Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, January 6, 2011

Berdiri sebelah pintu toilet

Malam Rabu yg lepas, mama intebiu Dhea tentang hari pertama persekolahannya. Almaklumlah, bila dengar cerita yg agak kurang sedap didengar mama mesti nak dengar drp tuan punya badan. Baru puashati kan! ;)


Malam tue, dimulakan dengan operasi menggodek skoolbag si anak dara. Toingggg!! Terbeliak bijik mata bila tengok buku2 si anak dah berconteng2 bagai dengan pensil. Terus intebiu bertanyakan pd si anak.


Kakak, sape conteng buku kakak ni?
Dhea laa. Tadi balik sekolah Dhea buat.
Cikgu suruh buat kat rumah ke?
Ntah.


Haih, tak memasal mama kena padam balik. Nasib baik ko conteng guna pensel nak oii. Kat skolah bukan main lagi ko melalak, kat rumah eksaited sangat nak buat keje skolah yerr. Haih.. Owh ye, hasil drp menggodek skoolbag si kakak, mama jumpa satu homework. Mcm mana mama tau itu homework? Sebab cikgu dia cop H O M E W O R K kat page tue.. :P


Malam tue (sebelum aktiviti menggodek skoolbag) masa Dhea follow Ayah amik mama balik keje, dalam keta lagi mama dah intebiu kakak sket2. Esp. part nangis2 tue. Dhea kata, Dhea nangis sebab Ayah tak tunggu kat skolah. Pastu cikgu soh Dhea berdiri kat sebelah pintu toilet.


Eh eh.. Dhea kena berdiri sebelah pintu toilet?! Ape kes ni cikgu?!!


Malam tue, kami silih ganti monitor Dhea siapkan homework. Kaler2 je pon. :P But, being Dhea yg mempunyai kadar fokus yg sgt rendah, memang nak kena monitor sampai siap. Dhea memang takde skill mewarna langsung okeh. Klu skill menulis-ikut-garisan tu boleh laa plus skill menconteng dinding umah sebab dolu2 mama rajin print contoh2 drp pakcik gugel dan bagi Dhea buat kat rumah. :D


Dah penat buat homework, Ayah buatkan Dhea susu sebotol dan terus tido. Syian anak mama keletihan. Malam tue nenek pesan kat mama esok pegi skolah Dhea. Tanya kat cikgu pasal insiden berdiri sebelah pintu toilet. Hmm..




2 comments:

maya amir said...

beb.. slalu kan, budak2 nangis die letak kat sudut lain..sbb syndrom nangis ni buleh jangkit ke budak lain..jadik, budak yg nangis 1st tu kene diseperate kan dulu.. kalau tak, haru sekolah beb, sume pakat2 nangis..heheh

Ealyie said...

betol3.. ngee..:D