Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, September 29, 2008

Hari ini hari ISNIN!

Hari ini hari Isnin. Aku keje. Hahahaha... Padan muka aku! ;P

Well, pg td aku masuk ofis lagi 15 min nak kul 10pg. Hihihi....

Alkisahnyerrr.. Aku bgn pg td kul 8pg. Bule gittew?? Mcm mana laa aku tak bgn lambat. Semlm aku ngan adik aku wat kuih raya bagai nak rak sampai kul 2.30pg. Itupon aku curi-curi tulang terlelap kejap while bfeed si Hadif. Dhea plak tgh mood swing. Ade aje tak kena. So, boleh agak laa kan why kuih kitorang lambat siap! Huhuhu..

Kul 2.30pg tu mata aku dah tak bley tahan lagi dah. Aku chow masuk bilik ngan Hadif. Dhea dah tertido kat living ngan bapak aku. Hihihi.. So, adunan yg selebihnya tu adik aku laa yg menyiapkannya. Ko jugak yg beria nak buatkan dik!


"Takpe kak, esok An dah takde kelas.." ;)


Pg td adik aku kejut sahur 2x, terkebil-kebil bijik mate aku nak membukaknyerr.. Last² mak aku jugok yg naik atas PAP! skali peha aku. Hahaha.. Segarrr terus mata hakuuu!Oh ye.. Hubby aku takde, keje. Tu pasal mak aku terjah je bilik aku! Tgk jam, dah kul 5.15pg. Erk...cargas aku turun sahur. Mak aku dah masak siakap steam. Boleh laaa, laju je aku bedal. Kang klu tak sahur bdn cam sotong plak. Melepett aje... Aku bersahur sampai azan berbunyik! Tp seblm azan abis aku dah stop makan/minum okeyy..

Oh ye.. Semlm satu rumah tak sempat bersahur. Aku sedar dah kul 6.30pg. So, seharian kat umah mmg melepett je laa.. Aku siap pesan kat Hadif..


"Hadif jgn nenen byk-byk sgt ok. Mama tak larat ni. Pg td tak sahur.." ;P




Dapur kitorang wangi cokelet. Hahaha.. Rupenyer adik aku tak siap lagi membakar choc chip. Maklum laa, oven kami oven dolu-dolu.. Hihihi.. Ok laa tuh, ade jugak oven nak membakar kuih kan. Klu tak, jwbnyer tiap tahun laa kuih tunjuk!

Hari Sabtu lepas, aku & adik aku buat kuih raya lagi. Dhea takde, ikut abg & SIL gi jln-jln. Inilah masa yg kami tunggu-tunggu. Hehehe... Resepi aku main taram je! Sms member tanye resepi, tp sepi tak berbalas. Kedukut haaa... Takpe takpe..

Sib baik jadi tau kuih tu. Senang je pon sebenarnyerr. Tp sbb tak penah buat seblm ni, tu yg jd cam susah je kan.. Part paling leceh, nak menggentel adunan jd bebola kecik tu laa... Sempat juga kitorang habiskan menggentel adunan seblm Dhea balik. Klu tak, hancusss laa kuih tuhh..

*
*
*
*
*
*
*

So, pg ni yg ada kat ofis (selain aku!) hanyalah engineer-engineer yg tak sambut raya. Hahaha.. ;P

And, baru jap td bos aku jengah kat bahagian teknikal. Tersengih-sengih nampak aku sensorang.


"You don't sambut raya ka? No leave anymore haa?".




Eleh, perli mak laa tuh! ;P


p/s: Apsal lerr bos tanak tanye aku balik kg ke tak. Klu dia tanye, laju je mulut aku nak jawab ni hah.....

1 comment:

mirah said...

ala sian mamadhea msh di ofis yea.. Takpe lah nak buat mcamne kn.. Anyway slmt hari raya yea..