Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, February 19, 2009

10 months!

Nampaknyer ada terselit satu permintaan lagi di entry ini. Alahai, segan aku weihh.. Tp aku terpaksa KIV dlu laa yer permintaan itu bagi memberi laluan kepada entry wajib aku yg ini.. ;P






Pejam celik pejam celik, sudah 10bln anak bujang aku tu kan.. Cepat je rasa masa berlalu pergi.. Hehehehe.. Mcm biasalah, meh aku list out kan apekah perkembangan Hadif setakat ini utk tatapan pembaca blog yg budiman.. ;)



  • Hadif's current weight, masih blom dpt dipastikan.. Hahaha.. Sebabnyer, mama lupa pasal appointment dgn KD last Monday (16th feb). Takpe takpe, nanti mama call KD & set another appointment. Maybe next week laa kita pegi ek sbb esok (Jumaat) KD tak bukak utk check-up seme. Ok, Hadif? Eleh, tak ok pon kena ok jugak.. ;P Bln ni rasanya Hadif akan kena 'cucuk', tp tak hingat plak jab ape.. Again, don't worry coz mama will check-it-out for you.. ;)




  • Beberapa hari selepas entry ini, Hadif mula jalan mcm KETAM. Yerr, k.e.t.a.m. bunga puan-puan.. Lepas 1-2hari jalan mcm ketam, barulah Hadif berjaya berjalan mcm org normal dgn gaya yg selamba badak.. Wahh! Dah tak takut-takut lagi dah, kan dik.. Klu jatuh pon, takde laa terkial-kial sgt nak bgn semula. Mama really proud of you, my dear son.. ;)




  • Hadif skrg ni dah boleh faham arahan sket-sket.. Ala, yg simple-simple laa mcm 'bagi kat mama', 'meh sini meh!', 'bukak mulut', etc.. Terutamanya, arahan LAGI.. Cth; Hadif ni suka jelir & masukkan balik lidah dia yg shentill tu. Then, bila mama ckp LAGI DIK! Maka, secara automatik lidahnyer akan dijelirkan sekali lagi.. Pastu Hadif siap sengih cam kerang busyukk lagi tu.. Dan, selepas itu sudah pastilah Hadif akan digomol manje oleh mama dan kakak Dhea dek kerana geramm dgn pe'el manje ngengada dia tuh.. ;)





  • Hadif dah pandai mumble MOMMAAAA.. Esp. time dia haus bebenor nak nenen.. Mula laa nangis ngengada sambil cebik-cebikkan mulutnyer yg kiut tuh.. 'Mommmaaaa mommaaaa..'




  • Suka NYAKAT mama & org-org sekeliling dia utk kejar dia yg dah expert & laju panjat tangga. Pastu klu kita wat tak nampak, saje je dia panggil-panggil kita 'ah ah ahhhh...'. Kekdahnye, nak bgtau kita yg dia nak panjat tangga & soh kita alert kejar dia laa tuh.. Kaki Hadif sure dah ready kat tangga time tuh.. And, tak sampai pon 10min kompem Hadif dah sampai atas.. Ceit, semput mama camni dik!




  • Budak kecik yg motak ni (eh, rambut dah tumbuh sket ;P) dah berani usik kakak Dhea, esp. time si kakak tgh nyenyak tido.. Kahkahkah! Amik kesempatan eh, dik! Sampaikan ada skali tue si kakak terpaksa jerit 'JGN USIPP DHEA!!' Kehkehkeh.. Lagi, Hadif sudah berani rebut barang drp kakak Dhea. Pastu pandai pulak sorokkan tangan dia bila si kakak nak rampas semula drp dia.. Hahahaha.. Lantak ler kome berdua.. Gaduh-gaduh manje takpe haa.. Lebey kalu, dpt laa sedass dua drp mama.. ;P




  • Hadif pon dah pandai 'mengemas' tau kawan-kawan.. Memula tu dia pandai bukak-bukak pintu cabinet je.. Bila dah expert bukak, habis semua barang dlm tu dia nak punggah keluar.. Tensi mama nak ngemas balik tau dik!




  • Now, Hadif dgn rasminya telah pon mempunyai 8btg gigi.. Dah mcm bdk umo sethn laa pulak. Penah skali masa kitorang mkn kat luar, tuan punya kedai tu tanya umo Hadif. And, owner kedai tu tak percaya yg Hadif masatu baru 9bln+ sbb gigi dah nampak mcm penuh gitu.. ;P




  • Hadif ni dah byk kerenah tau skrg.. Klu tanak tu, mmg TAK NAK sungguh! Paksa la cemane pon, dia akan protes. Haaa, dah pandai protes tau anak bujang aku nih.. Sabau aje laa kan.. Sib baik kecik lagi. Klu dah besar sok, tak pasal dpt sedass dua.. ;P



Last but not least, I'am glad that Hadif masih lagi 100% susuibu. Mcm tak caya jek.. Dlm pada malas terpaksa reduce pumping session pon I still manage to give him 100% ebm, be it frozen or fresh. Thanks to his reverse-cycling pattern.. Muahahaaa.. Dan, atas sebab itu jugak laa byk ada frozen ebm yg expired tanpa aku sedari & terpaksa discard.. Huhuhu..

Okeh, itu ajelah setakat ini.. Mama doakan Hadif sentiasa sihat & ceria.. Jgn notty-notty hokey syayanggg.. Muachhhs! ;)

9 comments:

Zety Zin said...

wah dah 8 btg gigi? irma baru sebatang setengah. ekekekeke.

Mrs NoeL KHairuLniZa said...

harap2 Azam pun dpt la 100% BF... Seronok baca N3 psl baby BF ni, semangat.. Semoga anak aku hensem cam Hadif..

sayangibu said...

walla...kejap jek hadif dah beso yer..dah bulih ada adik dahhh...kihkihkihhhh....
*cabutttt*...

Mummy HnH@arnie said...

wahwah, dah laa ader 8 batang gigi, siap dah berjalan tue...

aduhh, anak dara mak yg dah 14 bulan tue, still "manja2" taknak jalan lagi... gigi yg ke-8 pon baru jer tumbuh baru2 nie...
hahaha...

Mama Adib said...

comelnya rasa nak gigit2 jer

Ealyie said...

mamat ni makin besau, makin ensem n makin sombong ngan untie ely ekkkss..
Nanti kauuuuuu!!!

Nur said...

wah..bravo sbb still erthn utk bf..go sya go!

fauzi-maya said...

eh mcm muke dhealaa sket2..;) bile kite bleh berjumpa-jumpaan cik sya?hehehe...

yazeema said...

salam kenal ,comeynya masa dia jelerkan lidah...cepat tumbuh gigi anak sya dah sthn bru du btg je..hehehe cian dia....