Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, April 15, 2009

Heart to Heart talk

Semlm, lebih kurang kul 10+, mak aku naik ke bilik aku. Masatu, aku anak beranak dah terbongkang atas katil. Ekekeke.. Dhea, tido kat tepi ujung kaki katil. Ntah bila dia naik bilik, aku pon tak perasan. Hadif tido kat tgh & aku kat tepi kepala katil. Patutnya, Dhea tido kat tmpt aku tido semlm tu sbb itu mmg port dia. Port aku plak mmg kat ujung kaki katil utk mengelakkan anak2 aku jatuh tergolek dog drp katil, esp. Dhea yg sememangnya melasak time tido. Tp sebab semlm aku & Hadif dah selamat berlayar dulu, maka, Dhea terpaksa laa nyelit kat port aku..

Korang paham tak ni? Kitorang mmg tido melintang pukang. Ahahaha.. Mcm laa penting sgt kan.. ;P

Okeh, back to original recipe story..

Mak aku, klu siang tak dpt jumpa cucu2 dia, mmg mcm tu laa.. Dia akan naik ke bilik kitorang utk menjenguk. So, alang2 mak aku dah masuk bilik aku yg mcm tongkang pecah tu, aku bukak laa citer pasal adik aku yg sengal itu. Ahahaha..

Citer punya citer, skali mak aku bukak topik pasal seseorang.. Yer, seseorang yg sudah diberi betis, skrg ni nak minta peha pulak! Apekah?

Aku ingatkan selama ini mak aku tak perasan. Aku ingatkan selama ini aku sorang yg perasan. Aku ingatkan selama ini aku sorang yg stress dgn pe'el seseorang itu. Rupanya mak aku pon stress, weih!!

Habis semua mak aku cerita. Semuanyalah. Kesian mak aku tau!

Mak aku kata lagi, mak aku dah warning dah laki dia. Peringat sikit bini hantu hang tu!

Sabar laa mak.. Mak toksah nak pening2kan kepala fikirkan kerenah budak (?) berdua tuh. Dah besar panjang dah pon. Nak kata tak pandai, masing2 belajar tinggi. Ke tak cukup tinggi jugak? Pandai2 laa diorang tu uruskan diri sendiri.. Bak kata pemenang ABP '09, Lu pikir laa sendiri.. Assalamualaikum.





11 comments:

MN said...

kadang ada chance borak ngan mak, memang layanzzzz...

mamaDhea said...

MN,
mmg pon.. dan saya pon jenis yg sukaaaaaaaaa borak2 dgn mak & ayah.. hihi..

Ealyie said...

nape ni beb..
ada peha, ada betis..
tingat2 je aku kat KFC depan ghumah tu.... ekekeke..

cysev3n said...

gua kan, kalau balik JB, melekatttt je dengan mak gua.. laki gua pun dah paham peel gua ni..

jua said...

gua lak kan, mmg layanzz bila borak dgn mak gua...tapi mak gua mesti selit nak 'tibai' dan bebel kat gua sedas -dua. hahaha, dah tua gini pun kena bebel lagi.

miz_eda said...

tu kalau cik abang ada, kat port mana la plak dia nak landing ek?

saya suka bawak mak saya keluar time balik kampung, so blh layan borak sambil mengumpat..kekeke

~: Nour aka UmmiNor:~ said...

cek kalu balik kampung,
dapur la port bergossip...hehehe
aktiviti memasak patur 1 jam extend jadi 3 jam..
maklumlah byk isu nak dicover....kuikuikui

btw..ingat i tak?

u pernah email 1 pasal 2nd diaper dulu, ker ade beli ngan i?lupa ler...

kita kenal kat susuibu ler...

Umminor

mamaDhea said...

ealyie,
tingat2 je? pi laa beli brg seketui dua.. ko tu ngandung.. ;P

yan,
gua klu boleh hari2 nak melekat dgn mak gua jugak tau CY.. ;P

jua,
same ler.. dah tua2 (tua ke aku? ;P) pon nak kena bebel laa jugak kan.. hee..

miz_eda,
klu cik abg ada, port saya tu laa jd port dia.. saya ngengsot ke tgh sikit ngan hadif.. takpon, cik abg lepak sebelah dhea.. anak ayah laa katakan.. ;)

umminor,
CD drybees L tu ke?

sayangibu said...

huhu..apa kes beb...tensi kah???

Hanz Jamaludin said...

Kisah masyarakat , kisah benar (dah lama tak dengar my mom punya kisah benar)

mamaDhea said...

intan,
bkn aku yg tensi.. mak aku.. hehehe..

hanz,
mmg seronok klu sesekali dpt borak pjg dgn mak2 kan.. ;)