Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, June 30, 2009

Mengidam

Sabtu lepas, aku mengidam (apekah? :P) nak makan lempeng. Tanpa berlengah2, terusss capai henpon dan sms seseorang yg pernah buat entry tentang lempeng kelapa. Kahkahkah! :)) Tgk tu, nampak sgt laa skill memasak aku very limited sampaikan nak masak lempeng pon kena minta resepi jugok.. :P

Korang agak laa, sapekah gerangannya mangsa aku di pagi yg nyaman itu? Tak lain tak bukan, Pn. Intan lor.. Intan kata, dia cilok resepi drp Ms. Lola. So, credits to both of you laa ek.. Jasa baik anda berdua menepek resepi, sgt2 dihargai.. :D

Resepinya mak tepek lagi skali utk rujukan diri sendiri :P
2 cwn tepung
3 cwn air
sesudu kecil bikarbonat
sebiji telur
garam secukup rasa


**Blend je semua guna blender tu.. Senang kan.. Then klu nak letak kelapa, boleh laa gaulkan dlm adunan td tue.. Pastu, canai ler.. :P

Okeh, tanpa berlengah lagi meh tengok camno rupa lempeng yg mak canai.. :P



Lempeng Kelapa yg takde kelapa.. :D Aku tak boh kelapa pon sbb Hubby tak nak. So, tukar nama jadi Lempeng Kosong.. Buleh yer kawan2? :P



Sempat jugak aku masak sambal tumis ikan bilis sket utk matchkan dgn lempeng.. Tp, dek kerana nak cepat, aku tak goreng dulu ikan bilis tu. Terus campak dlm sambal basah2 gitu.. So, agak kurang sedap di situ.. Padan muka, sape soh malas2 lagik :D



Sambal Ikan Bilis yg tak sedap.. Ikan bilis je yg tak sedap, tp sambalnye sedap je kat tekak kami laki bini.. :P



Taaaaaapi, yg buat aku bertambah geram.. Dah penat2 aku masak sambal tumis ikan bilis yg tak sedap itu, Hubby boleh plak matchkan lempeng yg vadevass tu dgn ini..

SUSU PEKAT! Apekah??!!!
Picture googled.



Hubby kata, sepanjang hidup dia, klu makan lempeng MESTI cicah dgn susu pekat. Takpon gula pasir. Tak penah pulak match dgn sambal ikan bilis ataupon kari. Tu yg dia pelik bila aku sibuk2 masak sambal tumis.. :D Dan, demi utk menghargai susah payah aku di pagi2 hari, Hubby telah mencuba utk break the rules..

'Eh, sedap jugak ek lempeng makan dgn sambal..'

Haaaa, baru tau sedap ek bang.. /wahaha




5 comments:

MN said...

eh, lempeng cicah susu pekat itu buat saya terliur!!!!

NM said...

cantikla..mcamana buat taruk smiley tu eh..comey.

Nina said...

sedap la cicah susu..makcik pon suka cicah susu

mamaDhea said...

MN,
aritu sya tgk je Hubby makan.. takde rasa cam nak try plak.. :D

balik ni nak try laa.. ahahaha..

mama-qaisara,
cuba ikut step by step kat link ni..

http://mltan100.blogspot.com/2008/02/use-emoticon-on-blogger-blog.html

nina,
sedap ek? harus ku coba nih.. :D

lia said...

ni sekapal dgn Mr Fallah la...apa2 mkn mesti nk susu @ gula... lia pulak yg rasa xlalu tgk dia mkn smua manis2...

sdp lagi cicah sambal n kari.. nyum2..