecik kena bg full cream
sya: oo..ye ke
sya: okey laa beb
sya: akan aku cuba
sya: nnti klu ok ka, ko ka, aku update laa
sya: ekekeke
idjeep06: hehehheee
sya: k, aku nk gi mengepam seblom lunch
sya: fid
sya: aku nk add ko dlm ym list aku eh
idjeep06: ok
sya: btw, thanks a lot bebeh
sya: lega sket hati aku yg gundah gulana nih
sya: kihkihkih
sya: adios amigos
idjeep06: :D



Oh ye! Sehari selepas conference di atas, Hadif dgn jayanya telah menghabiskan 2 botol ebm yg dibekalkan skaligus. Hati mak masatu berbunga-bunga & bertambah-tambah lagi semangat nak mengepam.. :D




Note: Aku paste sebijik-sebijik mcm dlm conf. tu tau. Kepada Fid, jasamu ku kenang.... :D