Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, December 29, 2009

Am totally

PISSED OFF NOW!!

/XD





Sunday, December 27, 2009

Please please..

'kamu' jangan nakal..
























Coz mama dah tak sanggup bertukar jadik singa..

/please




Rasa...

...malas je nak follow gi kenduri kawen./hmm

...nak lepak2 kat rumah je harini layan blog ngan fb./please


Activiti yg 1st tu maybe boleh laa kot ngelak.. Taaaaapi, yg 2nd tu agak2 dapat ke?!





















JANGAN MIMPI laa weih.. Gi buat assignment(s) gi.. /XD




Monday, December 21, 2009

Hari terasa membosankan

dan memenatkan bila si dia jauh dari pandangan..

/no


Apalagi, meh kita layan tag oleh che'gu Intan kita.. :D

1. First time you met him - when and where?
August 1999.. Somewhere at Xtra Hypermarket, JB.. :)

2. Love at first sight?
Nope.. Tapi mak sukak tgk keningnya yg bersambung tue.. :P

3. Who is he when the first time you met him?
Rakan setempat kerja, tp kami tak kenal pon antara satu sama lain..

4. How long does it takes for him to ask you out for a date?
Can't remember.. Tapi, 1st time kami date ialah pada harijadi si dia which is on Oct 99.. :P

5. First place dating?
Some place in town..

6. How he proposed?
Part ni tak dapek nak ingat.. Kena tanya si dia, buleh? :D

7. Special date with him?
2710

8. Changes that he asked you to do?
Kurangkan membebel & lebihkan rajin melipat baju kot.. :D

9. What is about him that you love so much?
Very helpful esp. with the kiddies.. Thanks dear.. And, he's family man type..

10. What is about him that you wish he would change?
More sensitive maybe.. :D Hubby mak ni memang keras kejung part2 pujuk memujuk ni.. Tapi, klu dlm surat (dulu2 mmg gunakan kaedah surat-menyurat sepenuh masa esp. during bertunang) bukan main lentok lagi ayat dia.. hihi..

11. You lose your mind and crack your head when he?
Buat 'pasal' tak pasal2.. :D Bukan takat nak hantuk kepala sendiri, dgn kepala si dia sekali lah klu buleh.. :P

12. You will smile through your eyes for the whole day when he....?
..inform that he'll be back soon.. Maklumlah, kami kan PJJ.. :D

13. Complete below sentences "My love towards my husband is as big as...?
..my tummy rite now?" :P


Okeh, done!





P/s: Bila laa server bertuah aku nak ok.. Penat nak menjawab ngan user.. Haih..

Sunday, December 20, 2009

Pengembaraan kini bermula!

Pengembaraan laa sangat kan.. :P

/wahaha


Sebenarnya, tika dan saat ini aku tgh bersarapan sorang2 di Cheese Prata Shop (CPS). Sadis betul laa kan.. Nasib baiklah kat CPS ni ada WiFi.. Terubat sket hati.. :P

Patutnya pagi tadi kul 9 aku ada kuliah. Yer, pengembaraan tu refer pada semester baru yg sudah pon bermula semalam. Tapi, semalam aku takde kuliah..

Aku ingatkan aku laa student paling lambat sampai, rupanya tidak sama sekali. Akulah yg paling AWAL (repeat AWAL!!) hokeh! Aku awal 4jam 30minit, buleh?

/X


Lecturer pon suka2 hati je tukar waktu kuliah tau.. Nyampah! Memang ler dia ada inform, tp bukan semua student yg dapat latest information tue.. Aku laa salah sorang drpnya.. Menurut classmate aku, dia email kul 10mlm.. Buleh gitu? Kelas yg patutnya dibuat hari Sabtu, di tunda ke hari Ahad kul 9pg. Then tunda lagi kul 2ptg karang.. Haih..

/floor


Yg kesiannya, anak2 aku laa... Pagi tadi tak sempat nak mandikan diorang. Terpaksa tinggalkan diorang dgn bau busyuk masyam.. Haih.. Husband plak lepas Subuh tadi dah gerak pi keja utk buat preparation for eksais (again!) esok. Argh..

Nampaknya, baru minggu pertama kuliah dah start kelam kabut.. Hopefully, after this everything runs smoothly as smoothie.. Klu mcm ni tiap minggu, matteyyyy la mak..

Wish me gud luck for this semester okie! Gigih aku register sem ni tau.. :D

Adios..





P/s: Ada sesapa nak beli tudung murah2? Same material as Ari*ani.. Email me at isha2710[at]yahoo[dot]com.. :)

Saturday, December 19, 2009

Hijau vs Oren Kepala Jingga

Another pictures to share.. Actually, gambar2 ni adalah gambar2 lama yg tak berapa nak lama..


Please don't try this at home okie! :D



/wahaha





P/s: 'Dia' sudah mariii.. :P

Friday, December 18, 2009

Peeping my own blog...

...just to check on my pregnancy ticker, buleh?!

/wahaha


Dah 28 minggu ghopenyerr... Padan ler tido pon dah tak selesa, jalan pon dah kengkang makin sellow.. Jalan laju2 tue boleh, tp siap laa malam nanti sakit2 kaki esp. kat celah kangkang bahagian peha.. Ngee..

/blush


Anyway, err, aku ada sekeping gambar untuk tidak mengecewakan kalian :P dikongsi.. Enjoy!




Cuba teka aksi apekah yg cuba ditonjolkan oleh anak terunaku satu2nya setakat ini.. :D


/hmm





Thursday, October 29, 2009

Hai kawan-kawan..

Anybody miss me home?!! :P

Lamanya tak post entry kat sini kan.. Naik sawang dah blog ni.. Err, agak2nye laa kan, ade ke lagi yg sudi berkunjung ke sini? Klu takde, mak nak tutup jek terus.. :D

Anyway, banyak perkara nak update especially about my kiddies.. Tapi (tengok tu, dok tapi tapi lagi.. :P).. Ok, just a short update (utk sesape yg rasa nak tau ek..)..

The kiddies are fine.. Dua2 pon baru baik batuk & selsema merangkap sakit mata.. Ahahaha.. Sakit mata tu sampingan sebab paed kata, selsema terlalu lama boleh sebabkan sakit mata jugak..

Hubby ok, sihat alhamdulillah (wahh! mcm laa ada yg nak tau pasal laki mak yer.. :P).. 2 hari lepas birthday Hubby.. Happy 2*th birthday sayang!! Luv you..

Me? Seperti yg tertulis di FB, harini aku mc utk 2 hari.. Tadi gi klinik sebab badan rasa tak sihat sket. Then, Doc buat scanning sekali.. Tup tup..

'Your baby songsang nih! Nampak tak tu bontot dia kat bawah.. Haaa, ni kepala kat atas..'

Me & Hubs was like, 'Erk?!'

Dan dan tu jugak aku terus teringat peristiwa jatuh tangga last week.. Sebab tu ke? Lagipon, sejak jatuh tangga tu aku mmg makin kerap sakit pinggang yg amat sgt.. Apepon, hopefully #3 sempat laa 'berpusing' balik ke kedudukan yg sepatutnya.. 'Pusing tau dik..' Korang, doakan laa kesihatan kami yer.. :)

Next week Doc soh datang lagi utk further check-up.. Kita tungguuuuuu.. :D




Friday, September 25, 2009

Tahniah utk Abg dan SIL!!

Akhirnya, selamat juga SIL aku bersalinkan seorang baby gurl yg hairy kiut miut.. Haruslah kiut mcm mak sedara dia kan.. Dah pak ngan mak dia kiut.. :P

SIL aku serah diri ke HSI seblm subuh tadi, kul 5pg.. Terus lepak labour room (sebab dah kuar tanda) sampailah selamat bersalin secara normal tadi around 9.30am. Alhamdulillah, selamat dah semuanya.. Abg aku mesti gumbira tak terkata.. Mesti punyalah.. Dah bertahun menanti kehadiran cahaya mata sendiri kan..

Congrats again to both of you!!

Aku tadi sempat laa naik wad kejap menjenguk SIL aku tue.. Sempat jugak sembang² ngan SIL tanya itu ini wlpon henpon dok berdering². Kaco ar diorang ni.. Nak lepak lama² pon tak dapek sebab kat ofis aku bebebudak lelaki nak gi solat Jumaat kan.. Kesian plak member sorang²..

Eksaited giler aku tengok baby sampai lupa nak snap gambar.. Ahahahaha.. :D Sempat ciom² pipi baby yg gebu tu jek.. Hmmm, wangiiiiiiiiiiiiiiii.. Mak sukak.. :P




Wednesday, September 23, 2009

Back to work!

Boringnyerr... /no

Bangun pagi pon liat. Penat beraya tak hilang lagi.. Tak sampai hati nak tinggalkan suami anak² kat rumah.. Tapi, demi kerja ku gigihkan jua.. *bluwekkkk* :P

Kat ofis ni bape kerat je pon yg ade. Pagi tadi masa aku sampai, lampu malap jer.. Mcm takde org keje.. Ahahaha.. Masing² takde mood laa tuh.. :D

Ok laa.. Nak sambung keje yg ntah hape² nih.. Ngee..

/dignose




Wednesday, September 16, 2009

Salam Syawal..

Kawan-kawan,

Esok malam lepas berbuka, insyaallah Sya dan keluarga akan memulakan perjalanan balik ke kampung Hubby di Teluk Intan, Perak. Tahun ni giliran sebelah Hubby laa pulak.. Sepatutnya, last year turn sana. Tapi, atas sebab² tertentu kami beraya juga di JB. So, tahun ni takleh kacau laa kan.. :D

Sempena Syawal yg bakal tiba beberapa hari saja lagi, Sya ingin mengucapkan..

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI!!

Ampun maaf dipinta, dari mula kita berkenalan di alam maya sehinggalah sekarang. Andaikata tersilap kata, terkasar bahasa, harap dimaafkan.

Kepada yg memandu tue, tak kira laa jauh ke dekat, drive safely okie! Ingatlah orang² tersayang yg sedang menanti kepulangan kita di hari raya nanti.. :)

Again, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua bloggers..





P/s: Sempena raya ni memang bersawang laa blog nie.. :P

Naj jugak mencuba nasih

Yeah, tajuk di atas ditaip sepenuhnya TANPA melihat keyboard. :D

Tapi tajuk je laa.. :P

Amacam, MN?




Jalan-jalan cari pasal :D

Semalam, lepas buka ajak Hubby pi SMART nak beli bahan² utk buat ini. Sampai kat SMART, parking pack giler babass.. Hubby pusing 3-4kali pon masih tak dpt parking. Last² kitorang pon dah tension, aku soh Hubby u-turn dan terus pi The Store dulu beli diaper Dhea utk raya kat kampung nanti. Cousin aku ada bagitau, Mamypoko pants tgh murah kat The Store tu. Yg penting, ada saiz XXL.. :D

Wlpon tujuan utamanya hanyalah utk membeli diaper Dhea sahaja, mak tewas jugak bila sampai kat depan kedai Bebe's Home (ke House ek? :D). Kat situ baju budak² offer sampai 70%. Brand yg dijual hanyalah Peter Rabbit. Berkenan jugak tgk dress² kat situ. Aku pon ajak ler Dhea masuk sementara Hubby tunggu kat luar kedai dgn Hadif. Satu² dress Dhea cuba. Promoter dia pon ok, tak kisah budak nak try mcm² baju wlpon tak beli langsung semua.. :D

Lepas try satu dress, Dhea akan lari keluar kejap tunjuk kat Ayah. Last² dpt laa satu dress yg berkenan dimata Dhea dan juga kami mak paknye. Simple je, sebab aku mmg tak suka Dhea pakai dress yg extravaganza. Almaklum laa, anak dara aku ni tak mcm anak dara org lain yg lemah lembut. Anak dara aku ni lasak bak anak teruna.. So, simple dress is the best choice. Dan, yg pastinya dress tu mestilah kaler PINK. Ok, settle baju Dhea.

Then, Hubby panggil soh carikan utk Hadif pulak.. :D Mak pon eksaited ler kan.. Dah Hubby yg offer, laju laa cari baju utk si adik pulak. Utk adik, kami pilih seluar pjg warna gelap sket, sebab kaler khakis dah ade dah. Dipasangkan dengan sehelai t-shirt. Biasalah, baju budak lelaki tak byk choice. Balik² seluar ngan t-shirt. Ok laa tu kan dik.. ;) Geram aku baju² baby yg kiut² belaka.. Patkal je perut mak kecik lagi.. :P

Lepas settle urusan membayar, baaaaarulah masuk dlm The Store tue. :D Kat The Store memang beli diaper je. Tak daya laa aku nak selongkar baju² yg diorang dah longgok² kan. Tapi, nak membayar plak leceh. Beli satu barang je tp q pjg tak hengat..

Kul 10.30mlm, baru kitorang sampai SMART. Parking pon lapang sket laa.. Terus tuju Midas, cari bahan² yg nak dibeli dan bayar. Pastu sempat laa bawak Dhea pi gunting rambut dia. Kesian aku tgk anak aku tu, dah mcm hape dah rambut depan dia sampai mencucuk² mata..

Sampai rumah dekat kul 12tghmlm gak laa.. Anak² dah start mengaruk sebab biasa time camni diorang dah selamat beradu.. Hubby bancuhkan susu sorang sebotol, terus naik bilik salin diaper dan tido.

Tapi, aku plak tak bley tido. Perut lapar giler. Ptg tu Hubby ada majlis berbuka kat kem. So, aku berbuka dgn bapak aku je laa berdua. Tak ke param pon sebab aku dah order mihun goreng kat adik aku. So, makan tu je laa dgn kuih sket.. Agaknya Hubby aku kesin tgk aku yg dok terpusing² menahan lapar, Hubby gi tapaokan nasi goreng ikan masin. Habis sebungkus aku makan sorang.. Pastu baru dpt tido dengan lena, sampai liat nak bangun sahur.. :D Ntah pape ntah aku ni kan..

So, ptg ni aku plak ada majlis berbuka kat ofis. Dan, lepas tu kitorang plan nak gi cari kasut Dhea ngan Hadif kat Jusco.. Tengoklah kalau terdaya.. :D




Monday, September 14, 2009

Teringin nak buat...

...biskut Nescafe. Hahaha.. Dalam banyak² kuih raya, kuih ni yg dah mula terasa² kat tekak aku.. :P

Klu boleh aku nak buat malam ni jugak. Resepi dah google, tapi kebanyakan resepi yg aku dpt menggunakan sukatan gram instead of 'cawan'.. :D Leceh ler nak sukat² guna penimbang bagai. Ada sesiapa yg sudi share resepi biskut Nescafe ni (yg gunakan sukatan 'cawan') dgn aku? :D

Dan, yg menjadi concern aku sekarang ni ialah macam mana nak handle anak-anak aku sepanjang sesi baking² tu.. Sape lagi klu bukan Dhea & Hadif yang semakin hari semakin menguji kesabaran mak pak diorang ni.. :D

Any tips? /hmm




'Mama, Dhea mimpi...

...Dhea boleh terbang! :D

Aku pon tanye laa kat Dhea sebab tengok dia beriya nak story kisah mimpi dia..

'Dhea terbang macam mana?'

'Macam ni..'

=))

Agak² korang, macam mana laa rupanya Dhea terbang tu ek? Aku dah try google gambar binatang ni terbang, tp tak jumpa laa pulak.. :D


Last but not least, Dhea sempat bertanya satu soalan lagi..

'Mama, atok boleh bertukar tak?'

Satu lagi soalan berunsurkan pengaruh tv.. Hai laa anakku..




Wednesday, September 9, 2009

Terbabas terlepas

Pagi tadi bangun sahur kul 5pg.. Giler lambat. Satu hape tak masak lagi. Hubby awal² cakap tak nak sahur. So, aku just bancuh Nesvita oats instant tu. Ya Allah, seksanya nak perabih oats secawan. Dah habis, aku terus minum Twister orange juice. Nak bagi hilang rasa loya susu tue laa..

Hubby kul 5.30pg tadi dah gerak pi keja. Harini dia kena hantar budak ke Melaka. ubby aku ni jenis tak suka sahur kelam kabut. Daripada kelam kabut, baik takyah sahur. Tp, aku paksa laa jugak td sebab nak jalan jauh kan.. Nak tak nak, dia makan laa jugak sekeping roti Gardenia Butterscotch.. Hmm..

Hadif pon bangun jugak tadi. Memang selalu si kecik ni bangun sekali masa sahur. Tadi, mood dia baik sket. Masa Hubby tgh dok ikat tali kasut but kat depan pintu, Hadif dok skali kat tepi Ayah dia. Sambil tu dok tepuk² bahu Ayah dia..

'Yahh.. Yahh..', sambil tunjuk² kat kasut but si Ayah.. Pastu sengih tayang lesung pipit gigi. Siap angkat² bahu lagi tu yg aku tak tahan tu.. Tak lama tu, toleh belakang plak panggil aku. Kunun nak tunjuk laa kasut Ayah dia tu.. :D

Pagi tadi masa mandi, aku dah muntah².. Keluar balik jus oren yg aku minum. Perghh, perit giler tekak.. Ni, perut dah mula berkeriuk. Kepala aku pon dah pening² lalat balik. Tak tahulah tahan ke tak aku puasa harini. Klu tak tahan pon, bukan boleh makan sesukati. Segan laa dgn staf² yg lain kan.. Haih..

/blur




Tuesday, September 8, 2009

Param planning :P

Tadi baca tentang kekecewaan cikgu kita, Cik Intan Payung terhadap Si Lele yg dibeli di Param. Sabo yer nyah.. Pasni ko bakar je sendirik dan buat air asam sendirik. Lagi marvelous.. Bak kata Cik Fid.. Bakar lebih sket pon ok jugak. Pastu calling² laa mak. Berdesupp aku sampai.. Ok? :P

Aku mcm biasa.. Memang ke Param jugak laa setiap petang. Itupon terkejar² jugak klu meeting abis lambat. Kitorang takde balik² awal ni.. Meeting tetap meeting.

So, kenalah pandai² adjust masa. Untuk menjimatkan masa dan memudahkan aku yg tak berapa nak larat skrg ni, beberapa jam seblm balik tu aku dah confirmkan dgn Hubby menu utk berbuka. Then, baru decide Param mana kitorang nak terjah. Sampai² Param, terus terjah kedai yg berkaitan, beli & bayar. Contohnya, klu nak makan roti john yg menepati selera kami, maka, Param kat SMART laa yg sesuai diterjah. Klu nak nasi beriani, Param kat Taman Daya laa tempatnya.. Untuk weekdays, kami mmg terjah Param² berdekatan sahaja. Tak koser ler nak mengharung jem bagai.. Weekend je laa kami berani pi Param yg jauh² sket. Itupon ikut menu berbuka jugak. Klu nak nasi kerabu sedap, kat Larkin. Klu nak ikan bakar sedap, kat Perling ataupon Extra.. :D Semua kedai² kat Param ni kami dah biasa beli sejak tahun² sebelumnya lagi. So, tak risau laa dapat makanan busuk ke tak sedap ke.. :D

Klu nak cuba kuih-muih kat kedai² yg kami tak biasa beli, kami beli singgit dua je laa.. Klu menepati selera, esok² beli lebih sikit. :D Biasanya makanan yg kami beli kat Param tu mmg tahan sampai ke mlm. Kdg seblm tido tu, pakat² habiskan balance kuih yg ada (klu ada laa.. :D). Jarang sungguh makan nasi.. Sahur je laa masak lauk baru. Itupon takat goreng² ikan/tempe/telur. Buat sambal sket & sayur sket.

Haa.. Begitu laa kisahnya klu kami nak ke Param.. :D Lagisatu, aku tabik spring betul pada rakan² yg gigih memasak utk menu berbuka..





P/s: Harini aku cam ok sket. Maybe fasa pening² lalat ni dah nak abis kot.. :D Harap² cepatlah berlalu..

Monday, September 7, 2009

Tiada idea

atau tiada mood. :D

Banyak cerita sebenarnya yg nak dikongsi dgn kawan² blog. Tapi.. tu laa.. Takpe, meh citer sket ek..

1 Sept haritu, aku bleeding. Dulu masa 2nd time preggy pon penah bleeding gak. Tp, tidak banyak mana. Secalit dua gitu je.. Kalini, hmm.. Teruk sikit sbb semalaman aku terpaksa pakai pad dan pad tu penuh. Takde langsung ruang kaler putih.. Masa mandi pon meleleh je kat celah² kangkang kaki.. Ngeri aku tgk..

So, esok paginya terus ke klinik. Hubby terpaksa amik EL lagi. Kesian Hubby.. Sejak aku preggy ni ntah berapa kali dia dok EL.. Mulanya, malam tu Hubby dah ajak gi hospital. Tapi, aku tolak sebab time tu dah terbayang dah ape yg misi² hospital tu akan buat. Lagipon, takde plak rasa sakit pape. Sakit belakang/pinggang je laa pon..

Sampai klinik, gynae terus soh baring utk scan. Nampak laa baby aku tu melambai-lambai dengan aktif sekali.. Phewh! Lega... Seblm tu, masa sahur aku ada bgtau mak pasal bleeding tu. Then mak aku dah risau takut² keguguran ke hape ke kan.. AKu seblm tu elok je tak fikir pape, terus risau..

All in all, gynae kata maybe sebab uri aku ke bawah sgt. Then, haritu pon aku agak melasak jugak pegi bazaar.. So, dapat laa MC sehari, sekali dgn ubat utk kuatkan rahim. Gynae scan je, takde buat pape pon. Selamat.. Tp, klu jadi kali ke-2, gynae kata baru dia akan check rahim.. Uhh.. Harap² tak jadik laa..

Oklah, sekian saja laporan aku kali ini..




Friday, August 28, 2009

Puasa ke-7

Diam tak diam, dah seminggu umat Islam berpuasa Ramadhan ek.. Lagi 3minggu dah boleh sambut raya.. Muahahahahaha.. :D

Alhamdulillah, aku masih berpuasa penuh setakat hari ini. Wlpon badan lembek giler esp. waktu pagi sampai ke tghari, aku berjaya jugaklah puasa. Dah 3hari aku muntah² tahap dewa. Sebelum² ni takat loya² dan pening kepala jek.. Semalam ptg, masa nak ke KD Kangkar Tebrau sempat lagi soh Hubby stop keta kat tepi jalan sebab dah tak tahan sgt nak muntah. Habis keluar semua yg aku makan masa sahur..

Harini saja, ntah berapa kali aku dok ulang alik pi toilet. Wlpon toilet tu takde ler jauh mana, tp dgn keadaan aku sekarang ni, klu boleh biarlah toilet tu kat sebelah je ni hah..

Yg peliknya masa shopping kat Param ok laa pulak.. :P




Kami sayang Dhea.. :D

2 hari lepas, saya baca memo ini di blog H&H. Dan² tu jugak terus teringat kat laki sendirik.. :D

So, malam sebelum tido tu masa tgh baring², saya pon tanyelah kat Hubby. Masani anak² pon dah tido, maka, mmg sesuailah timing saya kan.. :D Klu Dhea tak tido lagi, tak pasal plak dapat soalan bertalu² drp Dhea yg sememangnya terkenal dgn pe'elnya yg BANYAK MULUT.. :P

Saya tanya Hubby, mcm mana Hubby boleh tergerak hati utk berhenti merokok. Sebabnya, saya tak pernah suruh dia stop pon, asalkan dia tak merokok dlm rumah dan depan anak². Hubby jawab mcm ni..

'Dhea laa ni..'

Aik, terus mak pelik dengar jawapan Hubby. Apelagi, mak pon excited laa nak dengar kisah sebenarnya.. :D Hubby kata, pada suatu malam ketika dia tgh syok² merokok kat luar rumah, tiba² Dhea datang dekat dia dan telah memberi nasihat kepada ayah terchenta..

'Ayah, tak baik tau isap rokok. Nanti ayah sakit dada, tak boleh napas.'

/wahaha

Hamikkk!! Tak pasal kena sound tepet dgn anakanda tersayang.. Kahkahkahkahkah!

Erm, sebut pasal sound tepet ni, actually saya pon pernah terkena sekali. Juga oleh anakanda ku Dhea tersayang.. :D

Masatu dinner time, saya masak udang goreng nestum. Dhea ni mmg favourite makan udang. So, saya pon offer utk suap dia makan sebab klu dia makan sendiri confirm nasi dia tak sentuh. :D Tgh² saya syok menyuap diri sendiri, tiba² Dhea sound saya..

'Mama ni, lupa ke nak suap Dhea?'

/blush

Hubby gelak besar bila dengar keluhan Dhea itu.. :D




Wednesday, August 26, 2009

Cuti Syawal 2009

Kami telah diarahkan untuk submit permohonan cuti Hari Raya Puasa selewat²nya hari ini. Dan, aku telah ditugaskan utk buat list staf² yg bercuti pada hari raya. Cuti yg dibenarkan bermula daripada 17hb Sept 2009 sampailah 25hb Sept 2009. Bukanlah cuti straight 9 hari.. Kena rotate laa jugak.. Samada apply cuti sebelum raya (17hb & 18hb) ataupon selepas raya (23hb - 25hb). Tapi, untuk staf² yg bekerja mengikut shift, terpaksalah keje jugak mcm biasa ikut duty roster yg telah disediakan. Takpelah, korang bujang² lagi kan.. Gaji masyuk tue..

/nobigdeal

Untuk staf² baru, most of us terpaksalah apply cuti sebelum raya termasuklah aku. So, 23hb aku dah kena naik keje dah. Hmm.. Takpe ler, janji dapat gak cuti walaupon sebenarnya tetap kena potong gaji.. Cehh! :P

Tapi ok jugak laa sebab Hubby aku pon cuti sebelum raya. 22hb Hubby mak dah kena paksa keje.. :D So, plan untuk beraya dimana nampaknya masih samar².. Klu nak balik kampung Hubby, tghmlm 16hb (ke dah kira 17hb? :D) tu dah boleh gerak laa. Then, tghmlm 21hb (22hb? :D) tu kitorang dah kena gerak balik JB untuk catch up beraya kat JB pulak. Hmm.. Apepon, kena bawa berbincang dgn Hubby dululah kan..

/hmm

So, korang dah apply cuti raya ke? Cuti dimana tahun ni? Jangan sampai berperang pulak okie.. :D




Monday, August 24, 2009

Dia jadik lagi!!

Updated on 2.18pm: The system was back to normal on 1.08pm.. Tapi, punca sebenar masih belum diketahui. Pihak Cerner just reset semula segala mak nenek yg mungkin menjadi penyebab kepada system failure tadi.. Haih..

/hmm


It's already 30mins happened tapi pihak Cerner masih jugak tak jumpa root cause.

Janganlah sampai jadi mcm last week.. Lepak woo nak guna manual..




Cerita 2 hari puasa

Alhamdulillah, aku berjaya juga berpuasa pada 1 & 2 Ramadhan.. Tapi, seharian membongkang aje laa kat rumah.. Sungguh ntahpape kan.. :P

Menu sahur kitorang lebih kurang same jek utk kedua² hari tuh..


Sahur 1
  • Ikan selar kuning saiz kecik digoreng asam

  • Telor mata 4 biji

  • Cendawan masak air

  • Ikan masin (mak punya)

  • Sambal kicap (potong cili, bawang & perah limau jek)


Sahur 2
  • Ikan selar kuning digoreng asam lagi

  • Telor mata 4 biji

  • Tempe goreng (tambahan utk ibu mengandung :P)

  • Ikan kering buatan sendiri (mak ler yg buat :P)

  • Bendi masak asam rebus

  • Sambal kicap


Tugas² menggoreng diserahkan sepenuhnya pada aku. Nasib baik mak tak alah dgn goreng² session nih kan..:P Mak aku plak masak sayur. Nasi pulak, sape yg sempat dia yg tanak. Sahur pertama akulah sebab bangun awal, excited giler nak pose. :D Sahur kedua, abg aku yg tanak sebab dia yg terbangun awal. Masa aku turun, abg aku tgh basuh beras. So, biar je laa dia buat sampai habis.. :P

Perasan tak setiap pagi ada telur mata? :D Setiap tahun kami sekeluarga mmg sahur dgn telur mata jek (plus lauk lain yg simple²). Cuma tahun ni aku tak selera nak telan itu telur. Tu yg goreng ikan tue.. :D

Untuk berbuka pulak, aku sememangnya tak gheti berbuka terus dgn nasi. Mesti nak makan kuih² je dulu. Malam sket baru nasi. Iszan, kita serupa.. Makanya, kunjungan ke bazaar ramadham adalah harus.. :D

Hari pertama berbuka, aku ngan Hubby ke bazaar ramadhan Stadium Larkin. Aku tapau nasik kerabu (utk mak, bapak ngan aku), nasi beriyani (utk adik aku), lontong kering (utk Hubby), kuih talam sket, putu bambu sket, bubur (?) lompat tikam dan air soya panas. Perghhh! Banyak giler kan.. :D Tp, alhamdulillah kerana tiada pembaziran. Semuanya licin licau.. Kul 10mlm tu Hubby ada jugak jengah meja makan kot² ada lagi kuih muih yg tinggal.. :D

Hari kedua, kami ke bazaar berdekatan sahaje. Tak larat nak redah org ramai macam kat Larkin tuh. Kami ke bazaar ramadhan di Smart. Wahh, situ pon tak kurang hebatnya. Sesak jugok. Since seblm keluar rumah tu aku dah masak nasik, kami belilah ikan pari bakar seekor dan sup daging. Belilah jugak kuih² lain; roti john sebiji, roti jala 2set, bubur (?) lompat tikam, puding, kuih tepung pelita & air soya panas 4bungkus.. Ahahaha..

Masa nak balik tu, member Hubby call soh datang gerai dia kat bazaar Perling utk amik ikan bakar. Wahh!! Rezeki jgn ditolak. Kami pon apelagi kan, bergegas laa ke sana since masih sempat.. :P Alhamdulillah. Semalam pon tak banyak pembaziran. Tapi ada jugaklah lebihan kuih muih sket. Yg mana boleh simpan, aku dah masukkan dlm fridge.

Sahur pagi tadi, hanya kami bertiga. Aku, Hubby & mak. So, just panaskan sup daging & ikan pari bakar yg kami beli kat SMART. Ikan pari yg member Hubby bagi tu dah selamat masa buka..

Harini tak tau lagi berbuka dimana. Samada buka kat rumah (of course kena pegi bazaar lagi utk tapau) ataupon buka di gerai mak. Adik aku harini dah start operasi bazaar kecil² kat depan kilang.. :D Semalam, kul 10 aku ngan mak (dan jugak Dhea) bertungkus lumus tolong adik aku buat persiapan.. Nasib baik Hubby boleh handle budak².. Aman sket nak buat keje.. Mekasih abg! :)





P/s: Fuhh, panjang giler entry ni.. 2 hari punya cerita laa katakan.. Maaflah klu membosankan ek.. :D

Friday, August 21, 2009

Ramadhan datang lagi...

Terlebih dahulu, saya memohon ampun dan maaf andai selama kita berkenalan di alam maya ni saya ada terkasar bahasa, tersilap tutur kata, tersenggol tersinggung hati dan jiwa raga dan yang sewaktu dengannyalah.. :D

Semoga Ramadhan (1430) kali ini akan menjadi Ramadhan yg lebih baik drp Ramadhan² sebelumnya.. Insyaallah.. Amin..



SALAM RAMADHAN 1430



drp Sya sekeluarga utk rakan² bloggers.. :)





P/s: Harap² dapatlah saya berpuasa barang seminggu dua.. Huhu.. Tp, klu dapat puasa penuh lagi bagus kan kan kan..

Tuesday, August 18, 2009

Still here..

...cover my kelik sekejap. Sepatutnya dah balik dah ni. Tapi, takpelah.. This time aku tolong dia. Mana tau esok² aku perlukan bantuan dia pulak kan.. :D

Harini havoc satu ofis sebab ada downtime yg tak disangka². Kesian aku tgk budak² application, sampai tak sempat lunch. Baru tadi kul 5+pm diorang nak kuar lunch dan terus balik. Kali ni downtime lama giler. Start jadi kul 12+pm gitu saaaaaaaaaaampailah kul 4.30+pm tadi baru dpt resolved. Aku lunch pon kul 3pm. Eh, tp mmg boleh dikatakan hari² pon aku lunch lambat.. :D

Malam ni nak makan ape eh? Lately aku mmg takde selera nak makan. Yg paling boleh masuk tekak aku saat ni hanyalah...





Yerr, aku tau tak elok makan maggi selalu.. Esp. preggy moms kan.. Tp, dah itu je yg boleh masuk dgn selamatnya ke tekak dan perut aku setakat ni.. Camno tu? Ada idea tak kengkawan?

Harini pon badan aku tak berapa sihat. Nak sendawa mcm tak lepas².. Actually, dah beberapa hari aku rasa senak dada. Ala² sakit ulu hati gitu laa.. Then, malam² sesak nafas mcm org semput. Time Hubby ada, boleh laa dia tolong sapu² vicks seme.. Last 2 nite pon Hubby ada tolong urut² sampaikan dia yg sendawa sakan.. :D

Ok laa kengkawan, my kelik dah balik drp solat. So, aku pon nak log off dah nie..

/bye




Friday, August 14, 2009

Kisah coklat saya

Tagged by US. Mekasih nyah! Rindu kat mak yer.. :P

1. Kek Coklat kegemaran anda?
Ape sahaja jenis kek coklat yg sedap.. :D

2. Kek Coklat jenis apa yang anda minat?
Saya suka kek yg basah² sikit..

3. Biskut Coklat kegemaran anda?
Biskut Chipsmore & Mocha (yg packing kaler hijau tue).. :D

4. Coklat bagaimana yang anda suka?
Saya prefer yg plain dan yg ada badam jer..

5. Di manakah anda biasa membeli Kek Coklat kesukaan?
Since saya masih jugak tak pandai² buat kek coklat sendiri, klu dah teringin nak makan tu pi laa beli kat kedai kek.. Mana² kedai kek yg menayangkan kek coklat yg menggiurkan, kat situ laa saya beli..

6. Apakah mengenai Coklat yang anda suka?
Rasa lemak² kokonyer.. :D

7. Berapakah harga sebiji kek yang biasa anda beli?
Saya jarang beli sebiji ke tak pernah eh? :D Selalu beli slices je.. 1 slice tu biasanya dlm RM4-5..

8. Adakah anda hanya beli sebiji cupcake aje?
Cupcake tak pernah beli lagi sebab kat JB ni takde kenalan yg pandai buat cupcake..


Okeh, tag settle! :)




A confession

Rasanya ada yg dah sedia maklum keadaan aku sekarang, kan? No?

Ok laa.. Ni nak confess satu perkara.. :D Actually, now



Lilypie Pregnancy tickers



/blush

Haaaaaaaaaaaaaa.. Sila jgn tanye pape eh.. Mak blom ready nak menjawab segala pertanyaan.. :P Tapi, silalah ucapkan tahniah yer.. :D

Sama seperti 2 kehamilan aku seblm ni, 1st trimester mmg sgt² menguji ketahanan diri aku.. Dgn mabuk, loya, muntah² bagai.. Susu aku pon makin drop. Tak pernah² aku pam dpt dasar² botol je, tp kalini ntah berapa kali dah aku pam, itulah jugak amaun yg aku dpt. Bila tgk susu tu, terus teringat kat CY..

Paling kesian dekat Hadif laa.. Terkulat² dia telan FM. Sepanjang hari resah mcm tak puas nyusu. Padahal kak Su dah bancuh lebih drp yg dia selalu consume SI. Dah seminggu dah ni. Korang doakan²lah aku yer..

Kat rumah pon Hadif tak nak sgt dgn aku melainkan time dia nak nenen. Sedih mak woo.. Susah btol nak dpt cuddle dia skrg ni. Asyik² Aaaaaayah je la..

/XD

Tp, takpelah kot.. Mak pasrah je laa.. At least, aku dpt rehat lebih sikit.. Kan kan.. /wahaha

Ok laa korang.. Sejak akhir² ni aku takde mood nak berblog.. Till then..




Wednesday, July 29, 2009

Cerita orientasi

Ingat tak orientasi yg aku war²kan seblm ni? :D Meh nak story sket pasal orientasi aritu..

Management team yg hadir malam tu adalah seramai 6org termasuklah our MD. Mcm biasalah, ada sesi staffs introduction. Kat branch sini mmg ramai staf baru. Lepas kitorang, turn management team pulak menyampaikan sepatah 2 kata. Intro MTs saje dekat sejam lebih, blom masuk slide lagi tau..

Slide² seterusnya adalah berkisarkan vision & mission, scope of job, etc etc etc.. Kiranya sesi memperkenalkan syarikat laa pulak kan..

Part yg paling aku suka dgr ialah sesi intro from each management team members. Mereka dgn besar hatinya meng-share sedikit sebanyak pengalaman mereka sepanjang bersama syarikat ini. Memang best laa dgr sebab most of them start to join this company masa company ni baru nak setup. Mmg agak terharu dgr pahit getir yg terpaksa mereka lalui. And, best part is they are still together until today to give the best to the company.

Another thing I discovered is, it turned out that our MD is a racist. :D Bukanlah maksudnya dia tak suka langsung dgn non-malay esp. cha-ya-nun-alif. Tp, dia kata dia takkan employ non-malay. Maka, secara tak langsung syarikat ini menjadi 100% syarikat bumiputera. Yeay!!

Ada satu ketika bila dia sentuh tentang Melayu, dada aku sebak tak terkata. Airmata bergenang2.. Seperkara lagi tentang our MD, he can read our heart. Serious. Don’t ever lie to him coz he will know straight from your eyes. Gerun jugak mak nak tentang mata.. :P But, he smiles all the times. So, takde ler gerun sgt sbb masih boleh senyum² kambing.. :P

All in all, I’m proud to join SC. :)

Oh ye, kitorang ada game jugak. Ye laa, dah tghmlm kan, ramai yg dah lost focus gitu.. Masing² mata pon dah merah² sebab tahan ngantuk. So, our GM, En. Shah, buat laa game utk segarkan balik staf² dia nih. Game tersebut adalah utk menguji sejauh mana kami mengikut arahan drp pihak atasan. And, it turned out that only 2 staffs yg betul² ikut arahan pada kertas yg diedarkan.. Kahkahkahkahkahkahkah.. Yg lain? Hampeh, termasuklah aku! Baru kena pressure sket dah kelam kelibut.. :P

Bagus jugak sesi orientasi mcm ni. Aku pon banyak kutip quote from our management team members esp. our MD.. So, mmg tak rugi laa kami bersengkang mata sampai almost 1am. :)

SC.... YES!

PANDAN.... TERBAIK!
PANDAN.... TERBAIK!
PANDAN.... TERBAIK! TERBAIK! TERBAIK!





Buli balik?!



Terima kasih kakak sebab tak balas balik kat adik... :D




Friday, July 24, 2009

Togel



Asal aku buka blog ni drp pc ofis, tak penahnyer nampak blog background aku yg vogue tu.. Rindu betul nak tgk reben merah yg besar gedabak kiut tuh..

Klu buka blog lain ok pulak mcm blog Kak Non, CY3.5, ML dan Iszan.. Tak penahnya togel blog korang tau.. Mak sukak! Ape yg aku perasan, blog² lain yg menggunakan free blog background drp sini mmg tak keluar langsung background korang yg vadevasss tue.. Haih..

Camne ni CY? Help! Helppp!





P/s: Mcm² laa pc ni.. Ni pon lepas run ultrasurf barulah aku dpt bloghoping dgn tenang.. Klu tak, blocked manjang.. Menci! Sib baik nanang keluar jugak.. :P

Orientasi

Hari ini dlm sejarah aku ada orientasi. Mula lepas waktu keje, kul 5.30ptg sampailah 7.30mlm. Stop kejap utk solat & makan malam. Then sambung balik kul 8.30mlm saaaaampailah 12tghmlm. WTH?!

Management team from HQ skrg ni dah selamat kat atas highway PLUS, dlm perjalanan menuju ke destinasi yeay yeay sini.. Kul 10pg td diorang dah gerak drp KL dan dijangka tiba around 2-3pm.. Giler ar, bos besar pon turun padang beb.. Ntah ape laa yg dia nak brainwash kami kat sini. Oh yer, orientasi ni utk semua staff kat branch JB ni, tak kira laa staff baru ataupon yg lama.. :D

Hari Rabu lepas (sebaik dpt notis dari HQ) aku dah kawtim dgn BS Hadif. Ye laa, sapa nak jaga si kenit tu kan.. Nasib baiklah BS Hadif sanggup nak jaga. So, lepas aku habis orientasi nanti baru pi amik Hadif kat rumah Kak Sue. Tp, tgklah nanti klu Hubby balik awal dia kata dia akan amik Hadif dulu. Cam tak best plak nak tinggal anak kat rumah BS sampai ke tghmlm.. Eiii, ni yg buat I bertambah² sayang kat you! *bluwekk* :D

Ingatkan zaman² study dulu jek ada orientasi.. Rupanya, dah keje pon masih jugak nak kena basuh orientasi. Haih..

/dignose




Lunch hari ini?

Sudah beberapa hari aku teringinnnn sgt nak makan ini.. Last aku makan masa lunch terakhir dgn ex-kelik.. :D



Thai Tomyan



Jenis mee boleh pilih sendiri.. Aku suka mee laksa ni..



Thai Tomyam ni boleh didapati di Tesco² berdekatan ofis aku.. Setakat ni, yg aku tau ada booth makanan Thai ni hanyalah kat Tesco Extra Plentong & Tesco Tebrau (sebelah JJ Tebrau City).. :D

Selain tomyam, ada jugak jual dessert² traditional Thai mcm ubi kuning berkuah santan.. Ape ntah nama dia.. :D

Haih.. Tiba² pulak aku rasa rindu kat ex-kelik.. :(




Wednesday, July 22, 2009

Pengumuman! Pengumuman!

Seperti yg telah diwar²kan oleh Ms. Lola, Pn. Ealyie dah selamat melahirkan baby boy yg kiuttt dan putihhh, pagi tadi seblm gerhana. Ealyie yg ckp hari ni ada gerhana.. Betul ke korang? Mak mmg tak tau berita langsung.. :D

Aku kan paparazi! Aku dah pegi menjengah si Ealyie dan baby boynyer kat wad tghari td . Dah dekat sgt dah dgn tempat baru aku ni, saje je laa tu kan klu tak pegi.. :P

Mcm biasalah, aku mmg suka snap² gambar ni.. Nak² pulak newborn. Klu anak aku, dah mcm² angel dah aku snap.. :D So, seblm aku berambus balik ofis tadi aku snap laa gambar baby si Ealyie ni.. Tp, tak dpt nak transfer ke pc sbb pc suite tak abis download lagi. Baru 65%.. Lembab!

Apepon, Tahniah utk Mama Ealyie dan keluarga!

Pasni, abg Eghis ade ler kawan utk main futsal.. Kan abg Eghis kan.. /wahaha




Saturday, July 18, 2009

Sesi 2009/2010

Semester baru sudah bermula. Yeay!!

Sebenarnya, minggu ni adalah minggu kedua. Sabtu lepas aku ada satu kelas on Saturday. But, to no avail. Maksudnya, kelas dibatalkan.. Penat je aku dtg jauh2 nak tuntut ilmu, tapi lecturer tak muncul2. Setelah diselidik bagai, lecturer tu masih jalan2 cari pasal makan kat oversea. Apekah?!!!

This week, sape yg ada kelas dgn lecturer yg sama dgn subjek last week mmg senang lenang laa takyah dtg kelas sebab lecturer tu tak balik lagi.. Jgn sampai lupa jalan pulang sudah.. :P

I'm typing this entry from MPK7.. Yerr, mak ngaku mak memang vogue selambe badaks..

/wahaha




Friday, July 17, 2009

Advise for 2009

From Warren Buffett, not me ek.. :P

Hardwork : All hardwork bring a profit, but mere talk leads only to poverty.

Laziness : A sleeping lobster is carried away by the water current.

Earnings : Never depend on a single source of income. (At least make your investments, get you second earning).

Spending : If you buy things you don't need, you'll soon sell things you need.

Savings : Don't save what is left after spending; Spend what is left after saving.

Borrowings : The borrower becomes the lender's slave.

Accounting : It's no use carrying an umbrella, if your shoes are leaking.

Auditing : Beware of little expenses; A small leak can sink a large ship.

Risk-taking : Never test the depth of the river with both feet (Have an alternative plan ready).

Investment : Don't put all your eggs in one basket.


WB kata, 'This self-prescribed therapy has ensured that each passing year, I grow wiser and not older' :D


Most cubicle ada ditampal artikel penuh Warren Buffett ni, termasuklah kat cubicle baru aku (tp bukan aku laa yg tampal :D).. Gigih mak menaip okeh, just to share with uols.. Untuk artikel penuh, sila google sendiri yer.. :P




Thursday, July 16, 2009

Doa sebelum tidur

Biasanya aku akan minta Dhea ikut aku baca sepatah2, rite after me..



'Allah - humma - bismika - ahyaa - waamut'



Tapi, semalam lain jadinya.. Masa aku start baca 'Allah - humma', Dhea pon baca sekali serentak. Aku ngan Hubby masing2 pandang sesama sendiri, sambil bisik2.. Then, aku teruskan bacaan sampailah habis. Kitorang buat2 tak dengar je yg ape yg Dhea baca. Betullah ape yg Dhea baca tu, cuma pelat2 sket laa sebutannya.. Kitorang buat2 tak dgr sebab nak tgk tahap hafalan Dhea..

Well, dan2 Dhea habiskan baca doa tido, airmata aku bergenang2.. Terus aku usap2 kepala dia.. Cakap kat dia, 'dah pandai dah anak mama..'. Dhea plak sengih2 kena puji.. Syahdu mak weihh.. :P




Wednesday, July 15, 2009

Lunch di Tesco

Dengan selamba saya mengekor kawan2 baru hari ini. Kata adaptor adaptive.. :P

Kami lunch di kedai Linda Onn, Mom's Delight.. Duduk saje, pelayan kedai ckp 'Nasi Ayam Simple' je yg ada. Menu2 lain takde.. Lorr.. Hmm, dah alang2 masuk duduk tu kami order saje ler 5set (utk 5org.. :P)..

Seblm lunch tadi, kecoh sekampung sekejap.. System down.. Berdering2 talipon kat helpdesk nih.. :D Tiba2 terpampang message alert kat skrin pc..



Tak sampai 10minit, terpampang pulak message yg ni..



Aku nganga je ler tgk application team kelam kabut buat keje. Betulkan ape yg patut.. :D Diorang ckp, Isnin lepas pon system down for almost 2hours.. Erk..

Ampunnn, mak mmg tak tau satu hape..




Blogging from HSI

Haluuuuuuuuuuu gurls.. :D


Guess where am I now? :P





P/s: Apa yg penting? Kerjasama! Aku dah download PS.. :P

Tuesday, July 14, 2009

Transformers

Aku kurang minat tgk cerita robot2 nih.. :D Tapi, anak aku minat. Dhea laa terutamanya.. Budak ni mmg, kartun ape pon seme dia suka tengok..

Maka, last weekend, Hubby telah belikan ini utk Dhea.. :D
























Klu takde tulis kat kotak tu, aku mmg tak tau ape ke namanye autobot itu.. :P Mahal jugak ek, RM15.90 sebiji. Nasib baik laa Hadif blom pandai mintak menan tu.. :D