Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, February 5, 2009

Soap Opera : Episode 9

Lantas aku meletakan majalah URTV & mengambil bunga yg aku letakkan di atas meja makan. Dengan muka yg berkeriut menahan sakit hati, aku menyegerakan langkahku utk mengambil vase kegemaran majikan ku itu..

'Huh, vase yg dah sopak ni jugak yg jadi faourite! Mmg dasar kedukut!!'

Bebelan itu hanya mampu ku pendam dlm hati. Sementelah, tgn aku laju mengeluarkan bunga yg sudah layu utk digantikan dgn bunga yg baru shj diterima tadi. Sempat juga aku mencium bunga yg sudah tersusun rapi itu sebelum meletakkannya semula di meja di ruang tamu. Hmm, wangi...... Sewangi haruman Sweet Heart.. Tenang sekejap fikiranku yg bercelaru tadi. Mungkinkah setenang Mawi sewaktu majlis akad nikahnyer baru-baru ini..

Aku berjalan perlahan ke dapur. Sesungguhnya aku tak mampu menghalau persoalan yg sering menjerut benak ku itu.. Ia melekap, kuat & ketat, seolah-olah digam dgn gam cap gajah..

Bagaimanakah caranya utk aku menjadi cantik, secantik majikan ku itu..? Klu boleh, aku nak jadi lebihhhhh cantik lagi drp Sofea Ja.ne yg kerek & kejam itu.. Bagaimana ya? Bagaimana???

Aku tersepit antara 2 pilihan, antara EDWARD CULLEN dan NIYANG RAPIK.. Arghhh... Bertambah pening kepala hotak aku yg sememangnya sudah sedia pening dgn kerenah majikan ku yg byk songeh itu. Sudahlah kedukut, bakhil pulak tuh! Sudah hampir 4thn aku bekerja menjadi kuli bataknya, sesen pon dia tak pernah menaikkan gaji aku. Malah, gaji aku yg seciput itu pon dia tak penah bayar on-time.. Acapkali dia menangguhkan pembayaran. Nasib baiklah aku tak diberi kuasa utk charge interest!

Eh, ape yg aku fikirkan tadi? Oh ya.. Antara EDWARD CULLEN dan NIYANG RAPIK... Mampukah kedua-dua insan itu membantu aku? Tp, persoalan paling besar yg patut aku fikirkan, SUDIKAH mereka?!!!





Okeh, aku pon dah pecah kepala nak fikir jalan cerita selanjutnya.. Maka, silalah CIK SUFIRA teruskan yer.. ;P




Note: Aku tak sempat laa nak tepek dari Episode 1-8.. Sila laa refer kat sidebar tu yer.. Aku mmg dah sediakan linknya kat situ.. ;)

9 comments:

i.s.z.a.n said...

tang gaji tu, ko perli aku ke apa? bukan aku dah set watak ni secantik bunga ke? mana datang huduh piak plak nih? haha...

mamaDhea said...

haha.. tang huduh tu aku perasan kat mommysarah ler..

cysev3n said...

tu la.. aku rasa kulit dia jelita bak telur dikupas.. tetiba plak ada jerawat batu.. mmg magic :P

mamaDhea said...

aku lagi laa.. tak kenal langsung dgn edward cullen.. kahkahkah! tu yg tak boleh nak sambung lagik dah..

MS said...

kehkehkeh...

yer ekk dia cantik? adoi...aku tak pasan ler. nie kes director lain2 ler nie. huahuahua...

~Umi.Sufira~ said...

Ya Ampuuun~ Aku doa2 tak terlibat dengan TAG berantai ini..Aku memang kayu buat karangan cenggini..uwaaaa!! Oleh kerana ko dah bagi penghargaan kat aku Sha..aku layankan jugak yer...makasih sha!

n.i. said...

fuiyo... ni memang lebih 360 patah perkataan seperti yang ditetapkan oleh kak non... memang kreatif la u... hahaha...

ala, bab cantik tu kira angan2 ajelah (konon2 macam 'flash back' ke), realitinya jerawat batu... boleh? hahaha

Anonymous said...

kah kah kah...bole pecah perut ini macam beb!!! adoi aiiii....kejap cantik kejap huduh..apa hengat ini citer Shrek ke...wakakakaka....tak tahan mak nyah...very interesting!!! kiranyer Sofia June ni ala2 Princess Fiona la ni eksss... ;p

mamaDhea said...

kahkahkah.. nasib ler.. itu jek yg dpt mak pikir setakat tue.. ;P