Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, November 17, 2008

Episod demam anak-beranak :D

Memandangkan aku dah flashback pasal "pemergian" Hubby terchenta, kali ni aku nak flashback pulak episod demam aku dan anak-anak sepanjang "ditinggalkan" sang suami... :D

Episode Dhea....
(Jumaat) Beberapa hari selepas 14hb Okt, Dhea demam. Ramai yg kata Dhea demam rindu. Mcm-mcm petua jugak laa aku dpt. Dan, aku mmg dah standby 2-3 helai baju Hubby (yg dah pakai) utk kegunaan waktu-waktu kecemasan mcm nih.. Hihihi...

Mlm pertama tu, suhu badan Dhea panas tiba-tiba. Temp. tak tau laa berapa sbb aku tak jumpa termometer. Ntah mana aku campak agaknyerr. Mlm tu mmg aku tak boleh nak lelapkan mata. Ngantok mmg ngantok. Tp risau mengatasi segalanyerr...

Since suhu badan Dhea yg agak panas tu bermula waktu tgh mlm, aku cam tak sampai hati nak kejut Dhea bgn minum ubat. So, utk turunkan suhu aku cuba nak jerlum. But then Dhea melalak tak hingat tiap kali aku try nak lapkan celah-celah ketiak, leher, etc etc.. Terpaksa stop jerlum. Aku try pulak letak cool fever kat dahi, pon tak jln. Sudahnyer, aku terpaksa masukkan ubat b*n*t*t. Ape ke namanyer ubat tuh...

Yg kelakarnyer, siang ok laa pulak. Dhea pon aktif mcm biasa. Suhu badan normal. Klu panas pon, dedarr sikit je. So, aku on ubat yg beli kat farmasi je laa. Nak ke paed, jauh. Kena tunggu adik aku ade masa nak menghantar laa pulak.

3 mlm straight suhu badan Dhea panas tiba-tiba. 3 mlm tu jugak laa aku terpaksa sumbat ubat b*n*t*t tuh. Selepas aku wat beberapa pemerhatian, aku decide bwk anak-anak tido kat hall. Sebabnyer, bilik aku takdak kipas. Yg ade, aircond shj. Mungkin sebab tu laa suhu badan dhea lambat nak surut. Maka, berkampung laa aku 3 beranak kat hall. Hahahaha...

Lepas 3 mlm yg merisaukan tu, suhu badan dhea akhir under control. Kiranyer btol laa teori aku pasal "air-cond & suhu badan" tu kots.. :D Bila demam Dhea dah kebah, batuk+flu pulak menyerang. Hmm, tambah lagi ubat. Luckily Dhea skrg ni tak liat mkn ubat mcm zaman dia kecik-kecik dlu. At least, takde ler adegan kejar-mengejar bila tiba waktu mkn ubat kan.. Kurang sket beban mak.. :D

Episode Hadif pulak....
Lebih kurang seminggu selepas Dhea demam, Hadif pulak demam. Tak silap hari Khamis minggu berikutnyer. Masa ni Dhea dah ok, tinggal batuk+flu sikit-sikit je laa. Ptg Khamis tu masa amik Hadif kat taska, akak situ bgtau badan Hadif dedarr sikit. Since Hadif baru 6bln, aku tak berani laa nak pegi beli ubat kat farmasi sesuka hati. So, mlm tu aku monitor dlu keadaan Hadif seblm nak bwk dia ke paed esoknyer.

Lebih kurang Dhea jugak gayanya.. Mlm tu aku terpaksa jerlum, tampal cool fever & lastly terpaksa juga sumbat ubat b*n*t*t. Aku tak pasti dosage yg aku gunakan tu sesuai ke tak utk Hadif. Tp dah itu aje yg ade.

Esoknyer, tanpa berlengah aku ajak adik aku gi klinik. Mcm biasa laa, Klinik Pakar Kanak-Kanak Lim kat depan Standard Chartered Bank, Pelangi tuh. So far, anak-anak aku serasi kat situ. Dah alang-alang ke klinik, aku bwk skali Dhea. Lgpon batuk+flu Dhea masih blom baik. So, check dua-dua skali. Dhea & Hadif. Dhea mmg penakut jumpa Dr. Baru Dr. nak letak "alat tue" kat dada dia, Dhea dah nak nangis. Sib baik laa adik aku masuk skali, bole laa tlg comfortkan Dhea tue. Hadif jugak rileks. Tak nangis pon. Siap timbang berat lg masatu. Demam-demam pon 8kg okie... ;P

Bla bla bla... Dhea dpt 4 jenis ubat; pcm, dcm exp (utk batuk), ventolin & antibiotik (sbb demam dah seminggu tak baik-baik lg). Hadif plak 3 jenis je; pcm, dcm & ventolin. Sampai rumah, aku suapkan Dhea ubat dlu baru tinggalkan dia dgn atok. Then adik aku hantar aku gi ofis. Seblm tu hantar Hadif ke taska dlu..

Hari Rabu minggu berikutnyer, aku dpt call drp pihak taska. Akak tu bgtau yg Hadif meragam dr pagi lg. Susu pon tanak minum. Batuk Hadif nampaknyerr bertambah teruk. Akak tu tanye, samada aku nak dtg amik Hadif ke atau pihak taska tlg bwk Hadif ke klinik. Aku pon mcm blurr je kan masatu. Mana taknyer, masa on the phone tu pon aku dah bole dgr suara Hadif menangis / merengek tak henti. So, aku decide lebih baik aku gi amik Hadif kat taska. Seblm tu aku sibuk gak tanye-tanye kat ofismate kot diorang tau paed berdekatan yg ok. Then Engineer aku rekemen satu paed nih. Ok katenye sbb dia pon selalu bwk anak-anak dia kat klinik tuh..

Ptg tu jugak aku terjah Klinik Pakar Kanak-Kanak Lee. Dkt je ngan ofis aku. Kebetulan dah nak dkt tutup, tak laa ramai org sgt. Lepas check-up, Dr. Lee bgtau aku yg Hadif dah dijangkiti Pneumonia! Dushh!! Terkejut berok mak time tuh. Sbb aku selalu terbaca yg tak baik pasal virus pneumonia ni. In fact, aku dah plan nak bwk Hadif amik Pneumococcus Jab bila dia dah 7 bln nanti. Tak sangka hadif dah terkena dlu.. :(

Selepas sesi diskusi dgn Dr. Lee, Hadif kena mkn 2 ubat lg. Antibiotik utk control virus & ubat kahak. Ubat yg seblm ni, pcm & ventolin, masih diteruskan mcm biasa. Cuma dcm (ubat batuk) je stop since kena amik ubat kahak. Dr. ckp lg klu Hadif tak bole juga mkn ubat-ubat tu, esok dtg lg utk sedut gas. Tu pilihan terakhir laa tuh...

Aku tak dtg esoknyer (Khamis), tp aku dtg jugak hari Jumaat pg. Hehehe.. Nampaknyer pernafasan Hadif bertambah baik. So, tak perlu amik gas. Just cont. dgn ubat-ubat seblm nih. Oh ye! Antibiotik tu kena amik seminggu. Tak bole skip. So, next appointment ialah pada 4hb Nov 2008.



To be cont...... :D

3 comments:

Anonymous said...

Apa jugak cerita ko, ko wajib buat tag WS itu. Hahaha

mamaDhea said...

hahaha.... nanti laa.. kena tunggu sume org dh balik baru bole snap gambo.. :D

sayangibu said...

hadoi mamadhea..kompem harubiru ek bile anak2 sakit...kena byk sabo kan...btw..salam singgah yer