Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, May 6, 2009

Sakit mata

Bermula dgn aku sendiri dan skrg Hadif pulak.

Aku pon tak tau mana aku 'kutip' penyakit ni. Tau2 je masa aku tgh ketaq mempreparekan diri aku utk exam aritu, mata kiri aku dah mula menampakkan simptom2 sakit mata. Seingat aku, aku blom penah kena penyakit ini.

Berbekalkan ubat titis mata yg bapak aku bg, aku redah je pegi jawab exam dgn mata senget sebelah kiri yg mula membengkak/merah + berair dan bertaik mata. Dah laa paper haritu pagi, tak pasal2 org yg perasan mata aku yg vogeh masatu ingat aku gi exam dgn tak mandi pagi.. ;P

Hari Jumaat baru aku pegi ke klinik. Itupon sebab dah tak tertahan. Rasa nak korek2 je bijik mata aku kasi keluar, pastu cuci kat sinki bersih2, pastu masukkan balik. Ahahahaha.. So, dpt laa MC hari Jumaat. Wlpon MC, tetap kena jawab exam jugak, kan.. ;P

Isninnye, aku pegi lagi sekali klinik yg sama sebab mata aku gatal tak hingat. Tak pasal2 aku dpt injection kat lengan. Ahahahaha.. Tp, ok jugak sebab tak lama lepas tu gatal2 tu berkurangan. Doc nak kasik MC lagi, tp aku tolak. Baik tak aku.. ;P

Dan, pagi semlm, aku perasan mata si Hadif bengkak mcm org baru lepas menangis kaw2 punya. Masa on the way pegi taska, aku tenyeh2 mata Hadif dgn susuibu (susu aku laa, aku kan ibu dia.. ;P). Ptgnya, akak kat taska bgtau mata Hadif bengkak lagi. Ye laa, baru kena pagi tu kan, takkan tenyeh sekali dgn SI terus baik kot.. So, mlm semlm jugak, lepas Isya' aku minta tlg kat adik aku hantarkan kami 3 beranak ke klinik. Mekasih dik! ;)

Since Dhea yg batuk2 pon tak sembuh lagi, aku heret bawa dia masuk sekali jumpa paed Lee. Dpt laa Dhea habuan ubat2an drp paed tersayang.. Ekekeke.. Hadif dpt ubat titis mata & ubat selsema (share dgn kakak). Ubat kahak continue ubat yg ada kat rumah tu je. Dhea plak dpt ubat selsema (share dgn adik), Ventolin & Asumalife lagi. Hmm.. Pas abis Asumalife tu, paed soh dtg jumpa dia lagi..

Pagi td, selain drp bekalan susu & baju2an mcm biasa, aku bekalkan jugak ubat titis mata & ubat kahak utk Hadif ke taska. Ubat titis mata tu mesti apply 2jam sekali. Lepas 1-2hari, klu mata dah ok sikit, baru apply 4-5jam sekali.. Yg tak bestnya, pg tadi akak taska tu bgtau aku, sorang budak dah dijangkiti penyakit yg sama. Alahai... Sian baby tambi.. Ampunkan auntie & Hadif yer baby..

Semoga Hadif dan baby tambi cepat sembuh yer.. Jadi, idak ler penyakit tu merebak ke budak2 yg lain..




8 comments:

JaNnAh said...

lerr.. siannyee.. sakit mata ye.. cepat baik keyh..

Marsha~ said...

kau titiskan ebm kat dalam mata hadif.. susu ibu penawar segala sakit anak nyah.. cubalah....

~Umi.Sufira~ said...

Harituh gi umah aku dah sakit mata lum? tak prasan lak mata ko merah;P

mamaDhea said...

umi nawfal,
kita dah baik.. Hadif je baru kena semlm.. mekasih! ;)

marsha,
mmg pon.. sambil2 dia nenen tu, aku picit B yg sebelah pastu tenyeh sket kat mata dia.. pg td nampak dah kurang dah.. harap2 cepat laa sembuh..

mimi,
haritu aku dah kena dah.. tp dah baik dah pon masatu.. dah tak merah, cuma masih berair & bertaik mata sesikit..

FAM said...

ohh...get well!!! all of you. tensen ek sakit mata nih..

Ina Hashim said...

mmg musim sakit mata agaknya..bukan kat mesia je..my fren yg duk obersea kat aussie & uk pon anak2 diorg sakit mata...

dila~noor said...

kalau SI ok,memang btlla SI penawar..tp ritu my SIL kene sakit mata,suh die rendam biji mate (bukan keluarkan ye..hehe) dalam rx-water..alhamdulillah..berkurangla dari bengkak sampai melecet mate duk asik lap ngn handkerchief je
takde rx-water,rsnye filtered water ape2 pun blh kot..

tmpang iklan:sape2 minat nk bli filter rx-water blh contact sy..hehe

Unknown said...

salam MamaDhea,
amik exam aper tu? sambung study lagi ker?