Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, January 29, 2011

Musim demam

Kan?


Dhea aritu demam seminggu jugak laa. Start demam masa cuti Thaipusam aritu. Kitorang tak terus bawak ke klinik. Bagi Dhea minum ubat yg sediada kat petiais dulu, pastu tepek cool fever. Itu pon jenuh memujuk baru Dhea setuju untuk tepek cool fever. Anak dara haku ni klu demam, mula laa manja terlebey.. Jumaat baru bawak pi klinik feberet sebab dah kerap muntah2. Paed bitau yg tekak Dhea bengkak. Dpt laa bekalan ubat batuk (Cough-en) dan antibiotik (Augmentin). Alahai, cian anak mama..


Yang klaka (klaka ke?), paed agak pening nak tetapkan sukatan ubat untuk Dhea. Klu ikut berat Dhea yg dah terlebih berat (24kg uols!!) tue, Dhea sepatutnya amik 10ml ubat demam dan antibiotik. Tapi, sebab umo Dhea muda lagik (baru nak masuk 5thn okeh), paed takut Dhea cirit-birit pulok. So, sebagai jalan penyelesaiannya, paed advice untuk amik 7.5ml untuk 3 hari pertama, then reduce to 5ml untuk hari2 berikutnya. But, if kitorang nampak condition Dhea macam tak berapa ok (tak tau nak define camne), we have to bring her back to clinic on Sunday.


Lepas sesi konsultasi selesai, aku mintak MC untuk Dhea untuk hari Jumaat dan Sabtu skali. She was supposed to attend skool on Saturday (replacement CNY). Tapi, nengokkan keadaan Dhea hari Jumaat tu, terus 'esok Dhea takyah gi skool laa nak yer..' :P


So, Isnin ler baru Dhea ke skool. Sabtu petang (around 2pm), kitorang (me & hubby) ke tapak skool Dhea to inform the teachers laa ni kunun. Pastu hubby minta homeworks hari Jumaat ngan Sabtu skali. Bukan ape, Dhea tak penah balik takde homework. Hari2 mesti ada homework. So, mak takut bila Dhea naik skolah hari Isnin, melambak homework2 dia kang. Takut tak terbuat uols. Mak pon takut takde masa nak ngadap homework Dhea manjang. Anak dah 3 okeh. Nak harap hubby monitor Dhea buat homework? Kejap aje laa, pastu hubby yang tulun buatkan homework, buleh? Budak2 ni memang pandai btol jek bapak diorang tau..


Jadiknya, mak pandai2 laa curi2 selit2 masa. Bila tengok Dhea cam dah kebah sket, tanya dia klu2 dia boleh buat homework sesikit, mana yg senang dulu.lah Yang bagusnya, Dhea tak penah tolak klu disuruh buat homework. Tapi, tu laa, tahap fokus Dhea adalah sangat sedikit. Maka, harus dimonitor sampai siap. So, Ahad malam tue siap jugok segala mala homework Dhea yg melambak2 tue. Haaa, pandai tak mak dia  selit2 adjust.. :P


Isnin Dhea pi skool macam biasa. Muka dah tentu2 laa sembab. Kesian anak mama. Kami tak paksa pon dia pi skool. Dhea yg nak jugak pegi. Pastu balik skolah Dhea sampaikan pesanan cikgu,

'Mama, cikgu kata kalau demam takyah datang skolah.'


Baekkkkkkkkkk!! :P So, Selasa cuti lagik laa gamaknyer. Rabu baru skolah balik, sampailah semlm. Semlm mak selongkar buku2 Dhea sesatu, boleh pengsan tengok homework Dhea yg melambak2. Of coz laa sekali dengan homework cuti CNY. Zaman kita ada ker? :P Lagisatu, mana2 classwork/homework yg tak sempat siap, cikgu dia akan tulis Not Done! Classwork/Homework masa Dhea MC aritu, cikgu dia tulis Absent! :P Ahahaha, sabau jek laa ek. Zaman kita manada semua2 tuh, kan? Mana2 yang layak dapat bintang, dapat lah sebijik dua bintang. Dhea penah komplen kat haku,

'Dhea mintak cikgu bintang 2, tp cikgu tak bagi. Kedekut laa cikgu ni, mama..'


Hari Khamis aritu memang tak sempat nak monitor Dhea buat homework sebab ada hal kat Tiram. Takkan nak angkut skali homework2 tu kan.. Koser aih! :P Balik2 drp Tiram, Dhea pon dah selamat tido. Maka, semlm dapatlah cop Not Done! Maap yer cikgu. Lenkali kami akan pastikan homework Done! :D


Dhea dah fully recovered hari semalam. Demam dia kebah hari Rabu (klu tak silap). Batuk2 je yg masih berlarutan sampai semalam. Petang semalam mak perasan dah tak batuk2 lagik dah. Ada satu mlm tu, Dhea  batuk2 sampai tak boleh tido. Asal batuk je muntah, asal batuk je muntah. Sampaikan kena sound dengan Hadif,

'Kak, klu atuk, gi ar tolet. Angan utah sini.' *muka selamber tak bley blah sambil tunjuk bantal sebelah dia yg dah lencun dek muntah si kakak*


Kellas ko bang, dah pandai dah sound tepet kakak yerr.. :))


As for me, pon tengah demam. Dah seminggu jugak. Huhu..





















Demam tweet tweet aje.. :P







P/s: Terkenang zaman2 chatting kat yahoo chat room dolu2.. :D

2 comments:

Mummy Nana said...

Hehehe Chomel Dhea.....

mamaDhea said...

comel tue comel jugak.. notty pon bley tahan.. hihi