Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, November 21, 2010

Antara dua..

..resipi ini dan ini, aku konfius agak serba salah nak buat yg mana satu. Kedua2 resepi aku cilok drp Dapur Malus Domestica.

Yang sebenar2nya, aku teramat sangat nak test resepi kedua. Tapi.. ada tapi dia. Dlm resepi tu tulis,


"Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper"


Agak2 korang laa, ape benda yg aku tak cukup? :D

Grease proof paper - checked!
Loyang - checked!

So, ape lagi yg tak cukupnyer? :P

Untuk pengetahuan korang, loyang aku satu2nya adalah bersaiz berdiameter err, ntah ek.. :D Tapi mmg kecik laa. Alangkan 1 adunan kek cokelet tu pon muat2 sampai mulut loyang je. Kompem laa tak muat kot utk resepi kedua tue. Maka, sementara nak tunggu loyang yg seangkatan dengannya sampai drp Kluang, aku pilih untuk test resepi pertama.

Hasilnya..



Agak kurang puashati di situ walaupon suami dan anak2 kata sedap hingga menjilat kertas. Aku agak konfius tgk resepi. Kat situ tulis,


1 tablespoon baking powder


Aku letak 1 teaspoon je. Sebabnya, aku tak penah lagik jumpa resepi yg memerlukan sampai 1 sudu besar serbuk penaik. So, aku assume penulis tersilap tulis.. Buleh? :P

Tu pasal laa kot muffin aku tak menggebu macam yg TTM buat.. :D Tapi leceh sket laa buat muffin sebab loyang (panggil loyang gak laa kot sebab dia sebijik macam loyang cuma saiz je kecik :P) muffin aku ada 6 bijik jer. 3 kali jugak laa aku membakar. Klu kek senang sket sebab curah semua skali dalam 1 loyang besar-yg-tak-berapa-nak-besar tue.

Takpe laa noks, lenkali buat lagi aku test boh 1 sudu besar plak ek. Apepon, hubby balik petang tu terus ngadap muffin 2 bijik bersama teh 'o buatan sendiri sebab bini dia sibuk online fb sampai lupa nak buat air.. :P






P/s: Lepas ni kena kumpul peralatan memasak laa pulak gamaknyer. Especially, loyang! :P

Friday, November 19, 2010

Projek baking2 diwaktu cuti..

Sejak 2 menjak ni, naluri untuk membaking semakin meluap2 macam lahar gunung Merapi yg baru meletop!

Ekperimen dimulakan dengan resepi yg diwar2kan oleh kak non (apsal sya takleh bukak blog ahkak ea? private kah?). Resepi asal adalah dicilok drp sini. Memandangkan sukatan utk bahan2 guna cawan jek, maka eksperimen diteruskan. :D

First attempt, buat separuh sukatan sahaja. Sebabnya, telur ngam2 sebijik je yg tinggal masatu. Pastu, tepung pon bantai je guna self-raising flour sebab kehabisan tepung gandum. :D

Biasalah, first timer mmg agak kelam-kabut dapur dibuatnye. Gambar takde sebab kek bantat tak sempat amik dah lesap dek 2 budak kecik yg comey lotey yg tak gheti dok diam sepanjang sesi baking2. Untuk choc ganache, aku hentam guna susu tepung (fullcream) campo tepung gandum sebab nak kasi pekat. Pastu masuk plak coklat masak Nona. Sedap jugak laa.. :P

Second attempt, aku buat sukatan penuh pulak. Kalini, barang complete. :D Choc ganache aku guna kaedah sama macam 1st attempt. Bancuh susu, masak atas dapo. Then masukkan tepung sket kasi pekat. Kalini aku tapis supaya tak berketul2 macam masa memula buat. Pastu masukkan coklat masak Nona belen aritu.. :D Kali ke-2 aku buat choc ganache agak berlebih2 laa jugak.. So, belen tu simpan dlm petiais.

Ape? Gambar? Hah, sila klik sini. :)

Third attempt, aku buat separuh sukatan lagi. Saje melayan kerenah budak2 opis yg tak cukup2 makan tak sempat merasa masa aku bawak aritu. Since choc ganache seblm ni pon ada belen lagi, so, aku tak buat laa.. Aku bawak gi opis, sekejap je dah licin.. Itupon terpaksa sorok2 sket sebab kesian kat kengkawan yg tak merasa lagi.. :D

Gambar? Klik sini ea.. :P

Last weekend, abg aku pindah rumah baru kat Seri Setanggi. Pagi tu tak tau nak buat kuih ape, so, aku bancuh satu adunan kek cokelet. Aku bahagi 2 sebab loyang yg aku ada tu tak dapat nak menampung adunan kek tue. Masa 3rd attempt aritu, aku main taram je semua dlm satu loyang penuh. Sampaikan bila kek tu kembang, terkeluar2 drp loyang. So, kalini aku bahagi laa 2. Maknanya, 2 kali bakar laa jugak sebab oven mak aku kecik ciput je.. :P

Kalini aku buat choc ganache guna bahan2 yg aku beli drp kedai kek. Whipping krim plus dark chocolate. Berpusing2 aku kat area berdekatan mencari kedai yg jual bahan2 utk buat kek nih. Hasilnya, memang terbaek laa drp yg sebelum nih.. :P


So, sementara makcik2 kat dapo tengah sediakan barang2 nak pindah rumah tue, aku sajikan laa pakcik2 yg tengah bersembang sakan dengan kek cokelet yg marveles. Tp, tak sempat boh ganache pon sebab dah kalut2 aku lupa nak letak. Dah siap potong baru teringat. Apekah? :P

Seronok juga baking2 ni. Nak2 bila Dhea puji2 kata kek mama terbaek dari ladang.. Kembang kempis tahan napas terharu.. /blush

Untuk 4th attempt ni memang tak sempat bawak gi opis pon. Malam tue juga selamattttt.. :D

Gambar? Malas nak klik2? Hmm..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Gambar yg sama jugak klu korang klik sini.. :P

Harini aku baking2 lagik tau. Tapi bukan kek cokelet. Nak tau? Rajin2lah klik sini.. :P


Wednesday, November 17, 2010

Bosan tahap gaban.. eh, tahap dewa..

Agak2 tahap mana lagik tinggi, gaban ke dewa? Lu pikir laa sendiri.. :P

Mulut penuh dengan tat nenas.. :D

Peace!

Trademark ex-opismate tiap kali bergambar.. Miss u bebeh!

What say u? /wahaha


Tuesday, November 16, 2010

Bloglist punya hal

Arini sangat buhsan mengadap FB, maka aku telah gatal tangan utk edit2 blog. Tiba2 terremove bloglist laa pulak. Hamik, terus panik..

Berbekalkan blog ini (blog ni mmg dah hapal dah :D), aku copy & paste aje url blog2 kat situ. Tapi, tak laa copy semua sebab bukan semua aku kenal pon. Mak copy mana yg mak kenal & berminat nak kenal je.. :P

Maaflah sekiranya ada blog add yg aku tak letak kat bloglist baru. Banyak juga blog2 yg aku suka baca, tapi mana nak ingat semua. Biasa laa bila dah blog-hoping ni mesti akan jumpa blog2 yg vadevass kan kan kan..

Oh ya, sebelum terlupa aku nak ucapkan..

Selamat . Hari . Raya . Aidiladha

Btw, esok aku keje. Ada sape2 yg keje juga esok?


Monday, November 15, 2010

Weaning him off


Yes, it's HIM.


Tiada yang lain selain budak cengeng encem nie.. :D


Cubaan membuat Peace adalah tidak berjaya.. :P


Setelah kami bersengkang mata serta menahan telinga selama lebih kurang 1 hari 2 malam menjaga nenen, akhirnya malam ke-3 Hadif menunjukkan perkembangan yg positif. Hati memang kena kering kontang sepanjang tempoh itu hokkay..

/sweat

Malam ke-4, kami dah boleh tidur dengan lebih nyenyak sebab Hadif pon dah boleh terima hakikat bahawasanya dia adalah dilarang keras utk menggentel mengempeng memandangkan usia Hadif pon sudah 2 tahun 7 bulan yer puan2..

Cukup2 laa tu, nak oii.. Bagi budak jambu jambul ni pulak ek.. :P







Tuesday, November 9, 2010

Ular sawi

Ada ke menatang tue? Klu ular SAWA mak kenal ler.. /hihi

Alkisahnyer semlm petang masa nak pegi amik Emir kat Kg. Melayu. Si Dhea excited nak keluar keta, nak ikut aku pi amik adik dia kat umah BS. Tapi, aku tak bagilah dia ikut sebab dah malam. Pastu nanti terkedek2 nak lalu jambatan kecik kat rumah BS. Aku dah laa nak cepat sebab dah lewat dah amik si kecik tue..

Lepas amik Emir, terus masuk keta. Masuk2 keta, si Dhea bukak citer pasal ular..

"Mama, ular ape tu yg besar sangat?"

"Ular ape? Ular sawa kot.."

"Haa, ular SAWI. Besar dik, kakak tgk kat zoo dengan Cik Man, Cik La, bla bla bla.."

Masani, Hadif dengar citer akak dia sampai ternganga2.. :D Aku dengan atok dah mengekek2 ketawa rasa nak guling2 dlm keta bila dengar Dhea sebut ular SAWI. Atok pulak saje je kan kasik hangat Dhea..

"Ular SAWI tu kaler hijau ke Dhea?"

Hadif yg innocent pon mengiyakan cakap atok dia..

"Iyyee tak (kak), uyar awi ane ijauuu.."

Wakakakakakaka.. Ape2 ajelah nak oii..





Wednesday, November 3, 2010

Aku rindu

Sangat sangat rindu actually.

Harini tergerak pulak utk bloghoping. Seblm2 ni aku hanya baca melalui Google Reader jek. Walaupon tak semua blog yg sempat aku lompat2, mana yg sempat aje laa yek.. Insyaallah, will follow up with user y'all later. Eh, mcm ayat dlm Syslog plak. :P

Seriously, aku rindu giler nak blogging. Rindu nak update milestone anak2, esp Emir Ziqri. Rasanya, aku tak penah lagik update milestone Emir kat blog kan.. Huhu..

Nantilahh.. Suatu hari nanti yg entah bila aku pon tak tau. Kepala hotak rasa mcm dah bebal nak menulis panjang lebar.. :D

Anyway, banyak giler yg aku tertinggal pasal kengkawan blog. Contohnya Pn MIO kita, dah preggy ghupernye. Tak silap tengah tunggu hari kot. Semoga selamat dan dipermudah segala urusan ye kawan.. :)


Friday, June 25, 2010

'kenapa saya baca Casa Arina'

Walaupon dah terlambat utk menyertai giveaway ni, saya nak luahkan juga 'kenapa saya baca Casa Arina'.. :P

Sebenarnya, blog ini tercipta pon adalah disebabkan oleh Casa Arina. Iyerr.. Dolu2, saya takde ramai kawan2 blog. Dpt blog address ni pon drp Susuibu.com.. Bila saya baca pandangan2 dan komen2 bernas KNV kat SI.com, saya tertarik utk continue baca blog dia pulak. Tak pasal2 jadik addicted sebab entry2 KNV dolu2 agak memberi inspirasi kpd saya yg muda belia dan baru terhegeh2 nak 'betulkan hidup'.. :D

So, saya pon bacalah hari2.. Dah kata addicted, kenalah hari2.. :P Tapi, lately saya dah banyak tertinggal entry voks KNV (dan kawan2 lain juge :D). Bukan bererti saya dah tak addicted, tp masa yg amat mencemburui saya.. :P Ntah bila sempat nak cover balik.. Apepon, KNV dan Casa Arina tetap dihati.. :)

Oklah, cukuplah tue kot.. Kang lagik panjang kang jadik cam tak ikhlas laa pulak kan.. :P



Wednesday, May 19, 2010

Hancurnya sebuah harapan..

Di suatu pagi tadi..

"Dhea, suka tak klu mama tak pegi work?"


"Tak."


Erk?! /shock


"Dhea tak suka ke klu mama cuti? Boleh duduk kat rumah jaga Dhea, Hadif, adik Emir.."


"Takkkk!"


"Kenapa?"


"Klu mama work, boleh dapat duit, kan.."


Mama speechless okeh!



Anak bertuah mama.. :D




Friday, May 14, 2010

Sirap Bandung

Cuba teka yang mana satu? :P



/wahaha



Ok ok, sila kembali ke pangkal jalan cerita yang ingin dikongsi.. :D



Sebelum kejadian..


Lena sungguh tidur si adik..



Selepas kejadian..


Terus segar bugar bijik mata terbeliak..



Apekah kejadian yang telah terjadi sebenarnya ni? Suspen suspen.. :P




















Jeng! Jeng! Jeng!



Boleh agak tak kejadiannyer kesan ape kat baju si kecik tue? Kesan ni mudah saje nak hilangkan.. Tak perlukan bibik pon, kan TTM? :D


Tapi, soalan yang paling penting di sini adalah.. Siapa yang punya angkara ni hah?!!


























Saye! /please


Tak pasal2 si adik merasa air sirap bandung buatan org Bandung Mama.. Dowh!

/no



Sunday, May 9, 2010

Happy Mothers's Day

to all blogging buddies yg dah dapat gelaran ibu.. /hi

Kalian sambut dimana tahun ini?!

As for me, tahun ni sambut dlm kelas ler gamaknyer.. Kejap lagi nak bersiap pi kuliah dah.. :D

Tapi, 2 hari yg lepas awal2 Hubby dah cakap..

"Hari Ahad ni mama rilek je.. Anak2 abg jaga, basuh baju abg wat, kemas rumah pon abg wat.. Abg buat semua.. Mama rilek2 je okey.."

Aku pon senyummmmm je lerr.. Dah dia sendiri yg offer camtu kan.. :D Thanks Abg!!

/bye



Thursday, May 6, 2010

1, 2 dan 3 4

1 itu merujuk pada 1 bulan.. Yer, anakandaku Emir sudah pon berusia sebulan pada 13 April 2010 yang lepas..



Genap sahaja Emir sebulan, aku dah masukkan dia dlm buaian.. Ahaha.. Bukan ape, letih laa nak layan dukung jek.. Sebagai jalan pintas, aku masukkan dia dlm buai and it turn out dia sukak! Tidurnya pon semakin lena.. Mcm mana aku tau dia suka? Aku tau laa.. Aku kan mama dia.. :P

Untuk pengetahuan korang, Emir ni lammmmmmbat nak lena tau.. Sebijik pe'el mcm abg dia, Hadif.. Tak tau laa apesal. Pastu bila dah menggeliat, dah rupa mcm org nak bersilat. Habis kaki tangan semua gerak.. Bila tido dlm buai, Emir kurang menggeliat. Klu menggeliat pon tak rupa org nak bersilat lagik dah. Menggeliat ringan2 gitu.. :P So, bila dah kurang menggeliat, makin lena laa dia tido.. Klu terjaga/terkejut, just enjut perlahan2 dan dia akan tido balik.. Kecuali laa dia bangun sebab hausssssssss.. Enjut laa lama mana pon, takde maknenyer okeh.. :D

Sebenarnya, Hadif pon masih tido dlm buai klu kat rumah mak dia.. Siap berbedung lagik.. Ngee.. /dignose

Okeh, settle bab 1.. 2 tue pulak, merujuk pada 2 tahun.. Sehari selepas Emir berusia sebulan, abg Hadif pulak genap berumur 2 tahun.. 14 April 2010.. :D



Memandangkan aku masih dalam pantang, kami mmg takde buat pape pon. Tapi, since haritu kami ke KD utk check-up Emir (dan aku jugak), balik tu kami singgah laa kedai kek.. Tapi tak tau nak beli kek ape sebabnya si Hadif masatu tgh demam.. Confirm takde selera makan..

Maka, si kakak yang terlebih excited mengalahkan besday boy telah memilihkan kek yang dia suka bajet Hadif suka. So, dapat laa Hadif kek kecik ada gambo Pooh (sebab kartun tu jek yang ade pon.. :D)..

/wahaha

And since birthday si kakak just around the corner, si kakak pon minta kek laa jugak kekdahnyerrrr.. :P



Harijadi tahun ni adalah yang ke 4 tahun, pada 1 Mei 2010 yang lepas. Tak tau laa apesal diorang ni pilih kek kecik tue. Aku dah suruh dah pilih yang besar sket.. Dengan harapan, mak buleh laa tumpang sepotong dua.. :P Tapi, kek kecik tu jugak jadik pilihan anak2.. Hubby suka ajer laa kan sebab dia yang nak membayarrr.. :P

Apepon, bukan saiz kek yang jadi ukuran kasih dan sayang kami utk kalian.. /nobigdeal

Selamat harijadi wahai anak-anak yang kami kasihi..


Semoga kalian membesar dengan sihat dan kuat.. Sila dengar cakap mama ngan ayah okeh!! Mama ngan ayah syaaaaaayangggg korang.. Ingat tue.. :)

Itulah dia kisah 1, 2 dan 3 eh 4.. /bye



Kalau semalam

aku teringin Teh C Special Giant Plentong, harini teringin spagethi bolognese laa pulok.. Sapa tau kat mana bley dapat spagethi bolognese yang settap eh? :D

Kahkahkah!

Ciss, masa preggy aritu takde plak ngengada teringin macam2..

/hmm



Wednesday, May 5, 2010

I am craving for..

this.. Ingatkan saya seorang yang teringin. Rupa2nyer, Hubby pon teringin jugak..

Semalam, masa kami balik drp Tesco, Hubby tetiba ckp yang dia dah lama teringin.. Bila Hubby sebut jek, saya terdetik dlm hati "eh, sama laa pulak..".. Terasa ada chemistry di situ.. Okeh, sila muntah..

/blush

So, terus laa ajak Hubby ke Giant Plentong.. Situ je laa satu2nya tempat yang saya tau ada menjual Teh C Special yang setappp! Sesampainya ditempat, kami berdua hampa sebab kedai dah tutup.. Ah ah ah..

Hmm, bila nak pegi eh?! Hubby skang ni hari2 balik lambat.. Nak tunggu weekend mcm dah tak terbendung dah rasa rindu kat Teh C Special tue.. Huhuhu..

/no



Tuesday, May 4, 2010

Berjemaah

Err, bukan solat berjemaah yang dimaksudkan di sini.. Tapi, ini..























/dignose

Oh yer, bebudak ni bukan sahaja tidur berjemaah.. Tapi, DEMAM juga berjemaah..

Masa ni demam Dhea dah surut, tinggal batuk2 dan selsema sahaja. Hadif pulak demam tengah naik. Korang nampak tak cool fever + sapu tangan lembab yang tertepek atas dahi Hadif tue.. :D Dan, si kecik tu pon turut terkena tempiasnya.. Sib baik takat dedar2 badan sahaja..



Pheww! /sweat

As of now, ketiga2 budak bertuah itu adalah sangat sihat sejahtera.. :D



Tandem Nursing

Dulu, masa preggykan Hadif aku sempat menyusukan Dhea sampai aku pregnant 8 bulan.. Rasanya klu tak disebabkan aku kena ulang-alik rumah-HSI setiap hari selama hampir 2 minggu untuk jaga Husband yang eksiden masatu, aku rasa Dhea akan terus breastfeed malam sampailah aku bersalinkan Hadif..

Cuba bayangkan.. Cubalah eh.. Klu tanak pon takpe.. :P

Aku yang tgh sarat preggy 8 bulan, tetiba kena jaga Husband kat spital.. Tido spital tetiap malam dengan pewot yang memboyot tue.. Atas kusi okeh, bukan atas katil (wlpon dlm bilik tu ada katil kosong).. Pagi2 lepas pak dokter round, baru aku terhegeh2 balik rumah. Sampai rumah, perkara pertama yang aku buat adalah menyusukan Dhea sampailah dia puas.. Pastu barulah aku sibuk buat keje lain; basuh baju, masak bubur utk Hubby, etc etc etc.. Tengaharinyer, aku pegi lagik menjalankan tanggungjawab kat spital.. :)

Malamnya, parents ngan abg & SIL aku yang tolong jagakan Dhea. Penah sekali, abg & SIL aku terpaksa bawak Dhea ronda2 kotaraya sampai ke tepi laut (Stulang) sana tuh semata-mata nak tidokan Dhea. Ntah kul bape pagi baru diorang balik.. Itupon selepas Dhea dah tertido.. Haaa, punyalah susah Dhea nak tido bila takde nenen disisi.. :D

Itu duluuu........... Sekarang lain pulok kekdahnyer.. /hmm
























Yer.. Begitulah.. Sorang kiri, sorang kanan.. :D

Masa awal2 tu aku stress giler babas okeh nak handle situasi mcm ni.. Esp, waktu malam laa.. Lenguh satu badan beb.. Memang agak mencabar kesabaran diri aku yang sememangnyer tak berapa nak sabar nie kan.. Dengan sakit kat perutnyer (c-sect kan..), dengan lenguh-lenguh badannyer.. Pergh, rasa nak lempang je sape2 yang banyak songeh time tuh..

As time flies, badan aku pon dah lali dah nampaknyer.. Dan, aku pon dah terer adjust pose yang sesuai. At least, idak ler lenguh sgt badan mak.. :P Bukan ape beb, tak bagi tak sampai hati pulok.. Yang geram tue bila Hadif nampak si adik nenen, dia pon kelam-kabut panjat katil/kerusi, then baring/dok kat sebelah & nenen sama2.. Mula2 tue, Hadif mmg tak boleh nak share, tak boleh langsung nak tunggu sampai adik dia puas nenen ke hape.. Walaupon, masatu dia baru je lepas makan okie.. Punyalah kedukuttt.. :D

Sekarang Hadif dah ok sket laa.. Paham laa jugak bila aku soh dia tunggu jap ke hape ke kan.. Takde laa dia menangis mcm mintak dipukul kena pukul, mcm mula2 dulu.. Siap cakap, "Baby eyahh, Dish eyahh.." :D Aku tak tau laa sampai biler.. Hadif plak mmg dah reject terus susu tin. Kak Sue (bbsitter Hadif) pon terpaksa gunakan syringe utk suapkan Hadif susu.. Yerrr, siap berbedung bagai.. Kat rumah mmg dah tak dengar dah suara Hadif soh ayah dia buat susu.. Manjang nenennnnn..

/blur

Apepon, semoga aku kuat utk menghadapi.. Doakan yer kengkawan! /please



Thursday, April 29, 2010

Beberapa minggu yang lalu

sebelum hari ini..



Sungguh lena si kecik tu tido kan.. Oh yer, selimut tu adalah harta turun temurun drp zaman Dhea tau.. :P Dapat free masa bersalinkan Dhea dulu.. Ehehe..

Eh, eh.. Bukan itu yang ceq nak tunjuk kat hangpa sebenaqnyaaa.. Tapi, gambar ini..



















Haaaaa, gitulah ghopernyer kawasan berpantang haku.. Amacam?

/wahaha



Wednesday, April 28, 2010

Muhammad Emir Ziqri

Yupp, itulah dia nama yang kami laki bini berikan pada si chumil #3.. :D Awat? Tak caya ka?

/hmm


Ok, nah!



Haaaaa, caya dah? :P

Masa mula2 Hubby bawa balik surat beranak si Emir tue, aku agak terkujat laa jugak.. Lain giler surat beranak bebudak skrg ni eh.. Kaler hijau lagik.. Surat beranak baru ni dah ada hologram (betol ke nama logo yg kilat2 tu hologram?)..



Saiz pon agak besar drp surat beranak yang Hubby bawak balik 2 tahun lepas.. Takde plak aku amik gambar saiz surat beranak depa tue.. :P Kat belah kanan-atas sekali, ada no siri beserta barcode.. Kiranya senang laa bebila nak, scan jek barcode tue automatically no surat beranak masuk terus dalam sistem..



Hmm, agak2nya laa kan.. 2 tahun akan datang, macam ni lagi ker rupa surat beranak anak2 kita? Ke tukar lagik?

/hmm


Klu nak tau, kenalah beranak lagi, ye tak kawan2? :P


Last but not least, kenalah letak gambar tuan punya surat beranak di atas kan.. Esok2, baru kita story pasal si Emir ni ek..



/bye



Thursday, April 8, 2010

Final exam

for semester er.. er.. sem II 2009/2010, is just around the corner.. Yeay!

/sweat


Ptg tadi aku baru je print out Sijil Menduduki Surat Pengesahan Menduduki Peperiksaan Akhir kat cc terdekat. Haa, jgn pelik plak.. Walaupon aku masih dlm pantang, sudah beberapa kali jugak laa aku terpaksa keluar jalan2 cari pasal atas beberapa sebab.. Mak siap pegi kelas okeh last week..

/dignose



Orang lain berpantang dok dendiam kat rumah.. Resting, resting and resting.. Tapi aku special sket.. Pantang tetap pantang, mcm biasa laa makan minum etc.. Cuma ada aktiviti tambahan iaitu aktiviti menyiapkan assignments & projects.. Yeay lagi!! :P Tak larat dah nak extend lagi.. Layannnn ajelah.. :D

So, pray for me friends! Harap2 takde laa paper yg kantoi sem ni.. /please