Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, January 30, 2009

Giler betik!

Err, serba salah aku nak terima award kali ni.. Ahaks! Apepon aku tetap terima dgn hati yg terbuka luas.. Toooooccey a lot kpd pemberi(s) award, Arnie & Mimi.. Tang mana yg giler tu weih?! ;)




Sebelum aku pass award ni kpd blogger giler lain, check-out dulu RULESnyer yerr...




Selepas aku dok belek-belek, timbang-timbang, sukat-sukat tahap kegilaan blog kat bloglist aku.. Maka, aku dgn rasa besar kepala hati ingin memberi award ini kpd...

  1. Madam Za

  2. Iszan

  3. Marsha

  4. Cik Puan Muda



Marilah kita menggiler bersama-sama.. Cheers! ;)

Tuesday, January 27, 2009

Just the two of us

Since hari Ahad ptg, kami tinggal bertiga je. Me, Hadif & guess who?! Well, definitely not Dhea coz Dhea sudah selamat tiba di Batam mlm Ahadnye. Maybe dlm kul 7.30mlm dah sampai sana kot sbb tiket kul 5.30ptg. Parents aku bersungguh nak bawa Dhea skali ke Batam. And, since Abg aku & SIL pon pegi skali, maka, aku & Hubby tak kisahlah melepaskan Dhea utk join trip kalini..

Yess… Hubby aku dpt balik bercuti sempena CNY & telah selamat tiba di JB hari Sabtu ptg. Wlpon tak mengikut jadual seperti yg dirancangkan, aku anak-beranak tersgtlah gumbira dpt berjumpa dgn insan yg paling kami syayanggggg. Sepatutnya, tghari Hubby dah sampai umah. Tp atas sebab yg tak dpt dielakkan (ye ke?), ptg baru nampak batang hidung. Setibanya aku kat depan umah (balik drp kuliah laa.. ;P), hati melonjak sakan bila ternampak 'wira' kesayangan sudah sedia menanti... Sila jgn muntah okeh.. Ekeke ;P

Erm, klu Hubby sudah di depan mata, korang rasa apekah aktiviti kami sekeluarga?! ;P










Haaaaaaa.. Selain drp 'Assalamualaikum' (aku pinjam word ko yer nyah ;P), byk lagi aktiviti berfaedah yg telah kami lakukan bersama-sama okeh.. Anak-anak pon sgt happy bila ayah ada disisi. Secara tak langsung, dpt laa aku xtra rehat kan.. Owh yer, Hubby juga rajin membantu aku mengemas bilik yg sudah serabut itu.. Thanks abg..

Dhea, sesungguhnya anak ayah 200%.. Ape taknyer, semua pon nak aaaaaayah jugak. Nak mandi, cari ayah. Nak susu, ayah juga kena buatkan. Time ni klu mama buat sure tak syedapp kan Dhea kan ;P.. So, dari Sabtu mlm sampai laa ke Ahad ptg seblm naik feri, Dhea melekat dgn ayah aje laa kekdahnye..

Hadif pon tak kurang juga berlagak dgn mama.. Bila nak nenen je baru nangis cari mama. Sabo aje laa kan.. Sekali lagi ayah bagaikan gula whilst kami bertiga umpama semut merah. Ahaks.. Best jugak mcm ni.. ;)

Sebaik shj Dhea & keluarga aku yg lain selamat menaiki feri ke Batam, kami bertiga ke pasar mlm Larkin. Naik Sorento youuu.. Jakun ek.. Kesyiannn.. Ekeke.. Mcm biasa, klu dah ke pasar mlm Larkin, tak sah klu tak beli soya panas & kuih favourite kami berdua, magelek. Ala, kuih India yg kita kena mkn dgn cili padi utk tambah ummph! Seblm balik tu sempat jugak beli brg dapo sket. Boleh laa masak utk Hubby kan.. ;P

Semlm, kami tak kemana-mana pon. Kunun tghari nak masak utk Hubby, but then Hubby ajak lunch kat Kg. Melayu. Lama tak pekena Yong Tofu katanya. Kami pon bersiap ala kadar & zassssss.. Kebetulan adik aku pon cuti semlm, so, ajaklah dia skali.

Mlmnyer, skali lagi Hubby ajak mkn luar. Kali ini, kami (adik aku pon join jugak..) ke Senibong. Lama jugak kami tak jejak sini. Ingat tak tempat yg telah dipromote oleh Cik Sufira kita, anak jati Johor tue?! Klu tak ingat, sila baca entrynya yg err.... ini?! Bagus Baik Hubby aku kan.. Mmg nak kasik aku cuti sungguh. Ekeke.. Syayangggg abg, muachhhhhs!

Itulah dia cerita utk beberapa hari lepas… Hari ini mcm mana pula?!


























Today, there's only us.. Just the two of us, Me & Hadif..

Hadif sudah pon lena diulit mimpi (?). Itupon selepas beberapa cubaan utk mendodoikannya dlm buaian. Ceh, penat je mak dodoikan ala-ala 'tune' Hubby tau.. Tak jalan okeh! Nenen jugaklah ubatnyer.. Huhu..

Hubby, sudah atas highway gamaknyer. Pulang utk bertugas.. Huhu.. Insyaallah, dia akan pulang 2 minggu lagi.. Semoga Hubby selamat tiba ke tempat bertugas..




Note: Syiann Dhea tak dpt jumpa ayah. Ptg ni Dhea sampai. Pasti Dhea sibuk bertanyakan ayah. Takpe, nanti kita calling2 ayah okie.. ;)

Thursday, January 22, 2009

Misteri nusantara Dhea

Aku tertarik utk menulis entry ini sebaik shj aku membaca entry Cik Erna. Sebenarnya, anak sulong aku Dhea pon mempunyai 'kelebihan' utk melihat 'sesuatu' yg sukar dilihat dgn mata aku sendiri kasar (I guess ;))

Permulaannya, tidak laa kerap sgt dia nampak 'sesuatu' itu. In fact, aku tak berapa nak ingat bila Dhea mula nampak 'benda-benda' tu semua. Tp, sejak sebln+ ni aku perasan makin kerap pulak.. Dhea kerap dilihat berbual seorang diri, tp lagaknya seolah-olah sedang berbual dgn 'seseorang' yg duduk bersebelahan/berhadapan dgn dia.. Erk!

Penah satu mlm tu, Dhea ni dok main lari-lari dlm rumah sambil pegang botol air. Tiba-tiba..
'Mama! Tgk ni, dia nak amik botol air Dhea!'
'Sape?!' <----- Aku ingatkan si Hadif laa sbb si kecik ni skrg dah pandai berebut brg dgn kakak dia. Masa ni aku tgh sibuk kat dapo, so, malas nak toleh-toleh..
'Pegi mintak air kat mama, kat sana tuh!'

Pelik juga bila nampak Dhea seolah-olah berckp dgn 'seseorang' yg ada kat sebelah dia time tuh, walhal takde sapa pon kat sebelah dia. Ketika kejadian, abg aku pon ada sama tgh duduk kat tangga sambil baca paper. Aku angkat kening kat abg aku, abg aku pulak angkat bahu. Seram?! Heee... Masa ni aku mmg dah 'aware' sket-sket laa pasal 'kelebihan' (?) Dhea nih.. So, idak laa mak takut tahap melampau kan..

Penah jugak di suatu mlm yg lain, si Dhea ni tgh main seronot tak hingat kat tangga rumah kitorang. Tiba-tiba Dhea mcm terkejut nampak 'han.tu'. Aku agak la, 'han.tu' tu sergah dia ke hapa masa dia tgh syok main sorang-sorang..

'Pegi sana laa.. Dhea nak main..'
Aku perhatikan aje dlu.. Then dia sambung lagi berckp, tp bdn Dhea dah landing kat riba abg aku (takut kots!) yg kebetulan jugak tgh duduk kat tangga baca paper (ni mmg port fav. abg aku baca paper ;P)..

'Ooo, main kat beg golf cik Man eh.. Nanti jatuh kang.. Haa.. Jgn usik!'
'Kenapa Dhea?' <---- Abg aku masa ni terus je tanya si Dhea..
'Ada momok..'
'Mana?'
'Tuuuu, kat situ. Dia main kat beg golf Cik Man..' <---- Sambil tu dia mumble ntah ape lagi ntah..
'Ckp kat momok, pegi laa balik. Jgn kacau, Dhea nak main sorang-sorang.'
Dhea diam je, tp mulut mcm kumat-kamit 'mumbling' ntah ape..

Later,
'Momok, pegi laa balik sana!' <---- Pitching sudah lari tinggi woo..
'Jgn ckp jerit-jerit mcm tu. Ckp elok-elok, suruh momok tu balik rumah dia.'

Tak lama tuh..
'Cik Man, momok dah balik dah..' <---- Sambil tu Dhea ni gi jengah kat sliding door, lagak mcm tgk org keluar rumah gitu.. Muka Dhea pon mcm org kelegaan..

Then, Dhea minta aku buatkan susu. Aku pon pi laa bancuh susu dia kejap. Tgh kocak-kocak susu tu, tetiba dia bgtau aku sesuatu..
'Mama, kaki momok tu kan itam, besarrrr..' <---- Sambil tu dia angkat suar tido dia sbb nak tunjukkan kaki dia..
'Besar mcm mana?!' <---- Cewah, aku buat-buat berani tanye..
'Besar mcm ni..' <---- Dhea menjenjetkan kakinya.. So, aku assume yg Dhea ni nak bgtau aku yg 'si momok' ini tinggi & hitam.. Erk!

Ketika kejadian mlm tu, Hadif elok je main sorang-sorang kat tepi tangga tu jugak.. Tp, takde pulak si Hadif ni meraung ketakutan. Maknanya, Hadif ni tak nampaklah ape yg kakak Dhea nampak. Nasib baik.. Klu tak, confirm tak tido mlm laa kami satu rumah..

Di hari yg lain pulak, masa ni weekend. Lebih kurang kul 6.30ptg aku & family (Hubby, Dhea & Hadif) ke rumah seorang officemate sbb nak amik kunci office. Rumah dia ni btol-btol kat bawah tangki air tmn perumahan tu. Lepas amik kunci, aku pon bergegas ke office utk amik lappy. Then, bergegas jugak balik ke rumah sbb nak kejar masa utk mandikan anak-anak aku. Aku tak berapa suka mandikan diorang lewat sgt..

Esok paginya, aku mandikan si Dhea ni mcm biasa. Then, bungkus Dhea dgn towel mcm biasa jugak. Tetiba si Dhea ni pi bukak balutan towel tu & bungkus kepala dia sambil terlompat-lompat.. Pastu Dhea ckp kat aku..
'Mama, tgk ni dia buat mcm ape..'
'Dhea buat ape ni lompat-lompat?'
'Dhea buat mcm POCONG laa..' <---- Terus cabut towel & sengih tgk aku..
'Dhea nampak pocong kat mana?!' <---- Kat TV rasanya takde siarkan cerita pasal pocong nih kan..
'Ala, kat tangki air.. Yg kita pegi jauh-jauh tu..' <---- Erk, time ni aku blur mengingatkan 'tangki air' yg Dhea maksudkan..

Isninnye, aku story kat officemate (yg aku pegi rumah dia tuh). Dia terkejut, 'Anak Syam PON nampak ke?!'. Aku lagi laa terkejut bila dia ckp yg jiran dia mmg selalu nampak 'benda-benda' mcm tu kat kawasan tangki air. Erk, seram lagi!! Meremang bulu roma aku masa menaip entry nih weihh..

Aku rasa, cukuplah 3 kejadian tu aku ceritakan kat sini. Nanti korang seram pulak nak baca blog haku nih. Ekekeke.. Klu diikutkan, hari-hari mmg ada aje insiden yg tak sepatutnya.. Tu blom lagi cerita Dhea yg tetiba je story kat aku, 'kawan' Dhea inilah, itulah, beginilah, begitulah..

Yg musykilnya, aku dok sini dah nak masuk 3thn (ikut umo Dhea sbb aku pindah sini pon 2minggu selepas aku bersalinkan si Dhea ni hah! ;P). Dari awal dlu elok je, takde pape yg men'seram'kan pon. Sejak sebln+ ni je, mcm-mcm pulak.. Aku ni udahlah penakut sejak azali kecik lagi.

Mulanya aku ingat si Dhea ni saje reka cerita ke hape. Tp, cerita dia tu konsisten jek wlpon aku twist soalan mcm mana skalipon. Ntah ek.. Aku risau sebenarnya..

Nak menyedapkan hati, aku assume (lagi?!) yg 'benda-benda' ni sebenarnya duduk kat rumah sebelah yg tak berpenghuni. Mungkin sebab dah lama sgt rumah tu kosong. In fact, mmg blom diduduki pon wlpon dah cantek direnovate, dah di pasang gril bagai.. Selalu jugak nampak owner dtg weekend, sapu-sapu laman rumah dia.

Hmm.. Harap-harap selepas rumah tu diduduki sepenuhnya (bila laa agaknyer?!!!!), 'benda-benda' yg dok mengacau Dhea ni pon 'hilang' jugak laa.. Boleh ke mcm tu?! Uwwaaaa.....



Note: Sebenarnya, entry ni aku draft semlm, tp tak sempat nak publish.. ;P

Tuesday, January 20, 2009

The 'Things I Can't Stand' Tag

Aku di tag lagi oleh Mrs. Noba. Terima kasih kawan. Kali ini tag mengenai THINGS (keyword nih! ;P) I Can't Stand.. Mrs. Noba kata at least 5, but you are most welcome to list more than 5.. Kan?!

Okeh, heres the 5 THINGS..

  1. Kereta yg berhabuk luar dalam.

  2. Aku pon lebih kurang Mrs. Noba. Tak suka drive keta yg sarat dgn sampah sarap. Esp. bahagian dlm keta. Boleh mengganggu fokus pemanduan tau! (cewahh ;P) So, seblm nak kemana-mana, normally aku akan tuju ke car wash dlu. Tp itu klu aku yg drive laa.. Klu Hubby yg drive, mak tak kisah pon.. Buleh?! Ekeke ;P



  3. Timbunan baju(s) kotor.

  4. Sungguh aku tak berkenan melihat timbunan baju kotor.. Sebab 'ianya' boleh mengundang nyamuk.. Dah laa bilik aku serabut dgn perabot, ditambah pulak lagi dgn keserabutan yg disebabkan oleh timbunan baju-baju kotor.. Oh tidak!



  5. Timbunan pinggang mangkuk periuk belanga.

  6. Mmg sudah menjadi habit aku sejak azali dulu lagi, seblm aku basuh pinggan mangkuk yg menimbun dlm sinki, aku akan clearkan & sental terlebih dahulu drying rack.. Then, baru rasa senang hati utk meneruskan misi selanjutnya..



  7. Anak-anak aku merengek tak tentu pasal.

  8. Me too, mcm Cik Yan.. Lebih baik aku segera beredar drp tempat kejadian wlpon hanya utk seketika.. Pi dapo minum ayaq ka apa ka, kasik refresh balik..



  9. Durian & seangkatan dgnnya.

  10. Aku mmg tak makan durian LANGSUNG. Dulu kala aku tak kisah sgt dgn bau durian nih. Tp, sejak aku dipaksa mencuba makan durian & seterusnya aku termuntah akibat attempt itu, maka dgn bau-bau durian skali aku tak boleh tahan skrg nih.. My hubby penah request ayam masak lemak cili padi letak tempoyak.. Guess how aku masak?! ;)




Okeh, aku nak pass tag ni kepada...
  1. Marsha

  2. Raihan aka mak Alesha

  3. Farah aka Mama225

  4. Intan

  5. Cik Zety

  6. CapT


Settle.. ;)

Thanks to...

...Arnie sebab telah sudi mem'pass'kan semula tag award ini..



Peraturan untuk menerima award ini ialah:
* Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
Done, twice actually! ;P


* Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Arnie aka Mummy to Harith & Hannah. Kami berkenalan di forum kegemaran ramai. Setelah membaca tag ini di blognyer, baru perasan yg kami sebaya.. Kahkahkah! Ampun..


* Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
Since saya pon tgh boring wlpon keje melambak, layan laa...

  1. Wlpon saya & Arnie sebaya, tp saya hanya SAH menjadi seorang isteri kpd seorang 'mat perang' (nak ckp jugak lagi tuh ;P) ketika saya berumur 24 thn. Pada tahun 2006, saya telah selamat melahirkan anak sulong kami, Dhea Suraya. 2 years later, kami dpt 2nd baby pulak, Hadif Irfan..


  2. Saya PON jenis yang berat badan tidak naik banyak ketika pregnant, sama seperti Arnie.. ;P


  3. Saya mula 'menjebakkan' diri dlm arena blogging ini selepas 'terpengaruh' dgn beberapa blog yg saya kagumi. Dan, kini saya sedang berusaha utk menjadi salah seorang blogger 'tegar' dgn merajinkan diri menjawab tags yg telah diamanahkan.. Ngeh ngeh ngeh..


  4. Saya kini dlm usaha to stay unpreggy at least for 2 years.. Ini adalah antara azam tahun baru saya sebenarnya. Mampukah saya?! Ekeke.. Usaha saya ini nampaknya dipermudahkan lagi dgn ketiadaan Mr. Hubby di sisi selama 4 bln (nak sedih ke gumbira?! mak dah konfius ni..) kerana saya tidak perlukan 'Noriday & whats not'.. ;P


  5. Antara favourite drinks saya kini ialah Teh C Peng.. Sedappppp!


  6. Saya PON suka buat kerja last minute. Biarpun berazam utk habiskan sesuatu task itu before deadline, but end up mesti settle last minute.. Yg penting settle.. ;)


  7. I support BREASTFEEDING 100%.. ;)


  8. I enjoy CLOTH-DIAPERING my kiddies..


  9. I also enjoy BABY-WEARING, wlpon saya sgt menginginkan INI.. Saya sudah pon mempunyai sehelai Pouch sling & kini sedang galak men'survey' Mei Tai pula.. ;)


  10. Saya JUGA dlm usaha mem'potty-train' anak sulong saya, Dhea. Sgt mencabar jiwa raga! Usaha ni sepatutnya perlu dilakukan secara berterusan utk mendapat result seperti yg diharapkan..


  11. Saya SGT SAYANG & BERTERIMA KASIH kepada sahabat-sahabat maya yg sudi menge'tag' saya.. Bak kata Cik Yan, itu tandanya org syg kat kita.. ;)



*Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
Done, too..


Okie Arnie, settle! ;)

Tuesday, January 13, 2009

Google image tag!

I'm back, after 2days MC.. Ekeke.. Okeh, aku nak mulakan blogging ritual (pinjam sat no Cik Mimielola ;P) hari ini dgn menjawab tag kawan-kawan. Mula-mula aku di tag oleh Rizza. Then bila aktiviti blog-hop semakin mengganas rancak, eah eah, ramai pulak yg tag aku dgn tag yg sama. Antara yg aku perasan adalah Erna, Sufira & Iszan (ada sapa-sapa lagi?!). Terima kasih laa kawan-kawab atas tag yg sgt interesting ini.. *winkk* *winkk*


The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 6 people.



I am..
Kahkahkah! Sungguh tak ku sangka kuar pulak gambar nih.. ;P


I really want to go to...



My favourite place...



My favourite thing...



My fav Drink...



My fav food...



My fav colour....



I live in...



I was born in...



My school/college...



My fav story...



My hobby...
Yg ini pon satu lagik.. 'Unsangkarable' btol kan.. Cuba teka, hat gambaq paling besaq tu gambaq sapa?! Ekekeke ;)


I wish...




Aku tak nak tag sesape.. Tp klu ada yg berbesar hati nak buat, jgn malu jgn segan.. ;)




Note: Rasanya ada 2 lagi tag yg terperam, tag kiddies (by Cik Ely) & handwriting (by Cik Zety).. Ekeke.. Sabar ye kawan-kawan, akan ku usahakan ASAP okeh.. ;)

Monday, January 12, 2009

Aku yg LEMAU *sighh*

Pagi ni, kul 9, sepatutnya Hubby ada 'tatademote'.. Err, apekah itu?! Spelling mak tak pasti hokeh. Tp yg aku tau 'tatademote' ni sebenarnya adalah ujian perubatan yg perlu dibuat seblom Hubby (mana-mana as.kar sekalipon) disahkan layak utk menghadiri sebarang kursus berkaitan..

Tp td aku ada sms Hubby, katanya harini cancel. Ditunda ke hari esok. Erm, camtu ptg ni boleh laa Hubby wat 'follow-up' kat HSI. Hopefully, semuanya baik..

Owh, yer.. Klu nama dah listed utk 'tatademote', that means Hubby aku akan dihantar berkursus (lagi!) laa nampaknyer. Huhu.. This time 4 bulan hokeh!! Jgn laa anak-anak aku (dan maknyer ;P) sakit rindukan ayah diorang ni lagik mcm yg seblm nih.. Rindu je takpe, jgn rindu+sakit okeh syayanggg.. Bertambah kurus kering laa mama dibuatnyer klu mcm tu..

Well, tak payah tunggu Hubby kursus pon anak-anak dah mula sakit. Hadif skrg ni tgh demam (lagi!). Pagi td aku hantar Hadif ke taska dgn dahi bertampal cool fever. Kul 6pg td aku kejut utk bg pcm. Mulanya tak sampai hati nak kejut. Tp disebabkan suhu badan yg melampau, terpaksa laa pepagi tu sumbat pcm.. Paed soh aku monitor demam dia sampai esok, klu tak ok jugak kena dtg balik hari Rabu. Kesyiannn anak mama.. Owh, kakak Dhea pon sakit jugak. Selsema & batuk. Dhea ni pon satu hal lagi, susah btol nak larang dia 'Jgn minum air berais'. Dan dan tu jugak dia ngaku yg dia dah baik. Lagu mana nak buat?! Pening haku..

Mereka berdua ni sudah pon di bawa ke Paed favourite semlm & masing-masing sudah pon di prescribe dgn segala ubat-ubatan.. This time Hadif dpt pcm je utk treat demamnya yg sgt 'kuat' & continue amik Asumalife Exp. (ubat utk mencegah asma) utk 3bln. Kiranya sambungan utk treatment aritu laa nih.. Dhea pulak, dpt laa ubat selsema & satu lagi ubat err adik-beradik ventolin.. Ape ke namanye mak lupa laa, tp ada aku soh nurse tu tulihkan kat botol ubat.. Ekekeke.. Nampak gayanya, condition si kakak hampir serupa dgn Hadif.. Hmm..




















*Sighh*


Apsal lemau sgt nih?! Jasad saje yg hadir, tp hati aku langsung takde kat opis nih klu korang nak tau.. Dari td dok teringat kat budak ber-2 tu aje.. Sungguh aku tiada mood untuk bekerja.. Huhu.. :(

Thursday, January 8, 2009

Cute's Blogger *winkk* ;)

Yeay! Dpt award lagi.. Thank you sooooo much! This time award diberikan oleh seorang sahabat lama, which I coincidently ter'blog-hop' ke blog dia.. Hehehe.. One of the benefit of blogging, rite friends?!



Ok, here goes...

Peraturan untuk menerima award ini ialah:

  1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
    DONE! ;P


  2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
    Aishah ni adalah kawan lama aku. Kami satu sek men, sampailah aku form 3. Kami jugak sekelas masa sek agama kat Kg. Kastam. Kan Aishah kan.. Aku ingat-lupa-ingat dah nie.. ;P


  3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
    Boleh refer kat sini, sini dan sini jugak.. ;) Tak larat mak fikir lagi..


  4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
    So, I'm passing this award to...

    1. Umi Sufira

    2. Arnie

    3. CapT

    4. Cik Yan

    5. Mrs. Noba

    6. Marsha

    7. Kak Ana

    8. Raihan

    9. Ealyie

    10. Jua


  5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag.
    DONE! ;)



Again, thanks to Aishah. Ingat jugak ko kat aku eh.. ;)

Wednesday, January 7, 2009

Tag pregnant!!

This is another tag for me to settle, from Ealyie of course. Ada satu lagi tag drp ko tau beb, tak sempat buat lagi. Esok-esok haku buat ok. Aku rasa, klu takde sesi tag menge'tag' ni blog aku ntah bila nak hapdate gamaknyer.. Ekekeke..


okey, here it goes..

1. Berat sebelum mengandung
40kg shj.. Ringan ek, angin tiup pon boleh melayang.. ;P

2. Berat terakhir mengandung sebelum bersalin
Time Dhea, naik dlm 15kg.. Time Hadif, naik dlm 12kg+ gitu jer.. Tp time Hadif berat naik mendadak skali byk. Hahaha.. Mmg selalu laa kena sound dgn misi kat KD tuh..

3. Berat selepas abis pantang
45kg+ gitu laa lebih kurang.. Ok laa tuh, kan.. Mmg berat yg diimpikan selama inihhh! ;)

4. Apa yang korang suke makan mase mengandung?
Time Dhea, aku suka makan Snickers. Mesti spare at least satu dlm handbag.. Time Hadif pulak aku suka makan aiskrim mcD Sunday Choc & coklat milo yg kecik-kecik tuh. Ni (coklat) pon mesti spare dlm laci masa keje kat site ofis sbb kat site mana ade kedai runcit etc.. Ekekeke..

5. Tunjukkan gambar anda masa pregnant.....at least 5 keping
Pergh, byknyer sampai 5kpg! Terlebih dahulu saya ingin memintak mahap kepada tukang tagger sbb aku mmg takdak gambar-gambar time preggy nih. Seremm nak amik, wlpon perut mak tetap kiut time preggy.. Wakakaka.. Anyway, heres some picture to share.. Semua (mcm byk benor, padahal 2kpg jeghs! ;P) gambar adalah ketika mak preggykan si adik..


Takde lah tembun sgt pon kan muka aku time preggy.. Biasa jek.. Tp yg 'naik' lebih tang punggung laa.. Ekekeke ;P




Ni la dia ghopenyer pewot mak yg kiut tuh.. Amacam?! Mmg 'kiut' dan bolat kan, mak tau.. Sebolat kepala Hadif skrg ni hah.. Kahkahkah! Ni gambar 2 minggu sebelum Hadif selamat di'keluar'kan.. ;)




So, ni kira langsai laa eh Ely.. ;)

Fakta rawak lagi...

Memandangkan tag yg aku dah pass pada Iszan telah dipulangkan semula, aku terima dgn hati yg sgt stress terbuka. Owh, Erna juga telah menge'tag' aku dgn tag yg sama. So, mak combine jek laa jadi satu eh.. Tp mak rajin nak tulis fakta rawak je hokeh! Perasan mcm ramai sgt laa yg nak tau fakta aku tuh.. Ekeke.. Er, yg lain tu kira halal laa ek.. ;)


Lagi, fakta rawak tentang saya:-

  1. FYI, cuti tahun saya utk tahun ini hanya 3 hari.. ;)


  2. Saya kini sedang strive harder utk meng'grad'kan diri saya?! ;P


  3. Saya kini dlm usaha utk membiasakan Hadif dgn carseat.. Sgt susah hokeh!! Siap dgn adegan nangis sambil mengedik-gedikkan kaki lagi tuh. Tp pagi ni seems like he's ok pulak sbb kat tgn dia ada pegang roti & mulut pon non-stop ngunyah.. Ngee ;)


  4. I'm new in digiscrapping.. Sebenarnye minat nak try buat dah lama. Tp baru skrg, saya 'terasa' nak download ape yg patut. Ala, budak baru belajar.. Baru nak jinak-jinak..!


  5. Saya sukeerrr mkn roti. Dan, kegemaran ini tanpa disangka telah 'terturun' kpd anak saya, Hadif. Tak pasal-pasal Hadif mendapat gelaran 'Bai roti' disebabkan minatnya yg terlampau terhadap roti!


  6. Dulu, masa kecik saya seorang yg kuat merajuk.. Skrg, pon masih suka merajuk wlpon tidak se'kuat' dolu-dolu.. ;P


  7. Saya sgt-sgt menghargai persahabatan.. Be it in real life ataupon persahabatan alam siber.. Most of my friends now, kenal di alam siber je..


  8. Lately, saya seakan terpanggil utk mencuba membuat tudung DIY. Itupon sebab saya terpengaruh dgn beberapa blog kengkawan yg telah pon menayangkan hasil kerja tgn mereka. Is this some sort of 'the sign'?!;P



Maka, settle sudah hutang tag saya hokeh! Dgn ini, saya terasa nak panjangkan tag ini kepada Marsha.. Memandangkan ko blom penah buat, ko kenalah buat semua mcm yg ni ok.. Jgn ngelat haa.. ;P

Tuesday, January 6, 2009

Leave

Atas belas ihsan bos tersayang, maka dgn sukacitanya aku maklumkan bahawa utk tahun ini, tahun 2009, I'm entitle only 3 days for my annual leave. Thank you bos!!

Apart from that, we (me & my bos - buleh?! ;P) has agreed to deduct MY -2.5 days leave from MY salary. Muahahaha.. Padan muka aku! And, that will clear all my hutang cuti etc. Hihihi.. ;)

Mesti korang tak paham mcm mana annual leave aku boleh jadi lintang-pukang kan.. Takpe, let it be.. Aku pon malas nak coretkan di sini, di blog tersayang aku nih.. Sendiri buat, sendiri tanggung laa.. ;P

Maka, sekali lagi aku nak ingatkan kepada DIRI AKU SENDIRI yg cuti tahun ko HANYA 3 HARI SHJ NOK!! Jgn gatal-gatal nak bercoti-coti lagi eh.. Unless, ko sanggup di potong gaji.. Ngeh ngeh ngeh..

Sekian, untuk makluman!

2nd tag by Zety

Okeh, this is the 2nd tag from Cik Zety jugak.. Rajin sungguh Cik Zety menge'tag' mak.. Anyway, thanks dear.. ;P


The rules:
Link to your tagger and post these rules.
List 8 random facts about yourself and tag 8 people.

I'm tagging:

  1. Iszan

  2. Mimielola

  3. Mrs. Noba

  4. Raihan

  5. Fid

  6. Sufira

  7. Arnie

  8. Intan


Fakta rawak tentang saya <-- Again?! Phengsan mak nak fikir..
  1. Saya merupakan isteri yg mithali kepada seorang suami yg juga mithali perwira bangsa. Kehkehkeh! ;P


  2. Saya sudah pon mempunyai sepasang anak, seorang puteri dan seorang putera..


  3. Saya adalah penggemar tegar teh tarik!


  4. Saya suka sgt makan asam pedas. Klu ada lauk lain, saya tetap pilih asam pedas!


  5. Saya seorang yg agak mengada-ngada manja. Anak bongsu laa katakan..


  6. Saya juga merupakan forumer tegar di SI.com..


  7. Saya merupakan salah seorang drp 'work&pump-mom'.. Ekekeke ;P


  8. Saya sukeee choc brownies.. Tp malangnya saya tak pandai dlm baking-membaking nih..


  9. Last but not least, saya syaaaaayanggg suami & anak-anak saya.. :D



Myself
First name: Sya
Name you wish you had: Ada 'Nur' kat depan, so bila translate jadilah 'Cahaya Matahari'.. ;P
What do people normally your name as: Sya, syam, mamaDhea
Birthday: 2nd July
Birthplace: JB
Time of birth: Ptg.. Tak ingat lerr, kena check balik kat surat beranak.. ;P
Single or taken: Taken, anak dah 2 dah pon..
Zodiac sign: Cancer

My appearance
How tall are you: 152cm
Wish you were taller: Erm, nope kot..
Eye color: Dark brown..
Current hair color: Black..
Short or long hair: I prefer short hair..
Ever dye your hair a bizarre color: Nope..
Last time you did something dramatic with you hair: Saya penah perm rambut sekali (je) suatu ketika dulu.. Yg selebihnya, cut biasa aje..
Glasses or contacts: I prefer glasses.. Terkebil-kebil mata mak klu pkai contact lens..
Do you wear make up: Rarely wearing any..
Paint your nails: Never!
Shy or outgoing: Friendly.. Buleh?! ;P
Sexy or cute: Definitely not sexy..
Serious or fun: Fun kots.. Ngeh ngeh ngeh!
A turn on: Sunday Chocolate..
A turn off: Smoke & bad odour..

This or That
Flowers or chocolates: Chocolate..
Pepsi or coke: Coke..
Rap or rock: Both pon layan..
Relationship or one night stand: Friendship.. Ok?!
School or work: Both pon penting..
Love or money: Both.. Hehehe..
Movie or music: Both i enjoy..
Country or city: City kots.. Err, tak berapa paham sebenarnyer nieh..
Sunny or rainy days: Sunny.. Senang nak kemana-mana wlpon panas terik..
Friends or family: Both, of course. But, family comes first!

Have you..
Everlied: Penah..
Stole something: Penah kots..
Smoked: Nope..
Hurt someone close to you: Maybe..
Broke someone’s heart: Maybe..
Wonder what was wrong with you: Apesal laa haku nih kuruih kering jek?! Padahal kuat makan laa jugak..
Wish you were prince or princess: I'm happy with my life.. ;)
Like someone who was taken: Nope!
Shaved your head: Never ever!
Used chopstick: Tak gheti langsung.. Kang tak pasal chopstick tu terbang melintang-pukang.. Keh keh keh..
Sang in the mirror to yourself: Mak sukee.. ;)

Favourites
Flower: Roses kots.. I don't fancy flowers actually.. Hahaha..
Candy: None
Song: Semua pon saya layan..
Color: Red, pink..
Movie: Semua kecuali anim movie
Singer: Can't think any right now..
Junk food: Chocolate..
Website: Susuibu.com & blog kengkawan cyber.. Bole refer kat side bar saye yer..
Location: Tempat yg redup & sejuk.. Mak ni mudah berpeluh..
Animal: Erm, cat maybe..
Ever cried over someone: Yup..
Is there anything you wish you could change about yourself: I wish, I can gemukkan (READ: berisi, not preggy hokehh! ;P) my badan.. Sikit je, utk dptkan BMI yg ideal..
Do you think you’re attractive: Err, tak kots.. ;P
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose: Ntah ek..
Do you play any sports: Nope..


Fuhh.. DONE, at last!




Note: Zety, tinggal hutang tag tulisan tangan je nih tak terbuat lagi. Tunggu... Hahaha... Mcm chantekk sgt laa tulisan tangan aku nieyy! ;P

Blogging buddy *muachss*

Today, aku dpt award drp Arnie, sapa lagi klu bukan mummy to Harith & Hannah. Sokernyerrrr mak pagi-pagi dah dapat award.. Hihihi... Thanks dear.. ;)

Mengikut kata si Arnie, award ini sepatutnya adalah penutup utk tahun 2008. Owh, iye ke cik Arnie oooi?! Awat laa tak pi kutip awai-awai lagik.. So, aku pong terpaksa menjadikan award ini sebagai opening kepada tahun baru.. Buleh?! ;P



The rules:

  1. Pick 5 Bloggers that you consider as your best blogging buddies and deserves this award for their contribution towards the blogging community, no matter what language.


  2. State the name of the author of each blog as well as a link to each one’s blogs.


    1. Sis Anamiraa aka Kak Non Vouge (ke smiley?! ;P)

    2. Mommy Lyna

    3. Mrs. Noba

    4. Umi Sufira

    5. Momidanial

    6. Lovebaby


  3. Each blogger (upon acceptance) of this award should do a post and show the award on their blog and put the name and link to the blog that has given her/him the award


  4. Show these rules…SIMPLE!





Note: Saje letak lebih sebab aku mmg sukerr baca blog nama-nama di atas tuh.. You guys rockkk!!! ;P

Monday, January 5, 2009

NEW Hadif ;)

I've been thinking to settle my tag debt. Ada 3 lagik nih klu tak silap aku. Tp cari punya cari tak jumpa pulak thumbdrive kesayangan haku tuh. Buku kesihatan budak ber-2 tu pon asyik laa mak lupa nak bawak. Klu tak, boleh laa aku settlekan 1-2tag oleh kawan-kawan terchenta.. ;P

Last 2 weeks, me & Hubs bawak Hadif gi gunting rambut. Actually, more tu 'mesin' his hair sbb tak gunakan gunting langsung pon hokeh.. ;P Senang btol memesin rambut si Hadif nih. Sepanjang sesi mesin rambut, Hadif elok je dok dlm pelukan Hubby. Siap sengih-sengih manje lagi.. Mama & kakak Dhea plak excited lebih.. Sambil tu mama sempat laa snap, snap & snap pict. Hadif dari pelbagai angle. Sampai flat bateri henpon Hubby ku kerjakan.. Ahaks!

Since mama tak dpt nak upload lagi gambar-gambar yg telah disnap menggunakan henpon Hubby, kita layan dulu gambar drp henpon mama ek.. Ini adalah kali ke-2 kami meng'operasi' rambut si Hadif nih. 1st time was after his majlis potong jambul, pon di kedai yg sama jugak.. Actually, kedai ni adalah kedai favourite Hubby.. ;)




Rambut si Hadif ni halusss sgt.. Pastu sikit.. Tapi since baby tak penah pulak kena 'cukur bantal' ke hape.. Tumbuh elok je, takde la setompok sini setompok sana.. Tang jambul tu mak tak tahan.. Kehkehkeh! ;)




Presenting Hadif NEW hairstyle.... Bulat je kepala Hadif kan.. Amacam, sesuaii tak?! Ngeh ngeh ngeh.. ;P Right after sesi mesin rambut, si kakak Dhea terus menggelarkan adiknya 'Mat Rempit'. Apekah?! *LOL*




Note: Nanti later aku upload laa gambar-gambar yg lain tu ek.. Saje nak share dgn korang.. ;P

1st week

Last week was my 1st week for sem I 2008/2009.. Kuliah mcm biasa, Sabtu dah Ahad shj. Now, masih lagi dlm tempoh insert/delete subjek..

Sabtu, aku attend kelas Organisasi Bahasa Himpunan (pergh!) atau lebih singkat lagi OBH.. Utk hari Sabtu, kuliah start from 2pm-10pm. Itu klu ikut jadul sebenarnyer yg Space dah tetapkanlah. But, usually kuliah aku tamat dlm kul 5-6ptg camtu jek. Ngeh ngeh ngeh.. ;P

Tghari tu aku gi Sen Heng kejap, mencari slow cooker. Ingatkan nak beli Pensonic 0.6liter, tp Hubby kata kecik sgt. So, aku pon sambar je laa Panasonic 1.5liter. Balik rumah, terus basuh beras & masak dlm new slow cooker tuh. Air ikut sukatan sukati aku. Kehkehkeh.. ;P Klu ikutkan pada SA kat Sen Heng, dlm 20mins dah masak dah. Iye yer jek 20mins kunun! Nama pon slow cooker..

Lepas lunch, aku pon chow cin cau laa ke UTM. Haritu, Hubby yg hantar sbb dia nak repair brek keta & tukar timing belt dlu. So, Dhea kami tinggalkan kat umah dgn atok. Hadif pulak kami tinggalkan dgn nenek kat kedai kejap. Tak lupa jugak aku bekalkan ebm, baju & diaper. Wah, dah mcm nak ke taska gamaknyer. Hahaha..

So far so gud. Otak aku masih boleh terima lagi laa gamaknyer. Cuma, pasni aku WAJIB merajinkan diri utk revise ape yg patut. Laju giler lect. tu ngajar. Owh, lect. utk subjek OBH ni adalah seorang lelaki, En. Bahrim. Haritu dia target nak settle 4 chapter skaligus. Pengsann! Mcm nak mampos jugak laa kami (ke aku sorang jek yg rasa nak mamposs?) men'digest' segala yg diajar. End of the day, masing-masing dah kerut-kerut dahi, tak boleh sumbat lagik dah. Masing-masing rasa nak angkat tgn surrender. Kehkehkeh! Setelah melihatkan wajah kami yg sudah berkeriut, akhirnya lect. membuat keputusan utk menamatkan pengajarannya pada hari tu. So, kuliah hari Sabtu tamat pada pukul 6.30ptg..

Hari Ahadnyer, kuliah start 8.30pg-4.30ptg (kots). Tp kuliah aku habis kul 1.30ptg. Hehehe.. This time, kelas Statistik. Lect. pompuan, Dr. Maziah. Lect. ini lemah-lembut je semasa mengajar. So, mmg aman damai je laa sepanjang tempoh pengajaran. Lect. ni pulak rajin me'recap' setiap ape yg telah diajar pada topik seblmnya, setiap kali dia nak move on to new topic. Punya laa baik, siap ajar kami lagi mcm mana nak gunakan kalkulator saintifik tuh. Ekekeke... ;)

Ahad tu aku drive sendiri. Pergh, lama sungguh tak drive nih. Apelagi, mak pon test skill laa kat highway kan.. Sib baik tak kena speed trap. Kahkahkah!

Owh yer.. Ahad aritu, dpt laa aku berjumpa kengkawan lama mana yg sekelas laa.. Ptg lepas kelas tu, aku tanya kat diorang ni kot laa ada plan nak pi beronggeng ke kan.. Tak pasal mak kena sedass..


"Weih Syam, ko ni tak sedar diri anak dah 2 tgh tunggu ko kat umah tu. Pegi balik laa weih. Ada hati lagi tu nak beronggeng.."


Wakakaka... ;P




Note: Baru 1st class, En. Bahrim yg kacak itu sudah kasik 1st assignment.. Huh?!

Friday, January 2, 2009

Selamat berjuang!

Esok aku dah naik sem baru.. Tak sabar rasanya.. Ngeh ngeh ngeh.. ;P

Last weekend, aku se'family' ke pejabat Space-UTM kat Tmn U. Baru terkial-kial nak register kaedahnyer aku nih klu korang seme nak tau.. Hahaha.. Tu laa, bila dah syok cuti panjang terus lupa daratan. Nasib baik aku pegi last week. Klu tidak, terpaksa 'extend' sem lagi laa aku jawabnye.. Alasan! ;P

So, lepas sesi soal jawab dgn staff bertugas kitorang pon blah. Kat dlm keta aku still lagi terbangak-bangak cuba nak pahamkan ape yg staff Space tu explain kat aku. Hotak dah berkarat mcm ni pon ada hati lagi nak sambung study.. Keh Keh Keh!

Mengikut kata staff ctu, skrg ni fakulti fsksm dah offer course baru. Course SCJ.. Lebih kurang SCK tp course tu lebih kepada kejuruteraan perisian. Dah 2batch dah pon yg amik course nih. Hmm, aku ade jugak laa belek-belek kurikulum SCJ (mintak kat staff tlg print-out kan.. hihihi) ni. Klu tgk pada subjek fakulti mcm tak byk sgt beza dgn SCK, cuma ada laa subjek-subjek major yg lebih kepada perisian..

Aku rasa mcm nak switch jek.. Tp, klu aku nak switch dah sah-sah kena isi form tukar course. Then kena start dari sem 1 laa balik kan.. Nak transfer kredit?! Blom tentu dpt, sbb course ni baru kan. Diorang kena check silibus etc etc.. Aih, complicated sungguh! So, baik aku stay tune je dgn course skrg nih.. Pening dah kepala mak nak fikir lebih-lebih.. Hahahahahahaha :D

Ptg semlm, aku excited call member kuliah lama. Hehe.. Nasib baik aku simpan lagi contact no. diorang niey. So, dah janji dgn diorang esok nak jumpa.. Yeehhuuuu.. Mcm tak sabar je nak masuk sekolah balik.. *poyo*

Owh, sepanjang tempoh aku berhempas-pulas *poyo lagik* study kat kelas nanti, anak-anak aku akan dihandle oleh Mr. Mama (Hubby ler ;P). Hopefully, dpt laa Hubby aku manage bebudak ni esp. si kecik comey lotey Hadif..

Satu lagi perkara yg buat aku dlm dilemma, haruskan aku usung 'breastfeeding gadget' aku tu eh?! Arramak, Pisa tu 4kg hokeh!! Larat ke mak tak bawak ke hulu ke hilir gamaknyer?! Ni yg terasa nak sambar FS pulak nih.. Alasan lagikk! ;P

Pesanan utk diri sendiri, SELAMAT BERJUANG! :D

Thursday, January 1, 2009

Welcome 2009

Aku pon nak buat mcm Cik Yan, saje gunakan tajuk yg sama.. ;)

Sebelum tu, mari kita semak semula azam thn lepas. Agak-agaknyer, berapa % laa yg sudah tercapai ek.. Okeh, here it goes..

#1 ~ Sukses!! Skrg ni target utk 1thn pulak. Erm, another 4 months to go..
#2 ~ Sukses jugak!! Rasanya dah terlebih kots.. Hihihi..
#3 ~ Erk, yg ini masih diawang-awangan.. Frankly speaking, aku tak buat lagi any investment pon tahun lepas. So, wajib aku brought fwd ke tahun baru..
#4 ~ Erm, yg ini 50-50. Masih banyak lagi yg perlu aku perbaiki sana sini..


So, all in all 50-70% azam tahun lepas sudah pon tercapai. Alhamdulillah wlpon bkn 100%, syukran syukran..


Now, azam utk tahun ini pulak. 1430H / 2009M..

  1. Breastfeed Hadif sampai dia umo 2thn, which is sampai thn 2010 laa nampaknye kan.. But for now, aku target sampai Hadif 1thn laa dlu.. Insyaallah, semoga dimurahkan rezeki susuibu utk Hadif dan dipermudahkan segala usaha aku ke arah itu..


  2. Aku berazam utk menjadi seorang mama yg lebih tabah dan sabar dlm melayan kerenah anak-anak.. Menjadi seorang isteri yg lebih baik dan rajin memasak.. Aku pon teringin utk membeli oven, mcm cik yan kita..


  3. To stay unpreggy for the whole 2009 dan tahun-tahun berikutnya sampailah aku habis study.. Buleh?! Klu aku asyik 'extend' disebabkan cuti bersalin, bilanyer nak grad.. Dowh!


  4. Aku berazam utk lebih rajin belajar & menaikkan CPA aku yg hampehh itu..


  5. Aku nak belajar buat Excel mcm cik yan tu laa.. Cik Yan, pls email me regarding this matter okie.. Ekekeke ;)





And, last but not least...


2 azam tahun lepas yg wajib di brought fwd ke tahun baru, which is..

#3 ~ To save & invest
wlpon azam ini asalnye aku cilok drp sis Ana, still a good one kan.. ;)

#4 ~ To improve myself as a muslim, a daughter, a wife, a mother and as an individual person
aku rasa setiap tahun mmg kena add azam ini, sbb kita hanyalah manusia biasa.. tidak sesempurna mana pon kan.. ;)


Selamat Tahun Baru, 1430H & 2009M... ;)

2 sekaligus, dowh!

Aku saje gatal gi terjah blog cik Zety kita tuh. Nah, hambik kau 2 tag skali dapat!! Kahkahkah! Tag tulisan tangan pon tak terbuat lagi tau cik Zety oii.. Takpa, mak buat yg ni dlu haa.. :D

Okeh, yg ni 1st tag..


Syarat dan peraturan:

  1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda. <--- Apekah motif ?!!


  2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini. <--- Owh, mak baik okeh, bkn penghasut!


  3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal. <--- Err, tak berapa nak paham laa arahan ni..


  4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.


16 perkara paling lawak rawak:
  1. Waduh, blom start lagi dah ketaq. Kahkahkah! Okeh, serius. Saya merupakan seorang isteri kepada seorang 'mat perang' yg sgt handsome dedikasi & bertanggungjawab. Maka, saya sering ditinggal-tinggalkan bersama anak-anak sementelah (??) suami saya bekerja keras mencari sesuap nasik. Ape kes?! ;P


  2. Saya telah pon mempunyai sepasang anak, yg sulung adalah perempuan dan yg kedua adalah lelaki. Akan tetapi, saya sering 'disalah-tafsirkan' sebagai seorang anak dara yg masih bersekolah di tingkatan 5. Mungkinkah ia disebabkan oleh badan saya yg kecik molek sgt kurus kerempeng?!


  3. Saya telah berjaya menyusukan kedua-dua anak saya dgn susuibu. Utk anak yg sulung, saya HANYA berjaya menyusukannya dgn susuibu ketika MLM HARI SHJ sehingga dia berumur 1thn+ (dimana ketika itu juga saya sedang sarat mengandungkan anak kedua) kerana ketika itu saya tiada ilmu langsung tentang penyusuan susuibu. Maka, ketika saya disahkan mengandung anak kedua saya tidak hanya berdiam diri mengadap PC sebaliknya mengambil inisiatif dgn men'google' info-info berguna melalui forum kegemaran ramai. Hasil drp kekerapan pembacaan saya di forum tersebut, anak kedua saya berjaya mendapat khasiat susuibu sepenuhnya sehingga ke hari ini.. Fuhh, sungguh complicated ayat-ayat chenta saya!


  4. Saya tidak begitu pandai memasak. Sebabnya, mungkin kerana saya hanya memasak tatkala Hubby ade di rumah. Dan, itu pon hanya menu yg biasa-biasa shj. Hahaha.. Utk hari-hari lain, biasanya saya akan makan mengikut selera tekak saya shj sebab anak perempuan saya masih blom pandai 'demand'.. Selamat.. Kihkihkih..


  5. Sejak mula mengandungkan anak kedua, saya mengalami sakit pinggang/blkg yg kronik. Pinggang/blkg saya akan terasa mcm nak patah & berdenyut-denyut bila saya gatal-gatal mendukung anak perempuan saya yg beratnya sudah pon mencecah 14kg+. Wlpon saya telah dinasihatkan utk tidak mengangkat barang berat, tetapi saya tidak sampai hati utk meng'ignore' permintaan anak gadis saya yg ingin bermanja minta didukung.


  6. Saya kurang berminat dgn sukan. Satu-satunya sukan yg pernah saya ceburi suatu ketika dulu adalah bola jaring. Saya rasakan amat sukar utk bersukan dgn keadaan saya yg ber'spek' mata ini. Maka, saya lebih gemar mengambil jalan selamat dgn hanya membaca buku di tepi padang.. Kihkihkih ;)


  7. Saya sgt tidak gemar memakan TAUGEH! Sebenarnya, bukan taugeh shj. Banyak lagi jenis sayuran yg saya tidak gemar terutamanya ulam-ulaman. Mungkinkah kerana saya jarang dpt melihat ulam-ulaman terhidang diatas meja makan kami sewaktu kecik dahulu?!


  8. Saya tidak suka makan asam, jeruk dan yg sewaktu dgnnya. Sejak kecik saya mmg dilarang sekeras-kerasnya makan asam atas alasan nanti belajar tak pandai. Memandangkan saya tak hingin menjadi bo.doh, maka saya ikutkan shj amaran keras itu.


  9. Saya sgt menyampah dgn org-org yg 'talam dua muka' dan suka sgt ckp 'high' sedangkan 'dia' hanyalah biasa-biasa saje. Terasa nak lempang shj org-org seperti ini. Utk mengelakkan perasaan 'nak melempang' itu berlaku, biasanya saya akan beredar dgn kadar yg segera drp tempat kejadian.


  10. Saya seorang yg peramah dan mudah mesra. Bila saya berselisih dgn org yg saya kenali, saya akan rasa excited nak menegur wlpon kdgkala org itu buat-buat tak nampak akan kehadiran saya.. ;)


  11. I lurve doing laundry. But, I hate folding.. Tak tau laa kenapa. Mungkinkah kerana saya terlalu cerewet atau lebih sedap dipanggil perfectionist dlm hal melipat baju?! Bila laa agaknya saya akan insaf yer..


  12. Sejak berkenalan dgn online-shopping, saya menjadi ketagih utk click, click dan click lagi. Tetapi pada bln Nov 2008, saya telah mencatatkan sejarah dimana saya tidak membuat sebarang pembelian online sepanjang bulan itu.


  13. Saya tidak pandai ber'make-up'.. Setakat tepek compact powder & sapu lipstick tu boleh laa.. Kali terakhir saya betul-betul memakai 'make-up' ialah dihari perkahwinan saya which is 3 years ago. Itupon dgn bantuan mak andam, sudah semestinya..


  14. Diam tak diam, sudah 5 tahun saya telah bekerja di tempat saya bekerja skrg. Saya juga sudah berasa malas penat utk me'renew' borang SPA 8 wlpon secara online kerana sehingga skrg permohonan saya itu belum membuahkan hasil seperti yg saya inginkan. Wlpon sudah beberapa kali dipanggil interview, rezeki saya masih lagi di sini nampaknyer..


  15. Saya sudah kehabisan cuti tahunan. Hatta utk tahun baru ini sekalipon.. Maka, selepas ini saya terpaksa mengambil 'unpaid leave' sekiranya terasa ingin bercuti.


  16. Kerajaan Negeri Johor tidak men'declare' 1 Jan sebagai cuti umum. Kerana itulah saya bekerja hari ini. Tetapi saya telah pon bercuti pada 1 Muharram yg lepas kerana hari tersebut adalah cuti umum bagi Negeri Johor.. ;)



Akhirnya, selesai juga tag ini. Saya tak tau dah nak tag sape sebab ramai dah yg buat tag ni rasanya.. Apepon, selamat berkenalan.. ;)




Note: Tag yg satu lagi tu kendian mak buat yer cik Zety..