Alhamdulillah, aku berjaya juga berpuasa pada 1 & 2 Ramadhan.. Tapi, seharian membongkang aje laa kat rumah.. Sungguh ntahpape kan.. :P
Menu sahur kitorang lebih kurang same jek utk kedua² hari tuh..
Sahur 1
- Ikan selar kuning saiz kecik digoreng asam
- Telor mata 4 biji
- Cendawan masak air
- Ikan masin (mak punya)
- Sambal kicap (potong cili, bawang & perah limau jek)
Sahur 2
- Ikan selar kuning digoreng asam lagi
- Telor mata 4 biji
- Tempe goreng (tambahan utk ibu mengandung :P)
- Ikan kering buatan sendiri (mak ler yg buat :P)
- Bendi masak asam rebus
- Sambal kicap
Tugas² menggoreng diserahkan sepenuhnya pada aku. Nasib baik mak tak alah dgn goreng² session nih kan..:P Mak aku plak masak sayur. Nasi pulak, sape yg sempat dia yg tanak. Sahur pertama akulah sebab bangun awal, excited giler nak pose. :D Sahur kedua, abg aku yg tanak sebab dia yg terbangun awal. Masa aku turun, abg aku tgh basuh beras. So, biar je laa dia buat sampai habis.. :P
Perasan tak setiap pagi ada telur mata? :D Setiap tahun kami sekeluarga mmg sahur dgn telur mata jek (plus lauk lain yg simple²). Cuma tahun ni aku tak selera nak telan itu telur. Tu yg goreng ikan tue.. :D
Untuk berbuka pulak, aku sememangnya tak gheti berbuka terus dgn nasi. Mesti nak makan kuih² je dulu. Malam sket baru nasi. Iszan, kita serupa.. Makanya, kunjungan ke bazaar ramadham adalah harus.. :D
Hari pertama berbuka, aku ngan Hubby ke bazaar ramadhan Stadium Larkin. Aku tapau nasik kerabu (utk mak, bapak ngan aku), nasi beriyani (utk adik aku), lontong kering (utk Hubby), kuih talam sket, putu bambu sket, bubur (?) lompat tikam dan air soya panas. Perghhh! Banyak giler kan.. :D Tp, alhamdulillah kerana tiada pembaziran. Semuanya licin licau.. Kul 10mlm tu Hubby ada jugak jengah meja makan kot² ada lagi kuih muih yg tinggal.. :D
Hari kedua, kami ke bazaar berdekatan sahaje. Tak larat nak redah org ramai macam kat Larkin tuh. Kami ke bazaar ramadhan di Smart. Wahh, situ pon tak kurang hebatnya. Sesak jugok. Since seblm keluar rumah tu aku dah masak nasik, kami belilah ikan pari bakar seekor dan sup daging. Belilah jugak kuih² lain; roti john sebiji, roti jala 2set, bubur (?) lompat tikam, puding, kuih tepung pelita & air soya panas 4bungkus.. Ahahaha..
Masa nak balik tu, member Hubby call soh datang gerai dia kat bazaar Perling utk amik ikan bakar. Wahh!! Rezeki jgn ditolak. Kami pon apelagi kan, bergegas laa ke sana since masih sempat.. :P Alhamdulillah. Semalam pon tak banyak pembaziran. Tapi ada jugaklah lebihan kuih muih sket. Yg mana boleh simpan, aku dah masukkan dlm fridge.
Sahur pagi tadi, hanya kami bertiga. Aku, Hubby & mak. So, just panaskan sup daging & ikan pari bakar yg kami beli kat SMART. Ikan pari yg member Hubby bagi tu dah selamat masa buka..
Harini tak tau lagi berbuka dimana. Samada buka kat rumah (of course kena pegi bazaar lagi utk tapau) ataupon buka di gerai mak. Adik aku harini dah start operasi bazaar kecil² kat depan kilang.. :D Semalam, kul 10 aku ngan mak (dan jugak Dhea) bertungkus lumus tolong adik aku buat persiapan.. Nasib baik Hubby boleh handle budak².. Aman sket nak buat keje.. Mekasih abg! :)
P/s: Fuhh, panjang giler entry ni.. 2 hari punya cerita laa katakan.. Maaflah klu membosankan ek.. :D
3 comments:
kau ngandung ek nok???????? congratss!! dah berapa minggu???!
wah...entry penuh ngan nama makanan!:P
marsha,
yer nok.. kan mak dah buat confession last week.. :D
mimi,
tu laa pasal nyah.. klu dah p bazaar tu mmg tak gheti beli sejenis kuih.. mesti nak beli lebih sebab yg nak makan pon ramai.. :D
Post a Comment