Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, September 29, 2008

Hari ini hari ISNIN!

Hari ini hari Isnin. Aku keje. Hahahaha... Padan muka aku! ;P

Well, pg td aku masuk ofis lagi 15 min nak kul 10pg. Hihihi....

Alkisahnyerrr.. Aku bgn pg td kul 8pg. Bule gittew?? Mcm mana laa aku tak bgn lambat. Semlm aku ngan adik aku wat kuih raya bagai nak rak sampai kul 2.30pg. Itupon aku curi-curi tulang terlelap kejap while bfeed si Hadif. Dhea plak tgh mood swing. Ade aje tak kena. So, boleh agak laa kan why kuih kitorang lambat siap! Huhuhu..

Kul 2.30pg tu mata aku dah tak bley tahan lagi dah. Aku chow masuk bilik ngan Hadif. Dhea dah tertido kat living ngan bapak aku. Hihihi.. So, adunan yg selebihnya tu adik aku laa yg menyiapkannya. Ko jugak yg beria nak buatkan dik!


"Takpe kak, esok An dah takde kelas.." ;)


Pg td adik aku kejut sahur 2x, terkebil-kebil bijik mate aku nak membukaknyerr.. Last² mak aku jugok yg naik atas PAP! skali peha aku. Hahaha.. Segarrr terus mata hakuuu!Oh ye.. Hubby aku takde, keje. Tu pasal mak aku terjah je bilik aku! Tgk jam, dah kul 5.15pg. Erk...cargas aku turun sahur. Mak aku dah masak siakap steam. Boleh laaa, laju je aku bedal. Kang klu tak sahur bdn cam sotong plak. Melepett aje... Aku bersahur sampai azan berbunyik! Tp seblm azan abis aku dah stop makan/minum okeyy..

Oh ye.. Semlm satu rumah tak sempat bersahur. Aku sedar dah kul 6.30pg. So, seharian kat umah mmg melepett je laa.. Aku siap pesan kat Hadif..


"Hadif jgn nenen byk-byk sgt ok. Mama tak larat ni. Pg td tak sahur.." ;P




Dapur kitorang wangi cokelet. Hahaha.. Rupenyer adik aku tak siap lagi membakar choc chip. Maklum laa, oven kami oven dolu-dolu.. Hihihi.. Ok laa tuh, ade jugak oven nak membakar kuih kan. Klu tak, jwbnyer tiap tahun laa kuih tunjuk!

Hari Sabtu lepas, aku & adik aku buat kuih raya lagi. Dhea takde, ikut abg & SIL gi jln-jln. Inilah masa yg kami tunggu-tunggu. Hehehe... Resepi aku main taram je! Sms member tanye resepi, tp sepi tak berbalas. Kedukut haaa... Takpe takpe..

Sib baik jadi tau kuih tu. Senang je pon sebenarnyerr. Tp sbb tak penah buat seblm ni, tu yg jd cam susah je kan.. Part paling leceh, nak menggentel adunan jd bebola kecik tu laa... Sempat juga kitorang habiskan menggentel adunan seblm Dhea balik. Klu tak, hancusss laa kuih tuhh..

*
*
*
*
*
*
*

So, pg ni yg ada kat ofis (selain aku!) hanyalah engineer-engineer yg tak sambut raya. Hahaha.. ;P

And, baru jap td bos aku jengah kat bahagian teknikal. Tersengih-sengih nampak aku sensorang.


"You don't sambut raya ka? No leave anymore haa?".




Eleh, perli mak laa tuh! ;P


p/s: Apsal lerr bos tanak tanye aku balik kg ke tak. Klu dia tanye, laju je mulut aku nak jawab ni hah.....

Friday, September 26, 2008

-ve dua belas!!!

Hmm.. Raya tak jauh lagi nampaknyerr. Just around the corner kan.. Sure korang sume excited nak balik beraya. Esp. 1st-time-mom kan kan kan.... ;P

Ala, aku dlu pon merasai perasaan yg sama. Masatu, nak beli ape aje utk anakku yg baru seorang ittew.. Mak bapak tak kisah sgt. Tp skrg ni aku bukan 1st-time-mom lagi dah. Anak dah 2 dah weih... Bajet dah bertambah laa gamaknyerr kan.. Baju kurung ok laa, awal-awal lagi dah tempah dah.. Yg lain nak beli kena tgk bajet dlu. Nak pulak skrg ni harga barang mak oiii.. Boleh juling biji mata mak nengokkan.. Gaji mak menten je.. Bonus?? Huhuhu.. Sedih ar citer pasal bonus....

Sebenarnyer post arini nak cerita pasal NEGATIF. Apenyerr yg -ve nih?? Hahaha... Utk pengetahuan korang semua, cuti tahun aku dah -ve. Bkn -1, bkn -2. Tapi -12 hokkeyyy.. ;P

Hari Selasa lepas aku apply cuti raya. Sehari je, Jumaat 03/10/2008. Lepas tu, aku dpt note drp bos aku...


Sya*****,

You may got for your Raya leave. But, from now you have to get your leave entitlement before you can take anymore leave.

Mr. QSK


Heeee..... Bos aku geleng kepala bila tgk balance cuti thn aku. Tu pon sib baik laa majoriti staff Melayu. Dpt laa jugak aku cuti raya. Klu majoriti bkn Melayu, agak-agak korang dpt ke aku cuti raya thn ni??? Sendiri mau ingat laa... ;P

Aku kehabisan cuti thn ni masa preggykan si Hadif lerr.. Esp. masa baru 3-4 bln preggy. Dgn peningnyer, pitamnyer, HB low laa, BP low laa... Eiii, mcm-mcm laa masatu! Tp alhamdulillah, selamat juga anak aku ittew dilahirkan ke dunia ini..

So, korang bape hari cuti raya??

;)

Thursday, September 25, 2008

Kisah drama

Semlm Hubby aku balik. Yeay! Cadangnyer nak pi cari sepasang dua baju utk Dhea & Hadif. Kul 8mlm, masing-masing dah siap dah nih, terus pecut gi Jusco sebelah rumah. Sampai Jusco, terus shoot sampai tingkat 3, bahagian baju kanak-kanak. Belek punya belek, takde satu pon yg aku berkenan (harga tak sesuai bajet mak hokeyy!! t-shirt "gitu²" je pon sampai belas-belas, ade yg puluh-puluh ringgit lagi.. Duhh!!). Last-last beli puting je utk Dhea sbb puting botol Dhea dah rabak digegetnyerr..

Hubby ajak turun tingkat tengah (2 laa ;P). Masuk plak butik Al-Ikhsan. Mak oiii.... Ramainyer umat kat dlm butik tuh. Hubby dok belek-belek kasut utk Dhea.

Hubby panggil salesgirl. Siap kena panggil tu, selalu dia yg ngekor kita ye dak?? Bygkan laa betapa ramainyerr org...

"Dik, tlg carikan saiz kasut utk anak saya nih!"

Bla bla bla... Pattern yg dicari takde saiz Dhea la pulak. Aku wonder, kaki Dhea ni saiz tgh² ke? Saiz kecik dr dia ade, saiz besar dr dia ade. Saiz Dhea takde! Hahaha.. Tup tup Dhea jerit...

"Mama, nak ni je mama. Nak ni je mama..."

Anak aku siap terlompat-lompat depan rak sandal RIDER. Dhea dah grab sepasang dah, sampai gegar-gegar rak tuh. Sib baik tak tumbang je. Hahaha.. Nak tanak Hubby belek-belek laa jugak sandal tu..

"Takmo laa. Dhea kan dah ade sandal camni kat rumah!"

"Nak ni je ayah. Kasut tu takyah. Nak ni je laa.."


Dhea dah tak senang duduk. Kejap-kejap gi kat rak sandal tuh. Bila Hubby berkeras kata 'NO!', bermula laa episod sedu-sedan Dhea. Satu kedai dengar woo.. Segannyer, tp nak nyuruk kat mane. Mak tgh gigih dukung Hadif time tuh.. ;P


Tiba-tiba.... Jeng jeng jeng....

Dhea cangkung & buat drama. Err, korang ingat tak cerita Kassim Selamat?? Part yg mak mentua dia melutut minta mahap tue?? Haaa...gitu laa gambarannyerr. Dhea cangkung, pastu peluk kuat-kuat kaki laki mak! Sambil tu mulut nangis² begging minta sandal tuh..

"Dhea nak yg ni je ayah, nak yg ni aje ayah..."


Kami tak jadi nak segan, tak jadi nak marah si Dhea... Dedua tersengih-sengih tahan gelak! Tak kisah org keliling lg dah masatu..

Puas pujuk tak jln nih. Dhea tanak bgn & apetah lagi nak lepaskan pelukan dia. Aku pulak dah mula cair bila tgkkan kerenah Dhea. Ntah mcm mana Hubby dpt dukung Dhea. Masa dukung tu try laa pujuk lagi, ajak gi cari kasut kat kedai sebelah (Kedai Nike??? Gilo ape laki aku nihh ;P). Kunun nak distract perhatian Dhea drp kasut "lembu" tu laa... Nak tau ape Dhea jwb kat ayah dia..

"Tanak laa gi kedai sebelah. Kedai sebelah tu hujan laa ayah. Nanti basah.. Beli kat sini je. Dhea nak yg tu aje ayah.."

Hahahahahahahahaha.... Punya laa nakkan sgt sandal tuh. Untuk pengetahuan korang, sandal yg Dhea nak sgt tu sandal biasa je. Tp harga RM29! Pastu corak tompok-tompok lembu. Corak tu yg Dhea berkenan sebenarnyerr pon! Alahai anak daraku.... Aku ada belikan sandal lebih kurang pattern camtu laa jugak seblm nih. Cuma takde tompok-tompok lembu tu je..

In the end, kitorang tak beli apepon kat Jusco. Lepas "kisah drama Dhea" kami terus cabut gi pasar borong. Join mak & ayah aku berbelanja. Pasar borong pon ramai giler org shopping. Parking penuh ni. Mostly Singaporean laa pun yg ramai dtg time camni.... Nak dekat raya laa katakan kan kan.... ;)


p/s: Adekah aku seorang mama yg kedekut?? Jwpnnyer.... Lu pikir laa sendiri.. Askm! ;P

Selamat Hari Raya Semua!



Tak sangka aku dpt kad raya. Ini laa kad raya pertama aku thn ni! Hahaha... Wlpn sekadar dlm blog, really appreciate it frens! Teringat plak aku, thn ni dah masuk 3 thn aku tak pos kad raya pd kengkawan. Bkn tanak pos, tp masa tak mengizinkan..

Btw, yg aku paling tak sangka... Aku dpt kad raya ni drp org yg aku kenal drp forum fav. aku tu je, Mommy HnH & Ummi Sufira.. 2 org skaligus (wlpon Mommy HnH tak tulis nama aku.. hahaha ;P), tp satu entry jek laa eh.. Hahaha..

Selain kad raya, ade jugak duit raya.. Heee.. Bestnyer klu btol mama dpt duit raya byk tu.. Enjoyyyy...



Err... Nak kena pass jugak ke?? Hee.. Kepada blog readers ku, sila laa amik kad raya & duit raya seperti di atas ek..


Selamat Ber'aidilfitri kepada semua bloggers! ;)

Mohon ampun & maaf atas segala kesilapan sepanjang Sya berblogging...



Oh ye.. Nak selit Tag Ramadhan oleh cik Zety.. Here it goes..


Zety Zin ; mamaDhea


1. Copy gambar di atas lalu posting di blog anda
2. Lanjutkan tags ini minimal ke 5 blogger muslim yang anda kenal. Jangan lupa tinggalkan komentar pada blog mereka
3. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tags

Catatan:Yang mendapatkan tags ini hanya untuk blogger muslim.




Aku dengan besar hati nya, ingin memberi tag ini kepada...
Ealyie, Mama Adib, Lovebaby, Erna, Mimielola

Semoga kita sama-sama "bersinar" di Ramadhan ini & Ramadhan² yg akan dtg... Insyaallah ;)


Tuesday, September 23, 2008

Baby Ramadhan **UPDATED**

YEAY! At last mak dpt jugak mms drp Zatul ptg semlm. Ok peeps, ni laa dia baby Zatul... ;)



*****************************************************************
Sabtu lepas, around 5.30pm, aku dpt sms lagi.. Seronot bila baca sms tue.. smsnyer mcm nih...

"Alhamdulillah. Zatul dah selamat melahirkan baby girl 3kg di smc pukul 3.30ptg td"

Waaa.. seorang lagi baby Ramadhan selamat dilahirkan.. Alhamdulillah.. Both mother & baby are fine.. Zatul77 ni salah sorang members kat forum kegemaran aku tuh.. Tak sangka, sudi juga Zatul meng"sms"kan berita kelahiran pd aku. Tp mmg aku awal-awal dah bg no tipon pon.. Hahahaha..

Tak sangka, ramai juga kengkawan aku yg dah selamat melahirkan baby Ramadhan. Aku mmg sukeee dpt sms cenggini.. Kepada sesape yg nk bersalin tu, bole laa smskan berita pd aku. Biar aku war-warkan satu forum.. ;P


Kepada Zatul,
Congratulation & Happy Breastfeeding bebeh...!


;)

p/s: Err...mak sdg berusaha utk dptkan pict baby Zatul.. Klu dpt mms nnti, mak upload pict okie...

Thursday, September 18, 2008

Dhea vs Hadif

Dari hari Isnin lg aku cuba nak curik masa nak wat new post. Harini baru dpt.. Hehehe..

Isnin aritu aku bwk Hadif gi check-up kat KD. Dah 5 bln dah anak aku nih rupenyerr. Mcm tak caya plak. Mcm biasa timbang berat, 7.5kg. HUH! Patut laa lenguh tgn mak mendukung si Hadif nih. Bla bla bla..

Masuk plak Bilik 8 utk cucuk. Pop! Misi cucuk peha kanan Hadif. Hadif?? Apelagi, uwwaaaaaaaaa... ;P

Tghari hantar Hadif ke taska & aku masuk keje cam biasa. Ptgnyer aku & Hubby amik Hadif, akak taska bgtau yg bdn Hadif dedarr. Kesan "cucukan" pg td laa nih. Muka Hadif selambe je ptg tu. Agah bagai nak rak pon takde tande-tande nak ketawa cam biasa. Hmm.. Confirm tak sedap badan anak aku nih. So, lepas berbuka aku bg Hadif mkn ubat demam. 30min lepas tu baru breastfeed & Hadif terus zzzZZzzzzz... ;)

2 hari jugak laa badan Hadif dedarr. Suhu 37 darjah celcius. Err...kira demam laa kan.. Tp siang ok, takde laa "hangat" sgt bdn Hadif.. Sepanjang 2 hari muka selambe je. Tak senyum tak masam. Huhuhu... Mama plak risau. Ye laa, seblm ni punya laa ketawa mengekek tiap hari tiap masa. Tetiba 2 hari tak dgr langsung suare Hadif. Rindunyerr mama!! Wlpon badan kurang sihat, Hadif tak meragam sgt. Not like his sister, Dhea. Klu Dhea demam, satu rumah tak bole tido. Hahaha...

Pagi semlm, Hadif bgn tido mcm biasa. Yeayy! Mcm biasa means Hadif bgn tido sambil sengih-sengih kambing (sape penah tgk kambeng menyengihh?? ;P). Bila mama agah sket, dah mula ketawa mengekek balik.. Fuhh.. Lega.. Hilang rindu mama kejap..

Akhirnya...senyum kembali... Ini ler senyuman yg mama tunggu-tunggu.. 2 hari tueee!


Despite of Hadif yg akhirnya senyum kembali, Dhea plak lain ceritanyerr... Cuba tgk gambar yg mama sempat snap nih..

Liat btol Dhea nak mandi pagi.. Tatau laa nape.. Sampai kuar airmata tuh tanak mandi punya pasal! Sian plak bila tgk air mata Dhea bercucuran.. Tp mcm biasa laa, berjaya juga mama mandikan Dhea..


Tp dlm keta, lain pulak kisah si Dhea nih.. Cuba tgk gambar-gambar yg ni plak..





Kesimpulannya, mama pegi keje dgn gumbira! Hahahaha ;)

Monday, September 15, 2008

Potty training punya cerita

Rasanya dah 2x weekend aku serius mem"potty-train"kan Dhea.. Apsal ntah aku semangat plak kali ni nak potty train Dhea. Dhea dah 2 thn 4 bln hokeyy.. Bercakap dah JELAS (sgt sgt jelas!), arahan kita pon Dhea dah boleh FAHAM (sgt!!). So, "sign" tuh dah ade. Ekceli "sign" tu dah lame nampak. Cuma aku & Hubby je yg tak ready... Buat² tak nampak je laa... Hahahaa... Buleh?

So, setakat ni resultnya masih lg 50-50. Utk siang, dikira berjaya laa jugak. Mlm pon kdg Dhea "diaperless" gak seblm tido. Tp time tido mmg WAJIB pkai diaper! Hahaha... Sekali lagi, aku mmg blom ready nak bgn mlm kejut Dhea pegi pee..

Penat jugak sebenarnyerr. Ntah bape kali aku & Hubby terpaksa mop lantai disebabkan "eksiden²" yg tak sepatutnyerr.. Tp demi anak ku terchenta, ku gagahkan jua mengusung mop.. ;)

Every 15 mins, aku akan tanye Dhea. Tp Dhea ni liat ya amat nak bwk gi toilet. Esp bila dia tgh syok layan Astro CERIA.. Time tu sure ter"eksiden"! Bila nak terkucil sgt agaknyer baru lari gi toilet. Aku pon kena lari skali laa.. Hahaha.. Tp kira ok laa ek sbb dah pandai control. Penah jugak Dhea "terkepit-kepit" pagi² bgn tido walhal dia pakai diaper. Rupanyer nak terkucil. Bila bukak diaper, tuuu dia.... ;P

Penah skali, Ultraman punya pasal, Dhea pee atas sofa mak aku. Kelam kabut aku laki bini jemur kusyen sofa etc. Sib baik masatu panas terik..

Lain plak kisah poo.. Yg ni mmg Dhea tak pandai langsung. Mmg anak aku ni klu nak poo, otomatik akan cangkung. Tak kira dimana pon Dhea berada. Penah terjadi, poo Dhea jatuh poop dari suar. Tanak pkai panty punya pasal laa nih. Nak tanak aku kutip laa guna kertas, no hal. Yg aku risaukan klu poo Dhea a bit watery.. Haaaa, lagu mana tuh.. Sanggupkah aku???

Tang ni kena pandai timing laa... Dhea sehari mmg poo at least 2x. Siang sekali, mlm sekali. Pandai² laa, nak dekat² timing dia tu, cecepat pkaikan diaper. Bila dah sudah urusan membuang, cont. diaperless.. Hehehe...

Dlm pada aku & Hubby berusaha keras utk men"diaperless"kan Dhea, ada jugak org² yg tak yakin dgn usaha aku yg satu nih. Asyik laa soh aku pakaikan Dhea diaper.. Boringnyerr.. Tak supportive langsung!

Kesimpulannya, lagi cepat Dhea diaperless lagi bagus.. Save RM mak kan.. Agak-agaknyer, sempat tak Dhea "graduate" seblm raya nih??? Boleh save space bonet keta time balik kg raya nanti.. Ngeeee ;)

Btw, today Hubby off lagi. So, Hubby setuju utk continue potty train Dhea.. Gud luck yang! ;P

Wednesday, September 10, 2008

1 hari 2 kelahiran

Isnin aritu, tengahari, kami "seofis" dpt satu berita.....

Salah sorang ofismate aku (dia sorang je pon yg preggy ;P) dah selamat melahirkan baby boy.. Kat HSI (tempat aku bersalin gak nih ;)), kul 1.45ptg.. Awal 11 hari, EDD supposed on 19th Sept.. Alhamdulillah, selamat juga akhirnya..

Ini laa dia Wan Ashraf Albar...



Pastu mlmnyer pulak, tak ingat kul bape, aku dpt pulak sms mengatakan Madam Za @ Momidanial juga telah selamat melahirkan baby gurl kat Az-Zahra.. Kul 7mlm masuk labour room, kul 7.25mlm dah selamat! Alhamdulillah... Khabarnyer Za ni dah overdue sehari.. So, kena induce laa..

Lil' Princess in Madam Za's family...



Congratulation utk kedua-dua mommies!

Cantekk je kan birthdate babies diorang nih.. 08/09/08.. Ofismate aku ni 1st-time-mom while Madam Za sepasang oredi.. Mesti Danial sukeee dpt adik "fomfuan" kan...

So, selamat berpantang ye kawan-kawan ku.. Kasi slimmm balik itu pewott hokeyy... ;)

Monday, September 8, 2008

"I Love Your Blog" Gift



Huhuhu.. Tocey tocey.. Aku dpt gift/award ni dr Mommy HnH.. Again!! ;P Sungguh rajin Arnie mem'pass'kan gift yg diterima.. Hehehe..

Aku mmg sukeeee baca blog kengkawan.. Esp lepas keje dah submit, tgh rilek² goyang kaki.. Release tension gitu.. Mind therapy laa kununnyerr nih..

So, I'm passing this gift/award to....
Cik yan, Lovebaby, Anamiraa, Madam Za, Rizza, Cik Erna, Mama Adib & KAMU, yg penah (wlpon hanya sekali.. ;P) jenguk blog aku nih okie...

Go mommies go! *wink*

Thursday, September 4, 2008

Dhea oh Dhea...

Dhea suka makan biskut Jacobs Weatmeal.. Skrg ni dah pandai pon bukak tin biskut sendiri.. Gambo ni diambil masa Dhea baru lepas mandi ptg. Dgn rambut tak sempat sikat, dah sibuk gi dapo amik sudu.. Amacam skill Dhea bukak tin biskut..?? Hihihihihihihi.. ;)


Yg ni pulak gambo Dhea makan cekodok.. Resepi terbaru Dhea, cekodok pisang cicah cili sos.. Maklum laa, anak aku ni takut pedas.. Lately baru nak belajar mkn yg pedas-pedas sket.. So, sume pon Dhea bantai cicah ngan cili sos.. Ekekeke ;P


Hehe.. Selit gambo lain plak.. Ni laa dia "gadget" yg mama bwk hari-hari pegi keje.. Wlpon PISA tu 4kg, mak sanggup usung gi ofis.. Asalkan "bekalan" utk Hadif sentiasa cukup.. ;)

copy & paste

Resepi ikan/ayam percik

- perap ikan/ayam dengan garam + kunyit.pastu bakar
- kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia,lengkuas,kunyit,belacan (x letak x per)
- tumis bahan kisar sampai wangi
- tambah santan, serai yg diketuk,asam keping,gula melaka,garam secukup rasa
- kalau rasa pekat,tambah air skit
- dah masak kuah percik, siramkan pada ikan/ayam pastu bakar sekejap lagi sekali
taraaaaa dah masak percik korang.

** Resepi ni aku copy paste je dr blog Farah aka mama225... Mcm sedap jek kan.. Nak nak bulan pose nih.. Ape aje yg tak sedap, semuanyaaa pon sodappp!! ;P


Btw, aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. Semoga puasa kali ini dipermudahkan esp utk ibu-ibu yg menyusukan anak dgn SUSUIBU.. Mommy bulehhh..!! ;)