Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, July 1, 2009

Cutilah sangat!

Ingatkan semalam dapat laa aku cuti dari memasak, tp, tidak jugak! /blur

Sebaik aku sampai kat rumah, keta Hubby elok je park kat depan gate. Lorr.... Kata harini (semalam) tak balik. Duty malam. Rabu pagi baru balik. Tapi balik pulak.. Hmm..

Maka, secara tak langsung cuti aku dibatalkan. Tunggu jugak kot2 Hubby ajak makan luar ke kan.. :D Tapi, Hubby ni mcm paham je mood masak aku dah ke laut.. :P So, dia just request sardin ngan telo dadar je semalam. Eh, sonang je tu. Lagipon, lama dah tak makan sardin. Tin sardin tu klu boleh berkulat, silap2 dah tak nampak bayang tin sardin. Kelabuuuuuuuu je gamaknyer.. :P



Telo Dadar (+bawang shj) dan Sambal Sardin :D



Wlpon mood masak ke laut, aku tambah satu lagi lauk kesukaan anak2.. Kebetulan bahan2 pon cukup, boleh laa.. :P



Sup Kentang



Hadif bedal berketul2 kentang.. Kentang saje plak tu. Nasi takmo. Ikan takmo. Carrot tu makan laa sket selang seli ngan kentang. Masa ni Dhea tgh tido, rilek sket laa layan si kecik ni makan. Hubby tambah nasi 2kali. Lapar giler, dia kata. Dari tghari tak sempat makan..

Ngam2 Hadif & Hubby siap makan. Dhea plak terbangun. Aku plak baru makan 2-3 suap. So, ajaklah Dhea makan sekali. Yg si kakak plak lain, tanak kentang. Nak telo ngan suhun je. Sebijik cam ayah laa kakak ni.. :P

Bila semua dah kenyang, lauk yg tinggal hanyalah sup & sardin. Sup tu adalah dlm semangkuk kecik. Sardin plak tinggal 3ketul. Byk gak isi sardin ni ek, ada dlm 5ketul. Padahal tin kecik je. Lepas makan, aku sambung bertukang kat dapo sampai laa kul 10+..

Penat seyyyy.. /sweat





Haaa, efisen tak efisen laa aku kat dapo kan.. Lesung batu sampai 2 biji skali guna.. Hamikkkkk.... /wahaha




3 comments:

ibu dania said...

slurrrrrpppp...tompang makan leh tk??? and nak tompang link sekali..boleh kan?? salam kenal...

dila~noor said...

eh..samela lauk kite smlm..heheh
tp kn..lauk2 mcmnila g berselera kdg2,pnt mkn lauk complicated..
rajin mamadhea masak skrg =)

psst..yg betukang2 bagai tu nk msk ape plak?hehehe

mamaDhea said...

apsal aku nak komen kat blog sendiri tak bley nih? hampehhh btol.. ini adalah attempt kali ke-3, harap maklum.. :D


ibu dania,
salam kenalan.. boleh boleh.. meh laa dtg umah..

dilla~noor,
same ek.. sodapp kan lauk simple2 ni.. lunch makan yg complicated sket, dinner lauk simple jek..

kena rajin jugak laa masak klu hubby ada kat umah.. klu tak, tak masak gak.. ahahaha.. saja skrg ni suka tempek gambar lauk pauk than gambar anak2 sebab diorang ni dah pandai lari2 klu kita nak snap gambar.. klu lauk, takleh lari.. muahahaha..

bertukang tu masa utk bereskan dapo yg tunggang langgang.. :D