Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, January 1, 2009

2 sekaligus, dowh!

Aku saje gatal gi terjah blog cik Zety kita tuh. Nah, hambik kau 2 tag skali dapat!! Kahkahkah! Tag tulisan tangan pon tak terbuat lagi tau cik Zety oii.. Takpa, mak buat yg ni dlu haa.. :D

Okeh, yg ni 1st tag..


Syarat dan peraturan:

  1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda. <--- Apekah motif ?!!


  2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini. <--- Owh, mak baik okeh, bkn penghasut!


  3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal. <--- Err, tak berapa nak paham laa arahan ni..


  4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.


16 perkara paling lawak rawak:
  1. Waduh, blom start lagi dah ketaq. Kahkahkah! Okeh, serius. Saya merupakan seorang isteri kepada seorang 'mat perang' yg sgt handsome dedikasi & bertanggungjawab. Maka, saya sering ditinggal-tinggalkan bersama anak-anak sementelah (??) suami saya bekerja keras mencari sesuap nasik. Ape kes?! ;P


  2. Saya telah pon mempunyai sepasang anak, yg sulung adalah perempuan dan yg kedua adalah lelaki. Akan tetapi, saya sering 'disalah-tafsirkan' sebagai seorang anak dara yg masih bersekolah di tingkatan 5. Mungkinkah ia disebabkan oleh badan saya yg kecik molek sgt kurus kerempeng?!


  3. Saya telah berjaya menyusukan kedua-dua anak saya dgn susuibu. Utk anak yg sulung, saya HANYA berjaya menyusukannya dgn susuibu ketika MLM HARI SHJ sehingga dia berumur 1thn+ (dimana ketika itu juga saya sedang sarat mengandungkan anak kedua) kerana ketika itu saya tiada ilmu langsung tentang penyusuan susuibu. Maka, ketika saya disahkan mengandung anak kedua saya tidak hanya berdiam diri mengadap PC sebaliknya mengambil inisiatif dgn men'google' info-info berguna melalui forum kegemaran ramai. Hasil drp kekerapan pembacaan saya di forum tersebut, anak kedua saya berjaya mendapat khasiat susuibu sepenuhnya sehingga ke hari ini.. Fuhh, sungguh complicated ayat-ayat chenta saya!


  4. Saya tidak begitu pandai memasak. Sebabnya, mungkin kerana saya hanya memasak tatkala Hubby ade di rumah. Dan, itu pon hanya menu yg biasa-biasa shj. Hahaha.. Utk hari-hari lain, biasanya saya akan makan mengikut selera tekak saya shj sebab anak perempuan saya masih blom pandai 'demand'.. Selamat.. Kihkihkih..


  5. Sejak mula mengandungkan anak kedua, saya mengalami sakit pinggang/blkg yg kronik. Pinggang/blkg saya akan terasa mcm nak patah & berdenyut-denyut bila saya gatal-gatal mendukung anak perempuan saya yg beratnya sudah pon mencecah 14kg+. Wlpon saya telah dinasihatkan utk tidak mengangkat barang berat, tetapi saya tidak sampai hati utk meng'ignore' permintaan anak gadis saya yg ingin bermanja minta didukung.


  6. Saya kurang berminat dgn sukan. Satu-satunya sukan yg pernah saya ceburi suatu ketika dulu adalah bola jaring. Saya rasakan amat sukar utk bersukan dgn keadaan saya yg ber'spek' mata ini. Maka, saya lebih gemar mengambil jalan selamat dgn hanya membaca buku di tepi padang.. Kihkihkih ;)


  7. Saya sgt tidak gemar memakan TAUGEH! Sebenarnya, bukan taugeh shj. Banyak lagi jenis sayuran yg saya tidak gemar terutamanya ulam-ulaman. Mungkinkah kerana saya jarang dpt melihat ulam-ulaman terhidang diatas meja makan kami sewaktu kecik dahulu?!


  8. Saya tidak suka makan asam, jeruk dan yg sewaktu dgnnya. Sejak kecik saya mmg dilarang sekeras-kerasnya makan asam atas alasan nanti belajar tak pandai. Memandangkan saya tak hingin menjadi bo.doh, maka saya ikutkan shj amaran keras itu.


  9. Saya sgt menyampah dgn org-org yg 'talam dua muka' dan suka sgt ckp 'high' sedangkan 'dia' hanyalah biasa-biasa saje. Terasa nak lempang shj org-org seperti ini. Utk mengelakkan perasaan 'nak melempang' itu berlaku, biasanya saya akan beredar dgn kadar yg segera drp tempat kejadian.


  10. Saya seorang yg peramah dan mudah mesra. Bila saya berselisih dgn org yg saya kenali, saya akan rasa excited nak menegur wlpon kdgkala org itu buat-buat tak nampak akan kehadiran saya.. ;)


  11. I lurve doing laundry. But, I hate folding.. Tak tau laa kenapa. Mungkinkah kerana saya terlalu cerewet atau lebih sedap dipanggil perfectionist dlm hal melipat baju?! Bila laa agaknya saya akan insaf yer..


  12. Sejak berkenalan dgn online-shopping, saya menjadi ketagih utk click, click dan click lagi. Tetapi pada bln Nov 2008, saya telah mencatatkan sejarah dimana saya tidak membuat sebarang pembelian online sepanjang bulan itu.


  13. Saya tidak pandai ber'make-up'.. Setakat tepek compact powder & sapu lipstick tu boleh laa.. Kali terakhir saya betul-betul memakai 'make-up' ialah dihari perkahwinan saya which is 3 years ago. Itupon dgn bantuan mak andam, sudah semestinya..


  14. Diam tak diam, sudah 5 tahun saya telah bekerja di tempat saya bekerja skrg. Saya juga sudah berasa malas penat utk me'renew' borang SPA 8 wlpon secara online kerana sehingga skrg permohonan saya itu belum membuahkan hasil seperti yg saya inginkan. Wlpon sudah beberapa kali dipanggil interview, rezeki saya masih lagi di sini nampaknyer..


  15. Saya sudah kehabisan cuti tahunan. Hatta utk tahun baru ini sekalipon.. Maka, selepas ini saya terpaksa mengambil 'unpaid leave' sekiranya terasa ingin bercuti.


  16. Kerajaan Negeri Johor tidak men'declare' 1 Jan sebagai cuti umum. Kerana itulah saya bekerja hari ini. Tetapi saya telah pon bercuti pada 1 Muharram yg lepas kerana hari tersebut adalah cuti umum bagi Negeri Johor.. ;)



Akhirnya, selesai juga tag ini. Saya tak tau dah nak tag sape sebab ramai dah yg buat tag ni rasanya.. Apepon, selamat berkenalan.. ;)




Note: Tag yg satu lagi tu kendian mak buat yer cik Zety..

1 comment:

Anonymous said...

keh keh keh.....hang tau dak lagu `si baju ijau'? ngehehe...aku mesti teringat kat hang kalu aku dengaq lagu tu...lagu tu lagu lama..aku pon tak pasti sebenarnya tajuk lagu tu...ala zaman salamiah hassan gitu! ahaks ;p

hang la satu2 kawan aku yg berlaki kan mat perang nyah! sbb tu lagu tu reminds me of u!!!