Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, December 4, 2008

Day 1 Dhea di taska...

Pertama skali aku ingin mengkhabarkan di sini, bahawa, makcik aku di Batam telah pulang ke rahmatullah ptg semalam. Aku dpt berita tersebut pon semasa on the way ke taska utk amik anak-anak aku. Terkedu sekejap sebaik shj mendengar berita itu, walaupon kami di sini sudah menjangkakan akan pemergiannya itu. Aku sedikit terkilan kerana tidak kesampaian utk menziarahi arwah ketika hayatnya masih ada. Berpuluh tahun juga kami tidak pernah ketemu. Hanya Al-fatihah yg aku mampu sedekahkan (dari kejauhan...) utk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat Yang Maha Kuasa. Amin.

Al-fatihah....



* * * * * * *



Semlm, aku sampai di Taska Saleha dlm kul 5.45ptg. Dhea yg terperasan akan kehadiran aku terus terlonjak-lonjak depan pintu gril. Wah, happy nampaknyer anak aku nih. Aku pon masuk & nampak Kak Saleha baru kuar toilet. Ooo, Dhea baru pas mandi rupenyer. Patut laa hanya ber"diaper" & tak berbaju. Sambil aku perhati Kak Saleha menyiapkan Dhea, kami bersembang. Aku tanye-tanye jugak laa ttg Dhea sepanjang kat taska haritu. Risau jugak aku kot laa si Dhea ni "beduk" anak org lain ker kan.. Almaklum, anak aku yg seorang ini boleh masuk kategori ganazzzz jugaklah. And luckily, Kak Saleha kata Dhea ok jek haritu. No problemo! Cuma, sepanjang hari Dhea asyik berckp aje. Tanye itu ini begitu begini. Pendek kata, selagi mata tak mengantok mulut pon tak diam. Ngee.... :D

Kat umah, aku saje nak korek-korek rahsia drp Dhea pulak...

"Dhea buat ape kat taska?"
"Dhea main surut-surut (gelongsor ye kawan-kawan :D), main buaian.. Pastu masuk dlm main mainan. Tulis-tulis."
"Main dgn sape?"
"Dgn kakak, dgn abg, dgn adik."


"Dhea gaduh tak kat taska?"
"Tak laa. Dhea tak gaduh pon. Tak baikkan gaduh dgn kawan kan mama."
"A'ah. Tak baik gaduh-gaduh. Dhea jgn pukul kawan okey."
"Okey!"
"Janji?"
"Dhea janji!"
Fuhh, lega! :D


"Dhea makan ape kat taska?"
"Mkn nasik."
"Lauk ape?"
"Ade ayam, ade kentang banyakkk, ade kaghet (carrot :D), ade kuah sup."
Kesimpulannyer, Sup Ayam. Kahkahkah! ;P


"Td siang Dhea tido tak kat taska?"
"Tido!"
"Berapa kali?"
"2 kali."
Okeh, confirm cukup tido! :D


"Adik Hadif buat ape?"
"Adik tido, pastu minum susu, pastu main dgn Dhea."
"Adik minum susu ape?"
"Susu tu laa. Ang (Yang!) mama bwkkan tuh."
Ebm laa tuh :D


"Adik mkn tak?"
"Mkn, adik mkn bubur je mama. Adikkan takde gigi."


"Esok Dhea nak dok taska lg tak?"
"Nak! Nak! Dhea nak dok tahka, dgn adik Hadif."





Erm, nampaknyer anakku ini pandai bawak diri kat tempat org. Idak ler dia buat hal yg pelik-pelik. Alhamdulillah...

So, esok Dhea akan ke taska lagi laa nampak gayanye yer..... :D

1 comment:

MN said...

Al - Fatihah to arwah...

erm, bagus la Dhea pandai bawak diri! :)