Lilypie Birthday Tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, March 13, 2011

Si kecik sudah besar?

Harini, 13hb Mac 2011, genaplah Muhammad Emir Ziqri setahun. Eh, macam familiar pulak ayat ni kan.. :P




Sekejap je dah setahun ek.. Tepat kul 12 tgh malam tadi alarm Hubby berbunyik. Terkejut okeh! Tetengah melayan mata yang mengantuk, terus segar bugar dengar bunyik alarm. Apekah?! Rupa2nya reminder.. Aik bang, birthday anak sendiri pon nak kena set reminder ke? Jgn birthday mama abg lupa sudah!


Sejak2 henpon rosak memang takde laa gambo anak2. Itu yang nak blogging pon agak malas tue. Kecuali time aku on lappy tue, dapatlah jugak bergambar sakan menggunakan built-in webcam. :P




Haaa, gigih tak gigih laa haku bercamwhore berwebcam dengan budak kecik sorang nie. Gambar ni diambil sebulan yang lepas. Macam nak berperang okeh. Si kecik ni plak skang ni boleh tahan lasak.


Emir skang ni dah ada 8 batang gigi. Gigi atas 4 batang (termasuk 2 gigi kapak :P) dan gigi bawah pon 4 batang.




Amacam, seram tak tengok gigi kapak Emir? :P Korang memang laa tak seram. Aku ni haa klu tiba masa untuk menyusu mula laa menggelepar risau klu2 si Emir menggeget nenen. Dah banyak kali dah mak terkena okeh. Nak tarik sakit, tak tarik lagik laa sakit. Klu kita picit hidung dia, dia sembamkan muka. Bila kita try masuk jari dengan harapan dia lepaskan nenen, dia akan geget plak jari ko. Pastu nanti si kecik ni buat muka comeyy dia sambil gelak2 mengekek, buleh? Sabau aje laa kan..


Semalam, kitorang singgah makan kat Cheese Prata Shop. Ala, dah dekat sangat dengan umah dan tempat keja mak. So, lepas amik haku balik keje Hubby terus singgah sana untuk santap. Macam biasa, Emir duduk dlm babyseat tu la kan. Pastu tengah khusyuk kitorang tengok berita pasal tsunami kat Jepun (sampai macam nak patah tengkuk mendongak), aku terdengar suara si Emir terjerit2 panggey sapa tau..












"Yayahhhhhh!!"


Yeay!! Kuat nko.. Tak padan kecik, Emir dok ulang2 jerit panggey ayah dia. Tak hal orang tue kat sebelah dia jek. Ahahahahahahahaa.. Orang2 kat meja sebelah menyebelah seme pakat2 jeling tengok. Aku dengan Hubby bertabah buat2 tak nampak aje laa dengan jelingan2 manja orang sekeliling. Segan jugak sebenarnyer sebab memang kuat dan berulang2. Agak mengganggu jugak laa orang lain nak dengar berita.


Apepon, Hubby kembang sekejap bila dengar anak dia dah pandai panggey Ayah. :D Selain daripada dok panggey Yayah tue, Emir dah pandai macam2 dah. Berlari, panjat tangga, pomen beskal dan segala menan yang ader, main remote Astro (ni feberet dia), punggah mangkuk drp dapo dibawak ke depan dan yang paling tak bley tahan, si kecik ni dah pandai berebut menan dengan abg Hadif dan kakak Dhea. Nasib baik laa abg dengan kakak tak berapa nak melawan sangat. Ada takde pon abg dengan kakak sorokkan menan tue kat belakang ataupon diorang main tarik2 menan tue. Last kol klu si adik tak gheti2 nak surrender jugak Dhea atau Hadif akan jerit,


"Mamaaaaaaaaaa, amik adik Emir ni mama!"


/wahaha




2 comments:

madamoiselleczar said...

wah! sudah besar :p
Happy birthday Emir :)

Ila said...

bolehlah dapat adik lagi ni...hehehe..hepi birthday emir