Hehehe..... Semlm aku gi check-up lagi kat KD. Appointment asal kul 11pg, tp sehari seblom tu ade misi call aku soh dtg kul 10pg sbb takut tak sempat jumpa Dr. So, semlm aku dgn Hubby & Dhea pon pegi laa KD. Punyer laa ramai umat sampai takde tempat aku nak duduk! Mana taknye, bapak budak pon duduk skali kat dlm KD tu. Sepatutnya, dah tau ramai ibu-ibu mengandung ni bg laa priority kat diorang (Aku!). Drp kul 10pg sampai laa kul 11pg, buku merah aku tu still kat konter pendaftaran. Pastu kul 11.15 camtu baru misi timbang berat aku. Erm, ada laa naik sket dlm 1/2kg gitu (baru seminggu tuh..last week pon ade check-up jugak!). Pastu letak buku mcm biasa dkt meja Bp. Dekat sejam lebih misi tak panggil² jugak utk check Bp..
Seblom tu aku dah soh Hubby bwk Dhea gi warung mak aku since ramai sgt org & Dhea plak tak reti nak dok diam. Kul 12 tghari Hubby dtg KD, ingatkan aku dah siap laa kan.. Tp lain pulak ceritanya.. Nak tanak terpaksa la dia teman aku jadik "penunggu" kat situ. Ada laa dlm 30-45min kitorang menunggu, sampaikan Hubby aku hilang sabar. Hubby direct gi jumpa Senior Nurse & apelagi, terus je sound.
Logik tak?? Misi call aku soh dtg awal sbb aku kena jumpa Dr., tp bila dah dtg awal still tak dpt layanan yg sepatutnya. Klu mcm tu, baik aku dtg ikut appointment asal kan.. Baik aku lepak kat rumah dlu, drp menunggu mcm org bodo kat situ!!
Lepas Hubby dah sound, still takde perubahan jugak. So, Hubby sound plak misi yg kebetulan dok kat meja Bp. Rupenya misi tu PELATIH jek. Misi tu kata, diorang cuma amik kes shj. Tp yg pelik, mana pegi misi² yg lain yg biasa aku nampak tiap kali check-up?? Diorang tgh bz mengajar PELATIH rupenye. Dah tu takkan laa pelatih² yg ramai ni langsung tak bole tlg check Bp, urine, etc?? Pesakit dah laa tgh ramai giler babassssss time tuh... Diorang ni (Pelatih) siap bole sembang 3/4org kat meja tmpt timbang berat. Klu sembang pasal keje ke takpe laa jugak. Ni tak, borak kosong je! Aku plak masatu mmg duduk kat kerusi btol² depan meja tuh. Selepas disound oleh Hubby, Pelatih ni telah mengadu kepada JM (ketua dia ler kots). Makanya, berdebat laa Hubby aku dgn JM nih.. Ekekeke...
Tak lama tu, baru laa ade sorang Senior Nurse yg keluar & concentrate check Bp pesakit. Buku merah dah menimbun atas meja. Then proceed buat urine & Hb test. Kul 1 lebey baru aku dpt jumpa Dr. Alahai....jumpa Dr. tak sampai pon 30min!
Next week, aku kena gi Klinik Kesihatan Majidee utk wat blood test, stool oval test, urine test, & ntah ape² test lagik laa... Apsal ler byk sgt test kena buat nih?? Dlu time Dhea, kat private tu takde pon buat test² ni seme.. Tension gak aku. Tak tau dah nak ckp ape kat Kawaji (bos aku tu ler..). Asyik check-up manjang.......
Phewww!! Rasa mcm malas dah nak teruskan check-up kat govt. nih.. Byk cekadak sgt.. Lain ler klu aku kes teruk sgt.. Hb rendah jek! Dlu time Dhea pon Hb aku rendah jugak.....
Eiii.... ;(
Lepas check-up, kitorang bwk Dhea plak gi amik imun booster jab kat Klinik Pakar Lim.
Dhea:"Mama....atut..", sambil pegang bont*t dia ;P
Dr. Lim: "Ooo...dah pandai ckp ye.."
Lepas cucuk,
Dhea: "Mama...akit..", nangis sedu² sambil pegang tmpt kena cucuk ;P
Hubby: "Dah siap dah...jom balik"
Dhea: "Ni ubat dhea... tu ubat adik (refer pd bb lain)"
Lerr...td nangis beria. Mcm ler Dhea ni nakkk sgttt mkn ubat. Penakut lagi ade laa.. Ekekeke... Hilang kejap tension aku.. ;P
Sampai rumah dah dekat kul 3 lebey.. So, melepak laa kami 3 beranak depan tv. KEPENATAN! Especially aku & Hubby....
Friday, December 28, 2007
Ntah yg ke berapa kali...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
happy new year, sya.
hi sya!
kabare?
Post a Comment