Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, December 6, 2007

2nd check-up di KD

Yuhuuu... Diam tak diam #2 sudah pon 22 minggu. Time for 2nd check-up. Aku dah standby dgn buku merah & botol "sheshe". Appointment arini kul 10pg. Aku dtg awal kali ni, 9.40pg dah tercongok depan pintu KD, dgn harapan dpt laa siap cepat sket.. Tp hampehhh jugakk!! Kul bape tau aku baru abis??? 12.45 tghari!!!! Phewww...

Memula sampai mcm biasa ler (cewahhh mcm ler dh byk kali aku dtg ;P) letak buku + kad kat konter. Pastu misi bg aku no giliran (No. 50!). Lepas tu lagik misi tu soh aku letak pulak buku tu dekat depan. Aku tanya la kat depan tu kat Bilik No. 2 ke?? Sbb muncung mulut misi tu mcm hala ke Bilik No. 2. Tu yg aku tanya & misi tu pon jwb, "A’ah". So, letak laa ctu. Kul 10+ pg baru giliran aku masuk. Misi kat dlm tu soh aku baring je terus. Tp bila dia check buku aku, kosong je.. Takde rekod pape pon. Dia tanya aku tak buat lagi ke seme tuh (check Bp, Hb, urine)? Aku jwb ler yg misi td tu suruh aku letak buku kt Bilik No. 2. Lerrrr.... Miscommunication rupenyerrr! Patutnya aku kena letak buku + kad kat konter kat depan Bilik No. 2 dlu.. Ceitt! Mana laa aku tau. Dah tanya btol² kat misi td, tp gitu laa dia jwb. Aku pon sepanjang tunggu giliran td pelik gak apsal aku tak kena timbang berat mcm mommies lain?? So, kena laa kuar balik & buat seme tuh dlu. Hmm....tak pasal² aku kena buang masa menunggu lagik. Bosan btol. Dah la aku pegi sorang arini...

Kul 11.30pg mcm tu baru la aku dpt masuk Bilik Pemeriksaan No. 1. Kali ni aku jumpa Dr. Norhaliza. Cun jugak Dr. ni. Lembut jek orgnye.. Hahaha.. Aku baring & Dr. tu ukur perut (tinggi rahim kots!). Pastu Dr. check rekod aku. Terkejut dia bila tgk berat badan aku naik giler babassssh.. Sepatutnya sebln naik dlm 1kg+ je, tp aku SEMINGGU dah naik 1kg! Aku pon terkujat gak sebenarnya. Last month berat aku 39.8kg je, tp bln ni mencanak naik sampai 44.4kg!!! Gilo... Lagi satu masalah aku, ANEMIA! Hb aku rendah pulak kali nih. Hmm... Maka dgn itu, 2 minggu lagi aku diarahkan dtg balik utk wat check up lagi. Haha...padan muka aku. Bkn itu aje tau. Lepas ni, 2 hari skali kena dtg jugak utk check Bp pulak. Kuang3x...

Memandangkan #2 dah start gerak (bole dikatakan kerap jugak laa..) maka tak pasal² td aku kena amik suntikan Kancing gigi. Eh.... Tp kan knape masa Dhea dlu aku tak penah pulak kena cucuk camtu ekk?? Hmm... Dah tu bole pulak masa tengah tunggu giliran cucuk, misi kat ctu letak buku aku bawah skali. Padahal aku laa org pertama yg letak buku kat depan bilik tu. Itu yg aku abis lambat tuh. Org lain yg se"appointment" ngan aku seme dah balik, tp aku masih lagi tercongok depan Bilik Prosedur. Sabauu aje laa...

Penat ar.. Aku ingat malas nak pegi keje arini. Tp sudahnya aku pegi jugak. Hahaha... ;P

Nak selit sket satu kisah kat KD td... Ade sorang mommy ni, baby dia baru 3 bln. Selamba jek dia sound sorang ibu muda yg tgh susukan baby dia (umo bb pon lebih kurang bb dia) dgn susu botol.

"Kenapa tak bg susuibu aje dik?? Susuibu ni lain tau khasiatnya banding ngan susu botol yg awk bg tuh..."

Ibu muda tu pon apelagi, terus terkedu! Dah sah bdk ni jahil ttg penyusuan susuibu.. Teringat zaman dolu², masatu aku pon jahil susuibu..... Nasib baik jumpa SI... ;)

4 comments:

Fid said...

sya
kahkahkah...lamanya ko tunggu....

Sya said...

fid,

tu laa pasal......

Klu ikutkan hati sebenarnya aku dah bengang dah masa tgh tunggu giliran utk amik suntikan tu.. masa aku minta surat akuan, misi tu sendiri pon cam tak caya jek aku dtg kul 9.30pg.. Dr. yg check aku tu pon dah balik kul 12..

haa... baru dia tau betapa lembabnya diorang wat keje sebenarnya... klu laki aku ada mesti dia dah sound awal² lg..

rizza said...

sya..biase le tu klinik kerajaan..aku dulu gitu le ..berzaman tunggu hehhhe...sabo je lee

Marsha a.k.a Yana said...

aku kan, ms check kat private BP remdah gila.. 90/50 je.. ms kat gomen lak, 110/70... entah mana satu betul aku pun tatau... padahal beza sehari dua je.. risau gak BP rendah sangat ni nanti byk masalah bila nk bersalin.. huhu