Kesian.. Sampai terkeluar isi perut dia.. :D
Hujung minggu lepas, aku ke Carre.4. Singgah semata2 nak beli brite ice yg baru utk menggantikan brite ice yg dah pecah tu (sila rujuk gambar di atas :P). Diam tak diam, dah setahun jugak brite ice ni berjasa..
Kunun nak singgah sekejap je laa.. Pelan asal, lepas jumpa barang yg dicari, terus pi bayar & blah.. Tapi, klu dah namanya pegi dgn anak2 (yg eksited terlebey mcm laa mak pak dia tak penah bawak jenjln kan :P), takde maknenya singgah sekejap okeh. Dekat sejam jugak kami me'round' kat dlm tu.. :P
Dapat laa Dhea pensel kaler sekotak yg kecik & buku kaler2. Kang tak belikan buku kaler2, habis dinding kat umah Dhea kalerkan pulak kan.. Hadif? Tak dpt ape2 pon. Tapi, merasa laa duduk atas troli besi tu sejam. Jadi laa ek Dik.. :P
Masa aku dok belek2 brite ice tu, tak jumpa plak saiz S. Aku tanya kat SA yg tengah ralit susun barang kat sebelah aku..
'Dik, saiz S takde ke?'
'Inilah saiz S kak..'
'Eh, bukan. Ini M. Saiz S dia pendek lagi sket. Aik, awak takkan tak tau?'
'Erm, saya baru kat sini sebln kak. Setau saya 3 jenis (saiz) ni je yg ada.'
'Aik, dulu akak beli kat sini laa jugak dik.. Akak nak saiz S je sbb kecik sket. Senang nak sumbat dlm cooler bag tu..'
'Owh, ada lagi kecik ek kak? Tp, ini je yg ada kak..'
'Hmm, takpelah. Akak amik je laa yg saiz M ni..'
Then, baru je aku nak blah dari situ budak SA ni tetiba tanya aku soalan cepu emas.. :D
'Kak, nak tanya sket bleh.. Akak guna benda ni utk ape ek? Ape kegunaan sebenar benda ni kak? Maaf laa kak. Saya budak baru kat sini, mmg tak tau langsung pasal benda ni..'
Lorr.... Buleh gitu? Patut laa mati2an cakap takde lagi kecik.. /hmm
Kesian aku tgk muka budak SA tu. Mcm minta simpati gitu.. So, aku pon terangkan laa jugak dgn panjang dan lebar.. Siap bgtau lagi aku guna benda tu utk ape.. :D
1 comment:
sya..ko makan erk brite ice..hahahaaaa
aku semua bahan-bahan ada lagik..selamat...kahkahkah
Post a Comment