Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, May 4, 2009

Milestone si kakak!

Aik, sudah 3thn pon masih mau dicatit milestonenyer? Sah aku takde keje tgh sangap! ;P



  • Berat badan Dhea ketika ini adalah 15.5 kg. Boleh buat aku yg kuruih ni patah pinggang.. Ahahaha..

  • Anak dara aku ini tersgtlah petah berkata2.. Klu bercakap, gaya bahasa mcm org dewasa.. Well, environment Dhea sehari-hari telah menjadikan Dhea sebegitu petah.. I've no doubt about that.

  • Dhea juga sgt keras kepala.. Kita nak kena ikut ckp dia saja.. Nak kena dgr ckp dia saja.. Hmm..

  • Dhea masih blom pandai mengira 123 sampai 10.. Turutan kiraan mmg tunggang terbalik ikut sukati dia nak sebut yg mana satu dulu.. Cumanya, setiap kiraan mesti bermula drp 1.. Ahahaha..

  • Aku perhatikan, Dhea lebih suka main sambil belajar.. Klu dipaksa, Dhea lari buat 'keje' lain.. ;P

  • Dhea juga lebih cenderung kpd aktiviti yg lasak2..

  • Selain Ultraman, Dhea juga suka layan katun Hagemaru..

  • Akhir2 ini, Dhea selalu mengutarakan soalan2 seperti ini..

    'Mama, atok boleh bertukar tak?'

    Bertukar di sini bermaksud, err, sape yg penah tgk katun Digimon mesti paham.. Aku tak tau cmane nak explain kat korang.. ;P

  • Dhea adalah peminat fanatik PINK. Tp, bkn Pink yg ini yer.. ;P Klu boleh semua benda dia nak pink.. Sebln yg lepas, Dhea telah berkata seperti ini kepada nendanya yg tersayang..

    'Neeekkk, nanti kita cat PINK eh rumahnya. Semmmuaa kita cat PINK, tau nek!'

    Fanatak tak fanatik laa anak aku tu kan.. Kahkahkah! ;P

  • Selain PINK, kini Dhea sudah mula meminati PURPLE pulak.. Selipar, baju, tudung, semua klu boleh nak kaler pepel. Ah ah ah..

  • Dhea sgt suka menyanyi (dan menari).. Klu dlm keta, mesti ON radio.. Volume juga mestilah berkadaran supaya Dhea boleh menyanyi sambil mendengar radio.. Aku sdg berkira2 berangan2 utk menghantar Dhea ke kelas tarian.. Ahahahaha..

  • Masih ingat dgn usaha aku ini? Ya, hasilnya masih blom mencapai 90%.. Tp, ia sudah semakin hampir utk memenuhi piawaian yg aku sudah tetapkan sejak awal.. Go, kakak go! ;)


All in all, perkembangan Dhea sebenarnya byk dipengaruhi oleh TV & persekitarannya.. Not good huh? Alangkah bagusnya klu aku punya kerajinan & kekreatifan yg melampau seperti Rizza.. Apepon, aku akan cuba sedaya upaya memberikan yg terbaik utk anak2 aku..

Aku lampirkan bersama gambar2 kenangan Dhea menyambut harijadinya...




Dhea on her 1st birthday.. Kami tak celebrate pon.. Bawa Dhea lepak2 kat Danga Bay sajork! ;P




Yg ini pula, Dhea on her 2nd birthday.. Masa ni aku baru 2 minggu berpantang lepas bersalinkan si Hadif.. Maka, birthday Dhea kami sambut ala kadar.. Hubby telah membelikan Dhea sebiji kek eksrim berwarna PINK! Seronot tgk Dhea happy..




Dhea on her 3rd birthday.. Party (lah sgt ;P) utk kita2 aje..




2 comments:

dila~noor said...

syoknye la anak dare sorg ni dh besar ekk..
kakak ni rajin jg adik tak?
sgt johor ok bile ckp ngn nenek "RUMAHNYA cat pink ye nek."..=)

mamaDhea said...

dila,
jaga adik? huh.. klu takde kepentingan, takde maknenye dia nak tlg jagakan adik.. ahahaha..

johor, kan.. ;)