Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, December 3, 2008

Alkisah petang semlm

Tghari semlm aku dpt call dari adik aku yg tersayang tuh. Dia bgtau mak & bapak nak pegi Batam. Ada emergency kat sana. Makcik aku yg dok kat Batam dah sakit tenat. Kata org sana, hanya menunggu masa utk dipanggil oleh-Nya..

Alkisahnyer, makcik aku tu sakit terlantar dah berpuluh tahun. Aku tak pasti sakit ape, tp ade kena mengena dgn kanser jugak laa. So, ptg semlm kul 5 camtu, selamat laa mak & bapak aku ditemani pakcik aku yg 2nd last, naik feri (ke kapal?) ke Batam. Perjalanan lebih kurang 1jam+ (kots?). Sampai sana, dah ada cousin aku yg menunggu mereka. Pakcik aku yg bongsu pulak, baru sampai dari KL mlm semlm. Dan, akan bertolak ke Batam tghari nanti...

Aku teringin juga ke Batam. Tak penah pegi walau skali pon. Aku & Dhea dah ade passport. Tp Hadif pulak takde lagi & yes, dear Hubby pon blom pi buat passport. Hmm... klu tak, bole aku angkut anak-anak aku ke Batam hari ini juga.

Ptg semlm, balik drp Stulang, adik aku terus hantar Dhea ke ofis. Dia ade tugasan lain yg telah pon diberi oleh mak aku tghari tu. Kihkihkih... So, berkampung laa Dhea kat ofis aku selama lebih kurang 2 jam (je!). Kebetulan, anak-anak ofismate pon ade skali. Riuh & gamat ofis dibuatnyer, dah ala-ala kindergarten la pulak SKSB nih. Sib baik big bos dah balik. Hahaha... ;P

Mulanya abg aku janji nak amik kitorang kat ofis je ptg tu. Tp later abg aku call bgtau mcm tak sempat sbb keje dia tak siap lg. So, dia soh laa aku & Dhea naik teksi gi jenjln kat Carrefour dlu sementara nak tunggu dia sampai. Memandangkan aku menumpang keta ofismate, The Store adelah tempat paling sesuai utk dia turunkan kami 2 beranak, berbanding Carrefour. So, layan je laa The Store.

Boleh kira dgn seblh tgn berapa kali aku jejak The Store, Pandan ni. Hahahaha... Masuk je dah nampak Marry Brown. Tepi MB tu pulak boleh ade mainan yg kena masukkan duit syiling tu. Bkn seposen atau dua posen, tp LIMA posen x 2kpg @ Singgit. Dhea dah terkinja-kinja, "Mama, Dhea nak naik ek-ok ek-ok tuh!". "Ek-ok" adalah nama gelaran Dhea utk mainan tu laa. :D

So, aku pi laa masuk MB. Ingat nak tukar duit syiling je, tp perut plak berbunyik. Maka, aku order laa 1 set Chic-A-Licious & tukar syiling skali. Set tu nmpk mcm sedap (kat menu dia laa), tp bila dah dpt order, huh, tgk pd "food presentation"nyer shj dah boleh mematikan selera aku (apetah lagi rasanya yg bluwekk!)... Or at least, klu tak sebiji mcm dlm menu pon bg laa nmpk elok sikit. Baru laa ade selera nak mkn kan.. Hmm, no wonder laa MB sunyi sepi. Dhea pon tak lalu nak mkn ayam MB tuh. Rasa skali, terus tak nak dah.. See, budak kecik umo 2 thn pon tau beza mana sedap mana tak sedap!




Ni laa dia "ek-ok" yg Dhea maksudkan.. :D


Dah selesai mkn, masuk The Store kejap. Biasa je, takde ape yg menarik minat aku. Kecuali, minat Dhea. Dhea terkinja-kinja (lagi!!) minta aku belon. Bila aku tgk harga, RM4.90 utk satu belon yg tak besar mane pon. Pergh, mahal nak mampossss!!! Aku berusaha gigih membawa Dhea keluar dari situ. Pujuk dia gi kedai lain, cari yg murah sikit, but to no avail. So, sepanjang ronda-ronda kat dlm tu, suara Dhea (menangis okie) je laa yg kedengaran. Aku buat dek aje. Lelama Dhea diam sendiri, siap ckp, "Nanti kita pegi kedai lain ye mama. Belon tu mahal sgt kan...". :D

Dah bosan meronda, aku ajak Dhea kuar dari The Store. Aku & Dhea berjln kaki sambil berpimpin tgn menuju ke jejantas berdekatan. Nak ke bus-stop di seberang jln, takkan nak melintas jln besar. Ptg-ptg pulak tuh, dgn kenderaan yg berebut-rebut memecut.

"Ape tu mama?"
"Itu JE-JAN-TAS. Klu kita nak lintas jln raya ni, kenalah gunakan Jejantas tu"
"Ooo.. JANJANTASSHH!"





1st time Dhea dok menunggu kat bus stop. Hehehe.. Mula-mula seronot tgk org turun naik bas. Tp dah lama, dia bosan. Bosan menunggu Cik Man yg tak sampai-sampai jugak. "Mana Cik Man ni, lambat laa. Dhea dah ngantok laa mama". Syiann dier...




Tuu dia The Store, Pandan..



Hari ini Dhea terpaksa aku tumpangkan di taska Hadif, Taska Saleha. Pagi td agak kelam-kabut nak prepare brg-brg budak ber-2 nih. Sungguh mencabar kesabaran mak!

4 comments:

Qaseh Iman said...

mainan ek-ok-ek-ok tuh antara mainan yang Qaseh paling minat..kalau hampir RM5 x abis, dia sure x nak turun punya...

~Umi.Sufira~ said...

Sha, aku pernah gi Batam...pi melawat customer kilang aku...batam quite Ok lah dengan pembangunan yang boleh tahan..singaporean kan suka shopping sana...tapi part pemandu2 dia aku tak tahan...20x lagi dasyat dari pemandu mesia...perghh

Rizza said...

sya.. good mom.. bagus ko ajar dhea gitu.. layan.. dia tanya jawab n ngn keterangan nye ok.. go girl!!!

sayangibu said...

tu laa kan sha..kalo mak tetibe ada hal..huruhara gak kehidupan. intan pernah bawak si kecik ke sekolah okeh..emergency sbb ada kematian kat kg.Nak cuti,br sgt cuti..Nasib baik aina mak bwk blk..hehehheee..x pernah dibuat org tawww,bwk baby p skolah,kire akulah cikgu plg slamba.nasib baik GB ok & ada yg tlg jaga masa p kelas...:)