Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, June 5, 2009

Belum ada rezeki..

Pagi tadi aku baca konsep rezeki dari sudut pandangan seorang MN. Eceh, mcm laa ramai sgt MN yg aku kenal kat blogosphere ni..

/wahaha

So, lepas dah baca & fikir2kan tu, teringat pulak pada perbualan kami suami isteri semlm.. Pasal rezeki ni laa..


'Klu tak, semlm abg dah dpt transfer PULADA dah tau..'

'Eh, kenapa pulak mcm tu?'

'Semlm, ada lawatan drp Jabatan Arah. So, klu sesapa yg rasa nak minta posting, boleh minta terus semlm. Staf Jabatan Arah boleh terus check & proses thru online..'

'Dah tu, kenapa abg tak dpt pulak?'

'Member abg boleh potong line plak semlm.. Maksimum 3org je.. Lgpon, Sarjan abg tak nak lepaskan abg.. Dia kata, tunggu lepas dia pencen hujung thn ni..'

'Alaaaa..'

'Ada sorang Yomen kat PULADA tu siap minta lagi kat Sarjan soh lepaskan abg.. Tetap gak Sarjan tak kasik..'

'Hmm, takde rezeki kita lagi kot.. Adalah tue..'

'Itulah.. Blom rezeki kita.. Takpe, hujung thn ni abg nak try apply lagik..'

'Hmm, iyelah.. Harap2 adelah rezeki tu nanti..'


Sebenarnya, aku agak frust jugaklah. Sipiiiii lagi nak dpt, tup tup TAK DAPAT! Sape tak frust klu gitu, ye dak.. Tp, berbalik kita pada konsep rezeki itu semula.. :)





P/s: Nampaknya entry2 harini diilhamkan drp entry2 rakan2 bloggers yg lain.. :)

11 comments:

Umi Nawfal said...

owh sya... nasib kita adalah sama.. bila la nkbina rumahtangga.. asik kepit ngan mak abah jek...

mamaDhea said...

oo.. serupa ek kita.. tu laa kan.. ke hulu ke hilir dok berkepit ngan mak je.. nak pulak time tu hubby takde..

MommyDania said...

mungkin belum rezeki disitu, tapi hikmahnya di lain. ye dok?

mamaDhea said...

MDania,
harap2 begitulah.. :)

knv said...

alangkan dapat mulut pun keluar, kan?

ya allah sedih sungguh!

been there, done that.

:(

Eazyshop2u said...

New stock arrived!! (4 June) POLO, PUMPKIN PATCH, OSH KOSH, BLUEBERRY & MOTHERCARE...Grab yours while stock last!! http://eazyshop2u.blogspot.com/

MN said...

takpelah. mana tau hujung tahun, dapat pindah dekat berserta kenaikan pangkat?

YatieJay said...

Adalah tu perancanganNya yg kita tak tau...Sabar je lah ye....the time will come

nelcyndana said...

insyaallah ada rezekinya cik sya. been there, done that, going to again....? argh....

Dayah said...

insyaAllah..ade rezki tu nanti Sya..sabaq ye..
saya doakan...terima kasih le tulih entry yg memberi ingatan pada saya jugak...

Anonymous said...

salam sya,

hubby sya army kat pandan tu ye...
miss zaman bujang2 dulu kat tmn molek tu... selalu gak la lepak bfast kat McD tepi care4 tu..:)

anyway my cousin kat pulada..