Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, July 6, 2007

Terserempak!

HUARRGGHH..! Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat. Rasa mcm kejap je dah habis seminggu. Korang rasa tak ape yg aku rasa?!..

Lunch hour td kitorang (biasalah, 3 Stooges..) gi Jusco Tebrau City. Itu je laa pon Jusco yg aku rasa paling dkt ngan ofis kitorang. Bkn ape, kali ni saje nak tukar angin. Asyik gi Giant/Carrefour je kan, naik boring pulak. So, sudahnya pegi laa Jusco..

Masa on the way nak gi mkn, kitorang terserempak laa dgn 2 org pompuan yg ayu berbaju kurung. Biasa laa, hari Jumaat kebykan org Melayu pkai baju kurung. Aku? Terbalik kots. Hahahaha..... Aku sllu gak pkai baju kurung, tp BKN hari Jumaat. Knape eh?.. Sbbnya, hari Jumaat ni lunch hour kan 2 jam. Biasanya masa ni la pon klu kitorang nak gi jenjln jauh skit. So, aku prefer pkai blouse & pants spy lebih mudah bergerak. Bg aku laa... Lain org lain laa caranya kan... =)

OK, back to ladies td tu. Salah sorang pompuan tu mcm ku kenal. Dia pon bila nmpk aku, mulut dia mcm sebut nama seseorang. Mcm nama aku jek dia sebut, ke aku yg perasan nih...?! Selepas aku amati dgn penuh perasaan, aku pon dgn pantasnya sebut NANI...! Hehehe.. Rupanya "dormmate" lame aku la masa kat SMTP, JB. Rasa nak peluk² je kawan aku tu. Maklum ler, kitorang dlu bole dikatekan rapat jugak laa. Kitorang dlu sllu ikut balik umah masing² bila time cuti sekolah. Aku penah ikut Nani balik kg dia & Nani pon penah ikut aku balik umah. Rasanya baru bbrp minggu yg lepas mak aku ada bertanyakan ttg Nani nih. Tak sangka pulak yg kitorang berjumpa juga akhirnya. Kat Jusco pulak tuh. Kami masing² terkejut beruk td. Masing² masih tak berubah perangai, lebih kurang je mcm dolu². Nani pon dah berumahtangga & ada anak pompuan sorang. Just like ME... Selepas bertukar² no tepon, aku bergegas ke Restoran The Egg House. Sampai sana aku tgk ofismate aku tgk syok melantak. Masing² order Set Chicken Chop. Disbbkan aku ni malas nak fikir pjg, akhirnya aku pon order aje mende yg sama. Hahahaha.... ;P

Sampai laa ni aku masih dok teringat kesah zaman sekolah dolu.. Hai hai hai.. Seronok je rasa, takde masalah nak fikir sgt. Satu²nya masalah yg sllu melanda kitorang masa tu ialah bila dah nak dkt exam/ujian bulanan. Hahaha.. Itu jam kapla masing² mmg serabut habisssss laa dibuatnyer... Ishh, tetiba jek aku windukan zaman sekolah....

No comments: