Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, January 22, 2009

Misteri nusantara Dhea

Aku tertarik utk menulis entry ini sebaik shj aku membaca entry Cik Erna. Sebenarnya, anak sulong aku Dhea pon mempunyai 'kelebihan' utk melihat 'sesuatu' yg sukar dilihat dgn mata aku sendiri kasar (I guess ;))

Permulaannya, tidak laa kerap sgt dia nampak 'sesuatu' itu. In fact, aku tak berapa nak ingat bila Dhea mula nampak 'benda-benda' tu semua. Tp, sejak sebln+ ni aku perasan makin kerap pulak.. Dhea kerap dilihat berbual seorang diri, tp lagaknya seolah-olah sedang berbual dgn 'seseorang' yg duduk bersebelahan/berhadapan dgn dia.. Erk!

Penah satu mlm tu, Dhea ni dok main lari-lari dlm rumah sambil pegang botol air. Tiba-tiba..
'Mama! Tgk ni, dia nak amik botol air Dhea!'
'Sape?!' <----- Aku ingatkan si Hadif laa sbb si kecik ni skrg dah pandai berebut brg dgn kakak dia. Masa ni aku tgh sibuk kat dapo, so, malas nak toleh-toleh..
'Pegi mintak air kat mama, kat sana tuh!'

Pelik juga bila nampak Dhea seolah-olah berckp dgn 'seseorang' yg ada kat sebelah dia time tuh, walhal takde sapa pon kat sebelah dia. Ketika kejadian, abg aku pon ada sama tgh duduk kat tangga sambil baca paper. Aku angkat kening kat abg aku, abg aku pulak angkat bahu. Seram?! Heee... Masa ni aku mmg dah 'aware' sket-sket laa pasal 'kelebihan' (?) Dhea nih.. So, idak laa mak takut tahap melampau kan..

Penah jugak di suatu mlm yg lain, si Dhea ni tgh main seronot tak hingat kat tangga rumah kitorang. Tiba-tiba Dhea mcm terkejut nampak 'han.tu'. Aku agak la, 'han.tu' tu sergah dia ke hapa masa dia tgh syok main sorang-sorang..

'Pegi sana laa.. Dhea nak main..'
Aku perhatikan aje dlu.. Then dia sambung lagi berckp, tp bdn Dhea dah landing kat riba abg aku (takut kots!) yg kebetulan jugak tgh duduk kat tangga baca paper (ni mmg port fav. abg aku baca paper ;P)..

'Ooo, main kat beg golf cik Man eh.. Nanti jatuh kang.. Haa.. Jgn usik!'
'Kenapa Dhea?' <---- Abg aku masa ni terus je tanya si Dhea..
'Ada momok..'
'Mana?'
'Tuuuu, kat situ. Dia main kat beg golf Cik Man..' <---- Sambil tu dia mumble ntah ape lagi ntah..
'Ckp kat momok, pegi laa balik. Jgn kacau, Dhea nak main sorang-sorang.'
Dhea diam je, tp mulut mcm kumat-kamit 'mumbling' ntah ape..

Later,
'Momok, pegi laa balik sana!' <---- Pitching sudah lari tinggi woo..
'Jgn ckp jerit-jerit mcm tu. Ckp elok-elok, suruh momok tu balik rumah dia.'

Tak lama tuh..
'Cik Man, momok dah balik dah..' <---- Sambil tu Dhea ni gi jengah kat sliding door, lagak mcm tgk org keluar rumah gitu.. Muka Dhea pon mcm org kelegaan..

Then, Dhea minta aku buatkan susu. Aku pon pi laa bancuh susu dia kejap. Tgh kocak-kocak susu tu, tetiba dia bgtau aku sesuatu..
'Mama, kaki momok tu kan itam, besarrrr..' <---- Sambil tu dia angkat suar tido dia sbb nak tunjukkan kaki dia..
'Besar mcm mana?!' <---- Cewah, aku buat-buat berani tanye..
'Besar mcm ni..' <---- Dhea menjenjetkan kakinya.. So, aku assume yg Dhea ni nak bgtau aku yg 'si momok' ini tinggi & hitam.. Erk!

Ketika kejadian mlm tu, Hadif elok je main sorang-sorang kat tepi tangga tu jugak.. Tp, takde pulak si Hadif ni meraung ketakutan. Maknanya, Hadif ni tak nampaklah ape yg kakak Dhea nampak. Nasib baik.. Klu tak, confirm tak tido mlm laa kami satu rumah..

Di hari yg lain pulak, masa ni weekend. Lebih kurang kul 6.30ptg aku & family (Hubby, Dhea & Hadif) ke rumah seorang officemate sbb nak amik kunci office. Rumah dia ni btol-btol kat bawah tangki air tmn perumahan tu. Lepas amik kunci, aku pon bergegas ke office utk amik lappy. Then, bergegas jugak balik ke rumah sbb nak kejar masa utk mandikan anak-anak aku. Aku tak berapa suka mandikan diorang lewat sgt..

Esok paginya, aku mandikan si Dhea ni mcm biasa. Then, bungkus Dhea dgn towel mcm biasa jugak. Tetiba si Dhea ni pi bukak balutan towel tu & bungkus kepala dia sambil terlompat-lompat.. Pastu Dhea ckp kat aku..
'Mama, tgk ni dia buat mcm ape..'
'Dhea buat ape ni lompat-lompat?'
'Dhea buat mcm POCONG laa..' <---- Terus cabut towel & sengih tgk aku..
'Dhea nampak pocong kat mana?!' <---- Kat TV rasanya takde siarkan cerita pasal pocong nih kan..
'Ala, kat tangki air.. Yg kita pegi jauh-jauh tu..' <---- Erk, time ni aku blur mengingatkan 'tangki air' yg Dhea maksudkan..

Isninnye, aku story kat officemate (yg aku pegi rumah dia tuh). Dia terkejut, 'Anak Syam PON nampak ke?!'. Aku lagi laa terkejut bila dia ckp yg jiran dia mmg selalu nampak 'benda-benda' mcm tu kat kawasan tangki air. Erk, seram lagi!! Meremang bulu roma aku masa menaip entry nih weihh..

Aku rasa, cukuplah 3 kejadian tu aku ceritakan kat sini. Nanti korang seram pulak nak baca blog haku nih. Ekekeke.. Klu diikutkan, hari-hari mmg ada aje insiden yg tak sepatutnya.. Tu blom lagi cerita Dhea yg tetiba je story kat aku, 'kawan' Dhea inilah, itulah, beginilah, begitulah..

Yg musykilnya, aku dok sini dah nak masuk 3thn (ikut umo Dhea sbb aku pindah sini pon 2minggu selepas aku bersalinkan si Dhea ni hah! ;P). Dari awal dlu elok je, takde pape yg men'seram'kan pon. Sejak sebln+ ni je, mcm-mcm pulak.. Aku ni udahlah penakut sejak azali kecik lagi.

Mulanya aku ingat si Dhea ni saje reka cerita ke hape. Tp, cerita dia tu konsisten jek wlpon aku twist soalan mcm mana skalipon. Ntah ek.. Aku risau sebenarnya..

Nak menyedapkan hati, aku assume (lagi?!) yg 'benda-benda' ni sebenarnya duduk kat rumah sebelah yg tak berpenghuni. Mungkin sebab dah lama sgt rumah tu kosong. In fact, mmg blom diduduki pon wlpon dah cantek direnovate, dah di pasang gril bagai.. Selalu jugak nampak owner dtg weekend, sapu-sapu laman rumah dia.

Hmm.. Harap-harap selepas rumah tu diduduki sepenuhnya (bila laa agaknyer?!!!!), 'benda-benda' yg dok mengacau Dhea ni pon 'hilang' jugak laa.. Boleh ke mcm tu?! Uwwaaaa.....



Note: Sebenarnya, entry ni aku draft semlm, tp tak sempat nak publish.. ;P

13 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Sha--> Syaura pernah kena masa aku duduk menyewa kat Nilai dulu..rumah tuh memang rumah lama and diduduki india yang menjadikan bilik utama tuh tempat sembahyang dia..selalu cakap ada nenekla kat umah, ada kawan kat bilik..sudahnya aku yang jadi takut pegi berubat..Tak ingat sgtlah ada bacaan baca kat penjuru rumah(ayat quran) and then tanam tebu hitam bagai lah..tapi Alhamdulillah elok Sha..cuba ko try berubat...carik yang islamic OKie..just my 2 cents..

MN said...

boleh tak ak seram sejuk skang nih???
hadoiiiiiiiiiii!!!

i.s.z.a.n said...

seram okehhhhh..meremang segala bulu aku..matila nak g toilet ajak laki teman malam kang, ko memang tau..cepat citer lagi..haha

sayangibu said...

huhuuu..ngeri bebs... p carik org tua2 yg pandai laa ubatkan si dhea tu...

Mommy Harith Hannah said...

oit, meremang2 bulu roma wehh, aku baca story nih... serius tak turun2 lagi bulu roma nih...

seb baik hadif xnampak skali kan...
brave girl laa Dhea..

p/s : citer laa lagi...

p/s 2 : betul cakap mimi, pi laa berubat... takut jadi imaginary friend sampai ke besar plak...

mirah said...

wah ni kira supernatural nih..hihi..
tp kan risau campur seram gak kalau dh selalu mcm tu.
Mgkin ada org kata it's a 'gift' tp ada keburukan juga. Mcm arnie ckp kalau sampai besar jd kawan, tak ke pyh tu..

Cuba lah dinding kan umah dgn baca surah albaqarah awal smpi habis..

Nur said...

ish seram betul baca..
rumah aku yg baru tu pun masa memula yana pegi pun balik tido ngigau2 nangis x tentu arah..puas baca ayat kursi..br ok.

rohaadam said...

ishh..seramlah betui.....tapi berani betui Dhea tu yer...

Mommy2H said...

seramnyer tp kalau tak mahu baikla pergi berubat..my sis pon sampai besar bole nampak. dia sampai tak tahan bwk g berubat hilangkan kelebihan dia tu br la ok hidup dia..kesian jugak kat dia masa dia nampak2 tu asyik sakit jek

Ina Hashim said...
This comment has been removed by the author.
Ina Hashim said...

fuhhh
terbayang-bayang lak
eee ngeriii
mmg kene buat pendinding
mlm jumaat suruh hasben bawak sebekas air g surau/masjid
buat air yassin
then balik renjis2 keliling rumah

Marsha~ said...

issshhh.. berdiri BULU ROMA aku baca cite kau ni.. bebudak kecik senang nampak benda2 macam tu.. takutnyaaaaaaaaaaaaa.. aku dahle penakut!

Anonymous said...

erk...mak takuttttttttttt!!!