Semlm anak-anak aku tido awal. Tak laa awal sgt, tp awal laa jugak drp biasa. Ntah cmane bebudak ni boleh tertido (mak tak tutup lampu pon ;P). Sedar-sedar je aku terdgr dengkuran Dhea.. Ekekeke..
Owh, mungkinkah kerana ubat selsema? Semlm, selsema anak-anak aku nampak mcm makin kronik pulak. Masing-masing inguss melelehhhhhh je mcm air paip.. So, aku sebagai ibu yg mithali, suapkan laa ubat selsema sorang-sorang. Then, bawak diorang naik atas sbb nak bfeedkan si Hadif. Dhea naik bilik dgn berbekalkan sebotol susu. Mmg aku selalu buat camtu sbb tak kuase letteyy woo nak turun naik buat susu. ;P
Maka, berbaring laa kami 3 beranak di atas katil melintang pukang. Aku on kan air-cond. Bilik jadi sejukkk & nyamann. Tu yg syok je kot baring. Tup tup budak ber-2 ni dah tertido.. Ngeeee..
Maka, aku telah mengambil peluang keemasan ini dgn mengemas bilik yg sikit lagi dah mcm tongkang pecah. Dimulakan dgn menyapu lantai yg penuh dgn habuk rambut. Kemudian, aku sambung mengemas baju bersih yg bersepah. Kemas je ye, bkn lipat ;P Pastu, tergerak hati pulak nak sental toilet yg dah berkeladak. Dan, akhirnya mission aku disudahi dgn mengemop lantai bilik yg sudah err, lebih kurang 2minggu tidak dimop. Waaaaaaa, berkilat bersihnya bilik aku! ;P
Okeh, one mission completed! Pheww..
Kunun nak sambung another mission laa nih. Nak lipat baju pulak. Tp hajat tak kesampaian sebab Hadif dah bgn & merengek-rengek nak susu nenen. Seblm tu aku mmg ada rendamkan ebm utk Hadif. Kunun nak test bagi kat dia laa.. Hubby kata, Hadif ni klu ebm dia prefer yg suam-panas. 100% based on pengalaman dia jaga Hadif laa nih.. Tp, korang rasa berjayakah aku dgn mission nan satu ini?!
JGN HARAP LAA HADIF NAK MINUM EBM NI! PUTING SIKIT PUNYA MAHAL PON DIA TAK LAYAN TAU.. YG ORI JUGAK SEDAPPPP.. ;P
Lepas bfeed, Hadif sambung tido. *woo hoo* ;) So, aku pon dgn semangatnya laa on lappy & connect to internet. Hajat asal nak melipat baju sudah terkubur begitu saja. Ngeh ngeh ngeh.. Takpe, esok masih ada. Blog-hoping laa kejap, sambil ngunyah tempe sambal.. Hahahaha.. Dah mcm petiais dah bilik aku ;P
Kejap je aku dpt layan blog sbb lepas tu Hadif ni terbangun lagi. Yg kelakar, dia terus duduk dgn mata terkebil-kebil tgk mama & lappy.. Kejap pandang mama, kejap pandang lappy. Pandang mama balik, pandang lappy lagik.. Ekeke.. Pastu takde plak merengek nak nenen ke hape. Dia just golek-golek manje atas katil. Usik-usik kakak Dhea sket. Pastu ternampak pulak tupperware kecik berisi tempe sambal tu. Nak try bukak laa kununnyer.. Mcm ler gheti, dik oii.. ;P
Then, aku yg tgh rajin ni pi laa tukaqkan diaper anak-anak. Ape kejadah?! Hahaha.. Dan, seblom Hadif menjadi semakin segar bugar, harus laa mak tutup lappy kan.. ;P
Thursday, February 26, 2009
Rajinkah?!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
aku nampak ayat ko "tempe" sedap nye...
Kukagumi kerajinanmu..:)
Sis rizza kalu dok luar negeri dengar je makann M'sia yang takleh dapat kat 'situ' semuanya terliur..serba sedap..kekek.
Mamadhea, I x pernah bg EBM direct to my bb, mesti dia akan tengok penuh tanda tanya, "Apsal Mama ni? nenen ori ada nk bg botol ni apa kelas!!" pernah I mogok, suh hubby bg EBM pun dia sangat2 reluctant, dia boleh tercium bau I walau puas I menyorok!
Post a Comment