Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, April 2, 2009

Berangan dulu..

Tghari semlm, around 12+pm, aku dpt sms drp long-lost cyber friend.. Takde laa lost sgt, baru je balas2 sms last week.. Hehehe.. Msgnyer berbunyi begini..

'ko kena bg notis ke ofis skrg kalau benti? bleh dtg intebiu sini tak?'

Uhh, apekah?!

Alkisahnya.. Aku ada seorang kawan yg keje sebagai Entomologist. Dialah member yg selalu lepak dgn aku kat Starbucks dolu2. Ingat lagi dia kat aku tau..

Kawan aku ni skrg dok Kluang sebab dia kena jaga 2 daerah, Batu Pahat dgn mana ntah lagi. Sudahnya dia dok laa kat Kluang. Seblm ni dok ulang-alik pegi daerah2 yg dia jaga tu drp JB. Penat tak penat laa kan.. Bila dah dok Kluang, kurang laa sikit penatnyer..

Dia kata, dia nak pecat clerk dia. Atas sebab ape, aku kurang pasti. Yg aku tau, dia kurang puashati dgn prestasi clerk dia yg skrg ni. Hahahaha.. Tu yg dia sms kat aku tu. Sebab dia tau aku mmg tgh mencari peluang keje kat Kluang. Ye laa, dari dulu lagi kan berangan nak dok sebumbung. Cuma, peluang keje blom ada. Tu yg dok tangguh2 plan.

Sms kawan aku tu sedikit sebanyak menggembirakan aku semlm.. Aku dah mula berangan2.. Mcm2 laa aku berangan. Otak aku dah ligat buat plan ini, plan itu. Dan yg paling penting sekali, plan mcm mana nak bgtau parents aku klu btol2 aku dpt keje tu nanti.

Korang ada idea tak mcm mana nak bgtau parents aku?

Mesti diorang sedih bila tau aku nak pindah nanti (klu dpt keje tu laa.. ;P), kan.. Tp, nak buat mcm mana. Aku kan isteri org. Anak dah 2org dah pon. Nak tak nak, satu hari nanti kena juga follow Hubby aku kan..

Hmm, post yg kawan aku ckp tu actually contract-basis je. Bkn permanent pon. Dan, intebiu itu kiranya cuma internal intebiu shj. Takde buat iklan kat suratkhabar mana2 pon.

Kawan aku ckp, 'selagi aku kat sini, ko jgn risau laa.. insyaallah aku mesti renew punya contract ko..'. Ah ah ah. Ni yg buat mak tak sabar nak gi intebiu nih.. ;P

Ko mmg seorang kawan yg baik. Bkn sebab offer itu aku nak puji dia melambung2. Sejak aku kenal dia, dia banyak sgt tolong aku. Masa aku sesak napas duit, dia tak segan nak hulur2kan. Masa aku perlukan teman, dia tak segan nak temankan. Masa aku nak kawen, dia jugak tak segan buatkan kad kawen aku. Yeah, kad kawen aku adalah hasil kreativiti kawan aku tu. Sampai tak tido mlm kitorang dibuatnyer..

Aku dah byk terhutang budi dgn dia. Tak terbalas rasanya. Susah nak jumpa kawan yg mcm ni, kan..

Dia bukanlah kawan aku masa sekolah rendah ataupon menengah. Apetah lagi kawan dari uni (sebab aku kan tak masuk uni..). Juga bukan kawan se'taman perumahan'.

Dia adalah kawan CYBER aku. Yer, aku kenal dia melalui satu website kat Era.fm, yg satu ketika dulu penah hangat dgn segmen 'Teka Selebriti'. Drp Era.fm, kami sambung di ym. Drp ym, sambung berjumpa kat alam nyata plaks. Ahaks!

Ok, enuff about her. :D

Semlm juga aku dah call Hubby utk sampaikan berita gembira itu. Hahaha.. Excited terlebih laa pulak kan.. Mcm dah kompem dpt keje tuh.. ;P

Dan, sudah semestinya laa Hubby org yg paling gembira bila dgr berita itu.. ;) Td, Hubby call lagi, bertanyekan perkembangan. Ahaks!!

'Sabo laa yang oi.. Klu ada rezeki mama, tak ke mana..'

Owh yer, Hubby aku ada tanye tadi.. 'Mcm mana nak ckp dgn mak nanti?'

Erk!

12 comments:

MommyDania said...

all the best!! bab nk bgtau mak tu, no komen. huhuhu

farah225 said...

weh,member hang tu keje kesihatan ker or private? sbb setau aku ento ada kat kesihatan n nelcy pon ento jugakkan?
gud lak k.aku doakan ko berjaya.
ttg mak ko tu, ko bitaula, penting anak2 dok sama ngan mak n ayah.penting dalam proses pembesaran diorang.ko gorengla skit.ko baca kat internet bla bla bla.

p/s: haris n hanis behave jer depan abah diorang.kalau ngan aku jer,susah skit nak dengar cakap.

::Umi Sufira:: said...

Sha, hubby ko posting kat Kluang yek...?wah satu peluang yang baik tuh!aku doakan ko berjaya dapat kerja tu kay!:)

nelcyndana said...

gumbiranya aku cik sya. contract pun contract lah cik sya. insyaallah rezeki ada kat mn2... send my regards to that entomologist kay...

nelcyndana said...

cik farah, mmg den pun kenal entomologist yg dimaksudkan cuma x rapat sbb kami x mcm u all food tech boleh jumpa selalu dlm meeting. opss...maaf cik sya off topic.

Ealyie said...

peluang beb peluang..
ko pun da lama tunggu peluang sebumbung ngan suami terchenta kan..kan..

not bad la dok kluang, living cost takle mcm jb ni hah..

Marsha~ said...

hahahahahaha.. misteri selebriti era.. masa tulah aku 1st time kenal kau, han, angah, ucu, xena, dan sape lagi ek?? hehehe.. sape yg offer kau ni? bagitau aku.. :P
*akhirnya dpt gak kau duduk dekat ngn laki kau ek? huhuhu

mamaDhea said...

MommyDania,
mekaseyyy.. ;)

farah,
member aku keje kesihatan (govt.)..
mekaseyy farah..

mimi,
hubby aku mmg unit kat kluang.. skrg ni je kursus kat sg. besi (4bln).. pas abis kursus nanti balik unit dia balik kat kluang.. seblm ni ada ura2 utk diposting ke tmpt lain.. tp tak jd.. anyway, thanks for ur du'a..

nelcy,
tu laa.. mcm rugi plak tak pegi wlpon contract.. nanti mak sampaikan salam ek.. ;)

ealyie,
hehe.. insyaallah, klu ada rezeki aku dpt laa dok sebumbung..

marsha,
haha.. ko mesti kenal punya kawan2 kita.. dia kan pegi masa ko kawen dulu.. ;P

Hanz said...

Susah nak dapat kawan2 yg betul2 baik...cherish all the good luck..all the best dalam membuat keputusan & bertindak...

mamaDhea said...

hanz,
btol tuh.. nak2 pulak yg kita kenal drp alam cyber kan kan.. thanks anyway for ur support (cewahh).. :D

rizza said...

semoga berjaya...
aku lebih gembira kini ngan kawan2 alam maya aku hehhehe (yg leh masyuk kepala sama2 heheh)

mamaDhea said...

rizza,
mekaseyy sis!
sya pon gembira dgn kawan2 cyber kita.. ;)