Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, December 26, 2008

Sudah 8 bln, yeay!!

Hari ini aku bekerja mcm biasa. Tp masuk lmbt sket sbb ada 'urusan peribadi' di pejabat KWSP. Hehehe.. Kat ofis aku hanya ada 2 org staff yg bekerja termasuklah aku. Bos aku pon dtg ofis seyy pagi ni. Nasib baik kami dah sampai ofis dulu.. Ngeh ngeh ngeh...

Memandangkan mood keje pon kurenggg, boleh laa aku update blog. Hahaha.. Actually, nak update pasal Hadif since last week lagi, tp tak berkesempatan nak upload gambar seme. So, hari ini sesuai laa kots since aku sensorang je kat dept. nih yg bekerja.. ;P

Seperti yg korang baca (klu nak bacalah) kat tickers anak-anak aku kat side bar tuh, it's stated that Hadif sudah pon berumur 8bln+.. Ini juga bermakna, aku sudah 8bln+ terjebak menjebakkan diri dlm arena breastfeeding. Yeay!! Syabas utk diri aku jugak!! Bkn senang nak menyusukan bayi dgn susuibu, esp. utk ibu-ibu yg bekerja.. Ada ups and downs.. Hanya breastfeeding moms saje yg memahami.. Kan kawan-kawan.. Hihihi..

Meh aku list down apekah perkembangan Hadif setakat ini..

1. Hadif dah ade 3btg gigi bawah. Tp 0btg gigi atas. Kenapa, tak percaya ke?! Cuba klik pada gambar di bawah. Hahaha..




2. Hadif dah pandai merangkak. Yeay! Ni real punya merangkak tau. Sbb seblm ni Hadif hanya 'meniarap-cum-merangkak'. Ape ke namanyer, menyulur eh?! Aku pon tak perasan bila anak aku tu mula 'merangkak'kan dirinya. Hahaha.. Until when I saw 'this pict', yg di ambil semasa cuti 'aidiladha aritu... Syabass, wahai anakku!




3. Merangkak sudah, now Hadif tengah 'galak' belajar berdiri pulak. Pantang jumpa kerusi, meja, tangga atau ape-ape aje yg boleh dia jadikan tempat berpaut. As of now, Hadif sudah byk kali berjaya berdiri sendiri & melepaskan tgnnyer utk beberapa minit sebelum dia jatuh terduduk semula.. Hihihi.. Anak aku ni tak kenal erti putus asa. Bila dah jatuh, dia akan cuba berdiri semula. Then, dia akan sengih ala-ala nak meng'show off'kan kejayaan dia tuh.. Klu kita nak beri bantuan, let say kita nak tlg pegangkan tgn dia ke, maka Hadif dgn sengaja akan melembekkan badan mcm org malas nak bangun. Sungguh berlagak anak aku itu kan... Kahkahkah!




4. Satu lagi 'habit' Hadif skrg ialah Hadif sukeeee sgt 'menyembur'. Yer, siap berbuih mulut dia tu hah. Kata org-org tua, klu anak tgh suka menyembur mcm tu, si ibu akan mengalami keguguran rambut yg agak trajis. And guess what?! It's true. Aku tak pasti ape kaitan antara 2 perkara tu, tp aku mmg sedang mengalaminyer skrg nih. Uwaaaaaaa..... Terseksa jiwa raga tatkala mak terpandang rambut yg berguguran itu.. Bila laa gamaknyer 'fasa' ini akan berlalu.. Huhuhu.. :(




5. Lagi ape ek.. Erm, Hadif ni sgtlah manje dgn mama. Pantang nampak kakak Dhea ngendeng² kat mama, mesti Hadif jeles. Masatu mula laa merengek minta mama layan dia jugak. Then, klu mama 'babab' ke 'marah-marah-manje' ke, mulut Hadif akan mencebik-cebik sambil menangis. Mama pon bukannyer terus pujuk. Saje 'dera' Hadif biar dia nangis kuat sket baru angkat & pujuk. Kiutlah mama tgk Hadif mcm tuh.. Hahaha.. ;P


6. Owh, berat Hadif masa check-up 8bln aritu sudah pun mencecah 8.15kg. Naik 0.5kg je since Hadif infected Pneumonia last month kan.. Ok laa tuh, janji anak mama sihat. Tp ketika entry ini ditulis, Hadif belum pon sihat sepenuhnya drp demam. Syiann anak mama.. Asyik demam je lately.. Atok & nenek kata, Hadif demam nak dpt upah kots. Upah takpa haa, jgn dpt 'adik' sudah.. Hihihi.. Bkn tak nak. But, not now dear... Mama nak bagi chance 'adik' bermanje puas-puas dulu okeyy.. ;)


7. Seblm terlupa, saje nak bgtau yg Hadif ni masih lagi 'reverse-cycler'. Adoi laa.... Tak tau nak risau ke tak nih.. Siang kat taska sikit sgt dia minum ebm. Kdg tak minum langsung pon pernah. Tp malam mmg pulun habis laa sampai mama nak wat keje pon susah. Freezer pon dah sarat sgt dgn stok ebm Hadif. Tak tau dah nak sumbat kat mana lagi. Dan selalunya, hasil pump harian mmg terlebih drp cukup utk bekalkan Hadif dgn fresh ebm. So, mama terpaksa jugak reduce pumping session.. :(


Okeh, that's all for now. Later, if there is any new milestone I'll update.. ;)

6 comments:

cysev3n said...

jangan reduce nyah... mana yg dah expired tu buang.. tp pump jugak macma biasa.. jangan nyesal nanti..

apapun, congratulations!!

mamaDhea said...

huhu.. tu laa.. risau jugak bila reduce pumping session nih.. masalahnyer, takde lg stok yg expired..

Fid said...

reverse cycling tu ok
takyah risau
anakku samai ke tua gitu hahahaa

pam jgn tak pam biar banjir susu jgn kemarau susu

NuRuL DhiA said...

sama la hafeez pun reverse cycle, sgt penat mlm2 terkejut ngan lalakan dia nk ngempeng.

xper la susu melimpah pun, kang kering tetiba susah plak.
anyway tahniah bf til 8 bln hope til hadif 2 yrs.

~Umi.Sufira~ said...

Tahniah sya!berjaya sudah 8blan...sungguh jeles sbb hardifnya milestone mengikut susunan dgn jayanya...sufia ku itu suka suki dia aje...kikiki...

Anonymous said...

jealousnye..miya dah nak masuk 8mo, takde gigi & tak reti merangkak lg...sibuk nak memanjat & berjalan aje..