Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, April 27, 2009

Potty training lagi..

Tahun lepas aku pernah cuba melaksanakan latihan potty (err, ape maksud potty dlm BM? :D) terhadap Dhea. Tp, sekerat jalan sajelah. Sebab utamanya, aku kesiankan atok yg menjaga Dhea pada waktu siang. Tak sampai hati pulak nak buat atok ke hulu ke hilir dgn mop di tgn. Di samping ada suara2 sumbang yg memperkecilkan kebolehan & usaha kami suami isteri. Lgpon, masatu Dhea blom pandai sgt utk 'feel' & 'control'. Klu kita leka sikit, mesti eksiden punyalah. So, agak penat juga laa sepanjang sesi potty-training yg lepas.

Last week, despite of aku yg busy nak final, aku juga busy menjalankan potty-training ke atas Dhea. Ntah mcm mana aku tiba2 (?) rasa bersemangat semula utk memulakan training itu sekali lagi. Aku target, by 1st May this year, Dhea will be 90% diaperless. Kenapa 90% jek? Hohoho.. Aku tak berani nak target 100% sbb kompem laa time tido mlm kena pakai diaper jugak, kan.. Ke boleh target 100% terus? Tak mcm cepat sgt ke sbb anak ofismate aku yg dah 4thn tu pon still pakai diaper time tido.. Hmm, apepon will see later based on the progress ek..

So, setiap mlm, since Tuesday, Dhea was diaperless. Mlm pertama, failed. Ok, takpe.. Mama masih mampu tersenyum. But, right after insident ter'pee' itu, aku terus pakaikan diaper. Hahaha..

Mlm kedua (Rabu mlm), aku telah bertanya kpd tuan empunya badan terlebih dulu. To wear or not to wear. Guess what? She automatically opt for not to wear any diaper. Aku yg supportive ini telah berikan Dhea peluang to choose which panty liner she wanted to wear that nite.. ;P Actually, seblm ni dah byk kali juga Dhea request for not to wear diaper. Tp, masatu aku yg blom ready. Hahahaha.. The 2nd nite resulting a success. And, that fires up my determination to continue the training. Sgt teruja gitu! ;P

Seblm tido, semasa aku ready utk pakaikan diaper, Dhea refuse & plead not to wear any diaper be it dispo or cd. 'Tak payah laa mama. Nantikan Dhea pandai ckp klu nak kencing. Nanti Dhea kencing kat toilet je..' Wah, anak aku. Kondifen je yg dia takkan ter'pee' atas tilam. Mcm laa boleh bgn klu aku kejut tgh2 mlm nak bawa pegi toilet. Aahahaha.. Memandangkan aku sendiri pon blom yakin dgn kebolehannya itu setakat ini, maka, aku telah cuba memujuk dan meyakinkan Dhea kenapa dia mesti pakai diaper.. ;P

Itu kisah pee. Lain pulak dgn kisah poo...

Mlm ke-berapa-ntah, bermula pulak episod mengajar Dhea utk poo kat toilet. Kebetulan Dhea nak poo, so, aku ajar laa Dhea poo kat toilet je terus, kan.. Alkisahnya, Dhea ni tak biasa poo sambil duduk kat toilet bowl tu. Siap ckp kat aku, 'ee eek ni tak nak kuar laa mama..'. Ekekeke.. Last2, disebabkan aku kesian tgk muka Dhea yg dok berkeriut2 sambil push2 tp tak kuar2 jugak, aku soh je Dhea cangkung kat bawah. Tak sampai 5 minit, settle. Kahkahkah! Pasni, aku nak gi cari mangkuk yg sesuai utk Dhea melepaskan hajatnye.. Hehehehe..

Ptg semlm, tgh syok lepak2 kat dlm rumah (mentang dah merdeka ;P), tiba2 aku dgr jeritan Dhea drp laman rumah. 'Mamaaaaaaaa, cebokkkk!'. Aku pon apelagi laa kan, kelam kelibut keluar. Tgk2 ada setompok taik unta. Ni mesti kes dah tak tahan sgt nak poo sampai tak sempat nak masuk toilet kat dlm rumah. Sib baik jugak laa kat luar kan.. Senang sket nak cuci.. ;P Dan, part yg bestnye, dlm pada tak tahan nak poo Dhea sempat membuka seluar & panty yg dia pakai masatu. Kahkahkah!

Well, sehingga ke mlm semlm, usaha murni aku itu masih diteruskan dan setakat ini hasilnya masih lagi blom mencapai tahap piawaian yg aku sendiri tetapkan. Kahkahkah! Nak potty-train pon ada piawaian ek? Harusssssss! ;P

Apepon, semoga aku dpt capai target utk men"diaperless"kan Dhea seblm dia mencecah usia 3 thn pada 1st May nanti.. You go girl! ;)




5 comments:

FAM said...

Go dhea!! you can do it!

mirah said...

heheh mirah pun dah start potty train aisyah. Mlm td dia tereksiden, wah haru ku mop lantai tu. Tp lepas tu, dia blh cakap dah dia nak kencing. Then, pg tadi pun bangun tidur dia ckp 'ummi, aisyah nak kencing'. Cepat2 lah abah dia bukakan pampers dia suh dia kencing kat toilet gak. Tp masih tak berani nak biar dia diaperless siang. Umah pengasuh tu semua lantai berkarpet. Haru gak kakak tu nak membersihkan kalau dia tereksiden..

go go dhea and mamadhea yea..

MS said...

go go dhea.
abg adib cuma mampu 90% ajo ha ha
tak tau laa bila another 10% tuh

Anonymous said...

tererlah dhea... boleh bagi award. tido mlm pun dia dah tak pakai diapers ek..? camner yer nak buat?

lia said...

harus esok dhea xperlu pakai diapers lagi ya... gud luck dhea...