Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, November 25, 2008

Menghitung hari....

Erm.. Lagi seminggu+ my dear Hubby akan pulang. Yeeeaahhaaaa!! :D

Byk perkara Hubby kena catch-up pasni, esp. dgn anak-anak yg sememangnyer rindu giler babasshhh (Mama pon!). Byk juga urusan lain yg perlu diselesaikan. Secepat mungkin klu boleh! Ye la, selama Hubby takde disisi mmg payah aku nak kemana-mana. Sepanjang Hubby berkursus, mak mmg menjadi penunggu setia rumah bersama anak-anak. Hahahaha... Leceh laa nak keluar dgn budak berdua ni klu takde pengawasan tambahan drp Hubby ataupon org lain yg sudi mengikut.

Aku penah wat "keje giler" skali. Gatal nak cuba laa nih kononnyer. Ofismate jemput makan-makan kat rumah dia, sempena birthday anak sulung dia laa. Niat hati mmg nak pegi sgt. Tp tak confident, boleh ke aku handle budak berdua nih. Dgn Hadif yg tak berapa familiar lg dok dlm carseat. Dhea pulak mmg melenting-lenting je keje dia tak kira dimana jua dia berada.

Memula tanya Dhea, nak pegi tak umah Auntie Cah. Jwpnnyer, sudah tentu laa NAK! NAK! dgn gaya terkinja-kinja. Then aku wat perjanjian laa ni dgn Dhea, "Dhea janji, Dhea akan duduk diam-diam kat seat dpn! Dhea takkan kacau adik kat blkg! Dhea JANJI!!" Takpe, kita tgk....

So, aku letakkan Hadif dlm carseat. Seems like he's ok with it. Then aku buckle-up Dhea kt seat dpn. Aku pusing kejap nak kunci pintu & gril rumah. Bila aku pusing balik nak masuk keta, aku tak nampak Dhea kat seat dpn. Ghopenyerr dah selamat duduk kat sebelah carseat Hadif. :D

Wlpon begitu, aku buat-buat konfiden utk teruskan perjalanan. Kahkahkah.... Tak sampai pon setgh perjalanan, si Hadif dah wat perangai. Aku tatau laa kenapa. Dhea usik agaknyer. Aku siap ugut Dhea nak u-turn balik nih, tak jadi pegi laa kunun. Baru laa Dhea nak dok diam, SEKEJAP! Tak sampai 10minit, dia buat balik. Haduhh... Hadif pulak dah menangis tak hingat. So, aku berhenti kat satu bus-stop & bfeed si Hadif sampai dia tertido. Dekat setgh jam jugak tuh. Then, sambung lg perjalanan. Dhea pulak mmg kena dok kat seat dpn laa lepas tuh.

Dgn kerenah anak-anak yg serupa ittew, perjalanan yg sepatutnya memakan masa HANYA(!) 30minit akhirnya menjadi 60minit+. Pergh... Amik kau, nak sgt pegi!! Hahahaha :D

Oh ye, berbalik pada kisah my dear Hubby. Skrg ni Hubby sdg menjalani latihan dlm hutan. Ntah ape jugak laa dibuat kat dlm hutan tu yang oi.... Then balik drp hutan ada upacara penutup & clearance, beberapa hari seblm raya haji. Maka, kemungkinan Hubby akan balik sehari seblom 'Aidiladha. Yeay!! Tak sabarnyer nak tunggu Hubby balik..

Abg, Hadif dah pandai duduk sendiri tau.. Tak caya?? Tgk laa gambar yg mama sempat snap. Lg, Hadif dah tambah gigi bawah sebtg. Erm, lg yg paling best, Hadif dah mula demand susu.. Yeay lagi!




Selepas berhempas pulas dok ke depan ke belakang sambil angkat-angkat bont*t, akhirnya Hadif berjaya duduk dgn sendirinyer. Syabas Hadif!!



Saje mama snap pandangan dr belakang. Hahaha... Kali ini Hadif mengambil masa yg lebih singkat utk berjaya duduk dgn sendirinyer.



Asyik Hadif jek.. Dhea?? Dhea mcm tu laa.. Perkembangan Dhea lebih kepada vocab & percakapan yg sesungguhnya hampir menyamai budak sekolah rendah. Hahahaha... Mama sendiri tak larat nak layan Dhea sembang lama-lama. Soalan Dhea semakin lama semakin menguji kesabaran. Mengalahkan ortu (org tua-berkat menonton sinetron :D)!

Health wise, anak-anak bertambah baik. Wlpon mama agak kurang sihat, mama gagahkan jua demi anak-anak terchenta! Dhea dah ok. Sihat walafiat. Tp batuk Hadif nampaknyer bertambah teruk. I'll take him to paed tomorrow. Don't worry...

Last but not least, kita layan gambar mereka berdua yg sdg seronot bergurau senda.. Pandai juga kakak Dhea melayan adik hadif.. :D






Note: Adekah mak sasau?? Ekekeke.... Ni laa penangan "ditinggalkan" suami. Baru sebln dua. Kahkahkah!! Nampaknyer mak kena la membiasakan diri sbb lepas ni ntah ape-ape kursus lg yg Hubby kena attend kan.. I'm strong! I'm strong! (ku pinjam mantra mu ye Cik Yan :D)

9 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Mamdhea--> Dugaan sungguh..membayangkan ko membawa Hadif dan dhea dalam kereta and then siap stop2 bagai..kesian kat ko..dulu aku pernah kena tinggal 3 bulan..tapi masatuh anak sorang OK lagi..takle kelam kabut mana..hihi..selamat menyambut kepulangan hubby terchenta!

Zuraimah Ismail said...

MamaDhea,
Waaa for months x jumpa hubby...cobaaan...
Ct kan, x pernah lagi la berjaya bawa both kids dlm kereta alone...ada la sekali doluuu kut..masa tu hubby masuk spital..itu pun tgh jalan duk hold humayraa kat atas pangkuan...:) hehehe
am wonder la mcm mana org bleh ajar anak diorang duduk dendiam kat carseat....mcm x berbaloi jek carseat yg kitorang beli tu...

it me said...

sya
kudapat bayangkan.. ms adib bb nak g klinik berdua jer cukup mencabar..inikan pula ko bersama dhea and hadiff; 20min perjalanan teramat lama rupanya..

pst; selamat berjumpa hb tercayang yea keh keh keh

mamaDhea said...

korang,
thn depan awal feb kots Hubby mungkin akan berkursus lg.. tak silap 4bln pulak.. lg haru laa aku anak-beranak time tu gamaknyerr.. hopefully, aku & anak-anak dh ok laa masatu nanti..

for info, dhea dlu senang je nak ajar dok kt carseat.. tp hadif ni amik masa jugak la.. klu dedua reti dok diam, kompem tak dok rumah laa aku tetiap weekend.. wlpon laki mak takde.. kahkahkah!

nonie said...

wah... sure rindu abis ek mamadhea ngan cik abg... hehe nonie yg baru seminggu tak jumpa cik abg ni pun dah rindu2an... belum lagi experience tinggal berdua je ngan afifah kalau cik abg outstation... mesti kena antar balik umah mak... time tgh cuti panjang ni blh la... esok2 dah start keje tataula camna, masa tu dah berdua plak... hehe amik smangat mamadhea la masa tu...

sayangibu said...

sha..mmg m'cabar kena tinggal dek hubby nih. daku pon tgh menghitung hari bakal ditinggalkan ntah biler coz hubs nak p offshore pulok..byk2 laa bersabo yer...

Ms Lola said...

Oh beginikah rupanya kalau Kakak dan Adik? (Ceh... aku berangan la ni kan)

cysev3n said...

sya,
yezzaaa.. i'm strong bebeh.. bab2 hati + perasaan ni mmg layan sket.. :P

tentang apa yg kau lalui dalam keta ni, mmg aku takde pengalaman la kan.. kalau aku reti drive, tak tau le camne nak berkuntau dgn budak 3 orang tu!

Anonymous said...

ihiks..i will survive..will mama 5! (taram je lah labu..) yahaha.... sonot je tgk keletah anak2 yg sedang membesar.Tak sabaq haku nak tgk Alia bleh duduk gaks..ihiks ;p