Selepas membaca entry Cik Yan ini pg tadi, saya teringat pada satu kisah. Kisah misteri nusantara Dhea. Ngee.. Jgn seram pulak nak baca yer.. ;P
Di suatu mlm, seperti biasa aku tinggal ber-3 je kat umah. Me, kakak Dhea & si kenit Hadif. Kami ketika itu sedang menonton tv, tak ingat laa cerita ape, Mr. Mama kots.. Dhea duduk seorang diri di atas sofa yg dah nak rebeh itu. Sementelah, aku & Hadif berbaringan di atas toto kecik di lantai. Boleh agak tak kitorang tgh buat ape kat lantai? ;P
Tgh syok melayan cerita kat tv tu, tetiba iklan.. Hahaha.. Lepas satu, satu lagi iklan ditayangkan. Then, terselit jugak iklan Keliwon (Episod 4).. Ok la tu, kata nak bg laris kan.. Layannnn!
Tgh syok-syok mak layan Mr. Mama, tetiba Dhea kelam kabut (sambil jerit-jerit) turun drp sofa. Tgk gaya mcm melompat pon ade.. Aku pon tanye ler..
'Nape Dhea?'
'Mama, ada KEDIWON!!'
'Hah? Ape??'
'KE DI WON!!'
'Kat mana?'
'Tuuu, kat luar'
'Mana Dhea nampak? Mama tak nampak pon.'
'Ade.. Dhea tgk kat cermin (sliding door), pahtu Dhea nampak KEDIWON..'
'Ada lagi ke? Tunjuk kat mama, mane dia?'
'Itu laa.. Kat luar pagar tuu.. Eii, takut laa Dhea. Nak bawingg sebelah adik laa..'
'Hmm.. Ok, baring je. Jgn usik, adik tido. Dhea tanak tido?'
'Tak nak. Dhea tak ngantok pon..'
'Ye laa.. Tgk tv dendiam..'
Gitulah kisahnyer..
Sebenarnye, aku ada bawak Dhea pegi berubat kat Kluang. Atas belas ihsan Mama Eghis, dia dgn sukarelanya offer utk bawak kami 2 beranak (Hadif aku tinggalkan kat taska kejap ;P) ke satu tempat di Kluang..
Kami pegi awal sket laa, then lepak-lepak dulu makan tghari kat rumah parents Mama Eghis nih. Lepas Zohor (ke Asar beb?), baru kami ke Kg. Bentung Dalam, Kluang. Kami ke rumah Haji, err, Haji Sarip (kan beb? ;P). Baru aje si Ely ni parking keta kat depan rumah Hj. Sarip, si Dhea dah bising ajak balik..
'Dhea tanak pegi situ laa mama. Jom balik..'
Aku yg tgh sakit pinggang ni terpaksa laa dukung dia sampai depan tangga rumah. Tgk dia ok je, aku pon turunkan ler balik. Tp, bila aku pimpin nak ajak masuk rumah Haji Sarip ni, Dhea buat hal lagi. Dia lembekkan badan & merentan tak nak masuk. Siap nangis kuat tak hengat. Aku yg kecik molek ni mengumpulkan segala sisa tenaga yg ada & dukung dia bawak masuk. Pergh, berat woo anak dara aku nih. Siyess! Tak caya, tanya Ely.. ;P
Kat dlm rumah tu, aku tgk Haji Sarip terkumat-kamit baca ape-ntah-aku-tak-dgr. Then, tetiba dia pegi kat Dhea (masih dlm gendongan aku) & PAP! sekali kat dahi Dhea, PAP!! lagi kat bahu kiri & kanan Dhea. Sepantas kilat gitu. Aku pon tak sempat nengok ape dia buat. Gaya mcm 'menangkap sesuatu'.. Pastu, aku ada dgr jugak Haji Sarip membebel marahkan 'sesuatu'..
'Buat ape kau kacau budak ni!!! Balik ke asal engkau!!' <---- Gitulah lebih kurang yg aku dgr..
Then, Haji Sarip menulis sesuatu di atas sekeping kertas kecil. Dia kemudian bertanyakan nama anakanda aku ini sebelum dia sambung semula menulis. Then, kertas kecil itu dimasukkan ke dlm air mineral yg aku bawa drp JB.. Hmm, itulah air penawar utk Dhea. Airnya boleh ditambah, selagi botol itu tidak kosong. Sehingga ke hari ini, aku akan pastikan botol air itu sentiasa penuh sebelum.
Ketika itu, aku ingin bertanyakan sesuatu. Byk soalan yg berlegar dikepala hotak aku nih, tp hajat tak kesampaian juga. Dhea menangis tak henti-henti, menyebabkan Haji Sarip naik bengang berang. Haji Sarip dtg mendekati Dhea sekali lagi & melekapkan tapak tgnnyer pada dahi Dhea sambil terkumat-kamit membaca sesuatu. Dhea pon apelagi, tambah kuat laa dia menangis. Yg tak beshnyer, tetiba je Dhea ni cuba melawan perbuatan Haji Sarip td. Dhea telah membeliakkan biji matanya ke arah Haji Sarip sambil mulut dia membebel ape, aku pon kurang pasti. Yg pasti, ITU BUKAN DHEA!! ITU BUKAN ANAK AKU!!!
Utk meredakan keadaan, aku disuruh membawa Dhea keluar dari rumah itu. PANASSS agaknye. Bila dah bawa keluar, baru laa ok sket Dhea nyerr.. Then, mak Ely bantu aku tuangkan sket air penawar td itu di kepala & muka Dhea. Barulah amannnnnn...
Mengikut kata Haji Sarip yg telah memaklumkan pada mak Ely (aku tak dpt nak join 'discussion' itu sbb sibuk tenangkan Dhea kat luar), 'KEDIWON' itu telah lama mengganggu / cuba utk mendampingi Dhea..
'Dah berapa lama kena?'
'Lama jugak agaknyer..'
'Aku rasa mmg dah lama sebab benda tu dah 'lekat'. Susah nak kuar..'
Alahai.. Syiann (?) anak aku. Takpe laa, kita cuba berubat mana yg mampu ye.. Utk rawatan selanjutnya, kenalah tunggu Hubby balik. Mak mana pass jln kat Kluang nun..
Sekian, episod KEDIWON yg tak berepisod utk kali ini.. ;P
Friday, February 27, 2009
K E D L I W O N
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Whoa! Seramnyer! Betul ke ada 'benda' nak berdamping dengan Dhea ni? Uish. Meremang bulu roma mak!
wow...
siannya anak ko Sha..memang ada jenis benda yang suka lekat kat orang..bagus juga ko cepat2 berubat..
hu hu meremang bulu roma aku membacanya
-mamaadib
Post a Comment