Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, July 30, 2007

Monday blues..

Harini Isnin. Hmm....mcm biasa, aku dilanda Monday Blues.. Hadoilaa.... Bila laa pe'el nak berubah nih! Memandangkan aku "kurang" mood nak wat keje, maka aku telah menggodek email² aku yg berkurun tak bukak tu & I found something related ngan situasi aku harini. Bole laa aku jadikan panduan & motivasi diri. Ecehhwahhh... ;P


PETUA MENCUCI HATI
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih".

2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100x sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3x.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur. Senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati - Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - Jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

=)

Friday, July 27, 2007

My 1st tagged game!

Phewh!! I've been tag by one of my cyber fwen, Lovebaby & finally today I have time to paste it here. Dah lama dok terperuk dlm thumb drive haku nihhh..


1. A person is only as good as BEING ONESELF.. Ada ker word nih ek?!
2. Friendship is always FOREVER..
3. To love is COMPLICATED..
4. Money makes me FULL OF ENERGY TO GO SHOPPING! Hahaha.....
5. I miss my OFFICEMATE.. Agak²nya diorang miss kat aku tak eh?
6. My way of saying I care is by NAGGING & HUGGING.. Nag dlu pastu baru hug.. ekekeke....
7. I try to spread love and happiness by SMILING...
8. Pick the flowers when U'R NEIGHBOUR WASN'T AROUND... Ni kes petik bunga rumah jiran laa nihhh... Kuang3x
9. To love someone is TO CHERISH EVERY MOMENT U'VE SPEND WITH..
10. Beauty is NIGHTMARE... ;P
11. When I was thirteen, what I remember the most WAS HOW I HATED WALKING TO SCHOOL. Jauh tuuu....
12. When I was twenty one, I remember TAKING MY ROAD TEST FOR MY P LICENCE.. Sib baik pass..
13. I am most happy when I FETCH DHEA ONTIME!
14. Nothing makes me happier than SPENDING TIME WITH MY BELOVED FAMILY.. =)
15. If I can change one thing, I will change NOTHING..
16. If smiles were cakes then I MUST HAVE OWN A CAKEHOUSE NOW..
17. Wouldn't it be nice if we could .....?
18. If you want to BE LOVED then you have to START LOVING OTHER PEOPLE..
19. Money is not everything but EVERYTHING IS MONEY..
20. The most touching moments I have experienced is THE DAY I WAS LEGALLY MARRIED TO MY DEAREST HUSBAND..
21. I smile when I FEEL GOOD..
22. When I am happy, I LAUGH..
23. If only I don't have to answer this thing, then I’LL BE DAMN BORED.. B'coz today is Friday & my boss has gone back to Singapore.. YEEEHHAAH!
24. The best thing I did yesterday was "LIPAT-ING" HALF OF MY DRY LAUNDRY.. Byk tuh nak habiskan sume. Lenguh tgn mak!
25. If I ever write a book, I will give it this title, "MY HOME SWEET HOME"
26. One thing I must do before I die is PAYING ALL MY DEBT & ESP. MY PTPTN LOAN. Hahaha.... Mampossssss aku kena kejar klu org ptptn baca ni...
27. Doing this meme, I feel like STUDYING FOR MY FINAL EXAM! Susah seyyy..


Kay, ni part yg aku tak reti nih.. Aku nak kena tag org lain pulak! Masalahnya, sume kengkawan aku dah pon di tag.. Hahahaha.. So, end up kat cni jek laa eh..... ;)

Thursday, July 26, 2007

Tentang dhea

Assalamualaikum....! Haluuuuuuuu everybody.. =)

Dah berapa hari aku tak sempat nak tulih blog. Bz sungguh nampaknye. Hahaha....padan muka aku!

Ape aku nak story arini ekk... Haaa! Semlm anak aku yg sorang tu jatuh tersungkuq kat rumah bbsitter dia. Mengikut cerita drp pihak bbsitter dhea ni laa kan, dhea jatuh tersungkuqqq sbb dia asyik nak angkat buaian dia tuh. Tgh dok eksen angkat² kaki buaian yg segiempat tu, tetiba kaki dhea tersangkut & jatuh laa tersembam. Pehtu apelagi, nangis sakan laa. Luka skit bibir atas dhea. Kata akak tu, dhea skrg ni lasak giler. Dah laa lasak, kuat merajuk pulak tu. Bila dah merajuk tu siap ngamuk golek² kat lantai lagi. Klu berebut menan dgn Amsyar (anak nurse), tak bole tidak dia nak jugak. Bila tak dpt tu yg ngamuk sakan tuh. Ikut perangai sapa laa tuh. Si Amsyar plak rilek je sambung main. Alahaiiii anak mama nih....

Korang rasa aku percaya ke dgn ceritera bbsitter dhea tuh..?! Aku percaya laa jugak wlpon tak 100%. Sbbnya kat rumah pon dhea mcm tu jugak. Cumanya klu kat rumah tu takde ler dhea berebut menan, sbb takde sape pon yg nakkan menan dhea tu. Keh keh keh... Back to kisah dhea jatuh tersungkuqq... Memula tu aku mcm nak marah laa jugak. Tp aku sempat ler pikir balik masa tu, klu aku marah pon bkn bole hilangkan kesan lebam kat bibir dhea tuh. Akak tu dah inform kat aku pasal insiden tu pon aku rasa dah cukup baik dah. Awal² dlu aku mmg dah pesan kat bbsitter dhea ni, klu ade pape berlaku kat dhea PLEASEEEE laa inform aku. Aku bkn nak marah dia pon. At least, aku bole laa bwk anak aku gi klinik ke hape ke kan.. Aku pon ade laa story sesikit kisah² bdk² yg mati mengejut sbb bdk tu jatuh & bbsitter takut nak inform pd parents. Skrg ni pulak time dhea tgh nak melasak. Dah tentu ada jatuh² punya kan.. Takpa laa, biar dhea belajar erti sakit sikit. Jatuh biasa² tu aku tak kisah sgt, sbb kat rumah pon dhea sllu gak jatuh.. Hahahaha.. Yg LUAR BIASA tu yg nak kena monitor tuhhh.... Ishh, simpang malaikat 44. Semoga anak aku sentiasa dlm lindungan ALLAH s.w.t. Amin.

Skrg ni bila dhea berak, dia akan rasa geli & cepat² pi kat aku or sesape laa yg ade dkt dgn dia. Pastu dhea akan tunjuk diaper dia & say "Eeiiikkkk!". Bila kita wat tatau jek, dhea akan tarik² tgn kita tunjuk kat diaper dia & say "Eikk eeiiikkkkk!". Hahaha... Drp nada bunyi tu je aku dah bole tau yg dhea geram bila kita wat dek je. Ni mesti sbb kes kena berak² seblom tu. Ye laa, time tu kan aku kerap tukarkan diaper dia setiap kali dhea berak. Tu yg skrg ni geli geleman je bon² dia bila kita lmbt tukarkan diaper. Satu perkembangan yg sihat tuh. Tak lama lagi bole ler aku wat potty training kots. Bole jimat duit beli diaper. Hahahaha.....kedukut btol laa aku nih. ;P

Ok laa, aku nak balik dah. Penat seyy arini. Ngadap drwg yg ntah pape dr pg sampai ke ptg ni hah. Sampaikan air favourite aku pon ptg ni baru sempat nak buat. Cehhs! Roti yg aku bwk dr rumah pg td pon ade lagi sekeping ni hah. Dah takde selera aku nak mkn. Lately mmg aku letih giler. Baju utk aku lipat pon dah semakin bertambah jumlahnye. Dgn dhea yg asyik dok melenting-lenting tak reti diam. Pastu dgn keje aku yg semakin melambak tak hingat. Balik keje pon asyik lambat je kan. Kelmarin aku sambung lg wat drwg tu kat umah sampai pukul 3pg. Perghhh! Esoknya aku bedal pearl kacip fatimah choco 2 paket sbb nak tahan ngantok punya pasal. Arrgghhh! Tatau mana satu aku nak buat dlu ni weihhh....!

Eh, kay ar.. Makin panjang pulak karya tulisan aku harini. Wassalam..

Thursday, July 19, 2007

Selsema pulak dah...

Semlm ptg kul 6.45 aku dah terpacak depan rumah kak Za. Dhea pulak kebetulan tgh berdiri kat depan pintu. Hehehehe... Dah tertunggu² mama rupenye yee. So, mcm biasa aku amik beg dhea dlu then bg dhea nenen kejap barulah kami balik. Klu aku tak nenenkan dhea dlu, nanti dlm keta dhea mengaruk nangis sampai sedu². Lglaa sejak dah pandai sebut nyennnyenn ni, siap dia tunjuk lagik. Sampai kat depan rumah, aku tgk dhea tergosok² hidung dia. Bila aku tgk, satu muka dah comot ngan hingus dia. Aiyoo.. Sah laa dhea selsema nih. Pehtu aku pkaikan kasut & turunkan dhea drp carseat. Yg peliknya, kejap² aku tgk dhea angkat tgn kiri. Selang bape minit angkat tgn kanan pulak. Hahahaha....rupenya baju dhea dah rabakk. Bukan rabak koyak tu. Tp baju tu jadik gelebehhh sbb dhea asyik dok tarik² leher baju dia. Ni jenis kain memeri laa nih. Aku pon ckp kat dhea, "Jom mama salinkan baju dhea jom..". Cepat² dhea angkat dedua tgn dia, sbb dhea pon rimas jugak sebenarnya. Hahahaha... Bijak bijak anak mama. =)

Seblom tu pgnya, masa aku nak gi keje laa kan ada satu kisah yg mencuit hati aku... Mcm biasa aku drive keta lalu lorong blkg rumah aku sbb aku mmg malas nak pusing balik. Ade laa sorang jiran blkg rumah aku ni bela anjing katik (aku panggil anjing katik laa sbb aku tatau jenis² anjing nih kan..). Sekali tgk mcm kancil. Pehtu jiran sebelah rumah dia ni pon ade bela anjing katik jugak, tp yg bulu² keteng mcm kambing biri² tu. Every morning tiap kali aku lalu je blkg rumah dua² jiran aku ni, anjing depa "teriak" bagai nak rak. Yg sekor mcm kancil tu siap lompat² kat pagar blkg rumah tu. Tiap pg aku lalu, musti aku pon buat² laa bunyi "teriak" anjing² tu. Saje laa nak "kenalkan" kat dhea.

Alkesahnyer.... Semalam aku terlupa nak "teriak". Tp tetiba dhea yg tgh dok rilek kat carseat blkg, berbunyi. Ala² "teriak" anjing gitu laa, tp sayup² je aku dgr. Then lelama makin kuat. Agaknya sbb aku tak endahkan sgt dia wat bunyi camtu. Hehehehe... Memula aku tak perasan laa bunyi yg dhea buat tu sebijik cam bunyi yg aku sllu buat. Aku pon tanya laa dhea, "Kenapa dhea?". Pehtu dhea "teriak" lagi sambil tgn tu tunjuk ke rumah owner anjing tu. Aku pon pikir punya pikir, baru laa teringat pasal anjing 2 ekor tuh! Hahahahaha...... Ape punya lembab laa paler otak aku pg tuuhh.. Tu laa kan, bila kita dah ajar anak kita perkara yg sama setiap hari mmg kompem laa akan MASUK & MELEKAT dlm otak dia. Tunggu masa sesuaiiii jek dia nak kuarkan balik segala information tu...

Mlm semlm aku dgr suara dhea lain mcm jek. Bunyi mcm org tgh demam/selsema. Tp mmg pon dhea selsema... dan semlm selsema dhea makin kronik. So, seblom tido aku suap laa ubat. Mcm biasa laa, kena pujuk dlu. Bila dhea tanak jugak, aku terpaksa laa paksa dia. Sian anak mama. Baru je 4-5 hari baik drp berak², dah terjangkit selsema pulak. Siap ade batuk sikit² lagi tuh. Rasanya mmg tgh musim kots. Ayah aku pon baru je baik demam, tp selsema tak baik lagi. Kat rumah bbsitter dhea pon anak akak tu tgh selsema. Mungkin dhea terjangkit drp org² sekeliling dia. Badan dhea pon baru nak naik sikit, selera mkn pon baru nak bertambah. Hopefully dhea akan cepat sembuh. Mama & ayah akan sentiasa mendoakan kesihatan & kesejahteraan dhea okey....

Wokey, aku nak sambung wat keje....

Monday, July 16, 2007

Terjebak

Pg td aku tade keje. Sbbnya, Kawaji Sang sibuk meeting ngan supplier. Keje aku seblom ni pon aku dah submit kat dia, tp still dia takde masa nak semak. So, dr kul 9 pg td sampai laa ke kul 11 pg aku dok melangut je laa sambil ber"tenet". Hahaha..

Kul 11 lebey mcm tu, Kawaji Sang jumpa aku. Biasa laa, hal keje. Aku diberitahu yg sorang lagik Jepun akan bg aku instruction. Maknanya, aku akan ada tugas baru dibwh MR. SAKAMOTO @ Sakamoto SANG.. Hee.. Sure, no preblemo.. Tp sementara menanti tugas drp Sakamoto Sang, Kawaji Sang bg aku satu drwg baru lagik. Kali ni ada sket je amendment & yg selebihnya aku kena lukis drwg baru. DRWG BARU??!!! So, far aku tak penah lukis architectural drwg. Mampossss aku kali nih weihhh..! ;(

Harini aku lunch ngan bebdk admin. Hehehe.......biasa laa, aku kan peramah. Kejap je aku bole tackle diorang ni. So, before lunch diorang ajak aku joint skali. Aku ON aje. =)

After lunch, aku termenung. Termenung ngadap drwg yg aku tak paham satu hape. Adoiiii laa, cmane laa aku bole terjebak nih. Bidang lain yg aku pulun study, tp bidang lain pulak yg aku ter"TERJUN". Lama gak ler aku ngadap drwg tuh. Kunun nak cuba study sendiri laa. Hahaha...poyo jek. Naik serabut paler otak aku nihh. Akhirnya kul 4ptg, aku surrender. Dah puas aku tonggeng terbalikkan drwg tu. So, aku pon pegi laa jumpa Kawaji Sang & terus terang je kat dia yg aku tak reti nak wat drwg tu. Sbb aku mmg tak penah buat. Then Kawaji Sang termenung.. Kehkehkeh.. Dia tanya samada aku nak cuba buat tak? Aku jwb bole juga utk tambah pengalaman aku. Chewahhh... yee yee jek ko Sya! So, Kawaji Sang ni pon dgn besar hatinya tlg sketch kan drwg tu & explain laa sket. HhOoooo...gitu, aku hangguk² paler. Baru ler aku paham sket. Takpe takpe, I'll try my best Kawaji Sang! ;P

Sat td kul 5.30ptg ade internal meeting. Semua staff kena hadir. Rupanya internal meeting ni mmg setiap minggu dibuat. Setiap hari Isnin, jam 5.30ptg. Alkisahnyer.... Antara agenda td ialah, New Staff Introduction. Ade laa bbrp org staff baru termasuk laa aku. Yg aku geram tak hingat ni, diorang bole silap tulih nama aku. Bunyik dah mcm ala² nama JEPUN laa pulak. Mentang² ler diorang ni asal Jepun.. Ceitt! Appa raaa... So, arini aku balik lewat sket laa. Tp dah inform dah kat kak Za.. Tu yg aku sempat curi masa tulih blog nihhh.. Hahahaha...

Kay laa, aku nak balik... Esok ler sambung keje weihh. Sian anak aku dah ternanti²kan mama...

Friday, July 13, 2007

Nyennyennn

Harini hari Jumaat. Boring pulak. Ye laa, seblom ni dah terbiasa asal hari Jumaat je lunch break 2 hours. Pehtu gi jln² kat Giant ke, Jusco ke, Carrefour ke... Tp kali ni aku rehat kat ofis jekkk.. Uwaaaaa.. Kengkawan aku kat ofis lame mesti tgh seronot² lunch kat Giant, takpon Carrefour, ataupon SMART. Huhuhu.. :(

Sejak keje kat sini, hari² aku join lunch ngan Kawaji Sang & bebdk lain. Semuanya LELAKI. Diorang ok je aku join. Kdg² aku segan jugak ler. Tp nak buek cmano laie. Den takdo geng pompuan kat sini. Design Dept. ni semuanya lelaki. Aku sorang je pompuan. Admin ade ler 2-3 org pompuan. Tp dorang pon wat dek je bila nmpk aku. Aku pulak yg dok terhegeh-hegeh tegur dorang seme. Malas ar...

Semlm ptg aku balik awal sket. 6 ptg je aku dah angkat kaki. Kuase aku nunggu lelame kat ctu. Hehehe... So, 6.40 ptg gitu aku dah sampai rumah kak Za. Masa tu Mira tgh dukung dhea kat luar. Dhea nampak aku, wat dekk je. Takpe takpe.... Aku tgkkan je. Pastu aku masuk amik beg dhea. Sampai dlm rumah kak Za baru ler dhea merengek² pastu bdn dia baring golek² atas peha aku. Hehehehe.. Aku dah tau dah dhea nak ape. So, tanpa byk soal aku pun sua laa nenen. Tuu dia.. Dhea nenen mcm tak minum susu sehari suntuk. Tp itu perkara biasa bg aku, sbb dhea mmg tak penah puas nenen.. Hahahaha.. =)

Kak Za bgtau aku yg dia ade terdgr dhea sebut NENEN. Aku kerut² dahi, mcm tak caya jek. Lepas dhea nenen, aku pon hangkut dhea balik rumah. Mlmnya, dhea merengek² nak nenen. Pehtu aku mcm dgr dhea sebut "sumething" tp tak clear. Ujung² je aku dgr. Aku tanye dhea sebut ape tu.. Dhea jwb, NYENNN.. Uik? Aku pandang Hubby, Hubby pandang aku balik. Pehtu aku tanya lagi, dhea jwb lagi, NYENNNNNN. Bunyi mcm geram gitu.. Aku tanye lagik, saje nak bg dhea geram.. Hehehe.. Akhirnya dhea sebut NYENYENNNNN! Aku pon sumbat terus nenen. Haa, baru senyap. Dlm pada tu aku senyum lebar sampai ke telinga sbb anak aku dah pandai sebut nenen, wlpon bunyiknyer nyennyenn.. Ahaks!

Seblom tido, dhea sebut lagi nyennyenn. Kali ni siap dhea tunjuk nenen mama ngan jari telunjuk dia yg comeyy tuh.. SAH mmg anak aku dah kenal dah.... ;P

Thursday, July 12, 2007

Keje baru, environment baru!

Harini ialah hari ke-2 aku bertugas di site-office. Semlm engineer aku dah tunjukkan jln, so arini aku takde masalah utk mai sini keje. Ape aku nak story eh.. Kay, gini laa.. Aku mulakan dgn environment keje kat cni..

Client company aku yg ni asal dr JEPUN. Seagate International Johor. Rasanya dah ade dah kilang Seagate ni kat Johor, tp aku kurang pasti pulak kat mana. Kali ni depa nak built kilang baru kat Tmn Teknologi Johor pulak.

Sesape yg dah biasa bekerja dgn org Jepun sure tau cara keje diorang kan... Kat sini open-system. Ofis mmg terbentang luas laa, no partition ok. Ape ko buat mmg bos kat sini bole nmpk dgn JELAS SEKALI. Lgsatu, kebersihan teramat laa dijaga. Cleaner dtg mop lantai setiap hari, pagi & ptg. Masuk je entrance site-office ni, semua staff termasuk bos kena bukak kasut & pkai selipar yg dah pon disediakan. Mcm ala² rumah kat Jepun tu laa rasanya. Aku penah tgk dlm kartun Doraemon je. Pastu ada laa pantry, toilet for both female & male staff & yg bestnya ade surau, pon for both female & male staff. Hehehe..

Kat sini, aku direct bwh Design Manager, Mr. Hiroyuki Kawaji @ lebih dikenali sbgi KAWAJI SANG. Ahaks..! So, keje aku sume atas arahan drp Kawaji Sang ni laa. Orgnya ok, baik & senyum je klu nmpk aku. Hehehe.. Tp yg problemnya, bahasa omputih dia aku kureng nak paham sbb slang Jepun dia pekat abisss. Korang bayangkan, Amendment jadik AMENDOMEN. Terkial² aku cuba nak pahamkan explaination dia semlm. Tp, ok laa. Aku tak paham aku tanya dia balik. Tp itu jugak laa pon dia jwb balik kat aku. Last² aku jugak ler yg kena fikir sendiri. Asalkan ade bunyik lebih kurang tu, haaa itulah yg sbnrnya Kawaji Sang nak bgtau aku. Ahahahaha... Padan muka aku. ;P

Tp kan yg aku perasan laa, perubahan pd diri aku nih... Bila Kawaji Sang tu tanye aku, spontan je aku jwb bahasa omputih. Almaklum laa, aku ni pemalu sikit nak ckp omputih. Tp ngan Kawaji Sang ni rilek ler pulak, mcm ckp Melayu. Ecehhwahh...! Agaknya sbb omputih Kawaji Sang ni pon cam ala² broken gitu, tu yg aku pon berani laa jugak kuarkan broken english aku.. Kui kui kui......

Lgsatu yg aku salute dorang ni kan, wlpon jam dinding dah menunjukkan pukul 6 ptg, diorang ni wat dekk je. Still jugak wat keje mcm org baru masuk keje waktu pg. Aku pulak yg sogan nak bgn balik. Tp aku kuar jugak ikut buntut sorang ofismate aku ni. Itupon puas laa aku pandang kiri kanan. Bknnya ape... Site-office ni dah ler jauh, aku plak nak kena amik dhea lagik. Kang lambat sgt amik dhea ape pulak kate kak Za kan.. Semlm aku kuar ofis kul 6.15ptg, pehtu drive naik Hiway Kempas, kuar ikut susur Pasir Gudang, pastu masuk simpang Tmn Daya, akhirnya sampai laa kat Tmn Mt. Austin. Kul bape tau sampai umah bbsitter dhea..? Kul 6.50ptg. Itupon sbb Hiway Pasir Gudang masa tu clear melearrr. Klu jam??? Hahaha, padan muka aku lagikk.. ;P

Apepon aku harap² laa tugas aku kat sini berjln dgn lancar. Semoga aku sentiasa dipermudahkan dlm segala urusan aku...

Tuesday, July 10, 2007

PALING

Esok aku akan mula bertugas di site-ofis Seagate International kat Tmn Teknologi, Skudai. Tak pasti bila aku dpt balik ofis ni mcm biasa. Mungkin sampai projek siap kots. But still aku tatau bila projek ngan Seagate ni dijangka siap. Hadoi laa..

So, seblom aku meninggalkan ofis ku terchenta ni, maka kat sini aku nak listkan bbrp perkara yg PALING aku nak buat..

1. EDIT picts dhea yg melambak tak hingat tuh..
2. UPDATE fp dhea yg dah berkurun aku tinggalkan..
3. LIPAT baju aku yg semakin hari semakin menimbun.. Ini aku consider URGENT! laa sbb klu tak maunya Hubby aku ngamuk tak pasal².. ;)
4. Nak sgt TGK anak aku yg sorang tu kembali ceria & aktif semula.. Tp ini diluar bidang kuasa aku. Yg aku mampu hanyalah berdoa utk kesihatan & keceriaan dhea semula..
5. Ade lagik nih.. Nanti² laa aku sambung kay.....

MOGA² aku dipermudahkan oleh-Nya..... AMIN..

Kehabisan dispo..

Kehabisan dispo?.. Hehehe..korang mesti tak caya kan.. Ni disbbkan anak aku sorang tu kena berak² laa. Sian dhea.. Baru je nak ceria semula lps baik demam aritu, dah kena berak² pulak. Kisahnya gini..

Pagi Sabtu lepas, mcm biasa laa aku mandi ngan dhea. Aku mmg sllu mandi ngan dhea, esp. time Hubby takde sbb kena keje luar. So, aku pon bukak laa diaper dhea & biarkan dia main ngan botol² mandian & syampu yg ada dlm bilik air kitorang tuh. Biasanya mmg mcm tu pon. Aku sllunya akan mandi dlu, while dhea leka main botol² tu sume. Lepas aku siap mandi baru laa senang sket aku nak mandikan dhea. Tgh aku mandi nih, tetiba cam bau sumething yg tak sedap hinggap masuk dlm lubang hidung aku. Rupanya dhea tgh mencangkung kat "one corner" dlm bilik air tu & poo poo. Sikit jek. Aku ingatkan saki-baki poo poo dhea seblom nih. Aku pon jirus laa. Pastu aku sambung mandi & dhea plak sambung main air. Tak lama tu, aku nmpk dhea mencangkung lagi skali kat satu sudut lain. Poo poo lagikk! Dah 2 kali dah. Kali ni byk giler. Dgn segera aku jirus sbb tak tahan dgn bau & rupa poo poo dhea tuh. Then utk kali ketiganya, aku nmpk dhea mencangkung lagik kat sudut yg memula tuh. POO POO LAGIKKKKK! Rupa paras poo poo tu rasanya tak perlu laa kot citer kat cni..

Sepjg Sabtu tu, aku tak berapa ingat laa bape kali dhea dok tuka diaper disbbkan berak² dia tuh. Yg paling aku ingat skali masa hari Ahadnya tu. Ada skali tu aku baru je salinkan diaper, tak sampai pon setgh jam, dah berak lagi. Siap terkuar lagi poo poo dhea tu. Mcm dah penuh sgt dah. Sampaikan dispo diaper dhea habisss! Alamak.. So, sementara nak tunggu ptg gi beli tu aku tibai je pakaikan mamy poko pants yg biasanya aku guna time nak jln² jek. Almaklum laa, mamy poko ni mahal woOo. Klu takat utk gi jenjln tu mampu lg laa mak beli. Klu utk pakai hari² mau rabak poket mak ni wehhh.... So, ptg Ahad tu jugak aku gi beli Hey Baby dispo diaper. Hahaha.. Biasanya anak aku pkai Fitti Basic. Tp sbbkan keadaannya skrg yg kerap tuko diaper, maka terpaksa laa aku pkaikan yg murah sket. Hahaha...Jahat ke haku ekk?

Ahad mlm tu bdn dhea dedor balik. Rasanya mcm nak demam balik anak aku ni. So, semlm aku gi laa bwk dhea ke Klinik Lim. Takut melarat plak demam dhea klu aku tangguh²kan. Sampai je kat konter depan klinik tu, dhea dah melalak tak hingat. Rupanya dhea takutkan sorang uncle cina yg jaga konter depan tu. Terpaksa laa aku bwk jenjln kat luar kejap bg dhea tenang. Biarkan Hubby aku yg wat pendaftaran sume. Lepas tu, masuk bilik Dr. lagi skali dhea menangis. Aku rasa dhea ni fobia laa & dhea dah kenal dgn Dr. Lim ni. Tu pasai dok nangis tak hingat bila nmpk Dr. Lim. Nak tanak terpaksa laa Dr. tu pekakkan telinga sambil cek dhea. Hahahaha... Sian Dr. Lim. Mesti dia tensi jek dgr dhea nangis.. ;)

Skrg ni dhea dok pulun nenen je laa. Makan mmg aku tak bg la wat masa ni. Pastu mkn ubat pon dah tak susah sgt dah. Nangis jugak cebik² mulut, tp sambil tu ubat dhea telan gak. Hehehehe.. Dr. bg garam soh campo air suam, pastu susu mamil Dumex LF, ubat demam (pcm) & smecta yg dah siap bancuh. Yg kelakarnye, dhea siap tolak botol susu bila aku bancuh susu mamil Dumex LF tu. Siap ngan geleng² kepala lagik. Sian dhea.. Aku tak nmpk pon dhea cam sakit pewot ke kan, tp yg pastinya bdn dhea mmg lembek semcm. Pastu asyik mintak dukung je. Tp ade masanya dhea aktif mcm biasa. Esp time² ramai org yg nak melayan dia. Time² atok ade nak layan.. Cumanya bila aku tgk dhea mencangkung tu, dah tau laa kenape.... ;P

Friday, July 6, 2007

Terserempak!

HUARRGGHH..! Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat. Rasa mcm kejap je dah habis seminggu. Korang rasa tak ape yg aku rasa?!..

Lunch hour td kitorang (biasalah, 3 Stooges..) gi Jusco Tebrau City. Itu je laa pon Jusco yg aku rasa paling dkt ngan ofis kitorang. Bkn ape, kali ni saje nak tukar angin. Asyik gi Giant/Carrefour je kan, naik boring pulak. So, sudahnya pegi laa Jusco..

Masa on the way nak gi mkn, kitorang terserempak laa dgn 2 org pompuan yg ayu berbaju kurung. Biasa laa, hari Jumaat kebykan org Melayu pkai baju kurung. Aku? Terbalik kots. Hahahaha..... Aku sllu gak pkai baju kurung, tp BKN hari Jumaat. Knape eh?.. Sbbnya, hari Jumaat ni lunch hour kan 2 jam. Biasanya masa ni la pon klu kitorang nak gi jenjln jauh skit. So, aku prefer pkai blouse & pants spy lebih mudah bergerak. Bg aku laa... Lain org lain laa caranya kan... =)

OK, back to ladies td tu. Salah sorang pompuan tu mcm ku kenal. Dia pon bila nmpk aku, mulut dia mcm sebut nama seseorang. Mcm nama aku jek dia sebut, ke aku yg perasan nih...?! Selepas aku amati dgn penuh perasaan, aku pon dgn pantasnya sebut NANI...! Hehehe.. Rupanya "dormmate" lame aku la masa kat SMTP, JB. Rasa nak peluk² je kawan aku tu. Maklum ler, kitorang dlu bole dikatekan rapat jugak laa. Kitorang dlu sllu ikut balik umah masing² bila time cuti sekolah. Aku penah ikut Nani balik kg dia & Nani pon penah ikut aku balik umah. Rasanya baru bbrp minggu yg lepas mak aku ada bertanyakan ttg Nani nih. Tak sangka pulak yg kitorang berjumpa juga akhirnya. Kat Jusco pulak tuh. Kami masing² terkejut beruk td. Masing² masih tak berubah perangai, lebih kurang je mcm dolu². Nani pon dah berumahtangga & ada anak pompuan sorang. Just like ME... Selepas bertukar² no tepon, aku bergegas ke Restoran The Egg House. Sampai sana aku tgk ofismate aku tgk syok melantak. Masing² order Set Chicken Chop. Disbbkan aku ni malas nak fikir pjg, akhirnya aku pon order aje mende yg sama. Hahahaha.... ;P

Sampai laa ni aku masih dok teringat kesah zaman sekolah dolu.. Hai hai hai.. Seronok je rasa, takde masalah nak fikir sgt. Satu²nya masalah yg sllu melanda kitorang masa tu ialah bila dah nak dkt exam/ujian bulanan. Hahaha.. Itu jam kapla masing² mmg serabut habisssss laa dibuatnyer... Ishh, tetiba jek aku windukan zaman sekolah....

Thursday, July 5, 2007

ntah pape ntah.......

Since dhea sakit aritu & aku pulak demam lepas tu, maka aku telah menyibukkan diri utk browse thru website² yg berkenaan.. AND I found this website....

http://familydoctor.org/online/famdocen/home/tools/symptom/504.html

Rasanya bolehlah dijadikan panduan awal seblom kita seek for further treatment. So, just paste kat cni laa utk panduan aku nanti²....

***********************************

Ekceli, hari ni aku tersgt laa boring! Mengantuk pulak tuh.. Batuk aku pon tak baik lagi. Tiap kali batuk, aku minum air. Dah naik kembung pewot aku sbb asyik minum air yg semmgnya patut pon aku minum.

Aku tadak idea laa nak tulih blog ni weihh... Hmm... Kay, kite citer pasal dhea laa. Klu pasal dhea mmg hari² ade aje cerita...

Lately, dhea fasih sgt sebut AYAH. Bila aku potong ckp dia & sebut MAMA, dgn pantasnya dhea jwb balik AYAHHHHH. Huh! Tensi aku dibuatnya. Dhea sebut mama time nak minta nenen, time tu mmg laju laa sebut mama. Geram tak?! Semlm dhea amik henpon aku & sebut ayah byk² kali. Sambil cuba nak buka flip phone aku tu, mulut dhea tak henti² bebel sebut ayah. Aku paham ler kan maksud dhea masa tu. So, aku pon dail no Hubby & loudspeaker kan phone tuh. Then Hubby pon angkat and bg salam. Aku sikit pon tak bersuare. Aku just suakan tepon tu ke mulut dhea & guess what?!! Once dhea dgr je sore ayah dia bg salam, mula laa dhea sebut ayah ayah ayah ayah ayah.... Pastu aku dgr laa Hubby panggey nama dhea.

Aku rasa laa, dhea ni WINDUUU sgt kat ayah dia. Wlpon dhea ni tak rapat sgt ngan ayah dia sepertimana dhea dgn aku, klu dah seminggu lebih tak jumpa mesti laa rindu jugak kan.. Hubby pulak hanya akan balik plg cepat pon Ahad pg baru bertolak drp Cherating & mungkin balik JB Isnin pg. Itu klu dia tak kena keje laa hari Isninnya. Klu kena keja, jwbnye Isnin mlm ler baru sampai rumah. Kesian anak mama.... :)

Apelagi eh.. Hah, dhea skrg ni susah sgt nak tinggalkan kat rumah bbsitter. Sejak demam aritu laa. Aku nak kena main² dulu ngan dia, pastu bg nenen lg. Pastu seblom aku masuk keta, kena ajak tgk flower laa, bird laa, baru laa dhea lepaskan mama dgn rela hati. Hadoiiii laa.. Atas sbb itu jugak, aku dah bbrp hari asyik lambat masuk keje. Nasib baik bos ok. Tp den sogan ler jugak..

Lgsatu, sejak dah sembuh demam ritu dhea dah mula nak mkn. So, rutin pg aku back to normal laa. Bgn awal pg utk sediakan bekalan dhea. Tp kali ni dhea prefer sup² je, mungkin sbb tekak baru nak "berasa" balik kan.. Ape aje laa utk dhea, asalkan anak mama kembali sihat & ceria spt sediakala...

Kiss dhea.... MUAHHHHHHSS!! =)

Tuesday, July 3, 2007

Syahduuu...

Semlm ptg dgn pantasnya aku drive keta ke Giant Plentong. Pastu park keta tmpt biasa & terus je menonong ke PizzaHut. Hehehehe.... Sampai kat Ent. PizzaHut aku dah sengih² kat sorang staff yg mmg dah sedia berdiri tegak menunggu customer. Aku dibawa ke meja yg sesuaiiiiii. Budak pompuan tu bg aku buku menu & pergi ntah kemana. Agaknya saje je dia bg aku ruang masa utk memilih menu. Setelah puashati membelek buku menu tu, aku pon pilih laa Set No. 1 + garlic bread. Tak lama tu, mushroom soup aku dah terhidang atas meja. Aku dgn happynya menghiruppp sup yg tgh berasap tuh. Kendian dtg plak cinnamon bread. Ada laa 2 ketul. Yg ni mmg dah termasuk dlm set. So, amik cinnamon bread tu & cicah dlm mushroom soup. Perghhh!!! Habis je seketul cinnamon bread tu, dtg pulak garlic bread. Haa, yg ni aku add on. Pon sama, aku cicah dlm sup & ngapppp!!! Lepas tu baru laa pizza aku sampai. Uuuuhh, yummy.. Hawaian Beef Pizza. Tgn aku dgn pantasnya amik sepotong & ngappp...! Pastu sepotong lagik.. dan lagik.. sampai laa abis sume 4 potong personal pizza tu... Bila dah settle bil, aku pon blah. Jam dah menunjukkan kul 7mlm. Aku nak kena amik dhea lagik nih. Oh ye, kali ni bil aku RM11.83 je. Kebetulan aku dpt cash voucher RM10 masa service keta bln lepas, so aku just tambah RM1.83.. Hehehe.. Settle.. ;)

On the way balik tu tetiba ade sorang member call. Dia wish birthday, then dia sampaikan pesanan Hubby. Uik! Pesal main pesan² kat org lain plak nih..?! Hmm, tetiba aku rasa syahduu.. Ye laa, on my birthday, org yg aku sayang takde disisi. Dahtu dr pg td kami asyik bertekak je. Sudahnya aku sms je, sbb aku malas nak dgr. Sakit telinga + sakit hati. Sms pon buka mcm biasa. Huh, gaduh dlm sms pulakk! Laju je airmata aku mengalir keluar. Sambil drive tu aku nangis. Aku ni mmg kememe sket laa. Itu akui. Aku cuba laa kontrol kadar airmata yg bercucuran, sbb masa tu dah nak dkt sampai umah bbsitter dhea. Sogan pulak klu kak Za nampak aku menangis kan.. Then lepas amik dhea, dlm keta aku sambung lagik nangis. Entah kenapa laa tetiba aku rasa syahdu ya amat. Pastu aku ajak dhea nyanyi lagu birthday utk aku. Dhea pon ntah paham ke idak. Tp aku dgr jugak laa bunyi dhea nyanyi, wlpon tak sama mcm aku nyanyi. Tergelak aku dibuatnya. Jadik laa. Buat penghibur hati aku yg tgh laraaa nih.... =)

Pelik pelik.. Dlm tempoh yg tak sampai sejam tu aku dpt rasa 2 emosi berbeza. Mula² happy sakan (ye ke happy?!), lepas tu syahdu syahdannn pulak...! Entah laa.. Yg pasti aku cukup terasa dgn Hubby aku semlm.. Sampai ke harini aku tak call pon dia. Langsung aku tak call! Sekali pon tidak. Betapa kerasnya hati aku..... Ntah bila nak cair balik.

Monday, July 2, 2007

My 2** Birthday!

Today is my Twenty-Sixth Birthday! Ecehhh, punya laa cover kat title blog, tp tulih gak. Yeee.. dah 26 thn dah aku. Waaaaa... Lagi 4 thn I'll reach the BIG 3.. Hahaha.. Kunun beso, tp bdn aku gitu gak. Pe'el aku? Ntah, ade yg kate same gak cam dolu², masih cam bdk². Klu lain pon, mungkin sbb aku dah jadik MAMA la kots.

Hubby aku pg td kelam kabut bersiap nak gi keje. Aku plak dgn lemah longlainya bgn bersiap gak ler. Sebenarnya aku tak ingat pon arini birthday aku. So, pg td masa Hubby kiss dahi seblom dia gi keje tu, aku takde ler expect pape pon dr dia. Lepas aku hantar dhea, baru laa aku perasan yg hari ini 2HB JULAI... Goshh! Birthday sendiri pon aku lupa.

Actually, arini aku malas sgt nak gi keje. Semlm mlm, dlm kul 8 cenggitu kitorang baru sampai drp KL. So, bdn mmg letih lagi laa. We (all of us, without my Hubby) went to KL on Saturday afternoon. Bertolak dlm kul 1pm gitu & reached KL on 5pm. It's for my cousin kenduri arwah. Hari ke-7. Nak dijadikan cerita, the 1st & last time aku jumpa cousin aku ni ialah pd 16th/17th June 2007. Seblom tu kami mmg tak pernah bersua muka langsung. Tu yg terkejut tu bila aku dikhabarkan yg sepupu aku tu meninggal dunia minggu lepas akibat kanser paru-paru. ERK! Bila dgr/sebut KANSER je kita dah rasa gerun kan...

OK, back to my birthday story..

Aku takde plan nak buat pape. Mood nak celebrate pon takde. Tgh mood penat skang nih. Tapi aku terasa-rasa nak mkn pizza. Erm, nampaknya aku kena pegi sensorang laa. Adik aku pon takde umah. Kay laa, choww dulu nak gi pekena pizza..... ;)

Once again, HAPPY BIRTHDAY TO ME......!

**Thanks to my frens for all the wishes...Thanks A LOT! Semoga aku dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan & dilimpahi dgn keberkatan-NYA dlm hidup aku & keluarga serta sahabat² tersayang... AMIN.