Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, August 29, 2007

Ragam si dhea...

Ini gambar dhea ketika berusia 7bln gitu laa (Nov '06)..
Mama & Ayah baru je belikan dhea walker merah tu..


Dhea dah mula byk ragam skrg nih.. Antara ragam dhea yg aku ingat setakat ini...

1. Dhea pantang dgr perkataan "SAPU/PENYAPU".. Akibatnya bila dhea dgr perkataan tu, maka dhea akan jln terkedek-kedek ke dapur dan amik penyapu. Yg peliknya, dhea pandai pulak tu pilih penyapu. Dhea amik yg paling kecik skali.. Lepas tu, dhea akan mulakan operasi menyapu kat living room.. Hahahaha.. Kisah ni bermula bila dhea selalu mkn biskut sepah² & masa tu nenek akan bebel sambil amik penyapu. Then, satu mlm tu nenek bebel kat dhea sbb mkn biskut bersepah. Wahh...dgn pantasnya dhea gi dapo amik penyapu & pastu sapu tempat yg dia wat sepah td. Apelagi, ketawa bagai nak pecah perut laa kitorang tgk telatah dhea masa tu...

2. Dhea tak bole dgr perkataan "KAIN/LAP".. Sama gak mcm kes sapu td. Bila kita bising² soh dia lap air yg ditumpahkan, maka dhea tak teragak² capai kain yg paling dekat dgn dia (unless kita tunjukkan kain lap kat dapo..) utk lap tempat yg basah tu. Ekekekeke.. Selalunya baju adik aku laa yg jadik mangsa sbb mamat ni mmg suka sepahkan baju dia kat living room. Haaa, padan muka dia... ;P

3. Dhea ni "BAIK HATI" tau.. Dhea lebih suka bg ikan yg mama baru jek goreng tu kat "MEOW", drp kita suapkan dia mkn. Klu ikan semlm tu takpe laa jugak. Dah byk kali gak laa dhea mengaruk bila mama tak kasik ikan tu. Pastu dhea gi kat atok, tarik² tgn atok soh bgn amik ikan atas meja mkn. Pastu ajak gi dapo & soh atok bukak grill dapo sbb nak kasik kucing mkn. Kucing tu pulak bukan laa kucing belaan kitorang... Kucing liar je, tp comeyy gak laa ala² kucing parsi gitu. Mula-mula suka laa.. Tp, bila dhea dah geram dicekik²nya kucing tu. Yg peliknya, kucing tu tak melawan pon. Sian aku tgk kucing tu terkial-kial nak lepaskan diri..

4. Dhea dah laju turun naik tangga. Ade satu pagi tu, aku tgh kemas²kan katil tetiba aku dgr suara dhea panggey atok. Ingatkan dhea kat tepi pintu bilik, rupa-rupanya dhea dah sampai depan pintu rumah dah masa tu. Kelam kabut jugak laa aku turun carik dhea masa tu. Ye laa, ingatkan jatuh ke hape.. Tp takde pulak dgr suara menangis. Rupanya dhea dah terpacak kat depan pintu menunggu atok. Atok plak masa tu tgh isi air dlm tong, tak perasan pulak si dhea kat depan pintu. Itu yg dhea dok jerit "Atok...Tok...". Skrg ni dhea mmg dah bole turun naik tangga sendiri. But still aku monitor & jaga kat belakang dia.. Risau beb...

5. Lately dhea masuk tido awal. Akak bbsitter dhea kata, siang dhea tido skali jek. Itupon tak lama mcm biasanya. Skrg ni dhea dah byk main. Lagi laa kalau kak Zaza (anak bbsitter yg bongsu, thn ni amik PMR) dia balik sekolah. Lagipon anak² akak ni mmg rajin² melayan dhea esp. Aiza tu laa.. Tp bagus jugak mlm dhea tido awal. Bole aku wat keje sket. Seblom ni selalunya dhea tido kul 12, tp skrg ni 10.30/11 malam dhea dah tido. Kadang tu, kul 9 dah tido sampai laa esok pagi. Tp pagi esoknya bgn awal laa pulak. Dah cukup tido laa katakan...

Erm.....apalagi ek? Byk ragam dhea ni.. Klu nak tulih semua skrg mmg tak sempat ler. Dah lewat dah ni.. Lenkali laa aku sambung lagi eh... Wassalam... ;)

1 comment:

Idham said...

syok plak dengar crita dhea ni...raper umur skang? anati besar jadi org yg pembersih :)
http://cat-world.50webs.com