Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, May 29, 2009

My gurl! *UPDATED with emoticons!*

Thanks to KNVogue atas link emoticon itu.. Let's express ourselves better with this cool emoticons! /hihi



* * * * * * *



Dhea ni semakin petah bercakap. Semakin rancak bertanya. Dan, semakin pandai bagi alasan.. Adakalanya, alasan2 yg dia bg tu ada logiknya juga tau.. /hmm

Klu time dia malas nak tolong kita tu, ade jer alasan dia.. Time dia rajin pon, adeeeee jer alasan kenapa dia MESTI tolong kita buat keje.. Wlpon pada hakikatnya, pertolongan dia tu lebih kpd tolong menyibuk & menambahkan keje aku jek..

Dhea juga semakin suka provoke aku orang sekeliling dia. Kdg tu mmg terlepas jugak laa tgn aku nih.. Uhuhuhu.. Selain tu, Dhea juga semakin pandai membebel & melawak.. /nobigdeal

Pada satu ptg, masa on the way balik rumah lepas amik aku kat ofis..
'Atok, Dhea nak cokelet'

Dia tau klu minta ngan aku mesti susah nak dpt punya, so, mintalah kat atok.. ;P

'Atok takde duitlah'

'Baik atok belikan Dhea cokelet. Nanti kalau Dhea minta baju macam mana..'

Kahkahkah! Aku & atok Dhea rasa mcm nak gelak guling2 dlm keta weih.. /floor


Dialog yg ni plak atok Dhea yg citer kat aku.. Masa ni kat rumah tinggal diorang berdua jek..
'Haih.. Dhea susah laa..'

'Kenapa Dhea?'

'Ye laa.. Mama takde, ayah takde.. Dhea boring laa..'

Alahai.. Tak padan kecik, umo pon baru 3thn, dah pandai membebel ek.. Ikut perangai sape laa tu agaknyer..

/blush


Satu lagi..
'Dhea, nanti gi sekolah naik teghak..'

'Kenapa pulak kena naik teghak?'

'Ayah Dhea kan askar..'

'Ayah Dhea yg askar. Dhea bukan askar. Dhea cuma anak askar.'

Ahaks! Terkedu atok dibuatnye.. /wahaha




Geramnyerr tgk badan Dhea yg semakin hari semakin montok ittew.. Rasa cam nak geget2 je lengan Dhea yg dah hampir sama saiz ngan lengan mama nih..

/bye





P/s: Bila agaknya aku nak bawak Dhea ni pi gunting rambut dia tuh.. Naik semak mata aku menengoknyer..

Thursday, May 28, 2009

Luckily I do my homework!

And, luckily I bring along my a dictionary! Kehkehkeh.. :P

Sebab ape aku kata lucky? Sebab ini ler..



Actually, test yg ni tak perlu guna dict. pon. Aku guna dict. tu masa jawab 1st paper (10min shj). Paper tu ala2 cam personality test yg KNVogue pernah war-warkan satu ketika dulu.. Perkataan2 dia mmg bombastic sket laa, tu pasal aku kena refer kat dict.. :P

Klu korang nak tau, semlm aku tak boleh tido mengenangkan ini. Kahkahkah! Nampak sgt laa aku ni mmg desperate nakkan keje tu kan.. :P

Since tak boleh tido, aku buat ler homework sikit mana yg patut. Lepas dpt email aritu, aku dah print out siap2 mana yg perlu. Ptg semlm, aku dah tumpang fotostat sijil2 aku kat ofis.. Ops! :P So, mlm tu (disebabkan tak boleh tido jugak) aku siapkan bekalan susu utk Hadif (semua fresh ebm - kes malas nak thaw frozen :D) & cloth-diaper beserta baju2an Hadif. Mcm biasa, setiap hari aku akan bekalkan Hadif 3 psg baju jerghs.. Kunun2 biar paginye aku tak kelam kabut nak buat benda2 tu laa.. Hihi..

Ingatkan lepas dok turun-naik-turun balik-naik balik bilik tu, mata boleh ngantok laa kan.. Ye laa, badan dah letih, mata mesti ngantok, kan? Kem salam laa.. Makin segar bugar lagik adelah mata aku ni. So, aku bancuh hot choc (resepi drp CPM - sila google sendiri kat blog dia :P). Sambil minum, sambil loading baju dlm mesin. Pastu, sidai baju tgh2 mlm. Sib baik adik aku nak temankan.. Ahahaha..



Akhirnya, pukul berapa aku tido? 5 PAGI!!



P/s: Pagi td aku org pertama sampai.. Kira berbaloi jugak laa tak tido semalaman kan.. :)

Hadif in PINK?

Being 2nd child, Hadif terpaksa selalu pasrah tatkala aku sarungkan dia dgn t-shirt2 pink kaler kepunyaan kakak Dhea dulu2.. Hihi.. Kesian adik.. ;P

Sementelah dia blom pandai nak pilih2 baju ni kan, sarungkan saje laa.. Lgpon, t-shirt pink itu hanya dipakaikan ketika lepak2 kat rumah..

This time (pg tadi actually) PINK kaler jugak.. Tp, lain sikit.. ;)





























Wednesday, May 27, 2009

Our Wedding Anniversary

Today is our 4th Anniversary.

Bezanya, 4 tahun lalu, tarikh ini jatuh pada hari Jumaat. Dan, majlis ijab kabul kami berdua dimulakan selepas solat Jumaat. :)

Just now, Hubby called & wish me 'Happy Anniversary, Mama..'

Best part is, Hubby siap nak main teka teki tekuk plak dgn aku.. Tak koser aih..

'Mama, hari ni hari ape?'
'Rabu.'
'Bape haribulan eh?'
'27.. Apesal?'



Kahkahkah! Mcm budak2 laa pulak laki aku ni kan..


'Haa.. Nape? Ingat mama lupa ke? Eleh, dia tu yg selalu lupa.. Kan?'


Semoga perkahwinan kami sentiasa dlm lindunganNya & kekal sehingga hujung nyawa.. Amin.. ;)

Ada sesapa yg share anniversary date yg sama? Hihi..





P/s: Hihi.. Kami laki bini mmg agak kayu bab jiwang2 karat nih..

Meh laa...

Korang,

Aku skrg ni tgh dag dig dug mengenangkan hari esok. Serius ni weih..


So, ape kata korang share laa pengalaman / tips2 berguna yg boleh aku apply.. At least, boleh laa mengurangkan sedikit rasa neves aku ni..


Esp. utk soalan2 terakhir.. Soalan2 yg selalunya menguji tahap konfiden, kan? Cthnya..

'Kenapa saya perlu amik awak keje dgn co. ni?'


Haaa.... Mau berpeluh aku nak jawab..




Tuesday, May 26, 2009

Please acknowledge this email

Satu ketika dulu, KNVogue pernah menulis entry tentang email yg tak senonoh di blog lamanya (tp aku tak ingat blog mana satu :P). Selepas membaca entry itu, baru aku terdetik utk register satu lagi email baru yg lebih senonoh sesuai utk tujuan2 formal (?) seperti nak minta keje ke, nak email surat rasmi ke authority ke, kan.. See Kak? Kau mmg selalu memberi inspirasi tau kak.. ;)

Beberapa hari lepas aku ada menghantar resume menggunakan email baru itu. Dan, ptg semlm aku telah mendapat satu panggilan intebiu. Aku tersangatlah gembira sebaik mendapat panggilan keramat itu. Yer, mmg keramat bagi aku. Rasa mcm nak lompat sampai ke syiling! *woohooo*

Selain drp panggilan telefon, syarikat tersebut juga telah menghantarkan email seperti di bawah ke email aku yg senonoh itu.. Hihi..



Oh, oh, oh.. Tlg doakan aku dpt melepasi intebiu itu dgn jayanya..


On the other hands, masih ingat dgn entry ini? Nampaknya angan2 tinggal angan2. Atas beberapa sebab yg tak dpt aku & dia elakkan. Sedih? Sape tak sedih oi.. Tapi, aku redha..

Yg pasti, aku tetap tidak putus harapan.. :)




Sudah selamat tiba.

Aku baru lepas call Hubby. Alhamdulillah, Hubby sudah pon selamat tiba di Pagoh. :)

Kali ini utk eksais Kembaraduga ke hape gitu laa.. Mak tak ingat nyah! Nampaknya, Hubby akan bertapa di Bukit Kepong selama seminggu (till 3rd June I guess). Haih..

Kesian dia. Dah laa tgh sakit gigi. Semlm, ntah berapa org rakan sekerja Hubby yg call aku. Diorang kata, diorang tak jumpa Hubby kat tempat keje. Ahahaha.. Bunyi mcm serius jek.. Nak jumpa mcm mana klu masatu Hubby kat hospital tgh check giginya yg berdenyut2 sejak beberapa hari yg lepas. Pi laa call henpon dia.. Apa daaa..

Ptgnya, Hubby balik lagi. Dia kata, eksais pegi esok pagi (pagi ni laa). Dia kata lagi, nak tinggal pesan kat Dhea, 'Ayah nak work'. Kang ngamuk, sapa susah? Akakkkk jugak.. ;P

Tadi, tak dan aku nak sembang panjang ngan Hubby, bateri henpon dah tet tet tet tettt.. Nyampah tau.. Tak kasik can langsung.. Esok, aku sambut sorang2 ler gamaknyer.. Hmm..




Monday, May 25, 2009

Naik hantu!

Dimulakan oleh bapak aku pd Jumaat lepas.

Alkisahnya, bapak aku masatu tgh hot and spicy dgn salah sorang drp anak kesayangan dia (mak aku kata bkn aku ;P). Tp, tak pasal2 aku jugak yg kena sergah. Semuanya disebabkan aku jugak (padan muka aku! ;P) yg silap timing bertanyakan sesuatu.. Huhu.. Sedey tau! Org lain buat pasal, aku jugak kena. Klu aku sendiri buat pasal, berbaloi laa jugak kena sergah mcm tu, kan.. ;P

Then, pagi Sabtunye, aku pulak naik hantu. Ahahaha.. Sebabnye, err, tak perlu dinyatakan di sini kot.. ;P

So, aku yg tgh naik hantu ni terusss naik bilik & texted him. Akibatnye, dia migrain (mungkin?) & semalaman dok terperap dlm bilik tak keluar2.. Hamikkk!! Aku juga telah dicop kurang ajar sebaik sahaja sms pertama selamat diterima. Bila aku baca2 balik sms pertama aku tue (masa ni rasa marah sudah reda), mmg agak sinis bunyiknya.. Hmm.. Ternyata syaitan telah berjaya menyebabkan kami bergaduh besar. Bedebah kau syaitonnn!

Penyakit naik hantu itu berjangkit (boleh jangkit ke? ;P) pulak pd mak aku yg asyik dok bebel pasal seseorang (juga bukan aku ;P).. Bingit siut telinga mendengarnya. Apa yg aku boleh bantu hanyalah dgn menangkis menenangkan rasa marah mak aku itu dgn kata2 yg menyedapkan hatinya.. ;P Ye laa, takkan nak siram minyak atas api pulak kan..

Semlm, mak aku menjadi lebih naik hantu (terhadap org yg sama). Aku tak tau puncanya. Yg aku nampak, sebaik sahaja mak aku sergah (dgn nada yg lembut okeh), dia terkulat2 utk membuat ape yg sepatutnya dia buat awal2 lagi. Hmm..

Dan, hari ini (saat ini) aku sedang naik hantu dgn suami terchenta. Huh! Enuff said.





Macam inilah...

...gaya Hadif merajuk last week.









Err, kejam tak amik gambo masa anak tgh mengamuk2? Dah pujuk2 tak jalan jugak, aku candid laa.. Ngee..




Friday, May 22, 2009

Tak rela dipujuk

Ini kisah Hadif.

Semlm, lepas maghrib Hadif dah terlena (sambil mulut masih lekat kat nenen). So, utk memudahkan aku kemas rumah, aku telah perlahan2 masukkan dia dlm buai. Settle.

Lebih kurang 30minit kemudian, si kakak pulak tetiba excited menyanyi seperti dlm iklan tv. Akan tetapi, jeritan nyanyian si kakak yg sgt nyaring itu telah menyebabkan si adik tersentak.

Aku pon cepat2 ler hayun buaian dgn harapan Hadif dpt lena semula. Tp, hampehh.. Hadif yg tersentak itu mula menunjukkan belangnya rajuknya.. Aku cuba2 pujuk tak jalan. Si Hadif siap palingkan muka (mengiringkan badan dlm buaian.. bahaya kan?) tak nak langsung pandang muka aku yg tak bersalah ni. Dlm pada dia mengeras2kan badannya (menolak utk dipujuk/diangkat), aku angkat jugak. Yer laa, kang tak pasal buai tu tertonggeng, lagi haruuu..

Aku pon dukung dan cuba lagi utk pujuk Hadif. Tak jalan jugak, aku baringkan dia atas toto. Tambah laa dia meraung. Suara pon dah ala2 rockers dah, serak2 basah gitu.. So, aku yg mati akal ni biarkan je dia meraung dgn suara serak2 basah tu, dgn harapan, 'kejap lagi ok kot'. Tp, bila aku tgk mcm takde tanda2 yg menunjukkan tangisan dia akan berhenti, aku cuba baring sebelah dia & offer nenen. Korang rasa dia nak tak?

Dia tak nakkk! Meraung lagi adelah.. Syahdu sungguh aku dgr suara dia meraung mcm tu.. Siyes beb!

Hadif siap palingkan muka drp aku. Pastu bergolek sambil meraung (mengelak drp aku laa tuh) ke sana ke sini kat hall tu. Sampai laa dia tiba kat tepi tangga tu baru stop bergolek sbb dah takde ruang dia nak bergolek, kan.. Sadissssnyer aku tgk si Hadif ni merajuk. Ingatkan pastu ok dah laa.. Tidak. Dia sambung lagi meraung sampai teresak2. Bila aku nak angkat, dia kejung2kan badan dia. Bila aku angkat jugak, dia tolak badan (kepala) dia mcm nak terbalik. So, takde cara lain, aku letak je atas toto. Sambil tu aku usap2, tepuk2 bont*t dia..

Kenapa anakku? Tak penah2nyer merajuk sampai mcm ni sekali. Marah sgt ke?

Aku baran jugak kat Dhea. Korang tau, bila si Dhea tgk adik dia merajuk sampai mcm tu, dia jadi panik. Mcm2 toys dia offer kat Hadif. Mcm2 makanan/kerepek jugak laa dia offer kat adik dia. Tp, semuanya Hadif tolak mentah2.. Siap dgn raungan lagik..

Bila semua yg di offer si adik tolak, si kakak cuba pulak pujuk2 Hadif sambil usap2 kepala si adik. Mcm2 laa si kakak ckp.. Tp, takde maknenyerr..

Pastu, adik aku turun. Dia pulak cuba dukung & pujuk2 Hadif. Ke depan ke blkg dia dukung Hadif. Tunjuk itu ini, kunun nak divertkan perhatian si kecik ni. Tak jalan jugak.. Once nampak aku, si Hadif hulur tgn minta aku dukung dia. Aku pon cepat2 laa amikk dia. Usap2 blkg dia, kepala dia, sambil pujuk2 jugak lagi.. Lama2 raungan Hadif makin perlahan..

Aku ingatkan pastu dah ok laa kan sebab suara tangisan tu dah makin perlahan.. So, sambil2 usap blkg dia tu, aku tanye kat Hadif..

'Kenapa dik? Mama buat ye?'

Habis je ayat tanye aku tu, Hadif meraung lagik. Siap cebik2 mulut.. Huhuhu.. Mcm sedih bebenor laa.. Aku baringkan dia atas toto. Ingatkan nak bg dia nenen. Dia buat lagik kejung2 badan, paling2 muka, golek2 atas lantai.. Sambil meraung2 jugak.. Lama2 makin kuat.. Then, SIL aku turun. Terkejut kot dgr Hadif nangis teruk camtu lama2..

Dia cuba pujuk pulak. Mcm adik aku laa.. Dukung dia, bwk dia gi dapo (faourite area dia skrg ni).. Ok laa, surut kejap tangisan dia tu.. So, dah surut tu aku amik laa dia balik. Then, tetiba dgr org buka pintu gril plak. Tup tup, muka Hubby yg tersembul kat pintu. Si Hadif yg baru reda dari tangisan td tu nangis balik semula sambil cebik2 mulut sebaik terpandang si ayah..

Sayu betol aku tgk dia semlm.. Lama jugak nak pujuk balik.. Hubby pujuk pon tak jalan. Aku bawa dia naik bilik. Cuba pujuk2 jugak lagi kat bilik. Pasang aircond bagai.. Aku usap muka dia dgn air.. Lama2 baru tangisan Hadif reda & dia senyum semula. Pastu ligat panjat2 kepala katil ngan kakak Dhea..

Kejadian mlm semlm tu bkn yg terakhir okeh.. Kul 2pg td, perkara yg sama terjadi lagi. Hadif merajuk a.k.a. mengamuk lagi. Tp, bukanlah disebabkan jeritan nyanyian kakak Dhea. Aku ni yg pi gatal2 cabut nip*ple drp mulut dia. Niat di hati nak tukar posisi & nenenkan dia dgn B yg sebelah lagi sebab aku terasa B kanan ni dah full semcm.. Elok je aku cabut, terus meraung.. Jenuh jugak nak meredakan rajukan Hadif ni. Kul 3pg baru settle korang tau tak..

Pelik laa.. Aku tak tau ape punca dia marah sgt sampai merajuk camtu sekali.. Dan, aku pon tak tau dah mcm mana nak pujuk dia.. Korang ada idea? Meh share dgn aku..




Thursday, May 21, 2009

Mati kutu.

Internet connection kat ofis aku harini sgt sgt bangang mengong.. Kejap ada, kejap takde.. Lepas kul 2 td, terusss takde. Sampai laa tadi kul 4+ baru ok balik.. Adakah disebabkan cuaca harini? Ntah.

Ofismate aku siap godek2 'mende alah' tue (ape ke namanya, aku tak tau).. Cabut, sambung balik.. Cabut, sambung balik.. Nampak sgtlah semua kat ofis ni akan mati kutu klu takde internet connection.. Kahkahkah!

Aku pon harini mcm takde idea nak update blog.. Kering kontang. Takde idea langsung. 0.

Mencikkk tau!

Balik ar.. Daaaaa.. ;P




Wednesday, May 20, 2009

Cracked!!



Ayyukkk! Tak tau.. Pecah.. Sape buat? ;P


Tu laa, sape soh isi penuh2 sgt.. Kan kan..


Padan muka!





P/s: Saya sudah mula menggunakan frozen EBM drp botol2 MLO itu.. Maknanya, production kini berada pada tahap yg err, agak membimbangkan jugaklah.. Huhu.. Jgn panik! Jgn panik!

Konflik

Kat ofis aku skrg ni sedang menghadapi satu konflik. Ataupon, lebih sesuai aku katakan, BEBERAPA org pekerja di pejabat ini sedang menghadapi satu konflik..

Sejak Isnin aku ada dgr desas desus tentang konflik ini. But, I am not very sure about the WHOLE story sebab aku ni setakat dgr cerita org sini sikit, org sana sikit.. Alahai..

Klu aku tak salah dgr, isu ini bermula apabila salah seorang bakal Ir. (ke dah confirm Ir.?) di pejabat ini dikatakan memohon utk bercuti tanpa gaji selama, err, setahun kot atas sebab musabab, err (lagi!), yg tidak aku ketahui (or tak perlu diketahui).

Sejak itu, bermulalah soseh soseh berkaitan isu itu dan yg seangkatan dgnnya.. Haih..

Pada pendapat aku (yg hanya seorang pekerja bawahan), isu ini tak sepatutnya timbul pon. Especially when you are an engineer, rite? Bukan calang2 org tue.. Ingat senang ke nak dpt title Ir.? Huhu.. Pada aku, klu En. Ir. itu ikut saluran/prosedur & tatacara yg betul (as a professional), takkan timbul sebarang konflik yg ntah-ape-ape-ntah ni.

This issue is getting bigger (I think!) because of you, yourself! Anda sendiri yg bikin perkara senang jadi rumit.. Agree? No?

And, one thing for sure (everybody knew it), there'll be someone yg akan merasa bangga (?) dgn apa yg dia dpt due to this issue. Hmm.. Kita tunggu dan lihat sahaje..

Adios!




Tuesday, May 19, 2009

Amazing Race Blog

Umi Sufira, Kak Non Vogue, Che'gu Intan, Arnie & Mrs. Noba.. Mekaseyy semua kerana memberi award ini.. ;)





Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie:
Mak oi.. Mattey laa camni, nak list 5 fakta utk setiap pemberi award.. Takpe, Sya coba.. ;P



Umi Sufira
  1. Kecik molek & manis orgnye.. ;)

  2. Terer buat kek esp. kek batik.. Bila nak kasik aku rasa ni beb.. ;P

  3. Skrg ni tgh gigih cat rumah barunyer..

  4. Very commited in BFing.. You go girl! ;)

  5. Friendly match jugak..


KNVogue
  1. Vogue bak Demi Moore.. ;P

  2. Ada masanya dia jadik weng.. Kan kak? Hihi..

  3. Suka sharing kata2 hikmah..

  4. Tgh on crash diet.. Nape tetiba nak crash diet kak? Diet biasa2 je tak jln ek..

  5. Err, ibu beranak 4.. Bila nak tambah jadi 5 kak? ;P


Che'gu Intan
  1. Seorang blogger drp JB jugakk..

  2. Seorang cikgi yg gojes.. ;)

  3. Baru je lepas celebrate besday..

  4. Peminat fanatik tudung2 Ariani & Munaww..

  5. Tgh syok edit gambau.. Sib baik aku tak terjebak nyah! Ekeke..


Arnie
  1. Sekapal dgn saya, soooo into BFing & CDing.. ;)

  2. Pernah mengalami breast pain sehingga menyebabkan dia dijahit hidup2..

  3. Tgh syok layan FB skrg ni.. Dah add aku ke blom ni? ;P

  4. Sophie Kinsella's fan.. Kan Arnie, kan?

  5. Baru dpt voucher free drp AirAsia.. Seronot tue.. ;)


Mrs. Noba
  1. Baru balik drp bercoti2 di Bandung..

  2. Rajin dan suka memasak..

  3. Still BFing anaknyer yg kecik skali, Amni..

  4. Peminat paling fanatik tudung Munaww.. ;)

  5. Seorang lagi blogaholic.. Ekeke..


and the good list continues.... <---- Kopipes drp KNV.. Ampun, jgn saman saye yer KNV.. Ekekeke..



Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya:


Saya...
  1. seorang ibu yg sgt komited dgn BFing & CDing..

  2. sedang gigih membelek2 kamus semata2 nak buat test ini.. Thanks to KNV! ;)

  3. sedang berusaha keras utk men'diaperless'kan anak sulung saya, Dhea Suraya.. Almost reach my target.. ;)

  4. baru sahaja terminate ASB loan.. Ahahaha.. Legaaaaaa okeh!

  5. tgh usha2 insurans/takaful yg sesuai utk anak2..

  6. lemah giler in financial management.. Byk lagi yg saya kena belajar..

  7. tak sabarnyer laa nak pindah rumah sendiri..

  8. err, adalah isteri kpd seorang mat perang yg baru shj balik drp berkursus..


Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka:


  1. KNVogue ~ tgh on crash diet.. You can do it Sis!

  2. Ealyie ~ tgh sarat preggykan #2..

  3. Marsha ~ pon sarat preggykan #2..

  4. Momidanialia ~ tgh sarat preggykan #3..

  5. Rizza ~ seorang baker yg tgh sibuk packing barang nak balik Malaysia.. ;)

  6. Fid ~ seorang pro BFing jugak.. Sifu aku jugak ni tau..

  7. MIO ~ selalu buat entry berat.. Tp, aku suka baca.. Ahahaha..

  8. Iszan ~ SAHM yg pandai buat ayat2 lawak yg boleh buat jaw aku cramp..

  9. Mimielola ~ mama kpd Sophia yg sukakan scooter..

  10. Mrs. Noba ~ mama pd Aniq & Amni.. ;)


Bkn setakat blog mereka2 ini sahaja yg amazing (pd aku laa..), mereka juga antara org2 yg aku rasakan very amusing.. ;)


Pengurusan PSI

PSI (Perahan Susu Ibu) = EBM (Expressed Breast Milk) ;)

Entry kali ini adalah bertujuan untuk menjawab beberapa pertanyaan mommies di entry ini.. Err, harap2 terjawablah ek.. :)

To cut it short, skrg ni aku pump sehari 2kali sahaja.. Dulu, seblm Hadif reverse-cycle, aku pump 3kali sehari..

Lepas dah pump seme, aku akan wat calculation sendiri bape byk yg nak simpan buat stok. Itu bergantung pd berapa oz aku dpt pump sepanjang kat ofis. Klu dulu, biasanya jumlah perahan (3 sesi) mmg lebih drp cukup utk bekalkan Hadif dgn fresh ebm semata.. Maknanya di sini, stok beku mmg tak usik langsung.. Bertambah lagi ade laa.. Itu yg sampai byk sgt expired ebm..

Aku gunakan bekas dadih je utk simpan stok ebm. Aku beli juga botol MLO, tp tak byk laa.. Bekas dadih yg aku gunakan tu boleh simpan ngam2 3oz. Senang nak kira. Nak susun kat freezer pon senang.. Murah pon murah, kan.. Hehehe.. Seblm guna, aku steril dulu either gunakan steriliser atau aku rendam air panas je.. Tgk kerajinan aku masa tu.. Ahaks!

Lepas dah bahagi2kan jumlah ebm yg nak dijadikan stok beku, aku akan lekapkan salotape yg jenis kertas tu utk tulis tarikh pump sahaja. Expired date aku tak tulis pon.. Sendiri kira laa.. Hehehe.. Then, aku susun ikut turutan tarikh. Sama mcm konsep FIFO (First In First Out) laa kiranya nih.. Mana tarikh paling awal, aku susun paling depan. So, bila2 perlu nanti takdelah kelam kabut nak geledah satu freezer kan.. ;)

Thats it! Itu je laa cara aku uruskan stok ebm .. Senang je, kan.. ;)

Ok, meh jawab soalan Marsha..
"apsal boleh expired plak? nape tak bagi hadif minum before expired date?? rugi siottt.. nak pump bukan senang.. huhuhu.. byk lagi stok kau ek?? aku tabik spring toink toink kat kau lah sya.. ingat dulu time kita bujang2 ek? hahaha tiba jers"

Sebab dah terlebih sgt stok ebm disimpan dlm satu hari. Itu yg sampai expired tu.. Aku penah simpan sehari 5-6 bekas dadih sebagai stok beku.. Katalah, sehari Hadif minum 4botol x 2oz.. 1botol aku bg yg stok beku (3oz).. Maknanya, 3fresh 1 frozen, kan.. Klu dah sehari guna sebotol sahaja stok beku, maka, tak mustahil yg 4botol frozen tu lagi akan expired sbb setiap hari aku mmg dpt buat at least 1bekas frozen ebm.. Err, faham tak nyah?

Ni plak cadangan drp mama-qaisara..
"nape tak wt list stok?tampal dpn fridge.every time nk re-stock,tulis kt situ.so that xdela terlepas pandang..cdgn je ni tau.hehehe..."

Seblm ni mmg penah terlintas nak wat list seme ni.. Tp, mcm leceh plak aku rasa.. Ye laa, nak tulis kat list everytime nak re-stock kan.. Dgn aku yg tak menang tgn dgn kerenah anak2, baik lupakan ajelah cara itu. Wlpon cara itu sebenarnya lebih sistematik.. Pada aku, as long as aku susun dgn betol ikut tarikh yg sepatutnya, aku takkan terlepas pandang.. Ceh, konfiden jek bunyinye ek.. Hihi..

Setakat hari ini, mmg aku tak penah terlepas pandang pon ebm2 yg sudah mahupon yg bakal expired nih. Ebm2 yg aku jumpa masa
fridge clearance itu sebenarnya telahpon dikenalpasti sejak awal lagi.. Tp, aku je yg sayang nak buang. Ala2, in state of denial gitu laa.. Itu yg dok perammmm je dlm freezer tuh.. Hahahaha..




Monday, May 18, 2009

Susu oh susu!

Last weekend, aku terpaksa telah membuat fridge clearance.. :)



Sebelum..



Selepas..



Hmm.. Mcm takde beza sgt pon ek.. Ok, cuba tgk ape yg aku dpt selepas sesi clearance itu..



Expired EBM.. Huhuhu..



Aku kini dlm usaha utk memenuhkan balik fridge itu.. Sejak2 kawan baik aku dtg balik ni, milk production sedikit merudum.. Rasanya bkn aku sorang yg mengalami situasi seperti ini, kan.. Jom kita sama2 meningkatkan semula production masing2.. ;)




Menghitung hari..

Saya bkn menghitung hari kepulangan suami terchenta.. Kerana, si dia sudah pon selamat pulang ke pangkuan kami anak-beranak sejak err, 2.30pg, Sabtu, 16hb Mei 2009. ;P


Birthday Dhea & Hadif dah lepas dah..


Birthday diri sendiri, jauh lagi..


Birthday Hubby, laaaagik jauh.. ;P


Hari Ibu & Hari Guru (Selamat Hari Guru utk semua Guru2 esp. Blogging Guru(s)!), juga sudah lepas..


Sebenarnya, saya sedang menghitung hari ini. 9 hari lagi sebelum saya (kami) dpt menyambutnya.. :)




Queen of MC?

I'm back after 2 days of MC.. Sebab? Ini ler, apelagi kan.. Alhamdulillah, the eye(s) are getting better & clearer.. Wlpon radang kat mata nampaknya semakin berkurangan, sandy/scratchy feeling tu still ade. Jumlah taik mata juga sudah berkurangan.. So, tidaklah seksa nak bukak mata pepagi.. Takyah nak kopek2 lagik dah.. ;P

Ada chance aku pegang title itu thn ni.. Kehkehkeh! Klu dah cuti tahunan aku yg hanya beberapa hari itu tidak dpt menampung keperluan (?) yg sepatutnya, ape boleh buat.. ;P

Tp, mungkin juga tidak. Berdasarkan pemerhatian mata kasar aku, seperti ada org lain yg mendahului. Aku rasa laa.. Perasan perkataan seperti di situ? So, sesape yg terasa (klu ade), jgn melatah pulak yer.. Nak tau lanjut, sila check ngan admin.. Ahahaha.. Tak koser mak okeh! ;P

Rindu giler dgn blogging. Sepanjang 2 hari MC tu mmg tak dan nak online.. Byk keje rumah menanti & minta diberi perhatian.. Huhu..

Oklah, nak sambung bloghoping.. Tata.. ;)




Wednesday, May 13, 2009

Kena lagi?

First of all, aku nak ucapkan terima kasih daun keladi (lenkali boleh tlg lagi.. ;)) kpd Mama Emma atas bantuannya meng'edit' HTML coding utk simbol/ikon yg kiut miut di sudut kanan (bawah) blog aku ni.. Nampak tak? Comey ek.. ;)

Owh, terima kasih juga kpd CPM atas resepi hot chocolate yg nampak begitu menggiurkan.. Harus aku coba esok lusa ni. Silap2 mlm ni jugak.. Almaklumlah, resepinyer tersgt2lah senang.. Cuma patah2 & klik2 punat microwave tu aje, kan CPM kan.. Ahahaha.. ;)

Sekarang, meh aku nak cerita tujuan sebenar entry ini.. ;P

Aku sebenarnye nak mengkhabarkan bahawasanya, ketika ini (bermula pagi td) aku telah dijangkiti SEKALI LAGI oleh penyakit yg sama. Apekah? Bukan ke klu dah kena sekali, penyakit ni takkan berulang utk tempoh masa yg tak sampai pon sebln? Ke, boleh jugak? Duhh!




Credit here.


And, this time mata belah kanan pulok. Pagi td, tersangatlah seksanya utk membuka mata. Bila aku raba2 mata kanan, terasa berketul2 (kecik ;P) taik mata. Terpaksa hantu kopek sesikit okeh, baaaarulah mata ni boleh dibuka. Pastu, tgk kat cermin, merah giler babun bijik mata kanan aku. Ala2 mata pontianak yg menangis air mata darah pon ade.. Ditambah lagi dgn gatal merenyam jugak sesikit nih. Haih..

Ubat titis mata aritu ada lagik. Tp, bila baca balik info kat botol kecik tu, ditulis di situ, lepas 4 minggu dah tak boleh guna dah. Hmm.. Bedal aje lah buat sementara waktu. Ni dah minta tlg Pn. Ealyie belikan ubat titis mata lain yg dia rekemen. Mekasihhh nyah! ;)

Sakit mata Hadif dah bertambah baik. Mata dia pon dah tak bengkak. Tp, aku still minta akak2 kat taska tu titiskan juga ubat mata tu sekali dua. Mlm2 kat umah aku tenyeh dgn SI jek.. Hihihi.. Kang kesian plak klu dia terjangkit balik semula.. Err, paham ke?

Hmm, sejak2 kena tinggal ni, mcm2 penyakit laa aku ni kan.. Ngengada betul.. Org lain elok jer kena tinggal berbulan2.. ;P Papepon, semoga aku cepat sembuh..

Oh yer, kan semlm aku ada cerita tentang usaha utk merisik khabar, kan? Ptg semlm, aku telah memberanikan diri utk bertanya (secara serius, wlpon nadanya bergurau ;P) pd Kak Su.. Dan, jawapan Kak Su..

'Boleh aje.. Tapi akak nak kena tanya cik abang dululah.. Esok2 akak confirmkan dgn Syam laa..'

Phewh!! Legaaaaaaaaa sekejap.. Hehehe.. Perbualan itu dicelah oleh Kak Saleha pulak..

'Haa Dik, pasni buleh lagi laa akak jumpa si gedik nih.. Kan Irfan kan..'

Utk pengetahuan korang (utk yg nak tau ;P), Kak Saleha ni adalah kakak kpd Kak Su.. Hehehe..

Harap2lah cik abg Kak Su setuju.. Senang, takdelah aku kalut2 nak cari taska atau BS baru..




Tuesday, May 12, 2009

Lagi.. Cerita di Taska Saleha..

Semlm, aku sempat bertanye2 lagi.. Ahahaha.. Nampak sgt laa aku ni kepochi kan.. ;P

Aku tanye2 laa, pasal bangku2, meja2 & mini playground tu sume.. Nak angkut ke mana? Ke nak jual balik murah2? Ekekeke.. Sebabnya, klu akak tu nak jual balik, aku nak beli set meja & bangku belajar tuh.. Utk Dhea.. Nak tau akak Saleha tu ckp ape?

'Tak payah beli laa Syam.. Akak bagi je meja ngan bangku tu..'

Dan, disambung lagi..

'Sabtu nanti Syam dtg sinilah.. Sebab, akak nak bagi buaian letrik tu utk Hadif.. Buaian tu pon budak lain takde pakai selain Hadif.. Nanti kesian klu dia dok tempat lain, takde buaian letrik..'

Duhh.. Segan tak klu korang? Aku segan siutttt... Tp, dah org nak bagi, amik aje laa kan.. ;P

Org memberi, kita merasa.. Tapi, sudah semestinya tgn yg memberi itu lebih baik drp yg menerima.. Ye dak? ;)




Berita sedih di ptg hari.

Ptg semlm, mcm biasa aku amik Hadif di taska. Masa aku sampai tu, pintu taska tertutup rapat. Mcm takde org pulak. Pelik. Oh, rupenye2 ada beberapa org budak yg sedang lena tido termasuklah anak aku si Hadif gedik tuh.. Ahahaha.. Akak2 kat taska gelarkan Hadif, 'Irfan si gedik', sebab diorang kata, Hadif ni very the cheeky.. Gerrraammmm je klu tgk dia senyum2 gedik.. Mcm nak geget2 pipi dia yg berlesung pipit tu..

Kak Su pon kejut laa si Hadif. Kata akak2 kat situ lagi, tak boleh org lain yg kejut. Kang dia ngamuk. Wah, Hadif! Dah pandai pilih2 org yer.. Skali kuar bilik, aku tgk siap berbedung dgn kain pelikat bagai.. Kahkahkah!

Tgh sesi borak2 kosong tu, tiba2 Kak Su mulakan bicara.. Teragak2 dia nak bgtau aku sesuatu..

'Syam, akak nak bgtau ni..'
'Ape dia kak?'
'Err.. Mcm mana nak ckp ni eh..'
'Eh, kenapa kak?'


Aku dah cuak kot ada something yg jadi kat Hadif.. Hish, tak baik tau buruk sangka Mana laa tau kan.. ;P

'Mcm ni.. Kitorang ni boleh jaga Hadif sampai ujung bln ni aje..'
'Hah? Kenapa? Akak nak benti ker?'
'Hmm.. Taska ni nak tutup. Owner rumah ni nak amik balik rumah dia..'
'Aik, bukan rumah ni Kak Saleha beli ke?'
'Eh, taklah.. Rumah ni rumah cina. Kitorang sewa jek.. RM1000 sebln..'


Masa ni, Kak Saleha (owner taska) yg dah sarat 7bln (klu tak silap aku laa) pon masuk ke rumah, baru pas sidai kain..

'Ye ke kak?'

Aku tanya lagi kat Kak Saleha.. Ye laa, tak puas hati gitu..

'Yer Syam.. Akak pon tak tau nak ckp mcm mana. Kitorang dah cuba minta kat cina ni, tp dia insist. Akak rasa ada org nak sewa lebih tinggi kot.. Tp, dia ckp dia nak dok sendiri..'

'Alaa.. Cemana dgn Hadif ek.. Dia ni dah laa memilih org..'

'Tu laa.. Akak pon kesiankan Irfan ni. Dialah yg paling lama kat sini. Husband akak lepas tau berita ni, budak pertama yg dia sebut2, ni laa si gedik comeyy ni..'



Then, kitorang sambung2 lagi borak pasal isu tutup taska ni laa.. Aku ada gak tanya2 kat Kak Su (mak si Irfan klu kat taska.. hee..) samada dia akan keje ke cemana ke pas taska tutup.. Kak Su kata husband dia tak kasik keje. Dok umah jaga anak2 je.. Dulu penah keje, hantar anak kat BS, tp mcm2 jadi. Tu yg Husband dia terus tak kasik keje lagik dah..

Hmm, maybe aku boleh risik2 kat Kak Su utk jaga Hadif ke, kan.. Mana tau dia nak.. Semlm tu ada jugak bg hints, tp dlm nada gurau2 jek laa.. Nampaknya, ptg ni jugak aku kena mulakan operasi merisik khabar..

Wish me luck! ;)




Monday, May 11, 2009

Tempat baru...

...tapi, kawan2 lama! ;)

Sejak saya telah berjaya di jejak kasihan oleh seorang rakan lama, kini saya telah menjadi member & pengujung tegar sini.. Ala2 social network gitu laa.. Yg speselnya, network ni utk kita2 aje, kan.. ;P

Ntah dari sape laa ko korek no tipon aku, eh.. Ekekeke..

Seronok dpt berjumpa kawan2 lama.. Wlpon setakat jumpa di alam maya.. ;P

Insyaallah, next gathering aku join ek!

On the other note, Al-Fatihah utk saudara kita, Mohd Fairus Bin Samsudin @ Token (pelajar Teknik 2) yg telah kembali ke rahmatullah pada 10 Mei 2009, akibat lemas di Kota Tinggi.

Jenazah telah selamat di sembahyang pada jam 12 tghari di Masjid Abu Bakar dan seterusnya di kebumikan di Tanah Perkuburan Mahmodiah Johor Bahru pada Ahad 10 Mei 2009 (ni aku kopipes je drp forum)..




Terima kasih

Kak Yong! Atas tanda ingatan ini...






Friday, May 8, 2009

Mood ke laut...

Terasa lambat sungguh masa berlalu hari ini..


Haih..


Lately dah jarang snap gambar anak2 aku.. Sebabnya, henpon merangkap kamera digital aku itu juga sakit. Hmm..


Sunyi sepi betol dunia aku bila tak dak henpon.. Mcm laa ramai sgt yg rajin call/sms aku, kan.. ;P





P/s: Kunun2 aku nak letak 2 mood kat sidebar tu.. Tp, tak jadik plak. Bila aku paste coding2nyer, mmg kuar 2 icon, tp utk mood yg sama.. Ahahaha..

Boleh tak saya nak mengaku...

...bahawasanya I AM THE BEST MOM for my own childs?

Sila jgn ada benci muntah bila baca statement berani mattey aku itu yer.. ;P

After what I've been through all this while (esp. sepanjang ketiadaan suami di sisi), I think (I THINK), I really deserve to received this award.. No? Pedulikkkk ar, aku nak tepek jugak kat sini.. ;P



BIG thanks to Kak Yatie, Mimi, CY & Intan for passing me this award.. Sya sgt2 terharu.. Boleh tak perasan mcm dpt award betol gitu.. Ekekeke..

Okeh, here's some short updates on my kiddies esp. si Hadif..

Dhea
This time, she's very cooperative. Tak curi2 minum aiskrim lagik dah. Pastu, air sejuk pon tak minum. Minum air Dr. Sukida jek.. Bila nak suap ubat, tak susah mcm time dia kecik. Dia sendiri akan amik ubat2 dia kat petiais. Result, selsema dah kering & tinggal batuk je sesikit.. Hopefully by this week batuk2 tu sembuh laa.. Kan kakak, kan.. ;)

Hadif
Sakit mata ~ Masih blom menampakkan tanda2 utk sembuh.. Siann mama tgk mata Hadif yg seksi (dan bertaik mata) itu. Asal kena titis mata dgn ubat je menangis2 pastu gosok2 mata..

Demam ~ Kan semlm mcm dah kebah, kan? Tp, mlm td suhu badan dia naik balik. Pastu, tak surut2 jugak wlpon dah suap ubat demam. Since aku dah kehabisan supp., aku jerlum saje laa sementara nak tunggu pagi. Hadif pon ok je tido takde merengek2..

So, pg tadi sekali lagi aku melawat paed Lee.. Nampaknya demam Hadif mmg tinggi banding biasa. Batuk jugak bertambah teruk. Risau aku takut kena mcm dulu.. Apepon, paed kata, yg penting sekali sembuhkan demam dia terlebih dulu. Then, baru kita treat sakit yg lain2 sbb si Hadif ni mmg payah nak suap ubat. Klu suap, pastu muntah balik, tak guna jugak kan.. So, td Hadif dpt lagi sebotol ubat demam (ubat demam aritu pon dah tinggal sikit sgt), ventolin (jugak), supp. & antibiotik. Supp. tu paed bekalkan 6bijik (ke 8) sebab risau dgn suhu badan dia yg tak surut2 even aku dah jerlum bagai..

Dhea & Hadif, lekas2 sembuh yer sayangggg.. Mama penat sedih tgk muka korang 2 beradik yg sudah hilang seri & keceriaan..

Pada kawan2 blogger, thanks for all the well wishes.. :)

Not to forget,



HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL BLOGGING MOMMIES!




Thursday, May 7, 2009

Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pulak!

Seblm tu kena bgtau, takde sape yg jatuh tangga okeh.. ;P

Itu perumpamaan (ke pepatah?) yg sgt2 sesuai dgn keadaan Hadif buat masani.. Sudahlah matanya tidak sihat sejak pagi Selasa, kini badannya juga tidak sihat. Huhu.. Syiann anak mama..




Tak sah klu tak tampal cool fever.. ;P
Sib baik laa ada ulat tu sebagai peneman.. Leka juga Hadif menggentel sampai terlelap..



Alkisahnya, ptg semlm masa amik kat taska lagi aku dah boleh rasa kehangatan suhu badan Hadif. So, mlm tu aku segeralah suapkan ubat. Masa nak bg dia ubat tu aku terpaksa grip sket kaki tgn Hadif menggunakan kaki tgn aku. Ahaks! Then, aku salinkan diaper & masukkan dlm buaian. Settle! Pastu aku minta tlg SIL tgk2kan Hadif while aku lari kejap dgn Dhea ke Tes.co, gi beli drypers utk Dhea.. Huhuhu..

Masa kitorang balik, Hadif masih lena dlm buaian. Tp tak lama tu dia terbangun sebab si kakak asyiklah dok sibuk2 'adik bangunlah' 'adik bangunlah'.. Tensi mak okeh.. Klu dah bangun tu kompem laa nak berdukung aje, kan.. Nama pon budak.. Time2 sakit, laaaagi laa nak bermanje, ye dak? Alangkan kita yg dah tua ni pon sama jugak pesennyer.. ;P

Balik drp Tes.co, aku siapkan segala ubat2an lagi sekali utk Hadif. Lepas berperang suap ubat selsema, tak sampai 5min, Hadif muntah. Habis kuar balik ubat yg dia baru telan. Pas aku bersihkan & salinkan baju dia (dgn baju aku skali), aku biarkan dia main dulu seblm misi menyuapkan ubat seterusnya. Tak boleh bagi sekali harung, takut dia muntah lagi..

So, seblm aku bawa anak2 aku naik bilik tido, aku gagahkan juga menyuap Hadif ubat demam lagi sekali. Alhamdulillah, dia tak muntahkan balik. Kat bilik, Hadif pulun nenen. Pas sebelah, sebelah lagi.. Mcm haus bebenor.. Ahahaha.. Pas nenen, Hadif buat muka cam meneran pulak. Boleh agak tak? Hihi.. Hadif berak ler.. Cair & berlendir.. Aku rasa kahak2 & panas badan dia kuar kot situ sebab badan Hadif nampak cam dah kebah sikit lepas dia berak tu. Panas badan pon surut. Hadif siap boleh golek2 atas katil sambil gelak2 lagi.. Legaaaaaaaa!

Yg tak syioknyer, lepas dah kebah tu, dia tanak tido laa pulak. Sampai laa kul 3/4pagi baru terlelap. Itupon sebab aku sumbat dia dlm buaian. Laaaaamaa nak tunggu dia lelap mata tau. Naik lenguh aku menghayun buaian. Adik aku siap sempat buat sotong & udang goreng tepung lagik.. Melantak laa kami 2 beradik di pagi2 buta yg hening itu.. Ahahaha..

Pagi tadi, mata aku yg hampir sembuh sepenuhnya, bengkak kembali.. Dek kerana tak cukup tido.. Haih.. Semoga anak2ku cepat sembuh.. :)




Wednesday, May 6, 2009

SoOo seksis! ;P

Tagged by Lia.. Thanks Lia! ;)

Dgn gigihnya aku dig balik gambar2 bebudak ni. Last2 kepala sendiri pening nak pilih mana satu laa yg sesuai dgn tema kali ini.. Kahkahkah!

Ok, here goes..

Rules :

1. Tangkap @ sertakan 3 keping gambar anda yang anda rasakan paling seksi.
Since aku mmg tak seksi langsung, aku tepek gambo anak2 aje laa ek.. ;)

2. Tak semestinya tak berpakaian atau mendedahkan. Mungkin anda rasa senyuman anda masa itu adalah seksi. Sertakan!!!
DONE!

3. Nyatakan kenapa gambar itu begitu seksi di mata anda?
Nak kena nyatakan jugak kah? I'll try my best.. Kihkihkih! ;P




Seksi tak rambut Dhea yg menggerbang ditiup angin.. :D




Seksi, no? ;P




Er, dah tak tau nak pilih gambar mana.. :D






Sakit mata

Bermula dgn aku sendiri dan skrg Hadif pulak.

Aku pon tak tau mana aku 'kutip' penyakit ni. Tau2 je masa aku tgh ketaq mempreparekan diri aku utk exam aritu, mata kiri aku dah mula menampakkan simptom2 sakit mata. Seingat aku, aku blom penah kena penyakit ini.

Berbekalkan ubat titis mata yg bapak aku bg, aku redah je pegi jawab exam dgn mata senget sebelah kiri yg mula membengkak/merah + berair dan bertaik mata. Dah laa paper haritu pagi, tak pasal2 org yg perasan mata aku yg vogeh masatu ingat aku gi exam dgn tak mandi pagi.. ;P

Hari Jumaat baru aku pegi ke klinik. Itupon sebab dah tak tertahan. Rasa nak korek2 je bijik mata aku kasi keluar, pastu cuci kat sinki bersih2, pastu masukkan balik. Ahahahaha.. So, dpt laa MC hari Jumaat. Wlpon MC, tetap kena jawab exam jugak, kan.. ;P

Isninnye, aku pegi lagi sekali klinik yg sama sebab mata aku gatal tak hingat. Tak pasal2 aku dpt injection kat lengan. Ahahahaha.. Tp, ok jugak sebab tak lama lepas tu gatal2 tu berkurangan. Doc nak kasik MC lagi, tp aku tolak. Baik tak aku.. ;P

Dan, pagi semlm, aku perasan mata si Hadif bengkak mcm org baru lepas menangis kaw2 punya. Masa on the way pegi taska, aku tenyeh2 mata Hadif dgn susuibu (susu aku laa, aku kan ibu dia.. ;P). Ptgnya, akak kat taska bgtau mata Hadif bengkak lagi. Ye laa, baru kena pagi tu kan, takkan tenyeh sekali dgn SI terus baik kot.. So, mlm semlm jugak, lepas Isya' aku minta tlg kat adik aku hantarkan kami 3 beranak ke klinik. Mekasih dik! ;)

Since Dhea yg batuk2 pon tak sembuh lagi, aku heret bawa dia masuk sekali jumpa paed Lee. Dpt laa Dhea habuan ubat2an drp paed tersayang.. Ekekeke.. Hadif dpt ubat titis mata & ubat selsema (share dgn kakak). Ubat kahak continue ubat yg ada kat rumah tu je. Dhea plak dpt ubat selsema (share dgn adik), Ventolin & Asumalife lagi. Hmm.. Pas abis Asumalife tu, paed soh dtg jumpa dia lagi..

Pagi td, selain drp bekalan susu & baju2an mcm biasa, aku bekalkan jugak ubat titis mata & ubat kahak utk Hadif ke taska. Ubat titis mata tu mesti apply 2jam sekali. Lepas 1-2hari, klu mata dah ok sikit, baru apply 4-5jam sekali.. Yg tak bestnya, pg tadi akak taska tu bgtau aku, sorang budak dah dijangkiti penyakit yg sama. Alahai... Sian baby tambi.. Ampunkan auntie & Hadif yer baby..

Semoga Hadif dan baby tambi cepat sembuh yer.. Jadi, idak ler penyakit tu merebak ke budak2 yg lain..




Tuesday, May 5, 2009

PhotoFunia tag! ;)

Tagged by Rizza.. Mekasihh sis.. ;)



1st, download your favourite photo using effects at PhotoFunia
DONE!

1. Do you think you are HOT?
Hot jugak laa.. Sebab tu Dhea selalu kena marah kot.. ;P

2. Why do you like this picture?
Gambar itu menunjukkan betapa mesranya anak2 saya antara satu sama lain..

3. When was the last time you ate pizza?
Lama dah tak makan pizza.. Awat?

4. The last song you listen to?
Last dgr radio, pagi td masa on the way ke pejabat.. Tp tak ingat plak lagu ape.. ;P

5. What are you doing right now besides this?
Siapkan tender drawing..

6. What name u prefer besides yours?
None.. Tp, klu boleh nak tukar spelling nama.. Kahkahkah! ;P

7. People to tag
Sufira
Arnie
Mama Adib
Ealyie
Intan


8. Who is no.1?
Sorang blogger yg baru je dpt adik ipar.. ;)

9. No.3 is having relationship with?
Abg askar jugok.. ;P

10. Say something about no.5?
Seorang che'gu yg dedikasi.. ;P

11. How about no.4?
Seorang mak buyung yg masih dlm episod meroyan.. ;P

12. Who is no.2?
Mummy to Harith and Hannah yg kini sedang bercuti2 Malaysia ke Langkawi.. ;)

13. Others?
Ada sesape berminat nak buat? Sila sila.. Jgn malu2.. ;)


Okey Sis, settle eh! ;)