Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, May 7, 2009

Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pulak!

Seblm tu kena bgtau, takde sape yg jatuh tangga okeh.. ;P

Itu perumpamaan (ke pepatah?) yg sgt2 sesuai dgn keadaan Hadif buat masani.. Sudahlah matanya tidak sihat sejak pagi Selasa, kini badannya juga tidak sihat. Huhu.. Syiann anak mama..




Tak sah klu tak tampal cool fever.. ;P
Sib baik laa ada ulat tu sebagai peneman.. Leka juga Hadif menggentel sampai terlelap..



Alkisahnya, ptg semlm masa amik kat taska lagi aku dah boleh rasa kehangatan suhu badan Hadif. So, mlm tu aku segeralah suapkan ubat. Masa nak bg dia ubat tu aku terpaksa grip sket kaki tgn Hadif menggunakan kaki tgn aku. Ahaks! Then, aku salinkan diaper & masukkan dlm buaian. Settle! Pastu aku minta tlg SIL tgk2kan Hadif while aku lari kejap dgn Dhea ke Tes.co, gi beli drypers utk Dhea.. Huhuhu..

Masa kitorang balik, Hadif masih lena dlm buaian. Tp tak lama tu dia terbangun sebab si kakak asyiklah dok sibuk2 'adik bangunlah' 'adik bangunlah'.. Tensi mak okeh.. Klu dah bangun tu kompem laa nak berdukung aje, kan.. Nama pon budak.. Time2 sakit, laaaagi laa nak bermanje, ye dak? Alangkan kita yg dah tua ni pon sama jugak pesennyer.. ;P

Balik drp Tes.co, aku siapkan segala ubat2an lagi sekali utk Hadif. Lepas berperang suap ubat selsema, tak sampai 5min, Hadif muntah. Habis kuar balik ubat yg dia baru telan. Pas aku bersihkan & salinkan baju dia (dgn baju aku skali), aku biarkan dia main dulu seblm misi menyuapkan ubat seterusnya. Tak boleh bagi sekali harung, takut dia muntah lagi..

So, seblm aku bawa anak2 aku naik bilik tido, aku gagahkan juga menyuap Hadif ubat demam lagi sekali. Alhamdulillah, dia tak muntahkan balik. Kat bilik, Hadif pulun nenen. Pas sebelah, sebelah lagi.. Mcm haus bebenor.. Ahahaha.. Pas nenen, Hadif buat muka cam meneran pulak. Boleh agak tak? Hihi.. Hadif berak ler.. Cair & berlendir.. Aku rasa kahak2 & panas badan dia kuar kot situ sebab badan Hadif nampak cam dah kebah sikit lepas dia berak tu. Panas badan pon surut. Hadif siap boleh golek2 atas katil sambil gelak2 lagi.. Legaaaaaaaa!

Yg tak syioknyer, lepas dah kebah tu, dia tanak tido laa pulak. Sampai laa kul 3/4pagi baru terlelap. Itupon sebab aku sumbat dia dlm buaian. Laaaaamaa nak tunggu dia lelap mata tau. Naik lenguh aku menghayun buaian. Adik aku siap sempat buat sotong & udang goreng tepung lagik.. Melantak laa kami 2 beradik di pagi2 buta yg hening itu.. Ahahaha..

Pagi tadi, mata aku yg hampir sembuh sepenuhnya, bengkak kembali.. Dek kerana tak cukup tido.. Haih.. Semoga anak2ku cepat sembuh.. :)




11 comments:

JaNnAh said...

ala.. siannye hadif.. cepat sembuh ye sayang..

IntanSham said...

alahai siannya beb... get well soon yer hadif...

jua said...

cute walaupun dalam tak sihat.

i mmg suka sgt amik gambar bila anak tengah demam bertempekkan cool fever kat dahi. rasa macam comel je.

YatieJay said...

Naufal pun tengah demam ni...kalau anak demam kita memg risau kan....kesian tengok dia tak ceria macam selalu....Harap2 Hadif dan Naufal cepat sembuh...

Sila amik award kat blog akak...you deserve it ; )

lia said...

adakah sekarang musim budak2 xsihat (mak budak pon sama xsihat nih)

bagus nyer hadif nk d tampal coolfever 2...

Marsha~ said...

hemsem ar anak kau.... berbesan jom! huhu

~Umi.Sufira~ said...

Sian hardiff..sila kutip award nyah!

Nieza Ishak said...

Ini la realiti seorang ibu hikhikhik

hadif pulun nenen tue mesti rasa mulut dia panas bahang kan, sian diaaa

Moga cepat sembuh Hadif

Anonymous said...

pity hadif! get well soon hensem!
utk mama nyer jugak...semoga cepat sembuh penyakit mata ittew :p

FAM said...

get well ye hadif. and to MD, u're a great mom. happy mothers day!

scudmami said...

alah cian nye Hadif and mama dia..
if badan dia still panas despite dh bagi ubat, cuba lap2 dgn kain basah.. anak2 i selalu refused tp u have to turunkan jugak suhu badan dia.. biar di melalak pon masa lap2 tu drpd kita nangis tgk diorang demam...

nway, insyaAllah he'll get well soon....