Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, March 16, 2009

Hectic (kunun.. ;P) weekend

This (last) weekend was totally different from last week. Arghh..

Seperti yg telah dicatitkan di sini, saya sgt bekerja keras cuba utk menyelesaikan tasks itu. Wlpon HANYA 2 perkara, tetap..... ;P

Sejujurnya, saya hanya dpt selesaikan task #1 sahaja. Itupon, tak semua yg dpt disiapkan. Jumaat keliwon mlm yg lepas, saya cuba mencuri mencari masa utk belajar. Saya perlu belajar kerana Sabtunye akan ada pop quiz lagi. But, to no avail.. Takde sikit pon masa yg boleh dicuri utk saya melakukan aktiviti bebas belajar melainkan selepas anak2 saya tido dgn nyenyak. Selagi tak nyenyak, mak mmg tak boleh nak concentrate study okeh.. Letih kejap2 nak merangkak naik atas katil balik..

Task #2; nampaknya masih tidak berkesempatan utk dilangsaikan. Malahan, ianya semakin bertambah2 pula. Huwaaaaaaaa.. Matteyy laa nak melipat pasni.. Keras kejung laa jari-jemari mak yg halus dan lembut comey nih..

Semalaman juga saya telah cuba utk mengupload assignment saya ke You*Tube. Akan tetapi, harapan saya utk mengbroadcastkan assignment kami yg kebaboomm ;P itu hanya tinggal harapan. Letih mak sign in, tp skrin dok tang tu laa jugak.. Bila dah boleh sign in, part nak upload video tu pulak manjang error. WTF?! Ditambah lagi dgn connection cel*com bb yg bluwekk itu, jiwa saya makin S.T.R.E.S.S.E.D!!

Akhirnya, kul 5pg baru saya surrender mencoba. Tido lagi baik.

Hasilnya, pagi ini saya bgn lambat. Pegi keje pon lambat. *sigh*

2 comments:

mimielola said...

AKu pun gagal jugak nak upload video kat youtube. Brp kali cancel, resume, cancel, resume daaa

mamaDhea said...

tu laa.. berasappp je aku semlm.. dah laa dateline semlm.. huhu..