Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, January 30, 2011

Lauk dinner terbaek!

Semalam, kul 8 baru sempat ke dapo, boley? :D


Apelagi, cargas laa kluarkan segala menatang yang nak dimasak. Menu utama adalah Lala Goreng Serai. Ini adalah kali kedua haku masak lala. Itupon selepas cobaan pertama mendapat sambutan hangit hangat drp isi rumah yang lain, terutamanya ayahanda terchenta. Klu takdak sambutan dan permintaan, takde maknenye mak nak masak untuk kali yang seterusnya.. :P


Kelentang! Kelentung! Kelentang! Kelentung! Siapp!!/sweat


Kul bape siap masak dek non? Kul 9.30mlm. Ahahahahahahahahaha.. Berperang haku kat dapo dengan anak2 yang memang suka mengacau. Dhea request lauk sardin (lagi!), tp tak larat dah nak oi. Cukuplah dengan menu tambahan, ikan goreng kurang asam dan sawi + lobak goreng sos tiram. Seumo hidup aku, semalam adalah kali kedua jugak mak goreng sayo sawi dan rasanya adalah terbaek (kat tekak aku :P). Aku memang tak makan sayo sawi sebelum ni tau. So, pasni kenalah blaja2 makan sawi kan.. Dah kata terbaekk dari ladang kan! :P Masa 1st time menggoreng aritu tak berapa kick. Itu yang mak coba lagik (selain nak ngabiskan belen sayo sawi yg ado dlm peti). Bak kata pepatah, 'prektis makes perfecto'. *wink wink*


Alhamdulillah, kul 10mlm semua isi rumah sudah tersandar kekenyangan. Lauk utama pon tinggal semangkuk. Itupon sebab aku asing dan tinggalkan untuk adik aku yang tiada di tempat kejadian semalam. Dan, pagi tadi sebelum pi keja, aku nampak semangkuk kulit lala dlm sink. :P


Gamba original nan ado yer. Henpon cokia masih dlm icu. Ntah bila nak discaj ntah. :P Boring kan cerita takde gambar? Tu pasal mak letak banyak smiley, kasik meriah sket entry ni (kunun). Mesti korang pon kata dlm hati, 'iye je dia yang masak, ntah2 beli kat kedai..', sebabnyer takde bahan bukti.. Kan? :P Jangan kan korang, klu haku yang jadik readers digest pon mesti curios jugok. Ok laa, klu nak tengok jugak, klik sini. Sama je rupenye cuma haku tak letak cili kering. Ganti dengan cili hijau + cili padi sket. Kasik pedas2 sedap. Cubalah. :)


So, whats for lunch today? Haku teringin nak merasa ini..




























































*pic courtesy from here*


Kat JB mana mau cari yang sedap? :D




Saturday, January 29, 2011

Musim demam

Kan?


Dhea aritu demam seminggu jugak laa. Start demam masa cuti Thaipusam aritu. Kitorang tak terus bawak ke klinik. Bagi Dhea minum ubat yg sediada kat petiais dulu, pastu tepek cool fever. Itu pon jenuh memujuk baru Dhea setuju untuk tepek cool fever. Anak dara haku ni klu demam, mula laa manja terlebey.. Jumaat baru bawak pi klinik feberet sebab dah kerap muntah2. Paed bitau yg tekak Dhea bengkak. Dpt laa bekalan ubat batuk (Cough-en) dan antibiotik (Augmentin). Alahai, cian anak mama..


Yang klaka (klaka ke?), paed agak pening nak tetapkan sukatan ubat untuk Dhea. Klu ikut berat Dhea yg dah terlebih berat (24kg uols!!) tue, Dhea sepatutnya amik 10ml ubat demam dan antibiotik. Tapi, sebab umo Dhea muda lagik (baru nak masuk 5thn okeh), paed takut Dhea cirit-birit pulok. So, sebagai jalan penyelesaiannya, paed advice untuk amik 7.5ml untuk 3 hari pertama, then reduce to 5ml untuk hari2 berikutnya. But, if kitorang nampak condition Dhea macam tak berapa ok (tak tau nak define camne), we have to bring her back to clinic on Sunday.


Lepas sesi konsultasi selesai, aku mintak MC untuk Dhea untuk hari Jumaat dan Sabtu skali. She was supposed to attend skool on Saturday (replacement CNY). Tapi, nengokkan keadaan Dhea hari Jumaat tu, terus 'esok Dhea takyah gi skool laa nak yer..' :P


So, Isnin ler baru Dhea ke skool. Sabtu petang (around 2pm), kitorang (me & hubby) ke tapak skool Dhea to inform the teachers laa ni kunun. Pastu hubby minta homeworks hari Jumaat ngan Sabtu skali. Bukan ape, Dhea tak penah balik takde homework. Hari2 mesti ada homework. So, mak takut bila Dhea naik skolah hari Isnin, melambak homework2 dia kang. Takut tak terbuat uols. Mak pon takut takde masa nak ngadap homework Dhea manjang. Anak dah 3 okeh. Nak harap hubby monitor Dhea buat homework? Kejap aje laa, pastu hubby yang tulun buatkan homework, buleh? Budak2 ni memang pandai btol jek bapak diorang tau..


Jadiknya, mak pandai2 laa curi2 selit2 masa. Bila tengok Dhea cam dah kebah sket, tanya dia klu2 dia boleh buat homework sesikit, mana yg senang dulu.lah Yang bagusnya, Dhea tak penah tolak klu disuruh buat homework. Tapi, tu laa, tahap fokus Dhea adalah sangat sedikit. Maka, harus dimonitor sampai siap. So, Ahad malam tue siap jugok segala mala homework Dhea yg melambak2 tue. Haaa, pandai tak mak dia  selit2 adjust.. :P


Isnin Dhea pi skool macam biasa. Muka dah tentu2 laa sembab. Kesian anak mama. Kami tak paksa pon dia pi skool. Dhea yg nak jugak pegi. Pastu balik skolah Dhea sampaikan pesanan cikgu,

'Mama, cikgu kata kalau demam takyah datang skolah.'


Baekkkkkkkkkk!! :P So, Selasa cuti lagik laa gamaknyer. Rabu baru skolah balik, sampailah semlm. Semlm mak selongkar buku2 Dhea sesatu, boleh pengsan tengok homework Dhea yg melambak2. Of coz laa sekali dengan homework cuti CNY. Zaman kita ada ker? :P Lagisatu, mana2 classwork/homework yg tak sempat siap, cikgu dia akan tulis Not Done! Classwork/Homework masa Dhea MC aritu, cikgu dia tulis Absent! :P Ahahaha, sabau jek laa ek. Zaman kita manada semua2 tuh, kan? Mana2 yang layak dapat bintang, dapat lah sebijik dua bintang. Dhea penah komplen kat haku,

'Dhea mintak cikgu bintang 2, tp cikgu tak bagi. Kedekut laa cikgu ni, mama..'


Hari Khamis aritu memang tak sempat nak monitor Dhea buat homework sebab ada hal kat Tiram. Takkan nak angkut skali homework2 tu kan.. Koser aih! :P Balik2 drp Tiram, Dhea pon dah selamat tido. Maka, semlm dapatlah cop Not Done! Maap yer cikgu. Lenkali kami akan pastikan homework Done! :D


Dhea dah fully recovered hari semalam. Demam dia kebah hari Rabu (klu tak silap). Batuk2 je yg masih berlarutan sampai semalam. Petang semalam mak perasan dah tak batuk2 lagik dah. Ada satu mlm tu, Dhea  batuk2 sampai tak boleh tido. Asal batuk je muntah, asal batuk je muntah. Sampaikan kena sound dengan Hadif,

'Kak, klu atuk, gi ar tolet. Angan utah sini.' *muka selamber tak bley blah sambil tunjuk bantal sebelah dia yg dah lencun dek muntah si kakak*


Kellas ko bang, dah pandai dah sound tepet kakak yerr.. :))


As for me, pon tengah demam. Dah seminggu jugak. Huhu..





















Demam tweet tweet aje.. :P







P/s: Terkenang zaman2 chatting kat yahoo chat room dolu2.. :D

Monday, January 24, 2011

Gara-gara 12k!

Tetiba ramai plak opismate datang tanya haku pasal isu blogging dpt income 12k (ape tajuk sebenar dlm sokkabar ek?), macam laa haku yg dpt income banyak tu kan.. :P


Sudahnya, mak tunjukkan aje blog yg dimaksudkan oleh sokkabar itu, blog KakRed kan kan. :D


Dah laa tue, siap mintak tips mcm mana nak dapat 12k. Tips breastfeeding ado laa, nak? Kahkahkah! Sabau je la ngan korang2 ni tau.. :P


Bila dengar org dpt income 12k, dan dan laa nak buat blog jugak. Ingat sehari dua bley dpt 12k? Harus membanting tulang 4kerat jugok ok klu nak dapat 12k tue. Btol tak KakRed?


Korang blaja dulu camne nak register blog, then baru google tips untuk dapat income 12k tue ek. Itupon bukan google kat sini, pi kelebek sesatu entry2 kat blog KakRed sana. :P


Gud luck guys!




Tuesday, January 18, 2011

Penangan power trip!

Pagi ni berderet2 kol masuk. Non-stop! /no


Jaw haku dah lenguh bukak katup bukak katup drp pagi sampai skang.


Leteyyyyy hokeh.. /sweat















Dah! Dah! Haku nak gi berehat sebentar bersama kitkat rest kejap. Nak top-up pape yg patut. Ciao bebeh!




Monday, January 17, 2011

HAPPY BABY CONTEST *Sticky Entry*

This entry will be sticky until 17th January 2011 for personal purpose. Please scroll down for new entry (if any). Thanks! ;)


Jom join! Sebelum tu meh tengok apekah syarat2 utama contest ini.. ;)


1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog dan mempunyai alamat di Malaysia.
Saya ada belog. So, bolehlah join! ;)


2. Mesti jadi follower OurdreamsOfLife dan MyLittleWonder
Done! :)


3. Buat entry pasal GA ini dengan tajuk 'HAPPY BABY CONTEST'.
Done! :)


4. Letakkan sekeping gambar anak anda yang berumur di antara

Category A : Berumur kurang dari 2 tahun pada 31 Januari 2011


.:: Muhammad Emir Ziqri ::.
.:: 13hb Mac 2010 ::.

Si kecik comey lotey ni memang suka tayang gigi kapak dia lately.. Geram mak!


Category B : Berumur di antara 2 tahun - 4 tahun pada 31 Januari 2011


.:: Muhammad Hadif Irfan ::.
.:: 14hb April 2008 ::.

Abg Hadif yg encem happy giler dapat makan kat Kepsi. Nak2 plak acik An yg blanje seme. Laaaagik laa happy. ;)


beserta details seperti :
NAMA ANAK, NAMA IBU dan TARIKH LAHIR ANAK
dengan temanya 'HAPPY'..takmo gambar nangis²yek.


Mak kepada 2 budak tomey ni mestilah ai kan takkan u'olls pulak.. :P Nama ai adalah Sya Samkani. Aci tak letak nama singkat2 nih? :D


Okeh, done! :)


5. Copy dan letak gambar banner di atas di dalam entry anda bersama backlinknya (kalau nak letak kat sidebar pun boleh..tak diwajibkan).


Done! :)


6. Tag seberapa ramai kawan yang anda kehendaki (minimum 1 orang).

Ealyie
Cikgu Intan
Marsha
Madam Za
Aida aka Nelcy


Cukup2 laa tuh.. Done! ;)


7. Boleh tinggalkan komen beserta link kat blog OurDreamsOfLife atau Contest.
Will do Done! ;)


8. Closing date : 17 Januari 2011 05.00pm
Seminggu lagik. Cepat! Cepat! :D

9. Keputusan adalah muktamad.
Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. :P


Nak tengok hadiah pulak? Sila klik sini ek.. :P




Sunday, January 16, 2011

My 10 months journey

3 hari lepas, genap umur Emir yg chumel itu 10 bulan. Kejap je rasanya kan! :D Meh nak tepek gambo budak jambul ni 10 bulan yg lepas.. :P


Kata flashback, haruslah gambar takdak warna kan.. :P


Okeh, yg ni kompem warna-warni berwarna.. :D


Siap tayang gigi kapak lagi ko.. :P


As of yesterday, Emir sudah boleh menapak selangkah2. Tapi, still takut2 jugak. Lepas 2-3 langkah, terus duduk balik. Merangkak lagi best. :D Semlm, 2 peristiwa serammm telah terjadi pada anak kesayangan hamba ini. Huhu..


Seriously, aku menyesal tak sudah bila mengenangkan kes2 yg berlaku semalam. Nasib baik laa anak mak kuat! Nangis pon manje2 jer. Pas bagi nenen, ok dah. Pheww!! Ok, yg tue ahkak citer kendian ek coz arini dah siap sedia nak story pasal breastfeeding journey. Gambar2 pon dah siap sedia untuk ditepek. :P


Meh, ai kasik uols warm-up dulu (lagik? :P)

2nd day di HSI. Eh, bukan ko hari2 kat HSI ker mek? :P


As stated, gambar di atas adalah gambar di hari kedua. Hari pertama punya gambar korang jangan tanye okeh. Mak tak rela nak flashback hari itu. :P Actually, masa hari pertama aku memang flat abis.  Aku kena bius penuh (full GA ke hape namanye ntah :D). Maybe mommies yg pernah c-sect buleh paham? No? Hari tue (13 Mac 2009), memang hari mengoperate gamaknyer. Nurse bitau, pagi tue saje ada lebih kurang 4 kes c-sect (tak termasuk kes aku). Tapi semuanya, bius separuh badan je. Aku sorang je yg full GA. So, tghari tue aku tengok mommies yg 4 org tu seme dah boleh duduk sendiri. Tak perlu org lain bantu pon. Kecuali aku. Yerr, aku masih terbaring sampai ke malam. Tak daya nak bangun sendiri. Badan terasa sangat lemah dan tak bermaya. Klu boleh nak tidooooo jek.. Huhu..


Malam pertama di wad, agak trajis jugak laa bila nurse yg shift malam paksa2 aku bangun pi toilet. Petang tu diorang dah cabut paip dah actually. So, malam tu klu nak kencing, sila pi toilet. :P Siap nurse tu panggil doktor soh psycho mak okeh. Pedulik arh. Ingat mak sesaje manje2 tanak bangun ker? Huh! *tetiba emo*


Memandang aku still tak boleh bangun jugak (bila bangun je rasa nak pitam, buleh? :D), aku tahan tak kencing ko. Hihi.. Sampai laa kul 3pagi (klu tak silap aku laa), tetiba aku rasa segar bugar. Bangun sendiri, terus gi toilet dan syyyy.. :P Pas selesai urusan, baru sedar yg aku dah bley bangun sendirik. Yeay! Pagi tu, doktor yg psycho aku tanye. Aku pon eksaited bitau yg aku dah boleh bangun sendirik.


'Hah, kan boleh.. Itu mindset puan je tue..' *ye laa tue* :P


Eh, cop! Ni nak citer breastfeeding journey ke hape ni? Cam lari topik jek.. :D Ok ok, sebenarnya nak bitau korang yg aku gagal tak dpt directfeed si Emir masa baru2 lepas bersalin. *sob sob*


So, on 1st day tue memang tak jumpa langsung dengan Emir sebab Emir terus dimasukkan ke NICU. Aku jumpa Emir on 3rd day. Itupon tengahari baru dapat jumpa. Hubby tolak sorong aku naik kerusi roda pegi NICU sebab nak jalan kaki memang agak jauh gak laa.


Pagi tue aku sudah start pumping sebab breast dah bengkek giler. Hubby pon dah tolong bawakkan breastpump. Hasilnya, agak memberansangkan jugak laa.. :D


Ni laa kolostrum kots. Kaler kuning pekat.. :D


Bila total up dapat laa dalam 3oz.. ;)


Yg ni plak hasil pumping waktu petang kat bilik NICU.


Masih kaler kuning. 3oz++ jugak..


Sepanjang 10 bulan menyusukan Emir, banyak dah pahit getir yg aku lalui. Mcm2 laa.. Masa Emir 4bln setengah, aku amik keputusan untuk start solid lebih awal semata2 nak tampung keperluan susu. Bajet, bila dah start solid, Emir kurang sket minum susu. Bajet laa.. Tapi, takde maknenyer okeh. Emir tetap consume jumlah susu yg sama mcm sebelum dia start solid. So, lepas 2 minggu, aku stopkan solid. Masa tu aku perlu pam sekurang2nya 15-20oz sehari untuk cukupkan bekalan siang Emir. Dah laa masa pantang malas takdan nak buat stok beku. Hamikkk!! Pulun laa pumping siang malam. :D


Masa bulan pose tahun lepas, production susu aku memang jatuh merudum terbabashhh teruk giler. Masatu Emir baru 5 bln lebih. Lepas bincang2 dengan Hubby, aku setuju untuk supply FM kat umah BS. Terpaksa laa. Memula memang agak sedey jugak. Tapi, lepas Hubby pujuk2, ok dah. Aku tinggalkan setin Enfalac kat rumah BS. Since BS pon memang support breasfeeding, aku tak risau sangat. BS akan bagi SI dulu sampai habis. Klu tak cukup, petang baru dia top-up dgn FM. So, setin tu memang amik masa sebulan lebih gak laa nak habis. Seingat aku, Emir sempat laa merasa dlm 2-3 tin Enfalac tue. :D


One day, ofismate suggest amik madu hape ntah nama dia haku lupa. Eh, wa cakap lu, production memang masyukkk. Selepas tu memang dah tak perlu top-up FM lagik dah sampai laa ke harini. Thanks to you Syiekin! :D


Lagisatu rintangan yg aku lalui sepanjang seploh bulan ni adalah tandem nursing (Hadif dan Emir) dan bengkak susu. Memang kerap giler aku bengkak susu kalini. Siap demam2 mcm dalam pantang. Itu juga antara punca kenapa aku tak dapat nak supply susu secukupnya. Sampaikan satu hari aku pegi klinik, doktor tu bagi aku masa 1 hari jek lagi sebelum dia refer aku terus ke hospital. Klu dalam sehari tu bengkak tak surut, memang kena operate jugaklah kekdahnyer. Doktor tu siap ajar aku cara2 untuk urut bahagian yg bengkak. (nasib baik doktor fomfuan ko :P) So, malam tu menjerit2 laa haku menahan sakit. Tak penah selama aku menyusukan Hadif, aku kena bengkak susu. Memang tak pernah langsung.


Alhamdulillah, sekarang aku tak pernah lagik kena bengkak susu. Minta dijauhkan weihh.. Tapi, selalu rasa let-down. Pantang Emir menyusu, breast sebelah mesti basah jugak. :D


Perasaan yg aku masih tak dapat lupa adalah masa aku decide untuk supply FM. Memang rasa down abis. Keji Sedih giler dan rasa diri aku ni bukan ibu terbaik untuk Emir. Masa nak start solid takde plak rasa bersalah camtu skalik. :D Owh yer, aku jugak pernah menghadiri satu SGM yg diadakan di Setia Tropika. Masatu aku ada jugak consult dengan our beloved lactation counselor, Pn. Rita tentang masalah2 yg aku hadapi. Memang sangat2 membantu aku dalam membuat keputusan. Terima kasih Pn. Rita.


Apepon, aku bersyukur kerana masih mampu memberikan susu terbaek untuk Muhammad Emir Ziqri wlpon tanpa stok beku. Segala pahit getir aku akan jadikan pengajaran untuk masa akan datang. Semoga perjalanan penyusuan kami dipermudahkanNya sehinggalah Emir dapat adik baru 2 tahun kelak.. :D




Friday, January 14, 2011

Saintis in the making

Recently, aku selalu menangkap anak aku yang sorang tue tengah buat aktiviti sainsnyer..


Baby cologne klu campo dengan Baby oil, jadik ape kawan2? :P


Klu tak kecah satu bilik ok lagik. Tapi, klu dah tumpah sana tumpah sini memang hangin laa mak nak oii..















Haih! Boleh patah semangat nak marah bila Abg buat muka camni. Terus mak cairrr..






P/s: Maaflah, barang bukti tak dapat nak tunjuk sebab henpon cokia mak belum sihat lagik.. :P

Tuesday, January 11, 2011

Kehabisan stok

minuman segera pojaan ramai. Ni rasanya antara paket2 terakhir kot. :D




Honestly, aku memang tak minum kopi. Nescafe apetah lagik. Boleh bikin kepala den berpusing. :P Taaaapi, tak tau mcm mana aku boleh masyukk sama ini hwc. Semalam belek2 katalog Tesco, tak nampak pulak bayang hwc dlm katalog. Adapon wmt sajorkk.. Huhuhu..


Sejak2 ekon kat spital ni baru diservis, suhu adalah sangat sangat sejuk melampau. Klu nak solat tue, berchenta nak amik wudhu' okeh. Makanya, minuman segera adalah menjadik kemestian untuk dibawa esp. dikala cuaca sejuk camni. Mudah dan sedap. Mata pon tak jadik nak lelap. :D




So, ape minuman segera yg menjadik pojaan hati korang? ;)




Sunday, January 9, 2011

Hari makan2

Jumaat lepas ada makan2 kat opis. Collect sorang 5 hengget, makan sampai kenyang. Burpp! :P


Aku yang tak keje pon kenalah datang jugak. Rugi laa bayar 5 hengget tp tak datang kan. Giler, kiasu! :P Majlis start lepas waktu pejabat. Aku plak sampai kul 5.15ptg camtu. Petang tu aku sudah hangkut skali Dhea datang ofis. Saje jer buat peneman.. :D


Main menu petang tue adalah nasi goreng dengan ayam goreng rempah. Pastu ada buah tembikai dengan air oren. Pastu lagik :P, ada kek 2 bijik. Dan, ada sorang opismate telah membawa choco ball buatan tangan sendiri. :D


Aku plak bawak kek cokelet versi TTM. Tak tau pulak bos nak beli kek sampai 2 bijik. :D So, aku agak segan nak kuarkan kek cokelet itu. Sampailah Dhea sound,


"Mama, tadi kan mama bawak kek cokelet.."


Tetttttt!! Kantoi sudah.. :P


Kek itu akhirnya dikeluarkan  jugak drp simpanan  peti besi. Itupon selepas majoriti budak2 opis dah blah. Tinggal budak2 cc jek laa. Dengan diorang mak tak segan sebab dah selalu bawak kan sebelum2 nie.


Aku lepak2 kat opis sampai kul 7 lebey laa jugak. Balik tue adik aku ajak pi Kepsi kat Tmn Daya plak. Saje, nak belanje anak2 sdare dia Kepsi. Since Hubby pon takde kat umah, apelagi kita enjoy! Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak.. ;)


Peace!


Iklan Colgate :P


Cobaan untuk buat Peace sign oleh Hadif adalah tidak berjaya. :D





Sebelum pegi Kepsi tue, kena laa amik Emir dulu. Sementara tunggu Emir sampai, diorang gasak bergambar dlm keta. :D

Comeynyerr.. Anak sapa laa nih! :P


Abang dan Adik.. :D


Kakak dan Abang.. :D


Bapak mahal Kepsi ni ek. Cheezy Wedges sekotak kecik tu dah 3 hengget plus plus. :P Aku order KFC Jom Jimat Snack Box yg tak jimat langsung sebab dah kenyang melantak nasi kat opis. Anak2 order Chicky Meal je ler klu mai sini, senang citer. Dapat laa menan-yg-ntah-hape2-ntah tue sorang satu. Balik Kepsi anak2 dah kenyang dan penat. Lepak2 tengok tv kejap, pastu hangkut seme naik bilik tido.


Kul 2pg, tetiba ada orang bukak pintu bilik,


"Hai Ayah.." *sambut Hadif sambil sengih2 kamben* :D


Eh eh, bukan tengah duty ke? :P




Saturday, January 8, 2011

Rambut baru

Petang tadi (skang pon kira petang jugak :D), kami bawak Dhea pi potong rambut kat SMART. Seksa nengok Dhea buat homework dengan rambut berjurai2. Nak ikat mak tak gheti sangat noks. Klu ikat pon kejap je laa. Pastu getah rambut ntah kemana, rambut jadik serabai jurai2 balik. Sib baik rambut anak mak ni lurus bendul, guna jari pon boleyy.. :P


Boring kan cerita takdak gambar nie. Nah, ni gambar semalam lepas balik sekolah, sebelum potong rambut. Muka adalah ceria sebab sebelum Dhea keluar kelas lagi mama dah berpanas terpacak depan gate skolah. :P




Ok, yang ni plak gambar rambut baru potong. Muka Mulut adalah comot sebab baru pas melantak kek cokelet mama yang marbeles. Siap sorok tupperware tak bagi orang lain makan kek tue. Betapa sedapnyer kek cokelet yang mama buat.




Amacam, ok tak rambut baru Dhea? :D Klu dah mak dasar pemalas memang kena potong pendek aje laa rambut kakak tue. Senang sket keje mama bila kakak berambut pendek gini. :P


Dah dah, pegi mandi. Satgi nak merewang pulak. Adios!




Thursday, January 6, 2011

Salah faham sahaja

Semalam (hari kedua), sampai sekolah, Dhea tarik mama sekali masuk dlm kelas. :D Kebetulan cikgu berdiri depan pintu, mama pon terus je tanya.


Cikgu, semlm anak saya bgtau yg dia kena berdiri depan pintu toilet. Betul ke cikgu?
Eh, ye ke? Ni mesti cikgu Pamela nih. Cuba tanya kat cikgu tue. *sambil tunjuk cikgu yg dimaksudkan, tengah berdiri kat depan pintu kelas satu lagik*


Owh, semlm diorang ada pertukaran cikgu. So, cikgu kelas Dhea pon tukar jugak.


Selepas bertanyakan itu ini begitu begini, mama assume ape yg Dhea cakap tu hanyalah salah faham aje. Betul cikgu Pamela soh Dhea berdiri toilet. Tp, sebab dia nak pujuk Dhea yg dok menangis tak henti2. Dan kebetulan memang ada tempat duduk yg dekat dengan toilet (mak dah tgk sendiri kelas Dhea dah). Cikgu tue nak soh Dhea dok kat situ tp Dhea refuse utk duduk and keep on crying.. Itu yg jadik kisah "Dhea kena berdiri kat tepi pintu toilet" tue. Alahai kakak Dhea.. :D


Semalam, Dhea nangis lagi masa mama nak balik. Dhea paut kuat2 tangan mama. Nasib baik ada cikgu Hayati tolong peluk Dhea. Mama jadi tak sampai hati nak tinggalkan Dhea mcm tue. Tp, mama tak berani toleh2 belakang lagik dah. Takut hati cair. So, cecepat ajak Hadif keluar dari situ. Jom balik Dif!


Tp, Dhea balik dengan senang hati. Sebab, org pertama yg Dhea nampak lepas turun tangga adalah mama yg kebetulan tgh nak minta timetable. Hubby laa ni yg soh mak tanye if ada timetable etc etc. Anak kita baru masuk kindy la yang. Manade timetable seme. :P


Malam mcm biasa, aktiviti menggodek skoolbag Dhea. Kalini homework Dhea adalah menulis hurup a kecik.  :D Homework kaler2 yg semlm Dhea cakap cikgu dah tanda dan Dhea dpt 2 bintang. Yeay! Mcm malam sebelumnya, kami gilir2 monitor Dhea wat homework sebab mak memang agak tak sabar dlm mengajar budak2 nih. Bila dah siap homework barulah boleh meronggeng main2 ngan adik2. Kan Dhea.. ;)





So, mlm semlm mama story kat nenek cerita disebalik tabir supaya hati nenek senang dan tenang. Owh, nenek siap belikan Dhea biskut untuk bekalan ke skolah sebab Dhea mengadu kat nenek yg kawan dia bawak biskut pegi skolah. Ngeh3x..




Berdiri sebelah pintu toilet

Malam Rabu yg lepas, mama intebiu Dhea tentang hari pertama persekolahannya. Almaklumlah, bila dengar cerita yg agak kurang sedap didengar mama mesti nak dengar drp tuan punya badan. Baru puashati kan! ;)


Malam tue, dimulakan dengan operasi menggodek skoolbag si anak dara. Toingggg!! Terbeliak bijik mata bila tengok buku2 si anak dah berconteng2 bagai dengan pensil. Terus intebiu bertanyakan pd si anak.


Kakak, sape conteng buku kakak ni?
Dhea laa. Tadi balik sekolah Dhea buat.
Cikgu suruh buat kat rumah ke?
Ntah.


Haih, tak memasal mama kena padam balik. Nasib baik ko conteng guna pensel nak oii. Kat skolah bukan main lagi ko melalak, kat rumah eksaited sangat nak buat keje skolah yerr. Haih.. Owh ye, hasil drp menggodek skoolbag si kakak, mama jumpa satu homework. Mcm mana mama tau itu homework? Sebab cikgu dia cop H O M E W O R K kat page tue.. :P


Malam tue (sebelum aktiviti menggodek skoolbag) masa Dhea follow Ayah amik mama balik keje, dalam keta lagi mama dah intebiu kakak sket2. Esp. part nangis2 tue. Dhea kata, Dhea nangis sebab Ayah tak tunggu kat skolah. Pastu cikgu soh Dhea berdiri kat sebelah pintu toilet.


Eh eh.. Dhea kena berdiri sebelah pintu toilet?! Ape kes ni cikgu?!!


Malam tue, kami silih ganti monitor Dhea siapkan homework. Kaler2 je pon. :P But, being Dhea yg mempunyai kadar fokus yg sgt rendah, memang nak kena monitor sampai siap. Dhea memang takde skill mewarna langsung okeh. Klu skill menulis-ikut-garisan tu boleh laa plus skill menconteng dinding umah sebab dolu2 mama rajin print contoh2 drp pakcik gugel dan bagi Dhea buat kat rumah. :D


Dah penat buat homework, Ayah buatkan Dhea susu sebotol dan terus tido. Syian anak mama keletihan. Malam tue nenek pesan kat mama esok pegi skolah Dhea. Tanya kat cikgu pasal insiden berdiri sebelah pintu toilet. Hmm..




Dhea dan sekolah

Hari pertama which is on Tuesday 4th January 2011, Dhea ke sekolah ditemani Ayah terchenta sebab mama kena keje. Based on true story Hubby, Dhea sangat eksaited nak pegi sekolah. Bangun pagi seawal 6.30pg. Pastu bersiap pakai uniform sekolah dan kasut Pallas Jazznyer. Tak lupa jugak beg galas Princess kaler pepel. Comey!


Owh ya, Hubby telah menjumpai botol air kecik di dlm kc. Maka, diisikan air sukida untuk bekalan anak tersayang.. :)


Waktu persekolahan Dhea bermula kul 7.30pg sampailah 11.00pg. Kami memang pilih sesi pagi supaya senang nak menyiapkan Dhea ke sekolah wlpon terpaksa berkuntau dgn adik2 yg 2 org tu lagi at the same time.


Kul 9pg kol Hubby bertanyakan berita terkini tentang Dhea. Rupanya, anak daraku yg gagah perkasa gebus itu seorang yg penakut. Mula2 elok je duduk kat dlm kelas. Siap pilih tempat duduk paling belakang lagik okeh. Beberapa minit kendian, budak sebelah dia start nangis. Dhea tengok aje. Then, jangkit kat budak sebelah lagik, dan lagik dan lagik.. Last2, dengan Dhea2 skali menangis.. Huhuhuhu :D


Kul 8pg, loceng sekolah berdering. Menandakan ibu bapa dikehendaki balik. Tak dibenarkan tunggu lama2 kat skolah. Nanti budak2 manje minta tunggu hari2. So, Hubby pon baliklah jugak. Sebelum balik tu sempat jugak meninggalkan amanat pada si anak yg sedang menangis ketakutan. Dhea siap paut Ayah kuat2 tak bagi Ayah balik.


It's like, Ayah tunggu atau Dhea balik skali? :D


Nak tanak Ayah tetap kena balik nak. Dhea dok sekolah elok2. Blaja kasik pandai okeh. Make us prouddddddd. :D Selepas dibantu cikgu, pautan dapat dilepaskan dan Ayah balik dengan seribu perasaan. Ye ke bang? :P Hati kena kering kata Hubby.


Kul 11pg, si Ayah dah tercongok depan pagar skolah. Eh, rupanya budak2 ni balik awal arini. Kul 10.30pg dah siap beratur tunggu transport masing2, kata cikgu bertugas. Hubby tercari2 Dhea, dan, nah.. Tu Dhea tengah nangis menunggu Ayah yg lambat tiba.


Lor, nangis lagi?


Balik skolah terus salin baju. Ayah bawak kakak pegi kedai nenek. Dalam keta, kakak dah tertido keletihan.


Mama datang kedai nenek during lunch hour. Tu dia, si kakak masih tido keletihan. Tak dapat intebiu kakak dan2 tu jugak. :D


Alahai anak mama.




Monday, January 3, 2011

I curse u!

Orang jadik officer, ko nak jadik officer jugak. Tp, manjang laa hidup ko jadik officer tu menyusahkan anak buah. Ko ingat anak buah ko tu takde keje lain ke?! Nak ngadap kerenah budak2 ko tu je laa manjang?! WTF!!


Eh, puhleaseeeeeeeeeeeeee laa.. Don't be selfish. Bajet anak2 buah ko sayang sangat kat ko dengan perangai ko yg tak abis2 menyusahkan tue?!!! Diorang tu lagi naik menyampahhhhhh dengan ko ade laa.


Pissed off!!




Sunday, January 2, 2011

Alkisah Dhea Suraya Mohd Isa

She's going to be 5 this year. :)




Just now called Hubby untuk bertanyakan perihal sekolah si kakak. Alhamdulillah, segala urusan sudah pon selesai dengan baik.


Rupanya, hari ini ada sesi orientasi (eh, bukan 30hb & 31hb lepas ke?) kat skool Dhea. Sesi memperkenalkan persekitaran sekolah pada bebudak gitu. Hubby kata, Dhea sangat sangat happy dan excited sepanjang sesi orientasi pagi tadi.


As discuss mention before (dlm pesbuk few moms), fees untuk kindy nowadays adalah agak mahal. Mcm kat skool Dhea, every term kena bayar RM490. Setahun ada 2 term. Then, monthly kena jugak bayar RM120. Haaaaa, dah berapa tue adik2 sekelian? Cepat kuarkan kalkulator masing2! :P


Itu baru K1 okeh. K2 nanti tatau plak bape. K1 & K2 ni ala2 tahap 1/2 gitu laa kot.. Huhuhu.. Oh yer, tak silap haku tahun 2012 (kot) sok, kanak2 umo 5 tahun dah diwajibkan masuk kindy. Ye ke?




So, Hubby kata baju2, name tag, stationaries dan buku2 skolah seme dah dapat skali tadi. Balik drp kindy tadik, Dhea terusssssssssss tunjuk kat nenek segala barang2 skolah dia. Hihi.. Siap laa mama balik keje kang, kompem Dhea punggah lagik skali barang2 skolah dia tunjuk kat mama plak.. Yang mama takleh tahan masa dengar Hubby bercerita tadi,


Ma, tau tak size baju kakak baper?
Baper?
Paling besarrrr skali, size XXL..


/omg


Eh eh, awat tetiba mak sebak nih? Dup dap dup dap jantung ku.. Adakah perasaan kita ini sama wahai Pn Ealyie?




Selamat datang 2011

Hai hai bye bye Selamat tinggal 2010. /bye


Kenangan pahit dan manis 2010 jangan dilupakan pulak. Klu takde 2010, camne nak ade 2011 plak kan.. Eceh.. :P


Apepon, selamat menunaikan azam tahun baru. Azam2 mesti dah diset awal ye dok. Ke baru nak set cam ahkak? Kepada yg dah set awal tue, dah boleh mula tuai tunai dari sekarang. :D


























Selamat tahun baru peeps!!






P/s: Err, cobaan memakai tudung jenis katup (takde awning). Sesuai ke?!!! :D