Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, June 3, 2009

Hari ke-3

Termasuk hari ini, sudah 3 hari Hadif di tempat baru. Ya, ingat lagi dgn berita sedih seblm ini?

Hadif kini dijaga oleh Kak Su. Nasib baiklah Kak Su ni sanggup nak jaga Hadif. Ye laa, skrg ni bukan senang nak cari taska/babysitter yg betul2 boleh dipercayai. Setakat ni, aku mmg puashati dgn cara Kak Su menjaga Hadif sejak kat taska lagi. Klu budak2 sakit pon, Kak Su ni dah tau dah nak buat mcm mana.. So, kita yg mak2 ni takde laa risau sgt kan..

Mengikut persetujuan kedua belah pihak, Kak Su akan ambil Hadif pagi2 sekitar jam 7.30pg kat rumah aku. Then ptg, aku akan ambil Hadif dekat2 area taska lama dia. Alkisahnya, Kak Su ni bukan jaga Hadif seorang. Rupanya Kak Su juga telah mendapat kepercayaan sepenuhnya drp parents Ammar & parents Thambi. Alhamdulillah..

Rutinnya, setiap pagi Kak Su akan hantar anak sulung dia ke tadika yg dekat dgn rumah aku. Then, amik Hadif (anak aku laa tue :P) & Thambi kat rumah masing2. Ammar pulak, mak dia yg akan hantar sendiri ke rumah Kak Su di Kg. Melayu. Petangnya, Kak Su akan hantar Thambi balik sebab mak si Thambi ni request mcm tu (sebab dia tak reti drive). Rumah si Thambi ni pon tak jauh dgn taska lama diorang ni, selang 2-3 baris / deret rumah jek..

Hadif pulak, Kak Su tak hantar terus ke rumah sebab aku kesian kat Kak Su nak patah2 balik dgn jalan yg jammed (CONFIRM!) tuh. Pastu dia nak balik rumah lagi, silap2 maghrib baru sampai rumah sendiri. So, aku setuju utk amik Hadif kat depan taska lama diorang. Depan taska lama tu ada padang besar & playground. Sementara nak tunggu aku sampai tu, sempatlah kot Kak Su layan Hadif main kat playground kejap..

Part bayaran, aku up sket laa mengenangkan kesudian dia utk amik & hantar si Hadif ni.. Klu aku nak hantar & amik sendiri, rasanya lagi byk belanja.. /sweat

Since skrg ni tgh cuti sekolah, makanya anak Kak Su pon cuti. So, utk semlm & hari seblmnya, kami (aku ngan Hubby + Dhea) telah menghantar sendiri Hadif ke kediaman rasmi Kak Su. At least, dpt jugak kami tgk2 persekitaran rumah Kak Su. Yer ler, nak serahkan anak mesti kena check btol2 jugak persekitaran etc etc.. Dan, pagi tadi, memandangkan Hubby gi keje awal, nak tanak adik aku laa jadik driver pi hantar (dan amik ptg nanti) Hadif. Ehehehe..

Sejak berpindah tempat ni, aku tidak lagi mandikan Hadif pagi2 mcm yg seblm2 ni. Bukan tak sempat, tp tak sampai hati plak nak kejut pepagi buta & mandikan. Aku cuma salinkan diaper baru jek.. Takkan nak hantar anak dgn diaper yg berat plak kan? Tak senonoh sungguh laa klu buat lagu tue..

Masyammm2 sket takpelah ek, Dik! /hihi




2 comments:

Marsha~ said...

mana gambar menantu aku tuh??? boring le takde gambar dia..... huhu

izzahazfar said...

kak...zah jarang tukarkan pampers akmal...bukan pe nak kejutkan dia awal2 pg dr tidopun tak sampai hati..

ish2 nampaknyer pas ni zah kena tukarlah...betul la jugak malu lah...