Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, February 23, 2009

Ikan di laut, asam di darat...

...dalam periuk bertemu juga. ;)

Memula ingat nak komen kat entry cik Arnie. But then, bila memikirkan komen yg bakal aku tulis itu mungkin akan menjadi panjang berjela-jela, maka, terbuatlah entry ini.. Saje je kan cari alasan nak buat entry.. Ngeh ngeh ngeh ;P


1stly, aku nak ucapkan CONGRATULATIONS pada AJK (rasmi ke, tak rasmi ke.. ;)) yg telah bertungkus lumus menjayakan get-together itu.. Aku yg dok JB ni pon dah pasang angan-angan nak join bila tgk list nama yg panjang tak hengat tu.. Bertambah-tambah gedik, bila aku ternampak nama-nama yg mmg aku kepingin nak jumpa.. Bak kata Arnie, selalunya gathering kat blog je kan.. Ekekeke..

2ndly, aku nak menyatakan di sini bahawasanya aku TIDAK DPT HADIR pon pada mini gathering (kunun laa mini kan ;P) yg sgt meriah itu.. Huhu.. Apekan daya mak..

Ptg Sabtu (lepas), aku terima satu sms drp cahayaku aka Mama Adib. Terkejut badak jugak aku tetiba je dpt sms yg tak diundang drp minah nih.. Sungguh tak ku sangka cempedak jadi nangka.. ;P

Kebetulan masa dpt sms tu aku baru je lepak kat satu kedai mamak. Baru abis kuliah laa katakan, pewot aku pon dah lapar tak hengat sbb tghari tak sempat nak lunch. Maka, sempat laa aku berfikir semasak-masaknya sementara menunggu order aku sampai. Setelah beberap sms dikirim & dibalas dgn segera, aku dpt satu idea. Baaaaiikkkk punya cilok.. Yessss, aku nak pegi jugak & aku akan ikut cadangan Mama Adib nih!

Lepas perut kenyang, mula laa start keta & aku pon balik ler kan.. Sampai kat umah, kepulangan aku tak disambut mcm biasa. Pelik, something is wrong somewhere.. Hmm..

Sebaik shj aku membuka pintu, aku ternampak Hadif yg sedang lena dlm buaian. Dhea pulak lena atas toto kecik. Patut laa senyap.. Ekeke.. Then, mak aku yg sedang mengayun buaian Hadif bersuara..

'Hadif ni demam agaknyer.. Badan dia panas. Seharian merengek je.. Dgn org lain taknak, berdukung dgn atok aje laa..'

*dowh*

Dgn statement mak aku itu, secara tak langsung terbatal laa segala rancangan & angan-angan gedik aku tu kan.. Hmm, what to do....

Tghmlmnyer, ketika sesi PJJ, aku telah meluahkan kekecewaan itu kepada suami terchenta.. Huk huk huk..

'Nak buat cmane.. Takde jodoh laa tu nak jumpa.. Lenkali laa pegi eh..'

Si suami coba juga utk memujuk hati si isteri yg laraaaa.... *bluwekkk!* ;P

Dan, akhirnya si isteri PASRAH.. Takpelah, ada jodoh nanti kita akan ketemu jua kan.... *wink wink*


Sekian, komen drp saya... ;P

4 comments:

mirah said...

mamadhea, memula smlm bila mirah nmpk ada couple tu siap dukung anak. Boy lah kan anaknya, ingatkan mamadhea dah.
haha juga ku cuba cari arnie. Rupanya ku mmg teringin nak jumpa kalian sampai ternampak2 kalian.. hehe..

Mommy Harith Hannah said...

alahaii, demam si hensem tue yer...

takpelah, nnt kita buat mini gath ala2 conference style, wokeh... ala2 PJJ (perjumpaan jarak jauh) gitue... :p

MS said...

takpe la sya
belum mahu bertemu lagi la tu ikan kat laut dengan asam kat darat keh keh

Nur said...

mamadhea..
ada rezeki kita jumpa kt jblah!heheheh...