Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, May 22, 2009

Tak rela dipujuk

Ini kisah Hadif.

Semlm, lepas maghrib Hadif dah terlena (sambil mulut masih lekat kat nenen). So, utk memudahkan aku kemas rumah, aku telah perlahan2 masukkan dia dlm buai. Settle.

Lebih kurang 30minit kemudian, si kakak pulak tetiba excited menyanyi seperti dlm iklan tv. Akan tetapi, jeritan nyanyian si kakak yg sgt nyaring itu telah menyebabkan si adik tersentak.

Aku pon cepat2 ler hayun buaian dgn harapan Hadif dpt lena semula. Tp, hampehh.. Hadif yg tersentak itu mula menunjukkan belangnya rajuknya.. Aku cuba2 pujuk tak jalan. Si Hadif siap palingkan muka (mengiringkan badan dlm buaian.. bahaya kan?) tak nak langsung pandang muka aku yg tak bersalah ni. Dlm pada dia mengeras2kan badannya (menolak utk dipujuk/diangkat), aku angkat jugak. Yer laa, kang tak pasal buai tu tertonggeng, lagi haruuu..

Aku pon dukung dan cuba lagi utk pujuk Hadif. Tak jalan jugak, aku baringkan dia atas toto. Tambah laa dia meraung. Suara pon dah ala2 rockers dah, serak2 basah gitu.. So, aku yg mati akal ni biarkan je dia meraung dgn suara serak2 basah tu, dgn harapan, 'kejap lagi ok kot'. Tp, bila aku tgk mcm takde tanda2 yg menunjukkan tangisan dia akan berhenti, aku cuba baring sebelah dia & offer nenen. Korang rasa dia nak tak?

Dia tak nakkk! Meraung lagi adelah.. Syahdu sungguh aku dgr suara dia meraung mcm tu.. Siyes beb!

Hadif siap palingkan muka drp aku. Pastu bergolek sambil meraung (mengelak drp aku laa tuh) ke sana ke sini kat hall tu. Sampai laa dia tiba kat tepi tangga tu baru stop bergolek sbb dah takde ruang dia nak bergolek, kan.. Sadissssnyer aku tgk si Hadif ni merajuk. Ingatkan pastu ok dah laa.. Tidak. Dia sambung lagi meraung sampai teresak2. Bila aku nak angkat, dia kejung2kan badan dia. Bila aku angkat jugak, dia tolak badan (kepala) dia mcm nak terbalik. So, takde cara lain, aku letak je atas toto. Sambil tu aku usap2, tepuk2 bont*t dia..

Kenapa anakku? Tak penah2nyer merajuk sampai mcm ni sekali. Marah sgt ke?

Aku baran jugak kat Dhea. Korang tau, bila si Dhea tgk adik dia merajuk sampai mcm tu, dia jadi panik. Mcm2 toys dia offer kat Hadif. Mcm2 makanan/kerepek jugak laa dia offer kat adik dia. Tp, semuanya Hadif tolak mentah2.. Siap dgn raungan lagik..

Bila semua yg di offer si adik tolak, si kakak cuba pulak pujuk2 Hadif sambil usap2 kepala si adik. Mcm2 laa si kakak ckp.. Tp, takde maknenyerr..

Pastu, adik aku turun. Dia pulak cuba dukung & pujuk2 Hadif. Ke depan ke blkg dia dukung Hadif. Tunjuk itu ini, kunun nak divertkan perhatian si kecik ni. Tak jalan jugak.. Once nampak aku, si Hadif hulur tgn minta aku dukung dia. Aku pon cepat2 laa amikk dia. Usap2 blkg dia, kepala dia, sambil pujuk2 jugak lagi.. Lama2 raungan Hadif makin perlahan..

Aku ingatkan pastu dah ok laa kan sebab suara tangisan tu dah makin perlahan.. So, sambil2 usap blkg dia tu, aku tanye kat Hadif..

'Kenapa dik? Mama buat ye?'

Habis je ayat tanye aku tu, Hadif meraung lagik. Siap cebik2 mulut.. Huhuhu.. Mcm sedih bebenor laa.. Aku baringkan dia atas toto. Ingatkan nak bg dia nenen. Dia buat lagik kejung2 badan, paling2 muka, golek2 atas lantai.. Sambil meraung2 jugak.. Lama2 makin kuat.. Then, SIL aku turun. Terkejut kot dgr Hadif nangis teruk camtu lama2..

Dia cuba pujuk pulak. Mcm adik aku laa.. Dukung dia, bwk dia gi dapo (faourite area dia skrg ni).. Ok laa, surut kejap tangisan dia tu.. So, dah surut tu aku amik laa dia balik. Then, tetiba dgr org buka pintu gril plak. Tup tup, muka Hubby yg tersembul kat pintu. Si Hadif yg baru reda dari tangisan td tu nangis balik semula sambil cebik2 mulut sebaik terpandang si ayah..

Sayu betol aku tgk dia semlm.. Lama jugak nak pujuk balik.. Hubby pujuk pon tak jalan. Aku bawa dia naik bilik. Cuba pujuk2 jugak lagi kat bilik. Pasang aircond bagai.. Aku usap muka dia dgn air.. Lama2 baru tangisan Hadif reda & dia senyum semula. Pastu ligat panjat2 kepala katil ngan kakak Dhea..

Kejadian mlm semlm tu bkn yg terakhir okeh.. Kul 2pg td, perkara yg sama terjadi lagi. Hadif merajuk a.k.a. mengamuk lagi. Tp, bukanlah disebabkan jeritan nyanyian kakak Dhea. Aku ni yg pi gatal2 cabut nip*ple drp mulut dia. Niat di hati nak tukar posisi & nenenkan dia dgn B yg sebelah lagi sebab aku terasa B kanan ni dah full semcm.. Elok je aku cabut, terus meraung.. Jenuh jugak nak meredakan rajukan Hadif ni. Kul 3pg baru settle korang tau tak..

Pelik laa.. Aku tak tau ape punca dia marah sgt sampai merajuk camtu sekali.. Dan, aku pon tak tau dah mcm mana nak pujuk dia.. Korang ada idea? Meh share dgn aku..




8 comments:

Marsha~ said...

apelah kau ni.... tu pun tak faham2 lagi.....






dia nak adiklah tuh!!!!!!

cabutssssss

sya said...

salam sya,
saya 'sya' juga... :)
dah berkali2 jejak 'mata' kat blog nih... first time tinggalkan komen.. :)

MommyDania said...

kesian hadif. kesian kt ko jgk. aku pun tak tau tp kdg2 dania pun merajuk mcm tu. mmg jenuh laa..

precious innocent said...

fuh, pening gak baca dilema nie..

-mama emma-

Sayang.Ibu said...

perghhh aku kalo dah oper nenen pon kena reject..mati kutu nyah!!!p

Nuroll said...

sya,

kak N rasa itulah dia tantrum! i can feel it. It happens sometime. But if offer nenen dia reject..perghhhh....kalu kak N, lagi dia raung, kak N pun raung jugaklah...!!

Zety Zin said...

mungkin dia dah start tantrum la kot. gaya ngamuk dah ada iras2 macam imran dah tu. :P

kakyong said...

salam mamaDhea,

tunjuk perasaan lah tu (tantrum).. so kalo dah mcm tu, next time kena kabo elok2 bila nak tukor B.. bila dah start tunjuk perasaan ni memang kena lah sabor byk2..
anak2 kakyong pun sama juga, memang ade masa2 nya dia tunjuk perasaan.. letih nak pujuk.. sudahnya ku biarkan.. mana nak belah badan, kalo kakak melalak, baby plak nak nenen.. la ni kakyong guna teknik, peluk dia & urut dada dia.. bg dia rasa lega sket, nampaknya teknik tu work on Anis..