Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, June 24, 2009

Makan malam kami malam semalam

Berapa banyak 'malam' daaa... :P



Sotong Goreng Bersambal



Inilah dinner kami semalam. Resepi aku amik kat blog Rozzan. Sebenarnya, aku ada 2 pilihan. It's either this or this.. :D

Since Hubby request (padan muka, sape soh gatal2 tanya Hubby :P) sotong sambal & ikan goreng, gigih aku menyalin (tulis tgn lagi :P) resepi itu.. Err, resepi yg satu lagi tu pon aku salin jugak. In case bahan2 tak cukup ke, boleh resort ke resepi satu lagi tuh.. Amacam, bijak kan aku? :P Aku tepeklah jugak ek resepi tu kat sini..



Bahan2nyer...
  • 1 kg sotong basah (dibersihkan, buang dakwatnya dan di potong gegelang) <--- Sotong aku tak sampai 1kg pon, dlm 300-400gram jek klu tak silap :)


  • 2 biji bawang besar <--- aku guna 1 1/2 biji je..

  • 15-20 tangkai cili kering (rendam) <--- aku ganti dgn cili giling segera, dlm 3-4 sudu besar..

  • 3 ulas bawang putih

  • 2-3 hiris halia

  • 1/2 sudu teh kunyit serbuk

  • 2 sudu besar rempah kari ikan <--- aku terlebih guna sbb tak perasan sukatan ni utk 1kg sotong.. guna 1 sudu je patutnya sudah mencukupi.. :D

Semua bahan2 tu (kecuali sotong :P) hendaklah dikisar.

  • 1 btg serai (dititik)
  • 1 ibu jari lengkuas (dititik)
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 2-3 sudu besar sos tomato
  • 3-4 sudu besar santan pekat <--- aku guna santan segera KARA, credit to MN..
  • Garam dan gula secukup rasa


Bahan utk ditumis...
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris utk menumis)

  • 3 pelepah daun kari <--- aku tak letak pon sebab takde stok..

  • 1 sudu teh rempah tumis ikan <--- aku letak halba je..

  • 3-4 sudu besar minyak utk menumis


Cara2nya...
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar, daun kari dan rempah tumis ikan dan halba. Masukkan serai dan lengkuas. Setelah bawang agak layu, masukkan rempah yg dah dikisar tadi. Tumis sehingga rempahnya garing. Bubuh sedikit air jika perlu.


  2. Kemudian, masukkan sotong yg dah dibersihkan tadi dan gaul rata. Tambahkan sedikit air dan bubuh santan pekat segera KARA, sos tomato, sos cili, garam dan sedikit gula. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Tambahlah apa yg perlu.


  3. Kemudian, kacau rata-rata dan biarkan sebentar sehingga sotong masak. Tapi jangan terlalu lama kerana nanti sotongnya menjadi keras/kenyal.


Verdict? Sodappppp beb(s).. Aku suka, Hubby suka, Dhea suka, Hadif pon suka.. So, lenkali boleh ler masak lagi.. :D

Satu lagi lauk adalah seperti yg di request oleh Hubby jugak, tak lain tak bukan, ikan goreng.. Nak resepi jugak? :P Tpkan, aku klu goreng ikan suka letak sedikit asam jawa juga selain serbuk kunyit dan garam. Sebab tu ikan2 yg aku goreng akan sedikit kehitaman kecoklatan, tp yg pasti bukan hangus yer.. :P



Ikan Goreng Asam :P
Yg sekeping kecik sket tu, ikan sepat masin.. :D





P/s: Mlm semlm, B aku berat gilerr.. Puas btol Hadif nenen.. Aku rasa itu adalah penangan kari & halba kot..

8 comments:

~Umi.Sufira~ said...

perghh banyak gila rempah dia...aku kalu buat yang simpel dimple aje..;P

mamaDhea said...

mmg byk.. aku pon semlm terkial2 baca resepi.. kahkahkah!

IntanSham said...

mcm best jek nyah. aku kalo sotong, asik goreng kunyit jek. nak wat sambal tumis mcm tak best. blh try nihhh...

mamaDhea said...

haa.. mmg boring klu dok bersambal tumi semedang kan.. tu yg aku gigih google resepi tuh..

owh, aku tak penah lagi wat goreng kunyit.. nanti nak try ar.. ko tepek laa resepi ko, mana tau lagi senang nak buat.. buleh mak cilok.. hehehe..

Nina said...

waaa..boleh cube ni..banyakkan susu ni...

Nuroll said...

sya,

kirim skit sotong sambal tu kat akak....sdap pulak....ngidam...

Marsha~ said...

ikan goreng apsal tak letak resepi sekali??????????? :P

mamaDhea said...

nina,
cuba jgn tak cuba.. lebihkan halba klu suka.. :D

kak N,
nak kirim? silap2 posmen dah ngap dulu.. hehehe..

marsha,
kan mak dah bg resepi skali tu nyah.. baca balikkk.. :P