Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers

Friday, January 1, 2010

010110

Cantek je no tu kan.. Ala2 binary code gitu.. \wahaha



..SELAMAT.TAHUN.BARU..


Korang sambut kat mane semlm? Dasar kepochi :D

Well, semlm kami anak beranak tak kemana2 selain makan malam di Senibong. Lepas Maghrib, kami bergerak bertiga-tiga ke SMART utk amik si adik. Yer, BS Hadif iaitu Kak Sue sudah bawak itu budak tecik pegi SMART. Kebetulan dia pon nak berbelanja Y.E.S. di SMART. So, tak perlulah kami jauh2 ke Kg Melayu..

Lepas amik si kecik tu, kami beli barang anak2 sket dan tak dilupakan juga utk beli air kegemaran.. Actually, Hubby yg dok perangat peringatkan aku ngan Dhea.. Maklum laa, kami berdua mmg hantu coolblog.. :P

Then Hubby start pusing2 keliling cari tempat makan sebab awal2 aku dah habaq malas nak masak.. :D Pusing punya pusing, tak pasal2 sampai ke Senibong.. Apekah?! :P Mmg kami takde plan pon nak ke sana. Sampai sana, harus laa tuju ke kedai makan kawan Hubby. Tapi, sekali lagi hampa. Drp intebiu info yg kami dpt drp peniaga sebelah menyebelah, kawan Hubby tu dah tak meniaga situ dah rupenyerr.. Maka, dgn berat langkah kami patah balik ke Restoran Nasi Lemak Antarabangsa yg glamer kat Senibong tu..

Sesampainya kami di situ (pergh ayattttt! :P), aku ditegur oleh seorang rakan sekerja.. Hallmark Hallamak, kantoi kantoi!! :D

Kami order nasik lemak + ayam goreng sorang sepinggang sepinggan plus 1 hidangan lala sambal. Klu korang nak tau, lately aku suka betul makan lala sambal. Tak tau laa apsal. Pembawakan budak gamaknyer.. :P Siapler rambut anak aku kali ni berpintal-pintal.. :P Tp, lala sambal yg kat Senibong semlm tu kurang 'kick' laa.. Sedap lagi yg kat Pasar Borong Pandan tu hah.. Yg pasti sambal tumis ikan bilis dia mmg TERBAIK dari ladang arh! Rasanya sebab tu laa kot ramai pengunjung.. Sebab, klu ikutkan lauk yg lain2 tue lebih kurang sama je mcm Nasi Lemak AP favourite aku ngan Hubby.. :D

Lepas makan, kami terussssssss balik rumah sebab budak2 pon dah start crancky. Surprisingly, Dhea makan nasi lemak dengan berselera sekali. Maybe sebab sambal tu jugak kot sebab sambal tu tak berapa pedas pon. Takpe kakak, nanti Mama cuba buat sambal terbaik camtu ek.. Ngee.. :D

Kat rumah, mcm biasa laa.. Berperang utk tidokan budak2 ni sebelum kami dpt tido dgn aman itupon setelah selesai segala urusan mengharvest tanaman dan ternakan.. :P Dhea sempat jugak laa layan bunga api drp celah gril tingkap bilik tido kami sebelum dia tertido bersama botol susunya yg dah kosong.. Hadif tak sempat sebab dah selamat berlayar dilautan sepi lebih awal..

So, again, I'm wishing y'all HAPPY NEW YEAR 2010!!





P/s: Sebenarnye nak citer pasal azam baru.. Hihihi.. Lenkali je ler.. :P