Semalam, lepas buka ajak Hubby pi SMART nak beli bahan² utk buat ini. Sampai kat SMART, parking pack giler babass.. Hubby pusing 3-4kali pon masih tak dpt parking. Last² kitorang pon dah tension, aku soh Hubby u-turn dan terus pi The Store dulu beli diaper Dhea utk raya kat kampung nanti. Cousin aku ada bagitau, Mamypoko pants tgh murah kat The Store tu. Yg penting, ada saiz XXL.. :D
Wlpon tujuan utamanya hanyalah utk membeli diaper Dhea sahaja, mak tewas jugak bila sampai kat depan kedai Bebe's Home (ke House ek? :D). Kat situ baju budak² offer sampai 70%. Brand yg dijual hanyalah Peter Rabbit. Berkenan jugak tgk dress² kat situ. Aku pon ajak ler Dhea masuk sementara Hubby tunggu kat luar kedai dgn Hadif. Satu² dress Dhea cuba. Promoter dia pon ok, tak kisah budak nak try mcm² baju wlpon tak beli langsung semua.. :D
Lepas try satu dress, Dhea akan lari keluar kejap tunjuk kat Ayah. Last² dpt laa satu dress yg berkenan dimata Dhea dan juga kami mak paknye. Simple je, sebab aku mmg tak suka Dhea pakai dress yg extravaganza. Almaklum laa, anak dara aku ni tak mcm anak dara org lain yg lemah lembut. Anak dara aku ni lasak bak anak teruna.. So, simple dress is the best choice. Dan, yg pastinya dress tu mestilah kaler PINK. Ok, settle baju Dhea.
Then, Hubby panggil soh carikan utk Hadif pulak.. :D Mak pon eksaited ler kan.. Dah Hubby yg offer, laju laa cari baju utk si adik pulak. Utk adik, kami pilih seluar pjg warna gelap sket, sebab kaler khakis dah ade dah. Dipasangkan dengan sehelai t-shirt. Biasalah, baju budak lelaki tak byk choice. Balik² seluar ngan t-shirt. Ok laa tu kan dik.. ;) Geram aku baju² baby yg kiut² belaka.. Patkal je perut mak kecik lagi.. :P
Lepas settle urusan membayar, baaaaarulah masuk dlm The Store tue. :D Kat The Store memang beli diaper je. Tak daya laa aku nak selongkar baju² yg diorang dah longgok² kan. Tapi, nak membayar plak leceh. Beli satu barang je tp q pjg tak hengat..
Kul 10.30mlm, baru kitorang sampai SMART. Parking pon lapang sket laa.. Terus tuju Midas, cari bahan² yg nak dibeli dan bayar. Pastu sempat laa bawak Dhea pi gunting rambut dia. Kesian aku tgk anak aku tu, dah mcm hape dah rambut depan dia sampai mencucuk² mata..
Sampai rumah dekat kul 12tghmlm gak laa.. Anak² dah start mengaruk sebab biasa time camni diorang dah selamat beradu.. Hubby bancuhkan susu sorang sebotol, terus naik bilik salin diaper dan tido.
Tapi, aku plak tak bley tido. Perut lapar giler. Ptg tu Hubby ada majlis berbuka kat kem. So, aku berbuka dgn bapak aku je laa berdua. Tak ke param pon sebab aku dah order mihun goreng kat adik aku. So, makan tu je laa dgn kuih sket.. Agaknya Hubby aku kesin tgk aku yg dok terpusing² menahan lapar, Hubby gi tapaokan nasi goreng ikan masin. Habis sebungkus aku makan sorang.. Pastu baru dpt tido dengan lena, sampai liat nak bangun sahur.. :D Ntah pape ntah aku ni kan..
So, ptg ni aku plak ada majlis berbuka kat ofis. Dan, lepas tu kitorang plan nak gi cari kasut Dhea ngan Hadif kat Jusco.. Tengoklah kalau terdaya.. :D
Wednesday, September 16, 2009
Jalan-jalan cari pasal :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment