Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, August 30, 2007

Yeay yeayy! Ayah balik...

Hehehe....gumbiranya hati. Ape taknye, org yg dinanti² akhirnya telah kembali. Hmm, actually Hubby dah balik dah hari Ahad mlm aritu. Tp lewat jugaklah sampai rumah. Masa Hubby sampai, aku tgh tidokan dhea kat bilik atas. Biasalah dhea, klu dah nyennyenn mmg susah nak lepas. Selagi tak lena, mmg tak bole nak lepas.. Hubby pulak tertinggal kunci rumah. Tetiba je aku dpt panggilan kecemasan drp Hubby. Hikk..hik... rupanya Hubby dah terpacak kat depan pintu.. Nak tanak terpaksa laa aku cabut gak nyennyenn dhea.. Ouchh!!

Mlm tu aku takde laa masak spesial pon sbb Hubby dah mkn kat kem skali. So, lepas berkemas sket² kami pon masuk tido... Esok pgnya, lepas Subuh lagi Hubby dah gerak semula ke Kluang. Sian Hubby, wlpon badan letih lagi tp tugas tetap diutamakan. Dan pagi tu dhea tak dpt pon jumpa ayah sbb masa Hubby pegi dhea tak bgn lagik...

Isnin, 27hb Ogos 07
Ptgnya aku call Hubby. Tanya samada Hubby balik ke tidak haritu. Then Hubby kata dia akan balik, tp lewat sket sampai rumah. Dah terlanjur call tu, aku tanya skali Hubby nak makan ape utk dinner nanti. Hehehehe....Hubby aku ni simple je & lauk paling dia suka skali ialah "sambal tumis". Tak kisah laa ayam / ikan / telo or even ikan bilis.. Dan utk haritu Hubby request "ikan sambal"..

Yeahh...Mlm tu aku masak mcm biasa laa. Cumanya kali ni ade xtra lauk iaitu "Ikan Masak Sambal" as requested by Hubby. So, mlm tu Hubby balik dlm kul 10mlm. Lepas mandi sume baru mkn. Bukan main berselera lagi Hubby mengadap makanan feveret dia tuh. At least tak sia² laa aku berperang ngan dhea kat dapo mlm tu. Hahahaha... Aku pon mkn skali, saje nak teman Hubby. Kebetulan dhea pon dah nyenyak tido..

Sian dhea, wlpon dah 2 mlm ayah tido kat rumah dhea still tak dpt tatap wajah ayah lagi. Esok pgnya pulak, Hubby terlambat bgn sbb silap set jam loceng. Ekekeke.. So, Hubby decided nak masuk keje tghari je.. Pagi tu bila dhea bgn, dhea surprised sbb ayah ade kat sebelah. Hehehehe...Aku plak masa tu baru nak masuk bilik air, nak mandi. Ape yg menyentuh hati aku ketika tu..... Dhea bgn dan baring kat sebelah ayah dia. Hubby masa tu tgh baring ngiring ngadap ke dinding. Dhea pon cam geram je bila ayah tak respon. So, dhea duduk & kiss kiss kiss ayah.. Satu muka ayah dhea kiss & ntah bape kali dhea kiss aku pon tak perasan.. Tp Hubby masa tu mcm mamai gitu bila dhea dok kiss muka dia. Lgpon letih berjalan aritu tak hilang lagik kan.. So, respon mcm kurang baik laa. Yg kelakarnya pulak, lepas ayah tak bg respon seperti yg dhea inginkan...maka digegetnya hidung ayah... Kahkahkahkahkah....... Hah, baru terbeliak mata ayah... Padan muka ayah! ;P

Pagi tu, ayah yg mandikan dhea.. Sukanya dhea.. Sian dhea, rindu sgt kat ayah.... Bila tiba masa mama nak hantar gi rumah bbsitter, dhea nangis² tanak duduk dlm carseat. Tp lepas ayah pujuk² sket baru ler ok mcm biasa.. Hmm... Mmg sah laa dhea rindukan ayah, cumanya dhea tak pandai nak ckp lagik. Perasaan rindu tu dhea express melalui perbuatan dia......... Mama tau dhea rindu sbb mama pon rindu gakkkkkk! Ahakks... ;P

Hari Selasanya ayah tak balik sbb duty mlm. Sampai laa harini. Ayah kata maybe ayah balik mlm ni ataupon esok pagi. Bole laa kita spend more time dgn ayah hujung minggu ni... Lagipon dah lama tak bwk dhea jalan.. Kan dhea kan.... Ngee.... ;)

Wednesday, August 29, 2007

Ragam si dhea...

Ini gambar dhea ketika berusia 7bln gitu laa (Nov '06)..
Mama & Ayah baru je belikan dhea walker merah tu..


Dhea dah mula byk ragam skrg nih.. Antara ragam dhea yg aku ingat setakat ini...

1. Dhea pantang dgr perkataan "SAPU/PENYAPU".. Akibatnya bila dhea dgr perkataan tu, maka dhea akan jln terkedek-kedek ke dapur dan amik penyapu. Yg peliknya, dhea pandai pulak tu pilih penyapu. Dhea amik yg paling kecik skali.. Lepas tu, dhea akan mulakan operasi menyapu kat living room.. Hahahaha.. Kisah ni bermula bila dhea selalu mkn biskut sepah² & masa tu nenek akan bebel sambil amik penyapu. Then, satu mlm tu nenek bebel kat dhea sbb mkn biskut bersepah. Wahh...dgn pantasnya dhea gi dapo amik penyapu & pastu sapu tempat yg dia wat sepah td. Apelagi, ketawa bagai nak pecah perut laa kitorang tgk telatah dhea masa tu...

2. Dhea tak bole dgr perkataan "KAIN/LAP".. Sama gak mcm kes sapu td. Bila kita bising² soh dia lap air yg ditumpahkan, maka dhea tak teragak² capai kain yg paling dekat dgn dia (unless kita tunjukkan kain lap kat dapo..) utk lap tempat yg basah tu. Ekekekeke.. Selalunya baju adik aku laa yg jadik mangsa sbb mamat ni mmg suka sepahkan baju dia kat living room. Haaa, padan muka dia... ;P

3. Dhea ni "BAIK HATI" tau.. Dhea lebih suka bg ikan yg mama baru jek goreng tu kat "MEOW", drp kita suapkan dia mkn. Klu ikan semlm tu takpe laa jugak. Dah byk kali gak laa dhea mengaruk bila mama tak kasik ikan tu. Pastu dhea gi kat atok, tarik² tgn atok soh bgn amik ikan atas meja mkn. Pastu ajak gi dapo & soh atok bukak grill dapo sbb nak kasik kucing mkn. Kucing tu pulak bukan laa kucing belaan kitorang... Kucing liar je, tp comeyy gak laa ala² kucing parsi gitu. Mula-mula suka laa.. Tp, bila dhea dah geram dicekik²nya kucing tu. Yg peliknya, kucing tu tak melawan pon. Sian aku tgk kucing tu terkial-kial nak lepaskan diri..

4. Dhea dah laju turun naik tangga. Ade satu pagi tu, aku tgh kemas²kan katil tetiba aku dgr suara dhea panggey atok. Ingatkan dhea kat tepi pintu bilik, rupa-rupanya dhea dah sampai depan pintu rumah dah masa tu. Kelam kabut jugak laa aku turun carik dhea masa tu. Ye laa, ingatkan jatuh ke hape.. Tp takde pulak dgr suara menangis. Rupanya dhea dah terpacak kat depan pintu menunggu atok. Atok plak masa tu tgh isi air dlm tong, tak perasan pulak si dhea kat depan pintu. Itu yg dhea dok jerit "Atok...Tok...". Skrg ni dhea mmg dah bole turun naik tangga sendiri. But still aku monitor & jaga kat belakang dia.. Risau beb...

5. Lately dhea masuk tido awal. Akak bbsitter dhea kata, siang dhea tido skali jek. Itupon tak lama mcm biasanya. Skrg ni dhea dah byk main. Lagi laa kalau kak Zaza (anak bbsitter yg bongsu, thn ni amik PMR) dia balik sekolah. Lagipon anak² akak ni mmg rajin² melayan dhea esp. Aiza tu laa.. Tp bagus jugak mlm dhea tido awal. Bole aku wat keje sket. Seblom ni selalunya dhea tido kul 12, tp skrg ni 10.30/11 malam dhea dah tido. Kadang tu, kul 9 dah tido sampai laa esok pagi. Tp pagi esoknya bgn awal laa pulak. Dah cukup tido laa katakan...

Erm.....apalagi ek? Byk ragam dhea ni.. Klu nak tulih semua skrg mmg tak sempat ler. Dah lewat dah ni.. Lenkali laa aku sambung lagi eh... Wassalam... ;)

Dhea melangkah lagi

Bermula dgn MAMA-AYAH-ATOK-NENEK-DHEA (Ayee..hehehe..), semlm dhea melangkah setapak lagi. Kali ni mama ajarkan pula KAKAK-ABG-ADIK-ACIK.. Gini sebutan sebenar dhea...

Mama: KAKAK..
Dhea: KAKAKK.. (btol laa tuh dhea sebut..)
Mama: ABANG..
Dhea: AAA---EMM.. (ekekekekeke...punya laa pjg AAA tp bila part BANG teruih tukar jadik EMMM.. takpe takpe..)
Mama: ADIK..
Dhea: DIK-DIK.. (bole laa asalkan ade bunyik..)
Mama: ACIK.. (ini panggilan dhea pd abg aku..)
Dhea: CIKK.. (not bad huh!)
Mama: AN.. (yg ni plak nama adik aku..)
Dhea: ANN.. (actually, seblom dhea pandai sebut mama sume tu, dhea dah pandai sebut AN dah pon.. siap ade bunyik special lagik kat ujung..)

Well, setakat ni aku puashati dgn kemampuan dhea. Tak kisah laa walaupon yg dhea sebut tu bunyik dia pelik sket, asalkan dhea boleh faham arahan & berikan respon. Aku rasa itu yg paling penting buat masa nih.. Then utk langkah seterusnya, bila dhea dah mula beri respon baru laa aku btolkan sedikit demi sedikit sebutan dhea tuh.. DAN hasilnya, mcm kat yg atas tu laa.. Apepon aku akan terus btolkan dan btolkan lagik sebutan dhea supaya dhea dpt sebut dgn JELAS..

Surprised! Pg td lepas mandi dhea sebut "AWER", yg bermaksud FLOWER.. Sambil tu dhea tunjuk tiles kat dinding toilet yg ada gambar flower. Selalunya, lepas mandi aku akan ajak dhea bilang tiles yg ber"flower" tu. 1 - 9. Sekadar utk hiburan dhea supaya tak boring. Tp dgn tak disangka-sangka, ape yg mama dok sebut hari² tu melekat juga dlm ingatan dhea.. Dan secara tak langsung sesi hiburan (tujuan utama..) tu bertukar jadik satu sesi pembelajaran. Wlpon simple, tp berkesan juga. Skrg ni dhea dah boleh sebut "SATU" & "DUA".. Ini jek laa pon yg jelas. Nombor seterusnya dah jadik mcm² bunyik. Hahahahaha... Buat permulaan, ok laa kan..

Yeayyy! Bravo my cute lil' baby...

Monday, August 27, 2007

cinta monyet..?

LOVE IS COMPLICATED... << AGREED!

Hmm, aku bkn nak bercerita ttg kisah cinta aku. Ni kisah cinta org lain, junior aku. Mcm mana ntah aku bole "termasuk" dlm ini cerita. Hadoiii laa..

Sebenarnya pada aku cinta "mereka" ni cinta monyet. Cinta bdk sekolah. Tetapi, tak sangka cinta mereka bertahan juga sampai ke harini. Bermula ketika masing² masih di tingkatan 4/5 dan harini mereka sdg menuntut dlm bidang masing². Klu melihat pada situasinya, aku salahkan pihak perempuan. Kenapa?? Sebab setiap hari bdk ni call/sms aku minta pendapat bagai.. Mcm ler aku ni Dr. Luv.. So, secara tak langsung byklah cerita yg aku dgr drp side si pompuan nih. Tp, yg lelakinya rilek je. Wat dek je bila aku tanya..

Normally bila kita sayangkan seseorang tu, kita akan rasa takut kehilangan. Tapi, kita tak sepatutnya tunjukkan sgt kelemahan tu... ketakutan tu... Sebabnya, bila si lelaki ni sedar, maka dia akan mendabik dada, tanda GAH gitu.. Btol tak?

Sepatutnya bila berlaku salah faham yg besar mcm skrg ni, si perempuan ni kena laa lebih bertolak-ansur. Beri masa utk masing² muhasabah diri.. Jgn cepat sgt nakkan keputusan. Klu si lelaki dah naik "bingit", maka "terkeluar"lah keputusan yg tak ingin didengar. Hah...Masa tu sape yg rugi? Bila keputusan tu tak seperti yg diharapkan...

Aku pon sebenarnya dah naik bosan bg nasihat. Klu diikut takpe laa jugak. Dah aku pesan "Give him sometime..", "He need time..", bla bla....tp degil jugak. Sampaikan aku dgr si perempuan ni kuar masuk hospital. Aiyooo girl.... Worth it ke?! Umur masih muda.. Jln masih panjang.. Jgn laa pendek akal sgt yang oiii.. Byk lagi perkara yg mengecewakan akan kita lalui masa akan dtg. Life is short. So, make full use of it. Make yourself happy. Jgn laa mudah patah semangat, putus harapan...just because ko break-up dgn pakwe ko tuh. I know it hurts much.. Anggap laa takde jodoh. Maybe you'll find someone much much better than "him". You'll find your soulmate someday... Don't worry much, sbb semuanya Allah s.w.t. sudah tetapkan.... What you can do best skrg ni, find peace.. How? You know how rite... BE STRONG ok!

p/s: Hahahaha... senangnya nasihatkan org ekk! Klu kena batang hidung sendiri..padan muka.. Yg aku pasti, tak berbaloi klu sampai memudaratkan diri sendiri kan.. :)

Thursday, August 23, 2007

Kami merindui mu...


Assalamualaikum..

Dah beberapa hari rasa nak tulih blog, tp tak berkesempatan. Harini bos meeting dr pg sampai ke ptg. Hehehe...bole laa curi masa sket tulih blog. Harini aku puasa. Hehehe....pose ganti ler. Badan letey jek rasa. Actually klu harini aku berjaya, masuk laa 3 hari... Dah nak dekat Ramadhan baru laa kalut nak ganti pose sume. Padan muka aku... ;P

Nampaknya sudah 2 minggu Hubby takde. Ke mana? Hmm, sempena Merdeka Month ni Hubby & frens ada aktiviti "jln sambil kawad" drp Johor sampai ke Putrajaya. Cmane tuh??!!! Diorang akan kawad dr satu check-point ke satu check-point. Pastu ptgnya ade trak yg akan dtg amik diorang utk balik ke kem terdekat utk tido. Takkan ler diorang yg seramai 300 org tu nak tido terabur kat tepi jln plak kan. Esok pgnya pulak, mereka akan dihantar semula ke check-point terakhir hari sebelomnya & continue "jln sambil kawad". Siap ngan drum-beat lagi tuh.. ;)

Adalah aku tanya kat Hubby, ape motif aktiviti tu dibuat. Pada pandangan aku mcm takde pekdah je.. Then Hubby aku jwb senang je, "Kerajaan kita kan byk duit...". Hee.. Yg jadik mangsanya, kami laa. Terpaksa berpisah berminggu-minggu dgn suami terchenta. Begini laa nasib seorang isteri Perwira Negara. Chewahhh....

Sememangnya aku ngan dhea tersangat-sangat laa rindukan Hubby. Dhea pon, asal mlm nak tido mula laa cari "Ayah ayah ayahhh..". Tugas aku mcm biasa laa, bgtau kat dhea, "Ayah work.. Dhea dgn mama je.. Nanti ayah balik ok..". Tp nanti dhea akan jwb "AYAHHHHHH...". Uuwwaaaaaaaaaaaa...lagi ler menambahkan kerinduan aku.. Tetiap mlm klu Hubby call, aku pass henpon kat dhea. Nanti depa "berbual" laa 2 beranak, sambil² tu aku pon tumpang dgr skali. Selalunya Hubby tanya, "Dhea wat ape tu..?". Then, dhea jwb "Mamam..". Ape saje soalan Hubby, dhea jwb "mamam". Takpon dhea wat bunyi cat..dog..tiger.. Hahahahaha.... Dhea blom pandai ckp lagi laa. Cuma certain words je dhea dah bole sebut dgn jelas..

Ni ada kisah dlm keta, semlm masa on day way balik dr umah bbsitter..

Mama: Dhea ikut mama ckp tau.. MAMA.. (sambil drive)
Dhea: MAMAAA... (dhea sebut sambil bdn lenggok² ikut rentak lagu..)
Mama: AYAH..
Dhea: AYAHHH...
Mama: ATOK..
Dhea: TOK TOKKK... (yg ni dhea tak pandai sebut btol lagik..)
Mama: NENEK..
Dhea: NYENYEKKK... (silap² bole jadik nyennyenn..)
Mama: DHEA..
Dhea: AYEEEE..... (kuang3x....)

Dhea blom pandai sebut nama sendiri lagi. Ada masanya bila aku sebut "Dhea Suraya mana..?".. Dhea angkat tgn & jwb "Ayeee...". Hahahahaha... Nasib baik ler ade dhea kan.. Klu tak... hmm...

Kesimpulannya kali ni, aku mmg rindu giler babashhh kat Hubby... Seblom ni tak penah pon camni. Ye ke tak penah?!! Hehehehehe....cover line beb... ;P

Friday, August 17, 2007

Siapa yg bersalah..?!

Pejam celik dah masuk Jumaat. Yeeaa yeeaahhh! Arini aku tak byk keje. Keje² aku minggu ni berjln mengikut schedule yg Kawaji dah tetapkan. Hahaha.. selalunya mmg tak penuh follow pon. Musti terlmbt siap.... =)

Tetapi, wlpon arini aku tak byk keje, aku tetap kena "berlakon" mcm aku byk keje. Nak surf net pon kena pandang kiri kanan sampai naik lenguh leher aku. Jepun² mcm tak bape berkenan bila tgk staff dorang takde keje. Weihhh, aku bkn keje ngan ko laa Jepun. Aku keje ngan Serumpun! Tp....Serumpun consultant pd Jepun nih... Arrghhh! Tensi tensi.. Waktu balik pon nak kena tambah 30 minit. Haa...sape nak bayar tuh???

Esok aku cuti. Klu ikutkan Jepun ni mmg dia nak soh aku keje je. Tp masa awal² masuk sini lagi aku dah habaq mai dah, aku cuma keje "5 DAYS A WEEK", ok. Klu depa request aku soh OT pon aku tanak aih... Aku kan ade kuliah beb. NO NO NO! Fullstop!

Berkira ke aku?? Takde maknenye klu aku baik sgt pon kat sini. Sbb.....kat sini lagi ramai yg kaki ampu Jepun² ni sume. So, buat ape aku nak buang masa & tenaga aku. Baik aku lepak dgn family tersayang, lagiiiiii byk faedahnya....

Eh...apsal aku emo ptg² nih?? Hahahaha.. Gini citernya. Baru kejap td ada sorang mamat c**a ni agih²kan burger yg dibeli kat Burger King nun. Then saje je laa kami para staff design ni tanya, takde ker utk kitorang yg mmg tgh kelaparan nih. Pulak tu skrg ni musim sejukkk aje kan... Skali mamat tu kata takde, utk Jepun² ni jek. Pastu Manager aku a.k.a. Kawaji ni tanye laa kat mamat ni dia dah ade bahagian tak? Waaaa, dgn lajunye si mamat c**a ni hangguk²kan kepala dia. SEE.... Hangin tak hangin?? Nampak sgt laa diorang ni kaki ampu... Aku ni mmg tak bole nak tolerate ngan hal² mcm ni! Bkn sbb aku nak sgt burger tuh pon & mcm laa aku ni tak penah merasa langsung mkn burger tu....

Tp...eii...susah ler nak citer. Rasanya korang pon tau maksud aku kat sini. Ke aku sorang je yg faham? Aku rasa, lebih baik aku balik seblom hangin sepoi² aku bertukar jadik ribut taufan.. Wassalam...

So, have a nice weekend ppl... ;)

Tuesday, August 14, 2007

Hehehehe

Ahad lepas ntah hangin rajin mane tiup aku ntah. Mak ngan bapak aku pulak gi KL bersama² big bro aku. Ptg tu, aku balik kelas dlm kul 2 camtu. Aku tak terus amik dhea mcm selalunya. Balik rumah dlu & kemaskan rumah yg tonggang langgang tuh. Lepas dah clear sume, aku wat dadih. Ala, guna je tepung instant yg jual kat kedai tu. Tambah susu cair, gula sket, taraaaaa.... Seblom tu aku dah standby mangkuk² kecik utk sejukkan dadih tu. Petang tu adik aku tlg amik dhea kat rumah kak Za sebab aku sibuk sidai baju bagai. Dhea bila dah sampai rumah menjerit-jerit panggil "MAMA MAMA MAMA....". Mmg mcm tu laa dhea klu org lain yg amik dia. Penah skali masa aku balik keje lambat, parents aku yg gi amik dhea. Bila aku sampai depan pagar, aku nampak bapak aku tgh dukung dhea kat luar. Bapak aku kata dhea tanak masuk, asal ade keta wira lalu dhea sebut "MAMA MAMA...". Hehehehe...

Mlmnya pulak, aku tgk Pentas Ikon Asean. 3 negara Asean berentap merebut gelaran Ikon Asean. Filipina, Indonesia & Malaysia. Hehehe...sukanya bila tgk Jac nyanyi. Sambil tgk Ikon tu, satu² mangkuk dadih aku bedal. Last² ade laa tinggal 5-6 bekas lagik. Hahahaha... Aku simpan belen tu utk adik aku. Kesian pulak klu tak merasa. Pastu aku nmpk kentang yg kununnya utk masak bg dhea mkn, tp tak ter"masak²" gak. So, aku buang kulit & rebus. Pastu lenyek², tambah susu sket, salt & pepper sket. Dah siappp mash potato aku... Sejak aku gi dinner kat tmpt adik aku ari khamis lepas, aku ni kemaruk makan mash potato. Ekekeke... Esok pgnya aku masuk dlm bekas kecik & bekalkan dhea...

Hehehe...time takde org kat rumah rajin ler... ;P

Friday, August 10, 2007

Ku kuciwa...


Semlm aku cuti. Gi interview keje. Ntah ape aku merapu kat dlm meeting room semlm. Hahahahaha... Klu aku berjaya di"short-list"kan, aku akan dipanggil utk 2nd interview on Monday, next week. Tp sampai skrg ni aku tak dpt pon call mengatakan aku berjaya. So, faham² sendirikkk laa kan.. Huuwwaaaaaaaaaaaaa.... Sedey gak ni.. Aku sebenarnya dah rasa tak best ngan keje aku yg skrg ni. Bkn baru skrg aku rasa, tp dah bbrp bulan gak laa. Pulak tu skrg aku dah dok kat site. Lg laa aku tensi..

Huk..huk.. Ku kucciwaaa... Aku semmgnya mengharapkan interview kali ni berjaya. Benefit yg company tu offer pon byk. Bkn byk lagi, tp tersgt laa byk. TETAPI...sebaliknya pula yg jadik. Mungkin rezki aku masih di SERUMPUN! Ni kes nak pujuk hati aku yg sdg lara je nih. Takpe laa... Aku akan terus cuba & cuba lagik...

Gud luck to myself....

Tuesday, August 7, 2007

UPDATE...

Hmm.. ape aku nak story eh? Ikutkan hati mmg byk nak story, tp memandangkan dah lewat aku ringkaskan aje laa..

Erm, kesihatan aku lately nampaknye sllu terganggu. Terganggu oleh sakit² bdn. Aritu kaki aku dr pangkal peha sampai ke lutut sakit. Sakit mcm lenguh² gitu, pehtu byk position duduk yg aku tak bole buat. Nak rukuk & sujud masa solat pon sakit giler, mmg kena slow motion jek baru bole sujud / rukuk. Seminggu lepas tu aku amik sorang akak ni utk urut kaki aku yg semakin kronik plak sakitnya. Lepas akak tu dah urut kaki, kurang laa sket. TETAPI, pinggang belakang aku pulak yg mcm terkehel. Lepas 2 minggu urut kaki, tetiba je sakit lutut aku tu dtg balik. Ade sehari tu, sakit tu sudah "tangkap" kepala lutut aku skali dgn pinggang belakang aku. Tak silap aku masa tu khamis mlm. Mmg sakit giler arr, sampai nak nangis aku dibuatnye (ke dah nangis kots..lupe arr). So, mlm tu jugak aku soh Hubby aku balik (yg semmgnya dia on the way balik pon). Esok paginya Hubby bwk pegi klinik & Dr. tu scan le pinggang aku. Dr. kata tulang aku ni mcm tak rata jek, rasanya bekas jatuh dolu² laa ni. Erm, mmg pon aku sllu jatuh motor, byk kali gak laa. Maybe kecederaan yg dolu² tu yg sbbkan aku sakit arini. Hmm.....

Ni ade satu story kelakar masa aku gi klinik... Masa Dr. nak scan aku, aku baring ler atas katil pesakit tu kan. Skali dhea nangis. Kuat giler!! Masa tu Hubby yg dukung dhea nih. Kitorang pelik ler jugak. Mama yg kena check, dhea plak yg nangis.. Hahahahaha.... Protective jugak anak aku nih.. Pehtu, masa Dr. nak cucuk bahu aku pon dhea menangis lagi. Siap tgn dhea menggapai-gapai, mcm nak tepis jarum injeksen yg Dr. tu pegang. Bila kitorang kuar je drp bilik Dr. baru dhea senyap balik..... ;)

Okey, aku nak update skit TTG DHEA nih.. Skrg ni mulut dhea bising jek tau. Lagaknya mcm dah pandai sgt berckp.. Let say dhea kata "NAK", then kita tanya dhea nak ape.. Katalah dhea nak biskut or makanan yg ade atas meja mkn. Haa, masa tu dhea akan tarik kita bgn, jln gi meja mkn. Pehtu dhea jinjit kaki & tgn dhea tunjuk², sambil tu sebut "NI NI NI...." sampai laa kita amikkan makanan tu bg kat dia. Selagi kita tak amik, selagi tu laa dhea dok sebut "NI NI NI NI.....". Kdg tu klu dhea nak jugak, tp makanan (sllunya makanan laa) tu mmg dhea tak bole mkn lagi, maka akan bingit laa telinga mama dhea iaitu AKU laa kan.... Lepas dhea dah penat ckp tp tak dpt jugak, apelagi....NANGIS laa. Tp sllunya mmg takkan dpt pon. Hahahahaha.. Itu jam, mmg kena pujuk dgn benda lain laa. Ajak tgk cat ke, dog ke atau ape² aje laa asalkan dhea diam. Sebabnya pitching dhea mmg tinggiiiiii.... Bingit telinga aku ni weihhh!

Anak aku mmg semakin nakal skrg ni. Tp dhea juga semakin bijak. Di tahap skrg ni aku bole nampak yg dhea ni mmg ada sikit berani laa. Klu kucing tu, alahai....mmg kena cekik aje laa, takpon ekor dia kena tarik. Dah bape kali dah dhea kena cakar kucing, tp masih tak rasa serik.. Kesihatan dhea setakat ke hari ini alhamdulillah. Sejak aku terbaca artikel ttg penggunaan Children Vapor Balm (keluaran Sixth Century), setiap mlm aku akan sapu kat bwh telapak kaki dhea, pehtu pakaikan stokin.. Bukan ape, dhea ni tak suka pkai gebarr (selimut ler..), pehtu bilik aku pulak mmg tiap mlm pasang air-cond. So, itu laa caranya utk aku bg "kehangatan" pd anak aku sorang tu selain drp pelukan sayang aku. DAN AKHIRNYA.....dhea pon dah paham dah, tiap kali aku atau Hubby amik balm tu, dhea akan angkat kaki dia sebelah & say "NI NI NI....." Hehehehehe... Amacam, bijak tak anak aku?!... kan... kan... ;P

Thursday, August 2, 2007

DHEA JATUH!

Semlm dhea jatuh lagi!! Kali ni bkn jatuh drp katil, tp kerusi solek aku..

Pg tu, tgh aku bersiap, dhea terbangun. Pastu merengek minta dukung. Masa tu dah dekat pukul 7.30pg dah. So, nak tanak aku pon angkat dhea & berdirikan atas kerusi depan meja solek aku. Dhea pon berdiri sambil peluk pinggang aku yg tgh berdiri kat sebelah. Bila dhea nampak diri dia sendiri kat depan cermin, dhea senyum. Aku pon senyum skali... Mcm biasa, aku solek ala kadar je. Setiap hari muka aku ni cuma disapu dgn krim muka + bedak baby. Inipon aku bedal bedak anak aku yg tak habis² tu. So, lepas sapu krim biasanya aku akan tepek plak dgn bedak baby.. Aku baru je pusing nak gi amik bedak laa kunun, tak sampai pon selangkah penuh, bila aku toleh balik aku nampak dhea cuba nak tunduk & apelagi, dhea pon tergolek ke belakang. Maksud aku, jatuh kebelakang. Sah² laa kepala dia jatuh dlu kan, baru laa bdn ngan bontot dia. Aku dah cuba “hop” dhea dr belakang tp tak sempat. Makanya, dhea pon nangis, nangis & nangis lagik. Aku cepat² angkat & usap blkg kepala dhea. Bila aku belek² mmg bole rasa blkg kepala dhea (area kat atas tengkuk sket) dah start nak bengkak. Aku yg panik ni terus dukung dhea & bwk turun bwh. Aku teringat pesan sorang drp ofismate aku, klu bdk jatuh, apepon tuam ngan ais dlu. Kendian baru tuam ngan air suam. Tu yg secepat kilat aku amik ais, balut ngan sapu tgn dhea yg kebetulan ade dkt² ctu & aku tuam² kat area benjol tu. Lama gak laa dhea nangis. Sampaikan bapak aku pon kelam kabut naik tangga nak tgk cucu dia yg menangis tak hingat.

Lepas dah tuam tu, nampak laa perubahan sket. Nampak susut sket benjol kat kepala dhea. Aku pon sms site engineer aku, kata harini aku masuk ofis lambat sket. Aku nak monitor keadaan dhea dlm 30min camtu, nak tgk samada dhea ade muntah² ke, atau bdn dhea lembek tetiba ke, atau hape² laa yg luar biasa... Klu ade sume tu / salah satu drp tu, aku nak terus bwk anak aku gi hospital. Tp lepas setgh jam, dhea nampak mcm biasa balik. Bengkak pon dah makin susut. So, aku decide hantar dhea gi rumah kak Za mcm biasa. Sampai rumah kak Za, aku story laa sesikit insiden pg tu & minta tlg kak Za monitor keadaan dhea sepanjang haritu. Takut klu² ade menunjukkan simptom² spt yg aku dah sebut td. DAN klu itu berlaku, aku mintak tlg sgt² pd kak Za supaya terus je hantarkan dhea ke hospital & jgn lupa call aku pulak...

Semlm kat ofis aku tak senang duduk. Kejap² tgk tepon, kot laa ada sms yg aku tak perasan ke kan. Aku rasa bersalah yg amat sgt pd dhea sbb cuai, lalai, etc... Tak pasal² dhea jatuh pg td. Bila ingat² balik, rasa nak tukuiiii je paler aku sendirik!! Aku ade sms Hubby aku pg tu. Bgtau ttg insiden yg tak sepatutnya berlaku. Then aku mintak maaf kat Hubby sbb cuai... Tp Hubby aku faham & tak salahkan aku sepenuhnya, cumanya dia minta laa lepas ni aku lebih berhati-hati. Sejukkkk sket hati aku. Mula² takut gak nak bgtau. Mana laa tau Hubby aku hangin ke kan... Pheww!!

Semlmnya jugak keje aku makin menimbun. Letey giler... Ptgnya dlm kul 5.30 mcm tu, Kawaji San nak wat sedikit discussion ngan aku & sorang lagi mamat draughting ni. Maka, masuk laa kami berdua ke dlm meeting room. Baru je nak mula briefing, sorang lagik Jepun masuk. Hmm…Tajiri San kata nak pinjam Kawaji for 10mins. Dia kata je 10mins, tp sampai nak dkt kul 6 takpon nampak bayang. Aku dah fed-up nunggu dah masatu. Dlm hati aku nekad, kejap lg klu kul 6 tepat depa takde gak, aku nak blahh. Pc pon aku dah shut down. Pedulikkk arr.. Sampai je depan pintu, elok je time tu aku tgh carik sandal aku kat bwh rak kasut, Kawaji & Tajiri San masuk. Alamakkkk..! Hee, aku pon dgn segan silunya ckp ngan Kawaji San yg aku nak balik dah. As for the discussion td tu, sambung esok je.. Nasib baik ler Kawaji San ni baik hati melepaskan aku balik semlm. Dibuatnye dia nak jugak discuss semlm, ntah kul bape laa aku sampai rumah gamaknyer.. Dhea pon mesti dah tertunggu-tunggu aku depan pintu..

Sampai arini aku masih lagi rasa bersalah pd dhea. Ntah laa.. Hal mcm tu tak sepatutnya berlaku & mmg bole dielakkan sebenarnya.. Dhea, maafkan mama ye sayang...