Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, November 17, 2008

Flashback

14hb Okt 2008;

Pg tu Hubby ada interview & check-up dgn pegawai. Sehari suntuk aku call tak dpt. Ptg tu Hubby call bgtau yg dia baru je habis "semua di atas". Then dia nak pegi cari brg keperluan kursus dlu seblm balik JB.

"Abg sampai rumah dlm kul 8 mlm. Pastu nak cari brg sket lg utk kursus. Nanti kul 10 awak hantar abg ke Kluang eh. Takde transport laa, kena naik ketapi. Pakai waren. Ketapi kul 12.50 tgh mlm!"

Aku cam, "Erkh..."

So, seperti yg dirancang kul 10 mlm kami gerak ke Kluang. Dgn di temani adik aku. Dhea, terpaksa laa aku minta jasa baik abg & SIL aku utk bawak dia jln-jln. Tak kisah laa kemana-mana pon, asalkan Dhea tak ikut. Bkn tanak bawak Dhea, tp mmg tak boleh nak bawak. So, bawak Hadif je laa kan. Si kecik ni cemane mak tinggal ye tak...

Seblm abg aku "bawak lari" Dhea, Hubby aku dah pesan mcm-mcm kat Dhea. Dhea siap pelok ciom ayahnyerr terchenta lagi tu. Pastu happily keluar rumah cari selipar kesayangan dia. Nak ikut Cik Man laa tue. Tetiba Dhea masuk balik. Hubby pelik..

"Kenapa Dhea? Tanak ikut Cik Man ke?"

"Ikut laa.."

"Dah tu, kenapa masuk balik?"

"Jap laa.. Dhea nak salam Cik An (adik aku!) dulu!"


Ekekekeke... Lepas salam adik aku, Dhea terus menonong keluar rumah mengekor abg aku yg dah menunggu kat keta. Fuhh, lega! Ingatkan td Dhea nak ikut kitorang. Dhea tatau pon kitorang nak ke Kluang. Yg Dhea tau, ayah nak work!

Kul 10+ kitorang gerak. Setgh perjalanan aku dah terlena. Nasib baik Hadif pon tak byk ragam. So, senang laa mak nak "hold" dia sambil melelapkan mata. Kul 12.05 (tgh mlm okie) dah sampai Kluang. Infact, laki mak dah park keta dah masatu. Yg aku plak baru tersedar. Ekekeke.. Memandangkan byk masa lagi, kami pi melantak dlu ape yg patut. Kebetulan semua yg hadir pon tak mkn lagi. Hahahahaha....

Tepat 12.50, ketapi sampai. Hubby pon keluarkan beg-beg drp bonet keta & angkut masuk letak dlm coach (ye ke coach?). Lepas peluk ciom anak bini, Hubby pon dgn berat hati (ye ke bang? ;P) melangkah naik ke dlm gerabak ketapi. Nampak laa byg dia yg tgh mencari seat kat dlm gerabak tuh..

Lepas ketapi dah selamat berangkat, kami bertiga angkat kaki drp stesen tuh. Ke mana lagi klu bkn heading back to JB. Perjalanan drp Kluang ke Tol Ayer Hitam (mak siap ym member ni kasik kompem ;P) sgt lancar sbb keta 2-3buah je atas jln tuh. Dah tgh mlm kannnn... Bila dah masuk highway, adik aku mula laa speed ala-ala too fast too curious.. Sib baik laa takde speed trap ke hape..

Tetapi.... Setibanya kami di Sedenak, perjalanan menjadi semakin perlahan & akhirnya berhenti. Rupenyer ade eksiden. Masatu tatau lg eksiden yg mcm mana. Lori-lori, bas-bas & keta-keta beratur pjg tak hingat punyerr! Ade yg siap matikan enjin lagik. Adik aku laa tu antaranya.

Adik aku ade jugak keluar & gi kepoh-kepoh ngan drebar lori yg kebanyakannya dah lepak kat luar lori masing-masing. Aku tak kuase laa nak amik tau dah masatu. So, aku & Hadif lepak dlm keta je. Tetiba adik aku masuk balik dlm keta. Dia bgtau yg kat depan nunnn (ntah berapa km) ade treler terbalik melintang pukang kat tgh-tgh highway. Mmg tak bole nak jln selagi tak dialihkan. Lor...

Adik aku pon ape lagi, dia bukak cermin keta luas sket & tido. Aku jugak yg tak bole tido. Sempat laa adik aku tido 20min seblm aku kejutkan dia. Masatu para drebar pon dah mula menghidupkan enjin kenderaan masing-masing & bergerak perlahan-lahan. Masa lalu kat tempat kejadian, terkejut besar aku. Bkn sebijik treler, tp tiga bijik kawan-kawan!! Ish ish... ni mesti kes ngantuk / merempit sesama treler nih... Pihak PLUS terpaksa tanggalkan divider tgh utk bg laluan pd kenderaan yg kecik-kecik aka keta, van, mpv, etc etc. Bas & lori tak dapek nak nolong. Kena jugak beratur & tunggu...

Selepas tu, perjalanan kami lancar mcm biasa. Kami tiba kat rumah kul 3.30pg! Dhea dah tertido kat living bersama-sama abg & SIL aku. So, aku terus je la naik ke bilik ngan Hadif..



Hmm.. Semlm Hubby call bgtau mungkin dia akan balik lebih awal. Mungkin seblm raya haji. Klu gitu, lebih kurang 2minggu je lagi. Mungkin laa...

Oh ye! 2 minggu selepas Hubby berkursus, Hubby dpt balik weekend. Kebetulan that time, anak-anak (plus maknyer skali) kurang sihat...

Semlm, pagi-pagi lagi Dhea dah cari baju Ayah. Kunun nak amik sendiri. Bila dah sedar diri tu "ketot" lagi, baru minta tlg mama amikkan baju Ayah yg bersangkut. Hihihi.... Beberapa hari ni Dhea asyik soh aku call Hubby. Mlm seblm tido mesti nak call Ayah at least skali..

"Mama, tiponkan Ayah. Dhea nak ckp dgn Ayah..."

Hehehe.. Sedap je ayat anak aku kan.. Sib baik soh call kan Ayah, dpt jugak mama tumpang sekaki.... ;P

8 comments:

it me said...

bagus dhea nak cakap dgn ayah..

my adib nape ntah cukup susah nak cakap dgn abah dia; takde perasaan rindu langsung
tapi mlm2 mesti sediakan bantal dan space untuk abah dia

p/s : ku baru je perasan ko pun weken wife

mamaDhea said...

ekeke.. baru perasan ek..

dhea klu tido biasa mmg baring sebelah ayah dia je.. tanak sebelah mama.. klu ayah takde baru baring sebelah mama.. tp muka ngadap dinding.. bule?? ekekekeke

~Umi.Sufira~ said...

Teringat saya masa kawin belajar kat jepun dulu pon setahun jadi weken wife jugak...dulu takde anak takle terasa sgt kot..kalu ada anak nih maybe kelam kabut sikit ek?!kekeke...

knv said...

kursus kat mana tu sya? siannnya.. sabar la yea. nasib baik ada budak2 nak dilayan. kot tak musti busan tinggal sorang kan?

mamaDhea said...

mimi,
sya ni dr kawen lagi sampai arini still jugak wiken wife.. dah jodoh.. hehehe..

sis ana,
hehe.. mmg kena byk sabar skrg nih.. lg laa dhea skrg dh byk pe'el.. husband kursus kt kuala kubu, selangor nun...

Anonymous said...

please drop by...
http://aussiegall.blogspot.com/

Ealyie said...

ala beb ko ngaku jela..ko yang paling teruk rindu kat 'ayah' bukan dhea!!!!
jodoh ko kan beb ngan askar2..ehehehe..
best jugak kekdg jauh2 ni, tak payah ko nak main sorok bli 'brg' kan..kan.. ;p

mamaDhea said...

ealyie,

sendiri mau ingat laa.. hahaha...

;P